Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Karnival Yuan Menampilkan Artis TVB Hong Kong Posted: 02 Apr 2012 08:41 PM PDT Lokasi Pertama Karnival Yuan Menampilkan Artis TVB Hong Kong Bermula dari tahun 2010, Karnival Yuan ntv7 telah pun menjelajah ke 13 buah lokasi dan berjaya menarik seramai 235,000 pengunjung. Ternyata karnival ini telah berjaya mendapat tempat di hati komuniti berbangsa Cina di negara ini. Karnival terbesar Saluran Ceria Anda itu kini memasuki tahun ketiga dan berhasrat untuk meneruskan keceriaan dan membawa pelbagai aktiviti menarik buat para pengunjungnya nanti. Lokasi pertama karnival ini bakal bermula di Kompleks Rakan Muda Puchong, Selangor pada 31 Mac dan 1 April (Sabtu & Ahad) untuk memeriahkan lagi hujung minggu komuniti di sana. Menarik di sini, penampilan istimewa pelakon lelaki TVB Hong Kong, Mak Cheung Ching, yang yang sering menghiasi drama bersiri Hong Kong akan turut serta dalam mempromosi antara lainnya drama The Stew of Life yang masih bersiaran di ntv7 setiap Isnin hingga Rabu jam 11 malam pasti mendapat tumpuan pengunjung di hari Ahad nanti. YB Senator Gan Ping Sieu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan akan turut melapangkan masa di dalam pelancaran karnival itu nanti pada hari Sabtu nanti. Penganjur juga akan mengumumkan pembaharuan yang diwujudkan tahun ini iaitu pembahagian zon kepada empat zon iaitu Zon Hiburan, Zon Pendidikan dan Budaya, Zon Dagangan dan Zon Suka ria di mana setiap aktiviti yang sesuai akan dijalankan mengikut zon tersebut. Zon Hiburan akan membawa anda kepada aktiviti persembahan pentas, beramah mesra bersama selebriti, konsert mini, pertandingan berbentuk hiburan dan pelbagai lagi. Peminat filem Jack Neo pasti akan teruja dengan aktiviti promosi "We Not Naughty". Selain itu, Soo Wincci juga akan menghiburkan peminatnya dengan lagu terbarunya. Penyampai berita ntv7 juga bakal berada di sana. Zon Pendidikan dan Budaya pula akan membawa anda aktiviti bengkel dan pesta buku. Danell Lee juga akan berkongsi kisahnya yang penuh inspirasi di gerai World Vision. Sementara itu Zon Dagangan adalah tempat di mana orang ramai boleh membeli pelbagai jenis makanan dan jualan lambak. Akhir sekali adalah Zon Suka ria di mana aktiviti permainan buat anak-anak disediakan. Orang ramai akan berpeluang untuk belajar lebih mengenai pemeliharaan alam sekitar dengan pelbagai aktiviti hijau yang akan berlangsung di gerai "Go Green". Aktiviti kraf menggunakan bahan terpakai bakal dimanfaatkan pengunjung. World Vision, organisasi yang memberikan nasihat akan menumpukan kepada kanak-kanak, keluarga dan komuniti dalam membasmi kemiskinan dan ketidakadilan di gerai khas yang bertujuan memberi kesedaran. Mereka yang minat membaca pasti akan menemui bahan baca menarik di pesta buku yang dkendalikan Fo Guang Publication Sdn. Bhd dan Green Fiction di karnival tersebut. Selain itu, Wellness Lab dan juga Hospital Kanser Fuda dari negara China akan memberikan pemeriksaan kesihatan percuma kepada pengunjung. Bukan itu sahaja, Joey Yap Consultant Group (JYCG) akan berkongsi kepakaran mereka dalam bidang Feng Shui dan tips memperbaiki diri untuk kedua-dua hari karnival itu berlangsung. Berita baik buat mereka yang kaki karaoke adalah sebuah pertandingan akan diadakan bagi mencungkil bakat nyanyian mereka. Lainnya kali ini adalah tiga orang peserta teratas di setiap lokasi akan di bawa untuk bertanding di lokasi terakhir bagi mencari peserta yang terbaik untuk dinobatkan sebagai juara. Sementara itu, pengunjung juga akan berpeluang membawa pulang hadiah menarik seperti pakej percutian, perkakasan rumah, baucar dan bermacam-macam lagi melalui sesi cabutan bertuah. Karnival Yuan ntv7 2012 juga akan memilih Sabah dan Negeri Sembilan buat pertama kalinya sebagai sebahagian lokasi yang akan dijelajah kali ini. Ini menjadikan keseluruhan lapan lokasi buat tahun ini termasuklah Pulau Pinang, Perak, Selangor, Johor dan Sarawak yang akan dilawati sepanjang bulan Mac sehingga Disember nanti. Dalam sebuah sidang media yang berlangsung sebelum ini di Eastin Hotel, Petaling Jaya, Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV melahirkan perasaan gembiranya dengan sokongan yang diberikan pelbagai pihak sepanjang dua tahun terdahulu dan bertekad untuk memastikan sesuatu yang lebih baik buat tahun ini. "Ia memang mengagumkan melihat perkembangan karnival ini sejak tahun 2010 dan kesan impak yang terrhasil sepanjang dua tahun lepas. Ini tentunya memberikan kami motivasi dan dorongan untuk melakukan sesuatu yang lebih baik buat tahun 2012. Kami juga amat bersyukur dengan sokongan dan kemurahan yang diberikan oleh rakan dan para penaja kami," kata Airin. Menyertai karnival ini buat pertama kalinya sebagai penaja perak adalah Sports Toto, yang akan cuba membantu mereka yang kurang bernasib baik melalui inisiatif dan kerja amal mereka di semua lokasi tahun ini. Sementara itu one FM dan akhbar Guang Ming Daily akan terus menjadi rakan media rasmi untuk membantu dan tetap menyokong karnival ntv7 itu. Jangan terlepas karnival ini nanti di lokasi-lokasi yang berikut: 31 Mac – 1 April Puchong, Selangor Kompleks Rakan Muda Puchong Karnival Yuan ntv7 diwujudkan untuk bersama penonton setianya di seluruh Malaysia. Acara yang melibatkan komuniti ini dirasmikan pada tahun 2010 dan dicipta khas buat penonton Saluran Ceria Anda. Untuk maklumat lanjut mengenai Karnival Yuan layari www.ntv7.com.my atau ikuti ntv7 di Facebook dan Twitter. Tags: NTV7Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Celebrity Chef Jamie Oliver Heats Things Up On 8TV Posted: 02 Apr 2012 08:35 PM PDT CELEBRITY CHEF JAMIE OLIVER HEATS THINGS UP ON 8TV JAMIE OLIVER'S FOOD REVOLUTION TX Date : 26th April 2012 Food glorious food is what's making its way to 8TV as the cheeky and fervent Brit Chef Jamie Oliver takes on the high statistics of obesity, heart disease and diabetes. With the majority of kids tipping the scales and classifying pies as one of the major food groups, its time to thank God, our waist lines and heart valves that Jamie Oliver is around! Jamie's Food Revolution follows the TV chef personality and campaigner for healthy food, as he travels to America to raise awareness of the growing obesity crisis and aims to get people cooking and eating good food again. By talking and educating people, Jamie attempts to show individuals the incredible rewards that come with cooking for themselves and the people they love. After noticing the diet struggle in the US and how kids were growing up overweight and malnourished from a regimen of processed foods, Jamie goes straight to the heart of the problem and looks at the challenges facing people in their homes, workplaces, schools and supermarkets. Jamie's mission is to begin a chain reaction of constructive change across the country. After studies revealed that the children of this day and age are the first generation to live shorter lives than their parents, Jamie heads down to Huntington, West Virginia, the town once labelled the fattest in the United States to make it clear that it is time for change – it is time for a Food Revolution! He says: "The time is right for people to rediscover the sense of pride, satisfaction and fun you can get from cooking for the people you love. There's an incredible community in Huntington, and I want this experience to be a celebration of what we can achieve when people come together. I want to prove that turning around the epidemic of obesity and bad health doesn't have to be boring or dull in the slightest. Wonderful stories will unfold in Huntington, and hopefully this will inspire the rest of the United States." "My favourite chef is now on 8TV. Jamie Oliver wants to start a food revolution to get people cooking fresh food again in Jamie Oliver's Food Revolution .As far as I'm concerned he can do no wrong. It's really overwhelming to see the number of people who have come out to support the Food Revolution. It's going to be a mouthwatering, exciting and healthy month. "said Ms. Airin Zainul, Group General Manager of 8TV & ntv7. The Food Revolution campaign has made an impact in the US with over 600,000 signatures on the official petition and attracted support from celebrities including Jennifer Aniston, Ricky Gervais, Queen Raina and Oprah Winfrey. Catch the messy cooking skills, quirky abbreviation of the word "brilliant" and deliciously easy to do recipes as Chef Jamie Oliver shows us that healthy cooking does not have to be a boring chore, in Jamie Oliver's Food Revolution beginning, Thursday, 26th April 2012 at 10.30pm exclusively on 8TV. ¬8TV is also on Astro's Channel 708. You can catch your favourite shows as Catch Up on www.8tv.com.my / www.tonton.com.my or follow us via www.facebook.com/8TVfb , www.twitter.com/8tv and www.youtube.com/8tvaddicts Tags: 8TVClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan