Rabu, 25 Februari 2015

:: MYARTIS.COM ::

:: MYARTIS.COM ::


UJIAN ALLAH PUNCA LUFYA KINI BERTUDUNG

Posted: 24 Feb 2015 10:02 PM PST



"Ikutkan dari tahun ke tahun saya ada niat ke arah itu (menutup aurat). Tetapi ketika itu saya masih memikirkan soal kerja dan komitmen. Saya pernah menangis memikirkan hal ini kerana hati belum kuat untuk membulatkan keputusan bertudung," begitulah luahan hati Lufya Omar yang kini bertudung secara kekal selepas menyambut ulangtahunnya yang ke-30.

Tambahnya, awalnya dia rasa takut dengan kemungkinan tawaran seni akan putus. Tapi berkat dorongan dan nasihat ibunya, dia akhirnya mendapat kenyakinan diri.

"Tiada siapa yang tahu, sebenarnya Lufya telah ditimpa dengan pelbagai ujian termasuk kesakitan secara tiba-tiba dalam perjalanan memenuhi tuntutan agama Islam sejak Disember tahun lalu.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

DEMI ANAK, AMELINA KEMBALI BERDANGDUT

Posted: 24 Feb 2015 01:26 PM PST



"Saya kembali demi mencari rezeki untuk besarkan anak-anak saja," begitulah pengakuan penyanyi dangdut Amelina.

Tambahnya, kemunculannya tidak harus dicemburui penyanyi lain kerana dia hanya ingin mencari rezeki buat enam cahaya matanya yang berusia antara enam hingga 14 tahun.

Amelina berkata demikian bagi menjawab dakwaan segelintir pihak yang kurang senang dengan kehadiran semulanya.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

10 GAMBAR - ZAHIRIL ADZIM & ISTERI RINDU ANAK DI MEKAH

Posted: 24 Feb 2015 01:10 PM PST



Beberapa keping foto Zahiril Adzim bersama isterinya Shera Aiyob menunaikan umrah di Mekah.

Difahamkan, mereka telah berada di sana selama 13 hari dan terpaksa berpisah dengan anak lelaki mereka, Anaqi.

"Di Masjid Al-Nabawi ini, bila bukan waktu solat atau sementara menunggu azan, akan ada kelas-kelas kecil seperti ini. Seperti ini, kelas 'Quran Reading For Visitors', Sheikh ini mengajar kami membaca Surah Al-Fatihah dengan betul dan lebih detail. MasyaAllah," ujar Zahiril melalui IGnya.

Jom tengok!

Klik gambar untuk size besar


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu