Jumaat, 19 Julai 2013

Zon Artis

Zon Artis


Abby Abadi Sudah Bernikah

Posted: 19 Jul 2013 05:47 AM PDT

GAMBAR PERNIKAHAN ABBY ABADI DAN FARHAN

Nampaknya, pernikahan tanpa pengetahuan umum dalam kalangan selebriti Malaysia menjadi pilihan kini. Misalnya Ashraf Muslim yang telah bernikah buat kali kedua di Thailand tanpa pengetahuan sesiapa termasuklah isterinya sendiri, Noor Dayana. Terbaru, Abby Abadi pula mengaku sudah bernikah.

Abby Abadi yang umum ketahui merupakan bekas isteri Norman Hakim mengesahkan yang dia sudah bergelar isteri kepada jejaka yang dikenali sebagai Farhan sejak 12 hari lalu. Mengikut perkiraan kami, pernikahan Abby dan Farhan berlangsung pada 7 Julai, sama dengan tarikh pernikahan kedua Ashraf Muslim.

Seperti kata Abby Abadi memberi penjelasan:-

"Dipendekkan cerita, sebenarnya sudah 12 hari dia sah menjadi suami saya. Maaf sebab maklumkan lambat pada kalian. Allah kami dahulukan. InsyaAllah, majlisnya dalam bulan raya nanti. Lokasi belum pasti. Doakan, ini jodoh kerana kami saling tidak mengenali antara satu sama lain. Baru dua minggu kenal, Allah tunjukkan jalan ke sini. Syukur,"

GAMBAR PERNIKAHAN ABBY ABADI DAN FARHAN

Apa-apa pun, tahniah buat Abby diatas pernikahan yang sudah selamat dilangsungkan itu. Kami doakan semoga pernikahan kali ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Dan belum terlambat rasanya untuk kami seluruh warga kerja Zon Artis mengucapkan selamat pengantin baru buat Abby dan suami.

Related Posts with Thumbnails

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu