Jumaat, 19 Julai 2013

OHBULAN!

OHBULAN!


Kini Trending : Abby Abadi Mengaku Sudah 12 Hari Nikah

Posted: 19 Jul 2013 12:16 AM PDT

Screen Shot 2013-07-19 at 3.04.09 PM

Tahniah! diucapkan buat Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan atas pernikahannya bersama jejaka pilihan sejak 12 hari lalu.

Berita gembira ini telah disahkan sendiri oleh Abby menerusi laman Instagramnya dan menurut pelakon wanita ini dia baru sahaja mengenali jejaka tersebut dua minggu sebelum mereka bernikah.

Dipendekkan cerita, Sebenarnya sudah 12hari dia sah menjadi suami Sy. Maaf sbb maklumkan lambat pd kalian…. ALLAH kami dulukan. Insyallah, majlisnya dlm bulan Raya nnti. Lokasi belum pasti. Doakan???????? Ini jodoh… krn kami saling tidak mengenali antara satu sama lain. Baru 2mggu kenal, ALLAH tunjukkan jalan ke sini… Syukur!!

Setiap yang hidup pasti akan merasai mati suatu hari nanti. Macammana keadaan dan bila kita akan mati hanya DIA saja yang tahu….begitu juga dengan jodoh kita. Dgn siapa kita akan dijodohkan dan biler kita akan dijodohkan semuanyer telah ditetapkan oleh DIA. Semuanya telah tertulis sejak dari azali lagi… Ada orang kata jodoh tu akan datang dengan sendiri tanpa di cari dan ada sesetengah orang cakap jodoh tu tak kan datang dengan sendiri kalau kita tak cari….tapi apa2 pun semuanyer bergantung kepada kekuasaanNYA. Sama ada kita berusaha mencari ataupun tak DIA sudahpun menulisnya kerana DIA yang lebih mengetahui…. ?

Abby Abadi nikah

Abby bersama suami tercinta

Menerusi respon peminat dilaman sosial tersebut, ramai antara mereka yang melahirkan rasa terkejut dengan berita gembira itu, bagaimanapun mereka tetap mendoakan semoga Abby bahagia bersama insan pilihannya kali ini.

Abby Abadi kahwin

OHBULAN! turut doakan semoga Abby bahagia hingga ke akhir hayat dan mahligai yang dibina kali ini akan terus berkekalan.

Rangkaian Fesyen Headline™ Seoul Dibuka Di KLCC

Posted: 18 Jul 2013 11:55 PM PDT

1354193538989

Berita baik buat semua peminat fesyen Korea! Bermula pada hari ini, jenama Headline™ Seoul kini telah mula diperkenalkan di Isetan KLCC, Kuala Lumpur.

Kalau anda nak tahu, Headline™ Seoul adalah label fesyen yang menggabungkan gaya antarabangsa dengan fesyen jalanan dari Seoul.

Kesemua rangkaian pakaian dan aksesori dari butik ini sememangnya sesuai untuk mereka yang gemar menggayakan fesyen ringkas namun masih nampak jelita dan kekal selesa.

yus

Demi memenuhi keperluan gadis Asia yang inginkan fesyen terkini, Headline™ Seoul menampilkan tiga gaya utama iaitu Clean Classics, Girly Chic dan Trend-Led.

Tidak seperti kebanyakan butik pakaian antarabangsa yang lain, Headline™ Seoul menawarkan harga yang lebih berpatutan bermula dari RM50 hingga RM300 untuk semua koleksinya.

Jadi, bagi yang ingin memiliki koleksi pakaian dan aksesori untuk Hari Lebaran nanti, anda boleh berkunjung ke butik Headline™ Seoul di Isetan KLCC pada 19 Julai hingga 2 Ogos 2013 bersempena dengan promosi pembukaannya.

Sementara itu, ayuh cuci mata dengan melihat beberapa keping foto koleksi fesyen daripada Headline™ Seoul di bawah. Semuanya nampak menarik, kan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu