Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- cincin batu semula jadi
- Nadia Mustafar Disamun RM20,000
- Pelamin cinta Azza-Azlan
- Johan As'ari Jawab Tuduhan Semakin 'Besar Kepala'
- Datuk K Tertekan Spekulasi Kahwin Rozita Che Wan
- Lima Wanita Permainkan Cinta Amir (Raja Lawak)
- Datuk Shake Pulang Ke Malaysia Selama Setahun
- Justin Bieber Ganti Ashton Kutcher Dalam 'Punk'd'
- Maggie Gyllenhall Mengaku Hamil Anak Kedua
- Kaki nyaris putus dilibas parang
- Sijil halal barang haram
- Resipi turun temurun
- Bidik laser
- Boleh berjaya jika buang sifat malas
- Memori gaun merah jambu
- Gandingan bekas kekasih
- Jaga nilai eksklusif
- 82 peminat bertuah ABPBH 2011
- Pemakanan sihat untuk jantung
- Kelas pemulihan perkasa BM, BI
- UTMBridge uji kreativiti pereka
- Tarikan Lumia
- Erascan kejayaan Mimos
- Nikon D4 canggih
- DiGi perkenal pusat data mesra alam
Posted: 02 Apr 2012 08:35 PM PDT
TANPA menghiraukan keadaan di sekelilingnya, Rahim Hanipah leka menghadap meja kecil pada ruang tamu rumahnya yang terletak di Taman Puchong Intan di Puchong, Selangor. Berbekalkan sebuah kanta pembesar, dia memerhatikan objek kecil berwarna hijau gelap yang berada di tangannya dengan penuh teruja. Lelaki berusia 53 tahun itu kemudian mengambil salah sebuah buku tebal yang tersusun rapi di atas meja di hadapannya sebelum mula menyelak lembarannya. "Inilah batu maldovite. Ia merupakan batuan semula jadi yang dipercayai wujud akibat impak meteor di bumi sekitar 14.2 juta tahun dahulu. Masyarakat neolitik di Eropah Timur percaya batu ini mampu memberi kuasa spiritual dan metafizik kepada pemiliknya," terangnya sambil menunjukkan helaian yang menunjukkan imej seperti objek sebesar saiz syiling 20 sen itu. Ujar Rahim, batuan kristal jernih daripada jenis tektite berbentuk bulat atau berkedut yang sering dijadikan batu kalung dan cincin batu permata itu diperoleh daripada seorang rakan di Singapura sejak setahun lalu. Katanya, batu itu telah diagnosis dan disahkan asli, malah harganya di pasaran mampu mencecah RM2,000 hingga RM3,000. "Biarpun ada yang berminat, saya tidak mahu menjualnya kerana mahu menjadikannya bahan kajian dan penyelidikan pada masa hadapan," katanya yang memberitahu batu itu hanya boleh diperoleh di sekitar Republik Czech. Jelasnya, batu maldovite dan batuan semula jadi seperti agate (batu akik), amethyst (kecubung), aquamarine, beryl bloodstone (batu darah), citrine, cubic zirconia, zamrud, berlian, firuz, batu bulan, opal, batu nilam, batu delima dan topaz sering menjadi buruan peminatnya di negara ini.
Jelasnya, setiap kategori batuan itu memiliki komposisi kimia, struktur, warna dan kekerasan yang berbeza-beza. Ada batu-batu permata yang terhasil daripada fosil haiwan dan tumbuhan jutaan tahun dahulu seperti batu belut, batu mani gajah, batu teras kelor dan batu jarum emas. "Ada juga yang cincin yang terhasil melalui teras kayu. Misalnya, kayu tas, raja kayu merah, kayu ibo, teras kayu nibong tunggal dan kayu naga sari dikatakan bernilai tinggi terutamanya dalam bidang perubatan," katanya yang kini memiliki ratusan batuan, fosil dan cincin sebagai koleksi peribadi. Kisah pelik Bercerita tentang hobinya, anak kelahiran Temerloh, Pahang itu berkata, ia bermula kira-kira 12 tahun lalu selepas sering mendengar kisah-kisah pelik dan mistik mengenai batu permata. "Bagaimanapun, kebanyakannya hanya cerita lisan yang disampaikan dari mulut ke mulut tanpa bukti saintifik dan fakta yang kukuh. Saya mula melakukan kajian dan mendalami ilmu ini melalui pembacaan dalam buku dan Internet serta sanggup menjelajah ke seluruh negara bagi membongkar kisah-kisah di sebaliknya," katanya yang mengambil keputusan berhenti kerja sebagai pengurus pemasaran untuk terlibat secara sepenuh masa dalam bidang berkenaan. Melalui kajian dalam beberapa buku seperti The Crystal Bible, The Complete Guide to Fossils and Fossils Collecting dan Batu Permata: Antara Hikmah dan Hakikat dia dapat mengenal pasti keistimewaan dan sifat sesuatu batu permata dengan lebih mendalam. "Misalnya, ramai yang percaya batu lek lai atau batu leleh mampu membuatkan seseorang menjadi kebal atau berkhasiat sebagai penawar bisa. Secara faktanya, ia merupakan batu biasa yang mengandungi kombinasi ferum dan silika. "Dari sudut saintifik, kedua-dua kombinasi ini sebenarnya mampu bertindak balas dengan tubuh manusia bertujuan melancarkan pengaliran darah dan saraf," terangnya. Ujarnya, perkembangan teknologi moden pada hari ini menyaksikan batu-batu permata kini boleh dihasilkan di dalam makmal melalui beberapa proses utama iaitu melt growth (pertumbuhan cairan), solution growth (pertumbuhan sebatian) atau high-temperature, high-pressure growth (pertumbuhan suhu tinggi, tekanan tinggi). "Melalui kaedah itu, ia mempunyai ciri dan sifat seakan-akan batu permata asli tetapi mempunyai sedikit kelainan dari segi ciri optikal, fizikal, dan struktur kimia. "Bagaimanapun, disebabkan ia sukar dibezakan dengan mata kasar, ada pembeli yang tertipu kerana menyangkakan ia adalah asli sedangkan harganya jauh lebih murah," jelasnya. Keaslian Rahim berkata terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan untuk mengenal pasti keaslian batu permata. Antara teknik yang lazim digunakan ialah dengan menitikkan air ke atas permukaan batu berkenaan. "Ion-ion kimia di dalam air lazimnya akan bertindak balas dengan ion-ion kimia pada batu permata dan membentuk satu gelembung air. "Jika gelembung itu pecah, maka ia bukan asli sebaliknya sintetik," katanya yang telah menghasilkan dua buah buku berkenaan fosil dan batu-batu permata iaitu Mistik Teras dan Kayu dan Mistikal Mistik: Menyingkap Rahsia Mistik. Sementara itu, seorang pengamal perubatan tradisional dan juga pengumpul cincin batu permata, Saiful Ibidullah Al Qudsi, 34, berkata, keistimewaan aksesori itu terletak kepada keunikan jenis dan bentuk, warna serta sesetengahnya dipercayai mempunyai khasiat tertentu. Ratusan ribu ringgit Ciri-ciri yang ada menyebabkan batu-batu permata mampu dijual pada harga yang mencecah ratusan ribu ringgit dan menjadi buruan peminat fanatik. "Semakin sukar sesuatu batu permata itu ditemui, sekali gus menjadikan cincin itu semakin mahal di pasaran. "Harganya kadangkala boleh mencecah sehingga ratusan ribu ringgit, apatah lagi kalau disertai ukiran batu seperti nilam, zamrud dan delima yang menarik," ujarnya yang berasal dari Kudus, Jawa Tengah, Indonesia. Tambah Saiful, kebanyakan batu permata mudah ditemui di negara ini termasuk yang diimport dari luar negara seperti Brazil, China, Sri Lanka dan India. Namun, katanya, ada juga batu permata yang menjadi buruan kerana dipercayai berasal dari alam ghaib. "Antara yang paling popular ialah geliga ular dan geliga lipan. Diceritakan pemiliknya bukan sahaja mampu menahan sengatan haiwan-haiwan berbisa, malah mampu memiliki ilmu kebal dan halimunan. "Bagaimanapun, batu-batu permata itu hanya diberikan kepada orang-orang tertentu melalui mimpi. Malah, ia juga dikatakan mempunyai khadam atau penjaganya," ujarnya. Jelas Saiful, biar apapun tujuannya, pemiliknya digalakkan bersederhana dan tidak terlalu taksub bagi mengelakkan jatuhnya hukum syirik. | |||
Nadia Mustafar Disamun RM20,000 Posted: 02 Apr 2012 08:33 PM PDT PETALING JAYA: Pelakon Nadia Mustafar kerugian RM20,000 selepas disamun dua lelaki bermotosikal di tempat letak kereta Pasar Pudu, Kuala Lumpur, Isnin. Akhbar tabloid Harian Metro pada Selasa melaporkan, dalam kejadian pukul 1 petang itu, Nadia atau nama sebenarnya Siti Naziyah Sheikh Mustafa, 35, berada bersama anak keduanya di dalam kereta Toyota Camry sebelum seorang lelaki yang masih memakai topi keledar membuka pintu dan membawa lari beg tangan pelakon berkenaan yang diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan. Nadia yang ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi berkata, dia yang terkejut dengan tindakan dua lelaki itu pantas keluar dari kereta dan menjerit meminta tolong. Namun, beberapa orang awam di situ gagal mengejar dua lelaki terbabit yang memecut laju motosikal mereka. "Saya baru tiba di tempat letak kereta pasar itu apabila tiba-tiba dua lelaki berhenti di sebelah pintu kiri saya sebelum seorang daripada mereka membuka pintu dan melarikan beg tangan saya. "Di dalam beg itu ada tiga beg kecil masing-masing berisi wang perniagaan RM18,000 manakala dua lagi wang perbelanjaan diri dan dokumen peribadi," katanya. Menurutnya, dia terkilan dengan kejadian itu kerana wang berkenaan hasil pendapatan 13 hari membuka gerai jualan di Pusat Kraf Negara. "Wang itu hasil pendapatan berniaga yang sebahagiannya saya mahu bayar gaji enam pekerja," katanya. | |||
Posted: 02 Apr 2012 08:31 PM PDT SEJOLI...Azza dan Azlan gembira selepas diijabkabul sebagai suami isteri. BERTEMU jodoh memang suatu yang sukar dijangka. Namun ketentuan Tuhan sudah tertulis hingga masa menentukan segalanya berlaku. Pengalaman manis dilalui pelakon drama popular, Noor Azzarima Zawari atau Azza berpeluang merasai detik bahagia buat kali kedua. Kelmarin menjadi hari bersejarah buat Azza yang juga bekas anggota kumpulan Elite apabila selamat melangsungkan majlis pernikahan bersama jejaka pilihan, Azlan Zulaily. Majlis yang diadakan secara sederhana dan ringkas dihadiri 100 tetamu terdiri anggota keluarga, rakan artis dan pihak media berlangsung dalam suasana tenang dan lancar.
Azza ditemui sebaik majlis akad nikah selesai menyatakan perasaan syukur dan gembira kerana hasratnya membina mahligai bahagia bersama suami menjadi kenyataan. Katanya, dia tidak mahu terburu mengadakan majlis persandingan. Cuma, apa yang penting adalah melaksanakan acara pernikahan kerana masing-masing terikat dengan jadual kerja. "Saya hanya mendapat cuti tiga hari sebelum kembali ke lokasi penggambaran drama bersiri Baitul Rahmat. Kami memang berhasrat mengadakan majlis resepsi dan ia akan menyusul kemudian. "Buat masa ini, kami masih merancang tarikh sesuai untuk majlis persandingan nanti. Kami sebenarnya turut menerima jemputan pasar raya Mydin yang sudi menaja acara resepsi yang ingin diadakan di cawangan baru di Taman Meru, Ipoh, Perak. "Sebolehnya saya lebih suka acara persandingan nanti dibuat ringkas dan apa yang paling penting adalah bertemu dan meraikan rakan serta kenalan yang hadir," katanya. Sebagai raja sehari, sudah tentu Azza mengharapkan majlis persandingan yang akan diadakan memberikan elemen romantik pada mereka dan tetamu yang hadir. Menyelami hidup berumahtangga, Azza mengakui persefahaman antara dan kasih sayang antara satu sama lain penting dalam membawa kebahagiaan yang diimpikan. "Saya tidak mempunyai masalah dengan jadual kerja suami kerana saya tahu bagaimana kerjanya sebagai pramugara. Namun, saya sendiri sebagai isteri perlu bijak membahagikan masa agar mempunyai masa untuk bersamanya. "Apa yang saya lihat anak angkat saya, Marissa dapat terima Azlan dengan baik. Begitu juga keluarga saya sememangnya sebelum ini sukar untuk saya bawa mana-mana lelaki berjumpa mereka. "Sebaliknya, apabila saya kenal dengan dia, saya rasa dia boleh diterima keluarga saya dan memang tiada masalah," katanya turut menerima cincin daripada ibu mentua. Azza, 35, menyatakan jadual kerjanya masih sibuk dengan penggambaran drama sehingga September nanti. Namun dia tetap akan mencari masa terluang untuk mengadakan majlis resepsi dijangka diadakan pada Mei nanti. Azlan pula tidak berselindung perasaan gementar ketika berdepan situasi disatukan sebagai suami kepada Azza yang mempunyai ramai peminat. Kata jejaka berasal dari Sungai Petani, Kedah ini, dia gembira sebaik majlis akad nikah selesai. Ketika diijab kabul, dia mengakui merasai perasaan tanggungjawab sebagai suami. "Saya menyukai karakter diri Azza yang penyayang. Malah, saya menganggap anaknya seperti anak saya juga dan ini membuatkan semangat saya kuat untuk hidup berumahtangga. "Seperti Azza, jadual kerja saya juga tidak menentu. Mungkin saya dapat meluangkan masa bersamanya ketika cuti," katanya yang berpeluang mendapat cuti seminggu. Pada majlis akad nikah, Azza menerima barang hantaran antaranya beg tangan, pewangi Gucci dan barangan kemas Habib manakala barangan untuk Azlan berupa pewangi dan tali pinggang. Seperti mana pasangan suami isteri lain, Azza bersama Azlan berhasrat berbulan madu selepas mendirikan rumah tangga. Namun, mereka masih membuat perancangan mengenai destinasi pilihan. Dalam pada itu, pasangan bahagia ini juga menyimpan impian menimang cahaya mata jika dimurahkan rezeki. | |||
Johan As'ari Jawab Tuduhan Semakin 'Besar Kepala' Posted: 02 Apr 2012 08:30 PM PDT PETALING JAYA:Pelakon Johan As'ari meluahkan rasa kesal apabila timbul dakwaan kononnya dia semakin "besar kepala" termasuklah mula menolak beberapa tawaran berlakon yang diberikan kepadanya. Johan berkata dia tidak pernah menolak mana-mana tawaran tanpa sebab sebaliknya akan mempertimbangkannya terlebih dahulu sama ada mampu atau tidak untuk terlibat dalam mana-mana drama yang ditawarkan. "Saya mengaku ada beberapa tawaran lakonan yang terpaksa saya tolak kerana takut tidak dapat memberikan komitmen kepada pihak produksi yang akhirnya akan memakan diri sendiri. "Malah saya ralat tidak dapat menjayakan beberapa drama daripada syarikat produksi besar tetapi tuduhan mengatakan saya sudah besar kepala itu amat menyedihkan saya," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin. Johan diminta mengulas desas desus yang mengatakan dia semakin besar kepala sejak kebelakangan ini selain mula memilih watak yang ditawarkan kepadanya oleh syarikat produksi tempatan. Tambah Johan, dia juga tidak pernah memilih watak yang diberikan kepadanya kerana menyedari dia adalah pelakon baru dan tidak layak untuk menilai mana-mana watak terlebih dahulu. Sebaliknya dia ingin menerima semua tawaran yang datang kerana mahu mempelajari selok-belok dunia lakonan yang dianggap masih baru. "Drama pertama saya iaitu Juvana kebetulan meletup dan nama saya meniti di bibir peminat tetapi itu tidak bererti saya sudah bagus dalam lakonan kerana ia adalah percubaan pertama saya. "Tetapi sejujurnya saya memang tidak mampu untuk menerima semua projek yang diberikan kepada saya. Saya sedar kemampuan diri saya," katanya. Dalam pada itu, Johan memberitahu, dia tidak pernah berubah sikap sejak bergelar pelakon dan tidak memahami mengapa ada pihak sanggup menuduh sedemikian rupa. Bagaimanapun Johan tidak mahu terlalu memikirkan mengenai perkara itu kerana keluarga dan rakan-rakan yang mengenalinya lebih tahu siapa diri dia yang sebenar. "Ini bukan kali pertama saya dengar orang menilai buruk tentang saya. Apa nak buat, saya tak berhak untuk menutup cakap orang. Mereka kata macam tu kerana tidak mengenali saya secara dekat," ujarnya. | |||
Datuk K Tertekan Spekulasi Kahwin Rozita Che Wan Posted: 02 Apr 2012 08:28 PM PDT SUBANG JAYA: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Taruddin mendedahkan Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa atau Datuk K agak tertekan selepas timbul gosip kononnya suami beliau itu telah menjalinkan hubungan sulit dengan pelakon popular, Rozita Che Wan. Siti berkata, disebabkan suaminya seorang ahli korporat, beliau sering berjumpa dengan klien dan mereka kerap bertanyakan desas-desus berkenaan sehingga membuatkan fikiran Datuk K benar-benar terganggu. "Gosip itu secara dasarnya telah memfitnah beliau dan sudah tentu menjejaskan emosinya kerana beliau telah dipandang serong oleh segelintir kenalan," ujarnya kepada mStar Online selepas ditemui pada sidang media Sepetang Bersama Datuk Siti Nurhaliza - Istimewa Hari Ibu di sini pada Isnin. Siti diminta mengulas mengenai dakwaan terbaru yang disebarkan oleh beberapa blog hiburan kononnya Datuk K bakal berkahwin dengan Rozita Che Wan. Rozita dalam masa sama turut menepis fitnah tersebut dan menganggap ia bertujuan untuk mengaibkan dirinya. Dalam pada itu, Siti berkata, dia mempercayai keikhlasan Datuk K dan tidak pernah mempunyai perasaan curiga kerana mereka sering bersama. "Saya kenal siapa Datuk K kerana dan sepanjang perkahwinan kami belum pernah ada perasaan sangsi di antara satu sama lain. Tambahan pula, kami sering bersama," ujar Siti. Jelas Siti, ketika gosip tersebut tersebar dia tidak pernah bertanyakan perkara itu kepada suaminya kerana menganggap ia sebagai satu fitnah semata-mata. Malah beliau percaya jika perkara itu dibangkitkan, ia akan merosakkan rumah tangga mereka. Sementara itu, ditanya adakah beliau ada berbincang dengan Rozita mengenai tuduhan itu, Siti memberitahu dia tidak perlu berbuat demikian. "Rozita juga adalah mangsa dan hubungan kami tidak mempunyai sebarang masalah. Rozita sendiri sudah menafikan perkara itu dan tidak perlu rasanya untuk saya berjumpa dan meminta penjelasan," katanya. Dalam perkembangan lain, Siti bakal mengadakan sambutan istimewa bersempena sambutan Hari Ibu pada 13 Mei depan di Hotel Grand Dorsett di sini. Siti berkata, beliau teruja untuk mengadakan persembahan berkenaan selepas kali terakhir menghiburkan para ibu pada tahun 2007. "Kebetulan pada tarikh itu saya tidak ada sebarang aktiviti dan jemputan daripada pihak penganjur benar-benar menarik minat saya untuk menghiburkan para ibu pada hari istimewa itu nanti," ujarnya. Tambah Siti, dia akan membuat persembahan selama 45 minit dengan pelbagai seleksi lagu lama dan baru sesuai dengan tema pada majlis berkenaan. Tiket bagi mengikuti majlis berkenaan dijual dengan harga RM1,000, RM500, RM400, RM300 dan RM250 seorang. Tempahan juga boleh dibuat dengan menghubungi Hotel Grand Dorsett di talian 03-5031-6060 atau 019-690 3767 (Anis), 019-3838 115 (Ros) atau pun boleh melayari Facebook 'Hari Ibu Bersama Datuk Siti Nurhaliza 2012' untuk maklumat lanjut. | |||
Lima Wanita Permainkan Cinta Amir (Raja Lawak) Posted: 02 Apr 2012 08:27 PM PDT KUALA LUMPUR: Pelawak Amir (Raja Lawak), 23, membuat keputusan untuk tidak mahu bercinta selepas lima kali dipermainkan oleh golongan wanita termasuklah seorang jururawat. Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi berkata, dia merupakan seorang lelaki yang jujur dalam percintaan tetapi amat sedih setiap wanita yang dikenalinya tidak pernah ikhlas untuk mengambilnya sebagai kekasih hati. "Saya sedar diri ini bukanlah sempurna dan kacak seperti kebanyakan lelaki lain. Saya sedih apabila wanita yang saya kenali cuba mempermainkan perasaan saya. Kalau perkara itu terjadi, saya terpaksa menjauhkan diri," katanya. Amir berkata walaupun hatinya sering dipermainkan, dia menganggap kejadian itu sebagai satu pengalaman berguna buat dirinya. Justeru itu, pengacara yang mengendalikan program Super Spontan bersama Adibah Noor ini enggan melukakan hatinya sendiri selepas bertekad untuk tidak mudah jatuh cinta lagi. "Dengan apa yang dilalui ini, saya mengambilnya sebagai pengalaman positif dan anggap mungkin saya dan wanita-wanita yang pernah bertakhta di hati saya itu tiada keserasian dengan saya selain jodoh belum sampai. "Lagipun saya pegang dengan kata-kata "tak ada perempuan kita boleh hidup tapi kalau tak ada wang, kita tak boleh nak hidup". Jadi tak perlulah saya nak menagih cinta dan lebih baik saya fokus kepada kerjaya sahaja," ujarnya. Tambah Amir dia juga ingin membuktikan kepada kebanyakan orang yang memandang rendah terhadap bakatnya selama ini yang dia sebenarnya mampu untuk membina kerjaya sendiri. "Dari zaman sekolah lagi, saya sering ditindas dan ditertawakan. Apabila mendapat peluang dalam lakonan atau menjadi pengacara, saya tidak akan mensia-siakannya. "Pada masa sama, saya juga mahu membuktikan yang saya mampu berjaya lebih daripada apa yang disangka selama ini," tegasnya. | |||
Datuk Shake Pulang Ke Malaysia Selama Setahun Posted: 02 Apr 2012 08:26 PM PDT KUALA LUMPUR: Penyanyi popular tahun 1980-an Datuk Shake membuat keputusan untuk berada di negara ini selama setahun dengan alasan untuk mengubati kerinduan terhadap pada peminatnya. Shake atau nama sebenarnya Sheikh Abdullah Ahmad Bakhbereh berkata sudah tiba masanya untuk dia bergiat aktif di industri muzik tempatan dan sedang merangka beberapa perancangan sehingga hujung tahun ini. "Sebenarnya sejak dulu lagi saya merancang untuk menetap lama di Malaysia dengan mengadakan beberapa persembahan dan promosi televisyen. "Tetapi kerana jadual nyanyian yang terlalu padat di Perancis, membuatkan keinginan itu ditolak seketika dan akhirnya inilah masa yang sesuai untuk mengubat hati para peminat. "Pada masa sama saya ingin menarik perhatian golongan muda dengan lagu-lagu lama saya serta karya baru," katanya yang ditemui pada sidang akhbar Minggu Setiausaha From Paris With Love di Hotel Seri Pasifik, di sini, Isnin. Tambah Shake dia sedang merancang untuk mengadakan sebuah konsert jelajah selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti di beberapa buah lokasi dalam negara. "Terlalu banyak perkara yang ingin saya lakukan demi 'memujuk' hati peminat-peminat yang merajuk kerana kurang membuat persembahan di sini. "Insya-Allah, saya sememangnya mahu mengadakan konsert jelajah pada tahun ini. Mungkin selepas Aidilfitri ini," ujarnya. Sementara itu, Shake juga akan mengadakan persembahan khas buat para setiausaha serta peminat sempena minggu setiausaha yang disambut sepanjang April berkonsepkan From Paris With Love di Hotel Equatorial, Pulau Pinang. Ia akan diadakan pada 21 April depan. Di bawah anjuran Persatuan Setiausaha Universiti Utara Malaysia (UUM), penyanyi kelahiran Johor ini akan mengadakan persembahan selama satu jam 20 minit bersama-sama dengan dua penyanyi undangan iaitu Tomok dan Idayu. "Pada persembahan nanti saya akan membawakan lagu-lagu popular untuk diperdengarkan. "Selain itu saya juga akan membuat beberapa kejutan seperti imej pakaian saya yang akan menarik perhatian ramai. "Tak sabar rasanya mahu mengadakan persembahan pada minggu setiausaha ini kerana hanya Malaysia sahaja yang ada satu majlis khas buat orang yang bekerjaya itu dan ini merupakan kali pertama saya menghiburkan mereka," tuturnya. Tiket dijual dengan harga RM250 seorang dan RM2,500 semeja (bagi 10 orang) dan tempahan boleh dibuat dengan menghubungi urus setia di talian 04-9283001/3021/3201. | |||
Justin Bieber Ganti Ashton Kutcher Dalam 'Punk'd' Posted: 02 Apr 2012 08:26 PM PDT PENYANYI comel, Justin Bieber telah mengorak langkah dalam karier seninya apabila diberi kepercayaan menerajui program popular di saluran MTV iaitu Punk'd. Justin yang sebelum pernah muncul dalam program berkenaan sebagai pengacara jemputan menggantikan tempat AShton Kutcher yang kini bertindak sebagai penerbit eksekutif rancangan itu. Menurut laporan daripada Aceshowbiz, pemilihan Justin selepas melihat kebolehannya sebagai pengacara dan kejayaan penyanyi itu mengenakan selebriti lain seperti Taylor Swift, Sean Kingston dan Miley Cyrus. Punk'd telah ditayangkan sejak lima tahun lalu dan musim kesembilan rancangan itu adalah kali pertama buat Justin. | |||
Maggie Gyllenhall Mengaku Hamil Anak Kedua Posted: 02 Apr 2012 08:24 PM PDT PELAKON Maggie Gyllenhall akhirnya mengakui sedang mengandung anak perempuan kedua hasil perkongsian hidupnya dengan Peter Sarsgaard. Maggie memberitahu dia sebenarnya cuba menyorokkan kandungan itu tetapi kehidupan sebagai selebriti langsung tidak membenarkan dia memiliki privasi. "Ya saya sedang hamil dan status sebagai selebriti adalah sukar untuk berpura-pura untuk mengatakan saya tidak mengandung," ujarnya. Maggie dan Peter berkahwin pada tahun 2009 dan pasangan itu telah pun dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Ramona yang kini berusia lima tahun. Walaupun sedang hamil tiga bulan, aktiviti lakonannya aktres berusia 34 tahun ini tidak pernah dilupakan dan Maggie memberitahu dia sedang sibuk mempromosikan filem terbarunya berjudul Hysteria yang telah pun ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto baru-baru ini. | |||
Kaki nyaris putus dilibas parang Posted: 02 Apr 2012 08:23 PM PDT PARAH...Lee menunjukkan kakinya yang cedera. IPOH: Seorang jurujual bukan saja berdepan saat mencemaskan akibat diserang dua lelaki bersenjata yang memecah masuk premisnya di Taman Pakatan Indah, petang kelmarin, malah kaki kirinya hampir putus akibat dilibas parang panjang. Dalam kejadian jam 7 malam itu, Lee Kwee Fah, 57, dari Bandar Baru Pengkalan, di sini, dikejarkan ke hospital dan menerima 13 jahitan akibat tetakan itu.
yang tiba-tiba muncul.
"Saya mencapai kayu bagi mempertahankan diri kerana seorang daripada mereka menghayun parang panjang ke arah saya," katanya.
Lee cuba menahan serangan itu dengan kayu dipegangnya dan ketika pergelutan, kaki kirinya ditetak.
Jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian. | |||
Posted: 02 Apr 2012 08:21 PM PDT ARAH TANGGAL...anggota penguat kuasa Jakim menunjukkan ayat al-Quran yang ditampal di sebuah kedai makanan yang diserbu di Seksyen 7, Shah Alam. SHAH ALAM: Sebuah pasar raya di Seksyen 23, di sini, diarah menanggalkan sijil dan logo halal yang dipamerkan di premis mereka selepas pemeriksaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati ia tidak diiktiraf pihak berkuasa berkenaan, pagi semalam. Penolong Pengarah Jakim, Adam Drahman berkata, pasar raya itu dikesan meletakkan sijil dan logo halal bersaiz besar di luar premis, padahal hanya beberapa bahagian jualan makanan di dalam premis itu yang memiliki sijil dan logo halal sah, pada jam 11 pagi.
"Setakat ini, kami memberi amaran kepada pemilik terbabit, namun tindakan tegas diambil jika mereka dikesan melakukan kesalahan sama pada masa depan.
Katanya, apabila diarahkan menanggalkan ayat berkenaan, pemilik premis enggan, malah mencabar pihak Jakim menyaman mereka.
"Kami sudah mengeluarkan surat amaran. Jika pemilik premis masih berdegil dan gagal berbuat demikian, tindakan boleh diambil mengikut Akta Perihal Dagangan 2011. "Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5 juta bagi kesalahan kedua atau berikutnya RM10 juta bagi premis jenis pertubuhan atau perbadanan.
Menurutnya, Jakim sudah mengumumkan mengenai tiga fasa baru yang dijalankan iaitu fasa satu pada Januari hingga Mac, pihaknya memberi nasihat dan teguran, fasa dua bermula pada April hingga Jun termasuk memberi surat amaran dan fasa tiga pada Julai tindakan penguatkuasaan dijalankan dengan premis yang didapati masih melakukan kesalahan sama dikenakan tindakan tegas. | |||
Posted: 02 Apr 2012 08:20 PM PDT BENTUKNYA sama tetapi rasa berbeza. Ada yang hasilnya seperti bengkang atau bingka dan ada pula seperti bahulu. Walaupun kelihatan sama, tekstur dan rasa tentu saja berbeza kerana ada yang ditambah santan, ada pula sekadar adunan asas iaitu telur, gula dan tepung. Entah mengapa masing-masing sangat popular dengan acuan yang sama iaitu acuan berbunga-bunga seperti kemboja. Ada yang pukul rata, memanggil semuanya sebagai bahulu kemboja walaupun apabila dirasa ia sebenarnya bingka.
Memang mengelirukan, tambahan pula nama kuih berbentuk bunga ini sering mempunyai panggilan berbeza di setiap negeri walaupun berkongsi resipi hampir sama. Jadi, namanya bercampur-baur sebaik menjumpainya di Kuala Lumpur. Siti Normah Ahmad, 56, pengusaha kuih bakar secara tradisional di Kampung Kuala Ina, Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka, menjelaskan pada penulis mengenai perbezaan kuih bakar dan kuih bahulu kemboja. "Rasanya tidak sama. Kuih bakar kami sendiri ada campuran rempah jadi tentu saja ada kelainan rasa di samping resipi utamanya seperti telur, santan, gula dan tepung," katanya. Tarikan istimewa rasa rempah pada kuih bakar Siti Normah menyebabkan dia mempunyai ramai pelanggan setia. Ada yang datang serata Malaysia seperti Kuala Lumpur, Johor dan Sabah. Ada yang membeli untuk gerai mereka, ada juga kerana mahu mengadakan majlis seperti kenduri dan perkahwinan. Siti Normah sudah mengusahakan kuih bakar sejak 1976 dengan resipi turun temurun daripada nenek dan kemudian diwarisi ibunya. Hanya dia seorang saja berminat mengikut jejak langkah arwah ibunya dan ia terus menjadi minat yang mendalam. "Sebabnya dari kecil lagi saya melihat emak membuat kuih bakar ini dan selalu membantunya. Dari situ timbul minat untuk meneruskan perniagaan ini menggunakan resipi turun temurun nenek bersama suami. "Setiap kali, kami membancuh seperiuk adunan yang banyaknya 10 gantang. Jumlah itu akan berganda sekiranya musim cuti sekolah dan perayaan. Satu periuk menghasilkan kira-kira 500 biji kuih bakar," beritahu Siti Normah, anak ke-10 daripada 14 adik beradik. Tambahnya, adunan dibancuh sebelah malam dan sebelah siang baru dibakar bagi menghasilkan kuih yang sebati dan sedap rasanya. Istimewanya, Siti Normah masih lagi menggunakan kaedah tradisional dapur kayu bagi membakar kuihnya. Ketuhar yang direka oleh suaminya sejak 30 tahun lalu itu tampak begitu praktikal dan mudah dikendalikan. Pada masa sama, ia menghasilkan kuih yang sempurna masaknya kerana ia mempunyai ruang pembakar atas dan bawah sesuai bagi memasak kuih bakar. Ketuhar itu boleh membakar 20 biji kuih setiap kali. "Kuih masak dalam masa 10 minit saja. Kaedah tradisional ini saya kekalkan kerana ia menghasilkan kuih yang lebih wangi dan enak walaupun caranya agak sukar dan perlu sentiasa mendapat stok kayu getah sebagai kayu api. Hendak dapatkan kayu pula bukanlah senang dan jumlah yang digunakan juga banyak. "Kayu api ini perlukan tiga lori dua tan bagi penggunaan pembakaran kuih tiga hingga empat hari saja," katanya. Membakar kuih bakar perlu mempunyai jumlah kayu bakar yang sama banyak di sebelah atas dan bawah supaya kepanasan sama rata. Jadi Siti Normah dan pembantunya yang juga sepupunya, Kamariah Ibrahim, 62, sudah arif benar dalam hal penjagaan dapur mereka. Mula membakar dari jam 6.30 pagi hingga 5 petang, waktu bekerja mereka bertambah sehingga ke malam sekiranya musim cuti sekolah dan perayaan. Sebelum memperbesarkan perniagaan dan mempunyai ketuhar khas, Siti Normah terlebih dulu membuat kuih bakar secara kecil-kecilan di belakang rumahnya saja. "Waktu itu menggunakan tong saja sebagai tempat membakar. Sekali bakar hanya dapat enam biji kuih dan dulu, tempahan tidak sebanyak sekarang," katanya. Kata ibu tiga anak lelaki ini, kuih bakar selain selalu dijadikan hadiah hantaran juga amat popular dijadikan hadiah kepada tetamu yang datang ke kenduri-kendara. "Kalau mahu dijadikan hantaran, kami tambah lebih kurang lima biji hiasan ceri merah dan hijau di atasnya," katanya. Tentu saja kuih bakar Siti Normah lebih berseri setelah ada tambahan ceri. Perniagaan Normah dan suami tampak santai kerana ia dilakukan di kawasan rumah mereka sendiri yang luas, redup dan nyaman. Mereka merancang waktu kerja dan cuti sebaik mungkin supaya kehidupan seharian bukan hanya mementingkan perniagaan tetapi juga dapat melakukan aktiviti biasa. | |||
Posted: 02 Apr 2012 08:18 PM PDT TUMPUAN REMAJA...Galactic Laser yang terletak di Mid Valley Megamall di ibu kota. SHAH ALAM: Mereka yang ingin merasai adegan 'tembak-menembak' dalam permainan 'polis sentri' boleh mencuba permainan terbaru yang dikenali sebagai laser tag yang kini menjadi kegilaan remaja kota yang mahu merasa keseronokan 'menembak' menggunakan pistol laser membidik pada sasaran. Di Malaysia ia mula dikenali sejak November 2010 dengan pembukaan gelanggang laser tag pertama di sebuah pusat beli-belah di ibu negara.
Dengan harga serendah RM18, setiap peserta memakai sut tempur iaitu pakaian yang perlu dipakai ketika permainan dan 'phaser' iaitu alat yang digunakan untuk menembak yang mengeluarkan laser. Pengarah Operasi Galactic Laser, Filus Othman berkata, apabila seseorang peserta ditembak pihak lawan, sut tempur dan phaser peserta itu terpadam selama beberapa saat sebelum lampunya kembali menyala untuk meneruskan permainan.
"Bagi yang bukan ahli Galactic Laser, harga satu permainan pada hari bekerja ialah RM20 seorang manakala pada hari minggu dan cuti umum, harga satu permainan ialah RM25.
Katanya, arena permainan laser tag dipenuhi remaja dan kanak-kanak terutama pada hujung minggu dan cuti sekolah. Sementara itu, seorang pemain laser tag yang hanya mahu dikenali sebagai Ming, 26, berkata dia berminat bermain laser tag sejak mencubanya untuk kali pertama di Filipina.
Ming berkata, laser tag adalah aktiviti riadah yang berfaedah untuk remaja yang dahagakan cabaran dan aktiviti lasak yang tidak berisiko. | |||
Boleh berjaya jika buang sifat malas Posted: 02 Apr 2012 08:15 PM PDT MANFAAT...gunakan tempoh pengajian untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pelajar dan jangan terjebak dengan aktiviti yang boleh menggugat penumpuan. - Gambar hiasan. KETIKA terpilih menjadi warga institusi pengajian tinggi (IPT), pastinya tersemat azam dan semangat menggunung untuk mengapai kecemerlangan. Malangnya, belum pun berakhir sesi pengajian, ada yang 'tersungkur' atau hanya mampu mendapat keputusan cukup makan. Membimbangkan lagi, mereka bersikap acuh tidak acuh seperti tidak kisah dengan keputusan nyawa-nyawa ikan itu dan menganggapnya budaya normal.
Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Dr Azni Zain Ahmed, berkata mahasiswa yang menganggap budaya cukup makan sebagai normal hanya menggadaikan masa depan dengan sia-sia. Beliau berkata, budaya itu perlu dikikis kerana hanya menjadikan golongan terbabit mudah berpuas hati dan tidak sanggup berusaha. "Ini memberi persepsi salah tiada bezanya nilai pencapaian antara seorang mahasiswa dengan yang lain. "Sepatutnya zaman ini semuanya berorentasikan persaingan dan kesusahan. Jika terleka dan terlalai, orang lain dengan mudah memperoleh atau mengambil kesempatan. "Jelas budaya ini tidak berfaedah dan harus dicantas segera dari minda mahasiswa," katanya. Lebih aib apabila mahasiswa Melayu dikatakan paling ramai terjebak dengan budaya ini hingga mencalarkan nama baik sesetengah pihak. Enggan menuding jari, beliau mengakui budaya itu sering dikaitkan dengan mahasiswa Melayu kerana tanggapan mereka istimewa berbanding bangsa lain. Rentetan itulah, mereka mudah bersikap lewa, gemar berfoya-foya serta tidak fokus pada pelajaran. "Diulit rasa istimewa itu, mereka lupa tujuan asal masuk universiti sementara momokan keistimewaan itu jugalah menjadikan mereka besar diri dan menganggap ada kelebihan dalam industri. "Hakikatnya itu hanya angan-angan dan merugikan. Keistimewaan dalam sesuatu aspek bukan jaminan memperoleh layanan istimewa daripada orang lain. "Perubahan yang serba pantas menjadikan mereka yang beringat saja akan berjaya. Bagi yang alpa, tidak berdisiplin, tidak pandai merancang pasti akan berputih mata kelak. "Apatah lagi ramai graduan dan bukan graduan juga bergelut mencari masa depan menjadikan hanya yang terbaik sebagai pilihan," katanya. Saban tahun ribuan graduan menamatkan pengajian namun graduan Melayu yang cemerlang boleh dibilang jari. Meskipun mewakili kelompok terbesar, mereka hanya mampu lulus cukup makan sekali gus menyumbang peningkatan kadar pengangguran semasa. Situasi itu, katanya, mewujudkan persaingan tidak sihat kerana kemampuan akademik tidak boleh dinilai lebih tinggi. "Hakikat pahit inilah juga terpaksa 'ditelan' dan diterima kebanyakan IPT setiap kali majlis konvokesyen. Bukan kemahuan institusi mengeluarkan sebahagian besar graduan cukup makan. "Bukan juga tiada usaha dilakukan sebaliknya mahasiswa tidak pandai menggunakan kesempatan itu dengan belajar bersungguh-sungguh. "Mereka meletakkan misi belajar di tempat kedua manakala kebebasan tempat pertama. Kesudahannya keputusan merudum," katanya. "Di kampus, kebergantungan terletak pada rakan dan diri sendiri. Sebab itu perlunya mempunyai prinsip hidup kuat bagi menangkis godaan. "Malangnya pengaruh rakan menjadi parasit dan sukar dihapuskan. Akibat tidak beringat, keputusan hanya cukup makan dan melayakkan mereka tamat pengajian semata-mata," katanya. Beliau bagaimanapun kurang bersetuju dengan tanggapan mahasiswa Melayu tergolong pada tahap sederhana dan memasuki IPT kerana keistimewaan status. Menurutnya, pemilihan kemasukan adalah berdasarkan sistem meritokrasi dan bukan lagi kuota. "Mereka pandai, menepati syarat kelayakan dan diperakui mampu mengikuti kursus ditawarkan, justeru tiada sebab boleh memperoleh keputusan cukup makan. "Masalahnya, mereka ada sifat malas. Bukan semua tapi jika malas, pelajar paling bijak pun akan gagal. "Sikap inilah yang menjadi kayu pengukur pencapaian mahasiswa Melayu selain mentaliti 'biar lulus cukup makan asalkan pinjaman tidak digantung," katanya. Beliau mengakui, mahasiswa Melayu sedikit "manja" dan semuanya perlu disuap dan dihidangkan di depan mata. "Rasionalnya, bukan orang lain yang membuatkan mereka kecundang tapi diri sendiri," katanya, Beliau turut memberi contoh bagaimana mahasiswa Melayu di luar negara boleh cemerlang kerana mereka mempunyai pegangan jati diri yang kuat. "Bukan mahu mempersenda atau mengatakan di institusi tempatan tidak bagus, cuma inilah senarionya. Mereka berada dalam zon selesa. "Kita ada mahasiswa cemerlang dan berwibawa cuma jumlahnya terlalu sedikit dan tidak nampak. Yang menjadi topik bualan ialah mereka yang ketara keterlaluan. "Jangan perjudikan nama baik mahasiswa lain yang tidak bersalah. Berubahlah demi masa depan diri sendiri," katanya. | |||
Posted: 02 Apr 2012 08:13 PM PDT MERANGKUL gelaran Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) pada usia 18 tahun dan menyandang trofi gah itu sebanyak tujuh kali, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin tetap ampuh pada kedudukan tersendiri. Nyata aura popularitinya tidak luntur walaupun mengumumkan menarik diri daripada menyertai majlis pengiktirafan ini bagi memberi peluang muka baru, sejak dua tahun lalu.Begitupun, penyanyi kesayangan ramai itu kembali duduk di kerusi calon pada ABPBH2011 di Arena of Stars Genting Highlands, 8 April ini, bersama 11 lagi pemegang gelaran paling popular untuk merebut trofi khas, Anugerah Seri Perak. Mengimbas kenangan pada 1997, debaran mengiringi langkahnya saat kali pertama diumumkan sebagai Bintang Paling Popular dan lebih manis turut membolot tiga lagi trofi, Penyanyi Wanita, Penghibur TV serta Artis Remaja Popular. "Saya masih ingat saat naik ke pentas menerima trofi dan persalinan yang saya gayakan ialah gaun merah jambu. Waktu itu saya masih malu-malu, maklumlah terlalu muda. Sebagai orang yang baru setahun jagung berada dalam arena seni suara, pengiktirafan ini tentu menyemarakkan semangat. "Bagi saya, ABPBH bukan hanya pertandingan, ia sebuah momento atau pengiktirafan peminat terhadap seluruh penggiat seni. Apabila mendapat kepercayaan lagi pada tahun berikutnya, hanya syukur dan terima kasih diucapkan atas penghargaan ini," katanya ketika ditemui pada sidang media Hari Ibu, semalam. Biar baru pulang dari Puncak, Bogor, selepas menyertai percutian bersama SitiZoners Indonesia, wajahnya tetap segar, malah sempat memotong kek istimewa daripada 17 peminat bersempena ulang tahun ke-17 pembabitannya dalam dunia seni. Majlis Sepetang Bersama Datuk Siti Nurhaliza anjuran Tautan Hati Enterprise pula itu di Hotel Grand Dorsett Subang Jaya pada 13 Mei ini. Menyentuh pembabitannya dalam acara minum petang itu, akuinya, kali akhir dia menjayakan majlis bersempena Hari Ibu ialah lima tahun lalu dan kali ini dia enggan melepaskan peluang mendekati peminat pada sambutan istimewa untuk insan tersayang bersama Tautan Kasih. Menerusi Anugerah Seri Perak yang diadakan bersempena ulang tahun ke-25 ABPBH, Siti bersaing dengan Aishah, Zainalabidin, Eman Manan, Sofia Jane, Datuk M Nasir, Ziana Zain, Rosyam Nor, Saiful Apek, Mawi, Nabil dan Shaheizy Sam. Enggan meletakkan pencalonan itu sebagai pertandingan, sebaliknya dia lebih selesa melihatnya sebagai penghargaan berterusan masyarakat terhadap sumbangan karyawan seni. "Saya melihat acara gemilang ini sebagai medan perhimpunan seluruh warga hiburan dari segala latar belakang. Walaupun sebelum ini menarik diri, saya tetap ingin bersama rakan lain berkumpul dan meraikan acara yang diadakan khusus buat kami. "Bagi saya, semua bintang ini punya potensi sama-rata, malah tidak keterlaluan jika saya katakan Sam masih menjadi pujaan ramai. Tidak kira siapa pun yang menang nanti, saya tetap gembira," katanya yang turut terbabit dalam persembahan ABPBH kali ini. Tambah Bintang Paling Popular 1996 hingga 2001 disusuli kemenangan pada 2004 dan 2009, masih terakam di ingatannya bagaimana tempias populariti yang dikecapi membuatkan dirinya diintai produk terkemuka. "Siapa kata anugerah berdasarkan populariti tidak menjamin apa-apa kerana daripada pengiktirafan ramai itu yang membuatkan saya bekerja keras menonjolkan yang terbaik bagi membalas balik keyakinan peminat. "Malah, selepas memenangi ABPBH kali pertama, barulah syarikat atau jenama mula merisik-risik siapa kita? Pastinya, rakan lain yang membawa pulang trofi juga merasai penangan selepas mendapat pengiktirafan ini," ulasnya ringkas namun penuh bermakna. Bagai boleh menjangka soalan seterusnya, Siti tampak tenang apabila ditebak perihal gosip di laman sosial mengenai suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa yang dikatakan sudah mengahwini aktres jelita, Rozita Che Wan. Enggan mengambil pusing kerana sudah banyak kali berdepan desas-desus sama, Siti hanya berharap si penyebar fitnah menyedari perbuatan sendiri selain hanya akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya tuduhan melampau itu diteruskan. "Entahlah, ini bukan kali pertama berlaku. Kami masih boleh bersabar, cuma kurang selesa apabila suami saya menerima banyak panggilan daripada teman bertanyakan perkara ini. Sudah-sudahlah, saya tidak tertekan pun sebab setakat ini Datuk K sentiasa di sisi," tambahnya sambil tersenyum manis. | |||
Posted: 02 Apr 2012 08:12 PM PDT PENERBIT, David Teo (dua dari kanan) bersama barisan pelakon 3 Temujanji pada majlis pratontonnya di Sunway Pyramid, malam tadi. PENGARAH Hashim Rejab yang tampil dengan naskhah ketiga, 3 Temujanji, berjaya menggandingkan bekas pasangan kekasih, Pierre Andre dan Yana Samsudin, dalam filem komedi cinta yang bakal menjengah panggung pada 5 April ini. Hashim berkata, dia memilih Pierre bukan untuk mengambil kesempatan atas kegagalan hubungan cinta mereka, sebaliknya inginkan hero berbeza untuk digandingkan dengan Yana. Bagaimanapun, kedua-duanya bersikap profesional tanpa mencampur adukkan sejarah hitam yang pernah melingkari kehidupan mereka sebelum ini."Pada mulanya Yana agak terkejut apabila dimaklumkan mengenai rancangan menggandingkannya dengan Pierre. Namun, kedua-duanya cuba bersikap profesional, seterusnya bersetuju menerima tawaran berkenaan. "Memang tak dinafikan pada awalnya mereka nampak kekok, bagaimanapun keadaan itu berjaya diatasi mereka. Malah kedua-duanya berjaya membentuk karakter Riana dan Mukhsin dengan baik, mungkin berdasarkan pengalaman sebagai pasangan kekasih sebelum ini."Filem ini memang langsung tiada kaitan dengan kisah percintaan mereka. Cuma, kita mahukan keserasian itu supaya nampak cantik di atas skrin," katanya yang pernah menghasilkan Sekali Lagi dan Papa I Love You. Mengenai sambutan yang diharapkan terhadap filem terbarunya itu, Hashim tidak berani meletakkan sebarang sasaran memandangkan suasana industri filem yang agak kurang memberangsangkan tahun ini. Begitupun, dia tetap mengharapkan kutipan diraih filem ini mampu melebihi pungutan dua filem arahannya sebelum ini. Sekali Lagi membuat kutipan kasar RM2.04 juta dan Papa I Love You pula sekitar RM500,000. "Saya tidak berani menjangka reaksi penonton terhadap filem ini, tetapi jika mereka sukakan filem yang tidak memerlukan kita terlalu berfikir, 3 Temujanji sesuai dengan cita rasa seperti itu. "Filem ini mempunyai ciri hiburan dan komedi yang digemari masyarakat di negara kita, sesuai bagi mereka yang datang menonton wayang semata-mata untuk hiburan dan bersantai," katanya yang mengakui lebih matang setelah selepas menyiapkan tiga judul. Filem yang menelan belanja kira-kira RM1.5 juta ini dirakam di sekitar Putrajaya dan Kuala Lumpur. Selain Pierre dan Yana, 3 Temujanji turut dibintangi Kamal Adli dan Diana Amir. Filem ke-58 terbitan Metrowealth Pictures (MIG) yang mempunyai sedikit suntikan percintaan ala Korea ini mengisahkan seorang wanita bernama Riana (Yana) yang tidak mempercayai lelaki dan cinta dalam hidupnya. Prinsip Riana amat mudah, cinta hanya membawa sengsara dan semua lelaki tidak berguna pada pandangan matanya. Keadaan ini menyebabkan Riana menetapkan setiap hubungannya dengan lelaki tidak akan lebih daripada tiga temujanji. Selepas tiga temujanji, mereka akan berpisah dan mereka tidak akan berhubung lagi. Dengan cara ini Riana percaya dia akan dapat menikmati keseronokan bercinta tanpa perlu sengsara. | |||
Posted: 02 Apr 2012 08:10 PM PDT Sara Ali KETIKA sebilangan pelakon muda seangkatan seakan berlumba menonjolkan diri pada majlis sosial, Sara Ali, 22, lebih selesa menjaga nilai eksklusif dengan lebih banyak menghabiskan masa di rumah sekiranya tiada tugasan di lokasi penggambaran. Baginya, lebih baik membataskan diri daripada muncul tanpa sebarang produk, namun dia tidak akan culas menghadiri sesuatu acara jika ia masih berkaitan kerja terutama pelancaran drama atau filem."Bukan mahu jual mahal, sebaliknya penonton kini mudah bosan kerana jika seseorang itu mudah dilihat di mana-mana. Bagi mereka, sudah tiada lagi eksklusif artis terbabit yang boleh diikuti jika kerap muncul di majlis-majlis. "Sebenarnya saya sendiri kurang faham dengan selera masyarakat tempatan yang menyukai seseorang artis itu, kerana rupa atau bakat? Justeru, saya mahu orang menilai kemampuan saya bersandarkan bakat, bukannya kisah peribadi. "Saya jadikan Maya Karin sebagai contoh. Jika ada produk atau cerita berkaitan kerjaya saja barulah dia muncul. Bagi saya, Maya kurang menonjolkan diri demi menjaga nilai eksklusifnya yang tentu saja membawa impak positif jika dilihat dari aspek lain," katanya ketika ditemui pada tayangan perdana Jangan Pandang Pandang (JPP). Selain JPP, Sara atau nama sebenar, Siti Sarah Hairi Ali yang disunting sebagai pelakon menerusi Facebook (FB) mula dicungkil bakatnya menerusi Sesuatu Yang Tertinggal kira-kira dua tahun lalu, disusuli Nur Kasih The Movie, Penunggu Istana, Klip 3GP, Songlap serta Azazil. Benar bagai diluah, mendekatinya yang tampil bersama imej baru dengan berambut pendek sedikit keperangan seakan menyingkap sisi misterinya yang jarang tercalit gosip kecuali pernah dikaitkan dengan Bintang Paling Popular 2010, Shaheizy Sam. Tampak pendiam, namun hakikatnya Sara rancak berceloteh jika kena tempat dan ketikanya, apatah lagi saat diaju persoalan yang dilihat menjadi topik kesukaan iaitu filem dan pengarahan. "Saya masih terlalu baru. Banyak perkara perlu saya pelajari termasuk kerja belakang tabir. Bagi saya, proses pembelajaran sentiasa berlaku dalam hidup ini. Lagi pun sampai bila saya mahu berlakon? "Jika lengkap ilmu di dada, saya mahu duduk di kerusi pengarah suatu hari nanti cuma buat masa ini biarlah saya menimba pengalaman dan ilmu dulu kerana bukan mudah tanggungjawab yang mahu digalas. "Kalau ikut perancangan, saya mahu menyambung pengajian di bidang perfileman di luar negara seperti di New York Film Academy (NYFA). Bukan pusat pengajian di sini kurang bagus, tetapi belum terbukti lagi graduan perfileman tempatan yang benar-benar menyerlah," kata pemegang ijazah seni bina di Lim Kok Wing ini. Mengulas pembabitannya dalam filem arahan Ahmad Idham, Sara berkata, keunikan watak gadis bernama Yana dan kekuatan kisah komedi seram ini selain kredibiliti pengarah itu sendiri membuatkannya tidak sabar menanti maklum balas penonton. "Ahmad Idham ada sentuhan tersendiri. Bagi saya, jika diberi naskhah komedi, dialah yang paling berkesan mencorakkan filem seperti itu kerana sentuhannya sentiasa menjadi. JPP ialah kisah pengembaraan menarik, apatah lagi penuh dengan cabaran berlakon di dalam hutan. "Ya, pengalaman ini sesuatu yang berharga. Saya berharap karektor serta komedi situasi yang dibawakan mampu mencuit hati ramai. Apa pun saya sendiri menyukai jalan cerita dan karakter setiap watak," katanya yang digandingkan dengan Zizan Razak dalam filem yang mula ditayangkan 29 Mac lalu. | |||
Posted: 02 Apr 2012 08:02 PM PDT DARI kiri Akmal, Roshafizah, Zainuri, Hanizam dan Rosdan memilih pemenang borang undian dihantar pembaca. SERAMAI 82 pembaca bertuah dipilih sebagai pemenang peringkat awal peraduan undian Anugerah Bintang Popular (ABPBH) 2011. Peraduan menerusi borang pencalonan awal yang mula disiarkan menerusi akhbar Berita Harian dan Berita Minggu bermula 25 November hingga 30 Disember tahun lalu menawarkan hadiah berupa Blackberry Torch 9800 untuk 10 pemenang, Sony PS3 Console (10), Apple iPod Touch (10), Apple iPod Nano (32) dan wang tunai RM200 (20).Pemenang dipilih daripada ribuan penyertaan yang diterima penganjur. Mereka perlu melengkapkan set tujuh borang undian sebelum dihantar, selain menjawab dua soalan dengan tepat. Pemilihan pemenang dilakukan Pengarang Bersekutu Edisi Mingguan yang juga Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola ABPBH2011, Hanizam Abdullah dan Zainuri Misfar; Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH 2011, Akmal Abdullah; dan Eksekutif Penjenamaan Berita Harian, Roshafizah Halim. Sementara itu, seramai 24 kakitangan kiraan undian peringkat akhir kini bertungkus-lumus melakukan pengiraan ke atas puluhan ribu lagi borang undian peringkat akhir. Pekerja undian terpaksa menggandakan usaha pada saat-saat akhir memandangkan berguni lagi borang sampai pada tarikh akhir penghantaran, 26 Mac lalu. Proses kiraan undi akan berakhir pada 6 April ini, jam 12 tengah hari, dan jumlah itu akan diserahkan kepada audit Media Prima untuk disahkan sebelum keputusannya dibawa ke Genting Highlands pada 8 April untuk diumumkan pada malam kemuncak ABPBH2011. Blackberry Torch 9800 1. Nawawi Nor Hassan (Subang Jaya) 2. Mohamad Nor Abd Aziz (Cheras) 3. Rosmaliziana Musa (Kuala Lumpur) 4. Nur Nadia Ahmad Sayuti (Perak) 5. Saedah Baharom (Gopeng) 6. Noor Azizah Mohamad (Kuala Selangor) 7. Fara Hairani Sahar (Rengit) 8. Siti Noor Hanisa Osman (Kuala Lumpur) 9. Noor Syazwanie Arifin (Kuala Lumpur) 10 Afirah Azhar (Paya Jaras) Sony PS3 Console 1. Mahyudin Ibak (Sabak Bernam) 2. Fauziah Zakaria (Pelabuhan Klang) 3. Afiz Mohd Noor @ Abd Aziz (Kuala Terengganu) 4. Azrul Helmi Mohd Anis (Batu Pahat) 5. Zulkifele Soh (Bachok) 6. Rosliza Harun (Cheras) 7. Azhar Wahid (Sungai Buluh) 8. Nurul Atiqah Ahmad Ramli (Pandan Jaya) 9. Musa Dun (Kinta) 10 Noorhasimah Adam (Bahau) iPod Touch 1. Mohd Amini Ahmad Sayati (Parit Buntar) 2. Nadzri Mohd (Sekinchan) 3. Siti Aishah Sipuan (Kota Tinggi) 4. Suraya Adam (Sungai Besi) 5. Mohd Yusri Ahmad Sayuti (Parit Buntar) 6. Shamsul Mustaffa Mohd Kamal (Seremban) 7. Nur Nisa Batrisyia (Desa Pandan) 8. Azizah Mat Johar (Shah Alam) 9. Muhammad Hafeez Abdul Hai (Shah Alam) 10 Nurulhuda Ahmad Latif (Batang Padang) iPod Nano 1. Rose Azura Md Idrus (Klang) 2. Fauziah Zakaria (Pelabuhan Barat) 3. Ayu Fariza Kamarudin (Setapak) 4. Naisa Arali (Putrajaya) 5. Lokman Nolhakim Jelan (Pasir Gudang) 6. Fatehi Kasim (Ampang) 7. Abdul Razak Aabu Amin (Kota Tinggi) 8. Rozana Ghazali (Klang) 9. Mohd Iswarddy Ngah (Batu Johor) 10 Mohd Zalman Razali (Kemaman) 11. Abdul Hamid Ibrahim (Hulu Langat) 12. Roslan Alwi Haris (Kuala Kangsar) 13. Kamisah Abdul Kadir (Johor Baharu) 14. Nurasyikin Che Hisham (Petaling Jaya) 15. Mohd Fazrull Azhar (Seri Kembangan) 16. Norhaida Ibrahim (Putrajaya) 17. Zakiah Amrah (Setiawan) 18. Rohaida Ali (Kuala Terengganu) 19. Mohd Adli Mohd @ Mamat (Pasir Mas) 20. Musa Lidia (Kinta) 21. Annisa Azhar (Ampang) 22. Rosnani Said Fikri (Senai) 23. Yusri A Ghani (Kuala Lipis) 24. Nor Irena Jamari (Kuala Lumpur) 25. Hairul Nizam Abdul Rani (Kuantan) 26. Rosmady Musa (Pasir Mas) 27. Basariah Ahmad (Kerian) 28. Mohd Sharull Rabun (Johor Baharu) 29. Salimuhar Mohd Ali (Sungai Besi) 30. Mohd Razali Abdul Razak (Seri Kembangan) 31. Zulhilmi Idrus (Sungai Besi) 32. Nur Azura Aqilah Zainuddin (Hulu Langat) Wang tunai RM200 1. Nor Nadia Ahmad Ramli (Ampang) 2. Alias Wahid (Selayang) 3. Mohd Faiz Kamaruddin (Puchong) 4. Azlan Ismail (Pantai Dalam) 5. Intan Zullina Zulkarnain (Damansara) 6. Sahril Azuan Ahmad (Pasir Gudang) 7. Mohd Luffi Ismail (Besut) 8. Norlela Mohd Razali (Sentul) 9. Noor Azlin Che Din (Parit Buntar) 10 Zairel Reimy Zaitun Anuar (Petaling Jaya) 11. Nur Azureen Mohd Tahir (Serendah) 12. Abdul Hai Kadir (Gopeng) 13. Jamaliah Sahmudin (Sungai Buluh) 14. Rohana Saharudin (Machang) 15. Ahmad Ramli Kamarudin (Pandan Jaya) 16. Jafri Abu Talib (Genting Highlands) 17. Saharuddin Wahab (Sungai Siput) 18. Julia Abu (Petaling Jaya) 19. Ishak Ismail (Klang) 20. Doris Philip (Kuching) | |||
Posted: 02 Apr 2012 07:53 PM PDT
Jadikan pengambilan pemakanan yang sihat sebagai satu amalan harian dalam kehidupan bukan sekadar untuk menghindari penyakit bahkan demi kecergasan dan kecantikan tubuh badan. Pengambilan pemakanan yang sihat boleh mengurangkan pelbagai risiko penyakit seperti penyakit jantung yang merupakan salah satu daripada 'pembunuh' utama di kalangan lelaki dan wanita di negara ini. Amalan makan secara sihat bermula daripada perancangan menu, pemilihan dan pembelian bahan masakan hinggalah kepada penyediaan makanan. Bagi menggalakkan orang ramai mengamalkan kaedah pemakanan yang sihat, Jabatan Perkhidmatan Makanan dan Dietetik, Institut Jantung Negara (IJN), baru-baru ini menganjurkan kempen Bulan Makanan Berkhasiat Nasional. | |||
Kelas pemulihan perkasa BM, BI Posted: 02 Apr 2012 07:52 PM PDT agenda pendidikan negara terutama di peringkat sekolah sememangnya memerlukan sokongan semua pihak dalam memastikan anjakan ke arah pendidikan bertaraf dunia terus berjalan dengan sempurna. Dalam memenuhi tuntutan transformasi ini, perhatian kepada pelajar daripada kelompok yang agak lemah juga tidak boleh diabaikan dan harus diberi tumpuan khusus bagi memastikan mereka tidak ketinggalan berbanding rakan lain. Sejak Julai tahun lalu, seramai 30 murid tahun tiga dari Sekolah Kebangsaan (SK) Tiong, Kota Bharu, Kelantan dipilih menyertai kelas bahasa yang dikendalikan tenaga pengajar dari Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan (PPBLT) Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM). Kelas mingguan Bahasa Melayu dan Inggeris itu khusus buat murid kelas pemulihan iaitu yang mengalami masalah menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira atau 3M dan ia merupakan program khidmat masyarakat USM di sekolah itu yang akan berakhir hujung tahun ini. Menurut Guru Besar SK Tiong, Ismail Mat Akib, beliau amat menghargai bantuan pihak USM dan mencadangkan agar tempoh program dipanjang dan diperluaskan ke sekolah-sekolah lain. "Sekolah pinggir bandar seperti SK Tiong memerlukan sokongan dan kepakaran universiti dalam meningkatkan keupayaan 3M pelajar. "Apabila ada pihak yang dapat menumpukan perhatian kepada mereka tanpa terlalu terikat dengan sukatan pelajaran, ia sudah tentu memberi manfaat yang lebih besar," katanya kepada Utusan Malaysia di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini. Sementara itu, guru penyelaras program peringkat sekolah, Noor Hayati Abdul Ghazi pula berkata, pihaknya mendapati ada sedikit peningkatan yang ditunjukkan para pelajar selepas mereka mengikuti kelas berkenaan. Beliau yang bertanggungjawab memilih kumpulan murid terlibat berkata, 15 orang murid menyertai kelas Bahasa Melayu manakala selebihnya kelas Bahasa Inggeris yang dijalankan setiap Khamis dari pukul 1.30 petang hingga 3 petang. "Mungkin konsep santai yang lebih banyak menggunakan permainan bahasa dan minda serta nyanyian telah membuat pelajar lebih berminat belajar bahasa, pihak sekolah berharap agar objektif meningkatkan kemahiran 3M murid-murid kami tercapai," katanya. Ketua Projek Khidmat Masyarakat PPBLT, Helmey Zaneee Mohd. Zain, 27, pula memberitahu, tenaga pengajar seramai 14 orang dari Kampus Kesihatan USM bergilir-gilir datang ke sekolah itu setiap minggu untuk mengajar secara sukarela. Katanya, selain bahan mengajar dan buku latihan, pelajar juga dibekalkan pihak USM dengan sedikit makanan sebagai alas perut memandangkan kelas diadakan sebaik sahaja tamat waktu persekolahan. Salah seorang murid yang ditemui, Nur Zulfiqha Aina Zuki, 10, berkata, dia kini lebih yakin untuk menyebut perkataan dalam Bahasa Inggeris dan tidak berasa malu jika melakukan kesalahan kerana ia sebahagian daripada kaedah belajar. Seorang lagi murid, Nor Irwan Shah, 10, pula berkata, dia tidak kisah terpaksa berada lebih lama di sekolah kerana berasa seronok belajar Bahasa Melayu dengan guru dari 'universiti.' Program tersebut telah dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian, Datuk Fauzi Ismail dalam satu majlis ringkas di sekolah itu pada September tahun lalu. | |||
UTMBridge uji kreativiti pereka Posted: 02 Apr 2012 07:51 PM PDT DALAM menongkah arus perubahan di era modenisasi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menggalas cabaran besar untuk menempatkan diri di kalangan institusi pengajian tinggi (IPT) bertaraf antarabangsa. Bidang kejuruteraan menjadi keutamaan dalam mengangkat kualiti universiti itu di pentas dunia melalui penganugerahan akademik dan pengiktirafan dunia terhadap pembangunan universiti yang diterima. Bagi mengorak langkah ke arah universiti yang menekankan aspek pembelajaran, Fakulti Kejuruteraan Awam, UTM akan menganjurkan Pertandingan Model Jambatan UTMBridge 2012 yang bertemakan Design, Build and Test yang akan berlangsung pada 17 hingga 19 April ini di UTM Skudai, Johor. Pertandingan itu membabitkan seni bina jambatan-jambatan yang diilhamkan melalui reka bentuk jambatan terkenal di seluruh dunia seperti Jambatan Khaju di Isfahan, Iran; Jambatan Tertinggi di Dunia, Millau di Perancis; Jambatan Lintas Lautan Terpanjang di Dunia, Teluk Hangzhou di China dan Jambatan Tower Bridge di London. Pengerusi Program, Prof. Dr. Salihuddin Radin Sumadi berkata, pertandingan itu bakal menguji keupayaan pelajar menggunakan pengetahuan, kreativiti dan inovasi untuk menyelesaikan masalah praktikal dalam bidang kejuruteraan pembinaan sesebuah jambatan yang futuristik. "Bahkan ia akan menguji 350 kumpulan yang terdiri daripada pensyarah, penyelia dan guru-guru dari seluruh negara untuk menghasilkan dan mengilhamkan rekaan-rekaan jambatan yang kreatif serta mampu menambat perhatian juri. "Malah ia menjadi penggerak kepada usaha meningkatkan kematangan peserta untuk bekerja secara berkumpulan dalam melahirkan idea-idea yang terbaik dalam mencipta rekaan jambatan-jambatan ini," katanya. Pertandingan itu terdiri dari dua kategori iaitu kategori sekolah menengah dan universiti. Bagi kategori universiti, setiap peserta diwajibkan membina model di hari pertama pertandingan untuk dipamer dan diuji pada hari kedua. Manakala bagi pelajar sekolah model siap dibina di sekolah masing-masing dan dibawa ke lokasi pertandingan untuk dipamer dan diuji kekuatan. Salihuddin Radin berkata, pertandingan itu juga merupakan usaha UTM dalam mengamalkan segala ilmu dan teknik yang dipelajari pelajar-pelajar universiti dalam mereka bentuk struktur atau bangunan sebelum melangkah ke alam pekerjaan. "Kesemua ini akan dinilai dan dihakimi jurutera professional dan pakar jambatan berdasarkan tiga kategori iaitu kekuatan dan ringan, kreativiti dan kebolehbinaan, dan persembahan multimedia," katanya. Maklumat mengenai pertandingan ini boleh didapati di http://www.civil.utm.my atau menghubungi Dr Izni Syahrizal atau Ir. Salleh Mohd Yassin di talian 012-7030334, 019-7566164. | |||
Posted: 02 Apr 2012 07:50 PM PDT MELENGKAPKAN siri telefon pintar bagi portfolio Lumia, syarikat teknologi Nokia baru-baru ini tampil dengan dua lagi model terkini iaitu Nokia Lumia 900 dan Nokia Lumia 610. Kedua-dua model yang masih mengaplikasi sistem operasi Windows itu dilihat bakal melengkapkan strategi Nokia dalam penawaran fungsi hiburan komprehensif kepada pengguna. Nokia Lumia 900 tersedia bersama paparan skrin AMOLED ClearBlack 4.3 inci dengan fungsi sentuhan mudah dan menyeluruh. Kameranya pula dilengkapi dengan spefikasi eksklusif seperti lensa Carl Zeiss, apartur bersaiz besar untuk prestasi rakaman terbaik di bawah pencahayaan rendah serta rakaman imej bersudut luas dengan nisbah 16:9. Lebih menarik, model berkenaan disempurnakan bersama ciri bateri berkapasiti tinggi sesuai untuk pengoperasian mobiliti lebih lama. Pengguna peranti tersebut turut ditawarkan aplikasi pengemudiani perjalanan dengan sokongan suara dan had laju, Nokia Drive secara percuma. Model Lumia 900 didatangkan dengan pilihan warna putih, biru dan hitam Sementara untuk Nokia Lumia 610 pula, peranti yang lengkap dengan fungsi pelayaran web sosial serta hiburan itu sesuai diimplementasi golongan pengguna muda. Menerusi kelebihan itu, mereka akan dapat melakukan aktiviti seperti pelayaran Internet, mengakses laman sembang, memuat turun lagu dan memeriksa e-mel di masa sahaja mereka berada. Nokia Lumia 610 ditawarkan dengan pilihan warna merah, hitam dan biru. Kedua-dua model berkenaan bakal memasuki pasaran global menjelang suku kedua tahun ini. | |||
Posted: 02 Apr 2012 07:47 PM PDT MIMOS Berhad baru-baru ini menerima pengiktirafan apabila dipilih sebagai penerima anugerah Red Dot Design Award 2011 dalam katogeri Konsep Rekaan. Anugerah tersebut merupakan kemenangan kali kedua berturut-turut yang diterima oleh agensi tersebut sejak tahun 2010. Agensi itu dipilih menerima anugerah tersebut berdasarkan konsep rekaan Erascan yang dihasilkan oleh Kumpulan Rekaan Industri Mimos iaitu Saharudin Busri, Mohd. Nizam Najmuddin, Nuzairi Yasin, Mohd. Rohaizam Tahar dan Nazjimee Amat. Menurut Presiden MIMOS Berhad, Datuk Abdul Wahab Abdullah, pihaknya berbangga dengan pencapaian tersebut yang mana akan mendorong agensi tersebut berusaha lebih keras dalam menghasilkan reka bentuk, penyelidikan dan pembanguan (R&D). "Ini merupakan anugerah reka bentuk terbesar di dunia. Malah juri bagi pertandingan tersebut juga merupakan panel yang terdiri daripada pakar reka bentuk terkemuka dunia," katanya pada majlis penyampaian anugerah kepada pemenang terbabit baru-baru ini. Turut hadir Presiden Anugerah Red Hot Design, Prof. Dr. Peter Zec dan Presiden Anugerah Red Dot Asia, Ken Koo C.K. Sebanyak 3,536 produk dari 54 negara telah diperiksa dan 252 konsep terpilih menerima anugerah tersebut. Jelas Abdul Wahab, sebelum itu, produk yang direka telah dipamerkan di muzium Red Dot Design di Singapura. Ia bertujuan memberi gambaran atau orientasi kepada usahawan, golongan pereka profesional dan pengguna untuk meneliti siapakah yang memiliki rekaan terbaik. Bercerita mengenai Erascan yang telah dicipta oleh Kumpulan Industri MIMOS, Abdul Wahab berkata, ia merupakan sebuah peranti khas yang menggabungkan pemadam papan putih bersama pengimbas digital. Ia berfungsi sebagai pengimbas lakaran, tulisan atau lukisan pada papan putih sebelum lakaran tersebut dipadamkan dan menukarkan maklumat tersebut kepada imej digital. Peranti ini mampu mengesan tulisan tangan, alamat emel dan laman web, malah mampu mengesan kedudukan serta mengesan laluan asal semasa mengimbas. Erascan juga mampu menyimpan semua data yang diimbas terus ke dalam sistem simpanan dalamannya dan boleh dipindahkan ke komputer menerusi emel menggunakan wayarles. Ia juga merupakan alternatif yang murah dan ringkas berbanding papan putih digital yang terdapat kini. Rekaan tersebut mengandungi skrin paparan kristal cecair (LCD) yang digunakan untuk memaparkan maklumat yang diimbas semasa proses imbasan dilakukan. Ia juga memaparkan aturan mudah yang membolehkan pengguna memilih aplikasi lain yang terdapat pada rekaan tersebut. Malah, butang kawalan navigasi turut disediakan dan terletak pada bahagian bawah skrin LCD tersebut. Manakala huruf 'e' dan cahaya berbentuk paip di sekeliling peranti tersebut menunjukkan Erascan berada di dalam mod kuasa. Rekaan ini amat sesuai untuk kegunaan pelajar sekolah dan juga kolej di mana ia mampu menyimpan nota serta lakaran penting. Ia juga boleh digunakan di rumah untuk kanak-kanak yang gemar meluahkan kreativiti menerusi papan putih di mana ia mampu menyimpan idea, lakaran serta lukisan dalam bentuk digital dan boleh ditonton pada masa akan datang. | |||
Posted: 02 Apr 2012 07:45 PM PDT CANGGIH!" Itu merupakan antara perkataan pertama dinyatakan oleh Editor Foto Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Abdul Kadir Bachok apabila menerima kamera terbaru, Nikon D4 baru-baru ini. Penerimaan dua set kamera itu juga mencatatkan bahawa Utusan merupakan media pertama yang menerima Nikon D4 di negara ini. Menurut Abdul Kadir, seiring dengan perkembangan dunia fotografi digital yang semakin canggih, Utusan turut tidak ketinggalan memiliki Nikon D4 bagi memantapkan perjalanan tugasan jurufoto. "Kami telah melaksanakan ujian ketahanan terhadap kamera ini dan ternyata ia melepasi setiap ujian terutamanya ujian kelasakan. "Hal ini kerana, sebagai jurugambar, kamera akan digunakan sehingga ke tahap maksimum pada setiap hari, justeru ketahanan sesebuah kamera itu amat dititik beratkan," ujarnya. Beliau ditemui di ibu pejabat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad sempena penghantaran dua unit kamera Nikon D4 oleh wakil Nikon (Malaysia) Sdn. Bhd. baru-baru ini. Jelas Abdul Kadir, di samping memiliki ketahanan tinggi, Nikon D4 juga memiliki beberapa kelebihan yang mana mampu memudahkan peranan jurufoto. Antaranya, proses penghantaran gambar kini boleh dilakukan secara terus menerusi kamera di lokasi menggunakan peranti khas yang dikenali sebagai WT-5. Malah petugas yang berada di pejabat juga boleh terus memilih gambar yang telah dirakam menerusi kamera tersebut biarpun jurufoto yang berada di lokasi tidak sempat menghantarnya. Menurut Pengurus Kanan Bahagian Perkhidmatan Profesional, Pemasaran Produk Pengguna Nikon (Malaysia) Sdn. Bhd., Mahfooz NR , D4 yang menggunakan format Nikon FX merupakan kamera tercanggih dan terkini di dunia. Kamera baharu berkenaan menggunakan enjin pemprosesan imej terbaharu Expeed 3 yang sesuai untuk kamera digital lensa refleks tunggal (DSLR). Beliau berkata, D4 mempunyai pelbagai fungsi dan aplikasi baharu yang ditambah hasil maklum balas daripada pengguna profesional dan amatur Nikon. Selain menawarkan kemudahan penghantaran, Nikon D4 juga mampu meningkatkan kualiti imej, lebih pantas iaitu 11 bingkai sesaat (fps). Kelajuan rakaman tersebut juga merupakan antara kelebihan bagi jurufoto yang bertugas untuk merakam aksi sukan. Malah tambah Mahfooz NR, Nikon D4 juga mampu merakam imej dengan baik biarpun berada di dalam keadaan yang kurang cahaya hal demikian amat membantu jurufoto dalam melaksanakan tugasan mereka. Dalam pada itu, Pengurus Besar Jabatan Pemasaran Produk Pengguna, Nikon (Malaysia) Sdn. Bhd., David Ng Choon Yiak berkata, kerjasama yang erat antara Utusan dan Nikon sebelum ini merupakan faktor utama media tersebut di pilih sebagai penerima pertama Nion D4. "Nikon juga akan terus mempertingkatkan hubungan erat ini dari masa ke sesama bagi memastikan Utusan sebagai pelanggan menerima perkhidmatan yang memuaskan daripada pihak kami," katanya. | |||
DiGi perkenal pusat data mesra alam Posted: 02 Apr 2012 07:41 PM PDT
INISIATIF mengekalkan kehijauan bumi dan menjaga kelangsungan keindahan alam sekitar semakin dipandang serius oleh banyak pihak di negara ini. Menyedari langkah itu bukan perlu dilaksanakan oleh sesetengah organisasi sahaja, sektor awam dan juga swasta kini turut mengorak langkah melaksanakan tanggungjawab tersebut secara bersama. Matlamatnya adalah untuk melihat bumi terus 'bernyawa' sekali gus memberi tempat yang selesa dan selamat untuk didiami penghuninya. Antara pendekatan yang banyak diambil adalah seperti menerap dan mempraktikkan aktiviti penjagaan alam sekitar sebagai sebahagian daripada operasi perniagaan. Mengambil contoh syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi negara, DiGi Telecommunication Sdn. Bhd. (DiGi) baru-baru ini memperkenalkan Pusat Operasi Teknologi (TOC) dengan pelaksanaan ciri-ciri hijau. Pembinaan bangunan tiga setengah tingkat berkeluasan kira-kira 20,000 meter persegi di Pusat Perindustrian Subang Hi-Tech itu merupakan sebahagian komitmen DiGi melengkapkan operasinya dengan fungsi mesra alam. Kelebihan itu telah membolehkan TOC diiktiraf sebagai pusat data hijau pertama di Malaysia menerusi penganugerahan Sijil Emas Ratifikasi daripada Indeks Bangunan Hijau (GBI). Ia merupakan sistem penarafan bangunan hijau di negara ini. Menurut Ketua Pegawai Teknologi DiGi, Ole Martin Gunhildsbu, pelaksanaan teknologi itu dilihat sangat relevan dengan keperluan perniagaan DiGi. ''Sebagai tanggungjawab sosial terhadap alam sekitar, inisiatif ini bakal memberi kesan terhadap pencapaian operasi syarikat secara lebih efisien dan dapat mengurangkan pengunaan tenaga. ''Selain bangunan, integrasi mesra alam ini turut diaplikasi pada khidmat rangkaian, kakitangan, ruang bekerja, para pembekal dan juga pelanggan kami,'' katanya pada taklimat media di Shah Alam baru-baru ini. TOC yang dilengkapi pusat pelayan data, pemulihan rangkaian suis telekomunikasi serta ruang pejabat dibangunkan dengan kos bernilai RM80 juta. Pembinaannya menyasarkan objektif menyokong keperluan aktiviti pengendalian servis data DiGi berkapasiti tinggi selain mengurangkan pembebasan karbon untuk jangka masa panjang. Daripada sudut penggunaan tenaga pula, TOC mampu memberi penjimatan penggunaan kuasa sehingga 30 peratus apabila operasi pusat itu dijangka mencapai bebanan aktiviti melebihi kira-kira 840 meter persegi pada tahun ini. ''Ini kerana, bahagian pusat data dalam sesebuah organisasi telekomunikasi biasanya akan menggunakan lebih 70 peratus kuasa daripada total tenaga yang digunakan bagi memastikan rangkaian liputan sentiasa dalam keadaan stabil,'' jelasnya. Justeru menurut Ole, pihaknya sentiasa meletakkan komitmen tinggi dalam pelaksanaan piawaian standard operasi mesra alam bertaraf dunia. Untuk itu, DiGi telah bekerjasama rapat dengan pihak GBI dalam membantu mereka menentu dan membangunkan tanda aras terbaik untuk membina pusat data mesra alam. Melengkapkan tujuan sama, DiGi juga ketika ini sedang dalam proses menaiktaraf kesemua 5,000 pusat operasi data di seluruh negara dengan teknologi yang sama. ''Antara elemen hijau yang akan diaplikasikan dalam operasi rangkaian DiGi adalah seperti teknologi transmisi dengan sokongan kuasa solar hibrid bagi mengurangkan pembebasan karbon sehingga 11,000 tan menjelang akhir tahun 2012. ''Melalui integrasi teknologi mesra alam seperti ini, pihak kami yakin dapat memperbaiki liputan dan kualiti rangkaian di samping menyumbang kepada penjimatan kuasa secara optimum,'' jelasnya. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan