Isnin, 2 April 2012

Sensasi

Sensasi


Erra Fazira dan Engku Emran raikan harijadi Aleesya secara berasingan?

Posted: 02 Apr 2012 05:23 PM PDT

Gossip perkahwinan Erra Fazira dan Engku Emean semakin diperkatakan oleh industri hiburan dan wartawan.
Sebelun nie kedengaran pergolakan rumah tangga mereka bergolak apabila dikatakan tidak lagi tinggal sebumbung , Engku Emran tertekan kerana Engku Emran tertekan belum
Mendapat kerja serelah tamat kontrak dengan suria fm.

Ada gossip liar mengatakan kini Engku Emran dah berkahwin lain dengan belas rakan sekerja nya? Sensasi pun tak dapat pastilan kesahihan cerita nie.. Wait for melodi untuk terjah..

Terbaru Engku Emran dan Erra meraikan hari jadi aleesya secara berasingan..

Comel Aleesya makin besar makin iras wajah Erra








So i came downstairs the boss was bz wt her ipad i asked whatcha
doing Aicha? she juz replied "work"! - Emran












Safee Sali bercerai talak satu dengan isteri

Posted: 02 Apr 2012 08:39 AM PDT


Bintang bola sepak negara, Safee Sali, 28, yang baru saja melancarkan komik berjudul Super Safee disahkan baru saja bercerai sebentar tadi.

Menurut laporan media, Safee telah melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya, Sabrina Yusof di hadapan Hakim Syarie Fouzi Mokhtar, hari ini.

Prosiding cerai yang dijalankan secara tertutup ini turut dihadiri oleh peguam dari kedua-dua belah pihak.

Punca penceraian pasangan ini masih belum diketahui.

Walau bagaimanapun, peguam syarie Sabrina, Nashuha Abdul Hadi memberitahu bahawa perceraian itu adalah secara baik dan tuntutan perceraian akan diselesaikan atas persetujuan bersama.

Kedua-dua Safee dan Sabrina telah hadir di mahkamah.

Pasangan ini mempunyai dua anak perempuaniaitu Nur Syaza Syaqina berumur tiga tahun dan Nursyasya Safirna berumur satu tahun

Mereka telah mendirikan rumah tangga pada 2007 selepas berkenalan ketika pemain kelahiran Kajang, Selangor itu masih beraksi bersama Sarawak dalam saingan Liga Perdana.

Komen Datuk Siti Nurhaliza tentang isu Datuk K berkahwin dengan Rozita Che Wan

Posted: 02 Apr 2012 05:37 PM PDT

Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk K memang pasangn romantis yang sering ke sana sini bersama-sama.
Tapi entah kenapa Rozita Che Wan sering dikaitkan dengan Datuk K.
Dulu semasa awal perkahwinan Siti lagi, Rozita digossipkan sudah berkahwin dengan Datuk K, dan dikatakan Datuk K membeli kereta BMW untuk Rozita..

Kini apabila cerita anak Rozita lari dari rumah kerana merajuk, sekali lagi Rozita dikaitkan bakal berkahwin, ada juga yng ckp sudah berkahwin dengan Datuk K, kononnya anak rozita merajuk apabila rozita berkahwin dengan Datuk K.

Mungkin ada yang cemburu dengan kebahagiaan Siti?

Menurut Rozita, dia mungkin akan menyaman org yang menyebarkan firnah tersebut supaya jangan teis menerus menfitnah dan merosakkan rumahtangga orang lain.. sensasi rasa mmg patut pun .. Huhu


"Sebolehnya Siti pun tak mahu komen sebab lagi Siti bercakap, lagi berpanjangan isu ini. Siti tahu gosip ini dari ruangan Internet. Sejujurnya, Siti tak ada pun rasa nak marah ke, rasa sedih ke atau apa pun sebab Siti dah lali dengan dakwaan sebegini rupa ",

"Siti pun tak pernah tanya suami mengenai isu ini sebab Siti tahu cerita ini semua tak betul. Geram tu memang adalah tapi kalau kita layan sangat cerita macam ini, kita juga yang akan pening kepala nak fikir pasal benda-benda ini."

Mengulas mengenai perhubungannya dengan Rozita Che Wan, Siti mengakui tidak ada masalah langsung yang timbul dek penyebaran gosip ini.

"Tak ada sebab untuk Siti bermusuh dengan beliau. Siti jumpa kak Rozita pun, Siti akan tegur macam biasa. Tak ada sebab Siti nak lari dari dia ke atau anti dia. Siti tahu hakikat cerita ini tak benar", ujar penyanyi kelahiran Kg Awah, Temerloh ini.

Ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap si penyebar fitnah tersebut seperti mana yang Rozita akan lakukan, Siti memberitahu, "Memang ada terfikir nak ambil tindakan yang sama tapi susah nak cari orang dalam alam maya ini. Tapi kalau Siti dapat orang tu, tahulah Siti nak buat apa.

"Kita berserah dan berdoa kepada Allah agar penyebar fitnah itu kembali ke pangkal jalan dan diampunkan dosanya. Itu saja cara yang terbaik. Siti pasti dia pun tahu fitnah itu lagi dahsyat dosanya dari membunuh. Siti hanya mampu sabar dan tahap kesabaran Siti hanya Allah saja yang tahu."
"Datuk K agak tertekan apabila rakan-rakan serta saudara mara bertanya akan kesahihan gosip tersebut. Apa-apapun, sikit pun Siti tak pernah nak mencurigai apa yang suami Siti buat. Insya-Allah, Siti lagi mengenali suami sendiri. Datuk K pun lepas kerja terus balik rumah dan meluangkan masa bersama Siti," tambah Siti

Nama sebenar Aaron Aziz ialah Mat Haron Mustapha bin Mat Aziz Mustafa?

Posted: 02 Apr 2012 05:37 PM PDT


Agak kelakar jugak kalau nama aaron Aziz yang kedengaran "modern" rupanya bernama Mat Haron...hehe

Sekarang nie kecoh di alam maya yang nama sebenar Aaron aziz dah terbongkar.Namun Diyana Halik iaitu isteri Aaron Aziz menafikan ..

Mungkin sekadar April fool je kot.maklumlah gambar tersebut mula disebarkan semalam iaitu 1 April 2012..



"Apa yang saya boleh pastikan, dakwaan tersebut adalah palsu semata-mata. Nama sebenar Aaron ialah Aaron Mustapha bin Aziz dan bukannya Mat Haron Mustapha Bin Mat Aziz Mat Mustapha seperti yang didakwa dan seperti yang tertulis dalam kad pengenalan berkenaan.

"Saya juga baru mengetahui berkenaan hal ini melalui Twitter dan belum berkesempatan bercerita kepada Aaron kerana dia masih berehat kerana demam.

"Jika anda tidak percaya atau menganggap saya mahu menyembunyikan hal sebenar, anda boleh bertanyakan mana-mana produksi yang pernah Aaron bekerja untuk mendapatkan kepastian nama sebenar Aaron daripada pasport miliknya," jelas Diyana.

Diana juga berkata, kejadian ini adalah sekadar perkara yang mahu diada-adakan.

Dia juga berkata, mungkin ada individu yang kurang senang atau juga tiada kerja selain mengada-adakan berita-berita seperti ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu