Rabu, 4 Mac 2015

:: MYARTIS.COM ::

:: MYARTIS.COM ::


12 GAMBAR - SERONOKNYA RAYQAL BERCUTI DI BANGKOK

Posted: 03 Mar 2015 06:18 PM PST



Sekitar percutian Fasha Sandha di Bangkok, Thailand bersama suaminya Jejai, Rayqal, Rayfal, dan Raysha.

Tempat yang mereka kunjungi ialah 'Safari World Bangkok' yang penuh dengan haiwan menarik seluruh dunia. Cayalah Fasha...

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

GOSIP DENGAN PUTRI YASMIN - "DIA UMPAMA KAKAK" - ZIZAN

Posted: 03 Mar 2015 02:17 PM PST



"Saya anggap ia sesuatu yang mengarut dan kelakar," komen Zizan Razak mengenai gosip hubungannya dengan Naib Presiden GenNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin yang hangat diperkatakan.

Artikel terdahulu:
Tambah Zizan, tiada sebarang hubungan istimewa antara dia dengan Putri Yasmin seperti yang tersebar baru-baru ini. Jelasnya, hubungan rapat mereka hanya berkaitan dengan urusan kerja semata-mata kerana dia telah menganggap Putri umpama kakak.

"Saya tidak tahu bagaimana gosip seperti jni boleh tersebar.

Klik gambar untuk size besar


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

Selasa, 3 Mac 2015

:: MYARTIS.COM ::

:: MYARTIS.COM ::


'ORANG KUAT ASTRO ' NAFI JADI KEKASIH BARU ZIZAN RAZAK

Posted: 03 Mar 2015 01:36 AM PST



Tidak benar!

Begitulah kata 'orang kuat Astro' yang digosipkan sebagai 'kekasih baru' Zizan Razak baru-baru ini.

Wanita berkenaan yang merupakan Naib Presiden GenNext Astro, bernama Putri Yasmin Megat Zaharuddin turut enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan hubungan cintanya dengan pelawak tersebut.

Klik gambar untuk size besar


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

MESKIPUN MILIKI FERRARI, NAMUN AZLAN TETAP MERENDAH DIRI

Posted: 03 Mar 2015 01:11 AM PST



"Saya tak boleh nak komen la kalau nak tanya pasal kereta sebab perkara itu lebih kepada hal peribadi. Maaflah saya tidak boleh nak komen mengenainya," demikian komen Azlan atau lebih dikenali sebagai Azlan & The Typewriter mengenai kereta mewah yang menjadi persoalan peminatnya.

Ini kerana, menerusi Instagramnya dia telah berkongsi gambar sebuah kereta sport Ferrari yang pastinya berharga agak mahal.

Klik gambar untuk size besar


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

WATAK WANITA - PEKIN MINTA MAAF PADA IBU

Posted: 03 Mar 2015 12:42 AM PST



Gara-gara watak wanita dalam filem Coverina, Pekin Ibrahim telah meminta maaf pada ibunya kerana bimbang ibunya mungkin terkejut besar apabila menonton filem tersebut.

Maklumlah... selama ini ibunya hanya melihat lakonan dirinya yang asli, tetapi kali ini dia bertukar menjadi wanita seksi. Heh.

"Sebelum dimaki dan dikritik ibu, jadi saya awal-awal lagi sudah membuat permohonan maaf menerusi suara latar dalam filem itu.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

8 GAMBAR PRA PERKAHWINAN NUBHAN & AFIFAH HIDAYAH

Posted: 02 Mar 2015 07:02 PM PST


Memang menarik gambar-gambar yang dirakamkan oleh MyHappyMoments untuk bakal pengantin kita Nubhan Ahmad dan Afifah Hidayah.

Meskipun masih belum membuat pengumuman mengenai tarikh perkahwinan, namun mereka yang telah bertunang pada Oktober tahun lalu itu kelihatan tenang dan bersahaja.

Doa kita, moga apa yang dirancang oleh mereka nanti menjadi kenyataan. Amin.

Klik gambar untuk size besar


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

19 GAMBAR - AKSI TERKINI BABY BLACK HANIFAH

Posted: 02 Mar 2015 02:20 PM PST



Gambar terkini baby Black Hanifah dan isterinya Naquia Yasirah Mohd Khairi atau Cira yang dirakamkan oleh jurugambar thephotolicious.

Untuk rekod, bayi lelaki Black dan Cira ini lahir pada 13 Januari lalu di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor. Bayi tersebut diberi nama Khaleef Dayyan.

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

Isnin, 2 Mac 2015

:: MYARTIS.COM ::

:: MYARTIS.COM ::


4 GAMBAR - AMY SEARCH DI ACARA BACAAN MANZIL

Posted: 01 Mar 2015 02:24 PM PST



"Alhmdulillah... selesai Manzil untuk hari ini," begitulah kata Amy Search mengenai acara bacaan Manzil yang disertainya.

Untuk info, Manzil ialah bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat.

Antara kelebihan bacaan Manzil:
  • 1. Mengelakkan dan menyembuhkan penyakit akibat sihir, gangguan jin dan syaitan.
  • 2. Melindungi pengamal dan kaum kerabatnya daripada bahaya makhluk halus, penjahat dan binatang buas.
  • 3. Rumah dan harta benda pengamal dilindungi.


  • Klik gambar untuk size besar


    << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

    Ahad, 1 Mac 2015

    borak kosong

    borak kosong


    Kakak ini ketagih hamil,sewakan rahimnya secara percuma

    Posted: 01 Mar 2015 07:32 PM PST

    Ketagihan itu banyak macamnya, namun keagihan yang dialami oleh wanita Inggris bernama Tara Sawyer (37 tahun) ini sungguh pelik

    Apa pasal? Ia begitu keagih hamil. Ia mengatakan bahawa tak akan berhenti hamil hingga rahimnya tak boleh lagi berfungsi.

    Tara sawyer
    Tara bersama suaminya, Matt Sawyer

    Saat ini Tara telah memiliki empat anak yakni Rebecca (14), Harrison (12), dan kembar Jack dan Noah (4). Meski Tara sudah berhenti memiliki anak kandung, ia sekarang memilih menyewakan rahimnya (surrogate) secara percuma kerana ketagih hamil.

    "Surrogate sangat adiktif," katanya. Apabila dihitung dengan kelahiran anak kandungnya, secara total ia sudah melahirkan sebanyak 7 kali. Untuk sewa rahim, Tara melahirkan tiga kali dalam dua tahun terakhir.

    Wanita Kecanduan Hamil
    Tara dan Matt, bersama keempat anak mereka

    Sawyer begitu bahagia ketika hamil sehingga ia tak mengenakan biaya apapun untuk menyewakan rahimnya. Padahal, ia berhak mendapatkan biaya sebesar US$ 25.300.

    Ketika banyak orang melihat ketagihan Sawyer itu ekstrem, para profesional kesihatan mental mengakui bahwa itu sudah terjadi selama bertahun-tahun.

    Dr. Carole Liberman, seorang psikiater asal Beverly Hills, mengemukakan perihal ketagihan aneh ini. "Wanita yang terobsesi menjadi hamil secara harfiah adalah mengisi kekosongan di dalam dirinya, sama seperti pecandu alkohol dan narkoba yang menggunakan zat itu untuk mengisi kekosongan psikologis,".

    Tara Sawyer
    Setiap kali hamil, Tara selalu mendokumentasikan kehamilannya

    Sawyer berbicara ke suaminya tentang kecanduan hamilnya usai kelahiran bayi kembarnya. Saat itu, sang suami mendengarkan ideanya menyewakan rahimnya.

    Keagihan canduan hamil tak hanya dialami Sawyer, seorang wanita bernama Liz juga mengalami hal yang sama. Tapi, keagiahannya itu membuat pernikahannya di ambang perceraian.

    Kita menjadi berfikir, apakah ia tidak takut terkena penyakit berjangkit kerana hamil oleh sperma laki-laki yang latar belakangnya tidak jelas?
    (Daily Mail, Kickerdaily)

    Sabtu, 28 Februari 2015

    :: MYARTIS.COM ::

    :: MYARTIS.COM ::


    80 GAMBAR - SEKITAR MAJLIS PERTUNANGAN HAFIZ DAN NUREFFY

    Posted: 28 Feb 2015 04:50 AM PST



    Meskipun mengalami kecederaan tulang belakang (slipped disc) baru-baru ini dan masih dalam rawatan, namun Hafiz Suip, 25, selamat melangsungkan pertunangannya dengan Nureffy Jasreel Abdullah, 22, malam semalam di Hotel Pullman, Kuching, Sarawak.

    Klik gambar untuk size besar


    << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

    ANDRASHAH IMAN, NAMA ANAK KEDUA TOMOK

    Posted: 28 Feb 2015 03:25 AM PST



    Tahniah diucapkan buat Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan dan isterinya, Siti Rahayu Abas atas kelahiran bayi lelaki keduanya mereka yang lahir sekitar jam 1.34 petang semalam di Pusat Perubatan Prince Court.

    "Alhamdulillah saya bersyukur kerana kali ini segala-segalanya berjalan lebih lancar kerana mempunyai pengalaman daripada kelahiran Arrian dulu.

    "Jadi saya dah bersedia dari segi barang persiapan bersalin isteri serta doktor juga telah memberikan tarikh jangkaan bersalin pada Jumaat lalu.

    Klik gambar untuk size besar


    << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

    Jumaat, 27 Februari 2015

    :: MYARTIS.COM ::

    :: MYARTIS.COM ::


    8 GAMBAR - ZAIN SAIDIN & CHE TA DI TANAH SUCI

    Posted: 26 Feb 2015 04:48 PM PST



    Sebagaimana Zahiril Adzim dan isterinya Shera Aiyob yang merindui anak mereka ketika di tanah suci Mekah, begitu jugalah halnya dengan Zain Saidin dan Che Ta yang kini turut berada di Mekah untuk menunaikan umrah.

    Kerinduan pada puteri sulung mereka, Aaisyah Dhia Rana yang tidak ikut serta terserlah apabila mereka meluahkan rindu tersebut di laman sosial.

    Klik gambar untuk size besar


    << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

    AKUR NASIHAT DOKTOR - HAFIZ SUIP HARUS TERIMA RAWATAN SETAHUN

    Posted: 26 Feb 2015 03:56 PM PST



    "Kecederaan slipped disc itu telah menghimpit beberapa saraf lain pada badan saya. Biarpun ia semakin pulih namun doktor mahu saya menjalani rawatan fisioterapi selama setahun bagi memastikan masalah itu tidak berulang.

    "Biarpun perlu berulang-alik ke hospital dalam jangka masa setahun ini tetapi saya akur demi kesihatan saya," ujar Hafiz Suip dengan nada sedih.

    Untuk makluman, Hafiz terpaksa akur nasihat doktor untuk menjalani rawatan fisioterapi selama setahun di hospital akibat kecederaan tulang belakang (slipped disc) baru-baru ini.

    Klik gambar untuk size besar


    << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

    Khamis, 26 Februari 2015

    :: MYARTIS.COM ::

    :: MYARTIS.COM ::


    TAK PAKSA PELUK ISLAM - CINTA AKIM & STACY DAPAT RESTU KELUARGA

    Posted: 25 Feb 2015 02:18 PM PST



    "Proses untuk memeluk agama Islam saya serahkan kepada Stacy kerana kalau hati dia telah dibuka, Insya-Allah dia dengan sendiri akan buat.

    "Saya tidak letak sebarang tempoh atau paksaan untuk dia berbuat demikian. Biarlah datang dari hatinya sendiri," ujar Akim Ahmad mengenai Stacy selepas dia membuat pengakuan baru-baru ini bahawa penyanyi tersebut adalah kekasih hatinya.

    "Jujurnya saya bukanlah tahu sangat tentang agama tetapi jika dia tanya perkara tentang solat, Al-Quran dan perkara-perkara mudah yang lain saya akan jawab.

    Klik gambar untuk size besar


    << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

    Rabu, 25 Februari 2015

    borak kosong

    borak kosong


    Lelaki ini habiskan duit untuk jadi Madonna

    Posted: 25 Feb 2015 03:16 PM PST


    Penggemar yang mengaggumi idolanya biasanya akan melakukan apa sahaja untuk menyalurkan kecintaannya pada sang idola. Mulai dari memasang foto sang idola hingga meniru gayanya. Tapi, ada juga orang yang rela mengubah bentuk wajah dan tubuh mereka agar mirip dengan idolanya.

    Seperti kisah Adam Guerra yang terobsesi mirip dengan Madonna. Lelaki asal Los Angeles itu sudah sejak lama menjadi penggemar diva pop itu. "Aku telah terobsesi dengan Madonna sejak usiaku 15 tahun. Dia orang yang sudah membuat hidupku menjadi lebih bahagia. Madonna adalah ratu. Semangatnya juga ada di dalam diriku," ungkap lelaki 27 tahun itu.

    Ketika usia Adam 18 tahun, ia semakin terobsesi dengan penyanyi 'Like a Virgin'. Adam bercerita, saat itu ia tengah tampil menjadi drag queen dan meniru gaya sang idola, saat itulah ia berfikir bahwa ini adalah impian yang membuatnya jadi terobsesi dan ia yakin ketika ia boleh mirip dengan Madonna maka akan mendatangkan pekerjaan untuknya.


    Biaya yang dihabiskannya tentu saja tak sedikit. Adam mengaku sudah mengeluarkan biaya mencapai US$ 175 ribu untuk mendapatkan bentuk wajah seperti Madonna, termasuk mendapatkan tahi lalat di atas bibirnya agar semakin mirip.

    Tak berhenti sampai di situ, Adam masih belum puas dengan penampilannya. Ia merancang untuk melakukan prosedur kecantikan yang ke-19 iaitu memasang implan di punggungnya.

    Tidak hanya mengeluarkan wang untuk operasi plastik, Adam mengaku juga menghabiskan wangnya untuk membeli kostum ala sang bintang. Selama beberapa tahun ini, Adam sudah mengeluarkan dana lebih dari US$ 100 ribu untuk membeli dan menjahit kostum-kostum unik. detik.com

    :: MYARTIS.COM ::

    :: MYARTIS.COM ::


    UJIAN ALLAH PUNCA LUFYA KINI BERTUDUNG

    Posted: 24 Feb 2015 10:02 PM PST



    "Ikutkan dari tahun ke tahun saya ada niat ke arah itu (menutup aurat). Tetapi ketika itu saya masih memikirkan soal kerja dan komitmen. Saya pernah menangis memikirkan hal ini kerana hati belum kuat untuk membulatkan keputusan bertudung," begitulah luahan hati Lufya Omar yang kini bertudung secara kekal selepas menyambut ulangtahunnya yang ke-30.

    Tambahnya, awalnya dia rasa takut dengan kemungkinan tawaran seni akan putus. Tapi berkat dorongan dan nasihat ibunya, dia akhirnya mendapat kenyakinan diri.

    "Tiada siapa yang tahu, sebenarnya Lufya telah ditimpa dengan pelbagai ujian termasuk kesakitan secara tiba-tiba dalam perjalanan memenuhi tuntutan agama Islam sejak Disember tahun lalu.



    << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

    DEMI ANAK, AMELINA KEMBALI BERDANGDUT

    Posted: 24 Feb 2015 01:26 PM PST



    "Saya kembali demi mencari rezeki untuk besarkan anak-anak saja," begitulah pengakuan penyanyi dangdut Amelina.

    Tambahnya, kemunculannya tidak harus dicemburui penyanyi lain kerana dia hanya ingin mencari rezeki buat enam cahaya matanya yang berusia antara enam hingga 14 tahun.

    Amelina berkata demikian bagi menjawab dakwaan segelintir pihak yang kurang senang dengan kehadiran semulanya.



    << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

    10 GAMBAR - ZAHIRIL ADZIM & ISTERI RINDU ANAK DI MEKAH

    Posted: 24 Feb 2015 01:10 PM PST



    Beberapa keping foto Zahiril Adzim bersama isterinya Shera Aiyob menunaikan umrah di Mekah.

    Difahamkan, mereka telah berada di sana selama 13 hari dan terpaksa berpisah dengan anak lelaki mereka, Anaqi.

    "Di Masjid Al-Nabawi ini, bila bukan waktu solat atau sementara menunggu azan, akan ada kelas-kelas kecil seperti ini. Seperti ini, kelas 'Quran Reading For Visitors', Sheikh ini mengajar kami membaca Surah Al-Fatihah dengan betul dan lebih detail. MasyaAllah," ujar Zahiril melalui IGnya.

    Jom tengok!

    Klik gambar untuk size besar


    << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

    Selasa, 24 Februari 2015

    :: MYARTIS.COM ::

    :: MYARTIS.COM ::


    21 GAMBAR - CHE TA MANIS BERTUDUNG DIHARI LAHIR ZAIN SAIDIN

    Posted: 23 Feb 2015 08:34 PM PST



    Manis bertudung!

    Demikian komen peminat Rozita Che Wan ketika menyambut ulangtahun ke-31 suaminya Zain Saidin malam semalam.

    "Happy Birthday suami ku," ujar Che Ta melalui IGnya.

    Mungkinkah Che Ta akan kekal dengan imej bertudung atau mungkin dia sekadar menghormati majlis kesyukuran dan bacaan Yasin yang difahamkan dipimpin oleh Imam Muda Asyraf ketika majlis berlangsung.



    << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

    7 GAMBAR - EZAD LAZIM, ISTERI & ANAK MENGERJAKAN UMRAH

    Posted: 23 Feb 2015 04:31 PM PST



    "Kami baru sarapan dekat Madinah jam 7.28pagi di Hotel Al Mukhtara," demikian tulis Ezad Lazim melalui FBnya semalam.

    Untuk info, Ezad dan isterinya Nor Azeana Ramli serta anak mereka Puteri Rania Keisha kini berada di Mekah mengerjakan umrah sehingga 4 Mac depan.

    Klik gambar untuk size besar


    << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

    Isnin, 23 Februari 2015

    :: MYARTIS.COM ::

    :: MYARTIS.COM ::


    SITI NURHALIZA NAFI BELIAU WANITA KETIGA TERKAYA DI MALAYSIA

    Posted: 23 Feb 2015 02:38 AM PST



    Datuk Siti Nurhaliza semalam menafikan bahawa dia adalah wanita ketiga terkaya di Malaysia sebagaimana senarai laporan yang dikeluarkan oleh SaveMoney.my baru-baru ini.

    "Artikel tersebut sedikit sebanyak memberi impak kepada keselamatan diri saya," ujar Siti dipetik sebagai berkata ketika ditemui media di Anugerah MeleTOP Era 2015, di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

    TONTON VIDEO:

    Sumber: Astro Gempak



             ________________________




    LISA SURIHANI DIDAKWA HAMIL ANAK KEMBAR GUNA IVF?

    Posted: 22 Feb 2015 08:17 PM PST



    Ramai yang sudah mula menyebarkan gosip ini di laman-laman sosial. Dakwa mereka, Lisa dan Yusry menggunakan kaedah tabung uji (In Vitro Fertilization) atau ringkasnya IVF untuk mendapatkan anak kembar!

    Aduuhh... rasa sedih dan kasihan bila membaca dakwaan tersebut yang pastinya melukakan hati pasangan bahagia ini. Iyalah... mereka penat berusaha, sedap aja orang mengata dan menyebarkan cerita bukan-bukan.

    Klik gambar untuk size besar


    << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

    JOHAN & AIDA JEBAT DOMINASI AME 2015

    Posted: 22 Feb 2015 02:24 PM PST



    Ternyata Johan Raja Lawak atau nama sebenarnya Mohammad Yazid Lim,30, masih popular dikalangan peminatnya apabila meraih empat kategori di kemuncak Anugerah Meletop Era (AME 2015).

    Dengan kemenangan itu, Johan membawa pulang trofi bagi kategori Penyampai Radio Meletop, Program Radio Meletop, Artis Lawak Meletop dan Top Top Meletop (Lelaki) di tahun kedua AME semalam yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil.

    Sementara pelakon baru Ayda Jebat pula diumumkan sebagai pemenang kategori Top Top MeleTop dan Artis Baharu Meletop.

    Klik gambar untuk size besar


    << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

    Ahad, 22 Februari 2015

    :: MYARTIS.COM ::

    :: MYARTIS.COM ::


    8 GAMBAR - ALMY NADIA & FIZZ FAIRUZ BERSAMA BABY

    Posted: 21 Feb 2015 09:50 PM PST



    Gambar menarik Almy Nadia yang baru-baru ini selamat melahirkan baby perempuan seberat 3.25 kilogram di Hospital Columbia, Setapak, Kuala Lumpur. Waahhh... tembamnya pipi Almy!

    Untuk info, gambar ini kami cilok dari rancangan Melodi yang bersiaran hari ini.

    Menurut Almy dan Fizz, mereka hanya akan berkongsi wajah anak mereka selepas berusia 40 hari.



    << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

    7 GAMBAR - ZACH X-FACTOR AKHIRI ZAMAN BUJANG

    Posted: 21 Feb 2015 09:34 PM PST



    Tahniah diucapkan buat pelakon dan penyanyi Zach X-Factor atau nama sebenarnya Zachery Francis yang telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan Jennifer Carterina Gilbert dalam satu majlis sederhana.

    "Syukur akhirnya saya bertemu dengan seorang wanita yang saya sifatkan cukup sempurna di mata saya dan sangat selesa bersamanya," ujar Zach dipetik sebagai berkata tidak lama dulu.

    "My big day," demikian kata Jennifer pula melalui IGnya.

    Klik gambar untuk size besar


    << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

    SEKITAR MAJLIS ULANGTAHUN DATUK K BERSAMA KELUARGA

    Posted: 21 Feb 2015 02:31 PM PST



    Pada 19 Februari lalu, majlis ulangtahun  Dato' Sri Khalid Bin Mohamad Jiwa atau lebh dikenali sebagai Datuk K yang ke-56 telah disambut secara sederhana oleh keluarga tersayang.

    Dalam majlis tersebut, Izara Aisyah turut hadir meraikan majlis ulangtahun bakal bapa mentuanya. Heh!

    "Alhamdullillah...'makan besar' kami anak beranak meraikan ulang tahun kelahiran suami tersayang .. B.. terima kasih kerana menjadi Suami yg melindungi, Ayah yg bertanggungjawab, Mentor yg berdedikasi & sahabat yg sejati.. Doaku sentiasa bersamamu sayang..



    << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

    Sabtu, 21 Februari 2015

    :: MYARTIS.COM ::

    :: MYARTIS.COM ::


    8 GAMBAR - ZUL HUZAIMY SELAMAT BERGELAR SUAMI KEPADA ERNA

    Posted: 20 Feb 2015 03:02 PM PST



    Sekitar majlis pernikahan Zul Huzaimy Marzuki, 36, dan pasangannya Nur Ernawati Mohamad Nor (Erna), 27, yang berlangsung malam semalam.

    Untuk rekod, ini merupakan perkahwinan kali kedua buat Zul setelah bercerai dengan isteri pertamanya Nor Dalilah Muhammad pada 1 Julai 2010. Hasil perkahwinannya dengan Dalilah, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Awal Haziq yang kini berusia 9 tahun.

    Tahniah diucapkan!



    << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

    Label

    Senarai Lagu