OHBULAN! |
Posted: 11 Apr 2012 08:55 PM PDT Kenyataan : Artikel ini dipapar semula daripada Hazrey.com Selasa lalu, kecoh satu dunia, dunia yang memahami Bahasa Malaysia dan dunia yang pernah menonton Ombak Rindu dan Sembilu, tentang bagaimana seorang Timbalan Presiden sebuah persatuan yang berniat menyatukan semua pemain industri drama dan perfileman di negara ini. The magic word is 'menyatukan'. Aku tak mahu komen lebih lebih sebab pelakon favourite aku – Presiden Seniman, Harun Salim Bachik dah pun beritahu pada Zed Zaidi – jangan lebih-lebih, maka aku pun akan ikut nasihat Abang Harun – jangan lebih lebih pasal komen Zed Zaidi. Tapi, sikit jek aku nak komen pasal kenyataan Zed Zaidi tu. Kata Abang Harun, itu pendapat peribadi dia dan aku setuju. Dan aku juga akan setuju kalau Zed Zaidi letak jawatan sebab kredibiliti dia sebagai seorang Timbalan Presiden boleh dipersoalkan, apatah lagi bila dia letak poster parody Ombak Rindu menggunakan wajah Mr Bean melalui teknik superimpose pada wajah Aaron Aziz. Ya, Zed Zaidi perlu letak jawatan. Apapun, portal hiburan – gua.com tepat jam 12.01 malam, 11 April lalu menyiarkan satu post bertajuk Permohonan Aaron Diluluskan, Tunggu Masa Untuk Ambil Kad MyPR? Sebenarnya, pemberian kerakyatan kepada Aaron aku kira sangat baik kerana kita boleh 'menyimpan' bakat lelaki ini dalam negara. Kita lihat bagaimana Singapura yang ketandusan pemain bolasepak, mengimport pemain luar dan memberikan kerakyatan kepada pemain terbabit. Namun ia bukan bermakna republik itu sendiri ketandusan pemain berbakat. Tidak. Ia lebih kepada memberikan satu benchmark kepada pasukan itu sendiri. Sama seperti kes Aaron, ia memberikan satu benchmark kepada industri. Ia sesuatu yang sangat positif dan tidak boleh dilihat sebagai ancaman. Kenapa kita perlu lihat ia sebagai ancaman? Kita perlu lihat apa yang ada dalam diri Aaron hingga dia laris dan memiliki satu chemistry dengan penonton. Kita perlu tanya kenapa, kita perlu kaji itu semua dan jadikan ia benchmark kepada diri kita. Lihat kepada M Nasir. Kehadiran M Nasir membawa nafas baru kepada industri. Kita tahu M Nasir yang dulunya rakyat Singapura, seorang yang bersifat kritis dalam menghasilkan lagu-lagunya. Dia tahu apa yang boleh jual. Di situ ada nilai komersil. Jika kita cipta lagu ikut syok sendiri, lelama esok senarai syarikat rakaman yang bungkus lebih banyak dari artis yang lahir di negara ini. M Nasir membawa satu benchmark. Bukan ancaman. Sama seperti kes Aaron. Ini satu bakat yang perlu kita simpan dalam negara kerana Malaysia memberi peluang lebih baik kepada bakat seperti ini namun ia masih dapat dinikmati rakyat seberang Tambak. Ia lebih meluas. Ia lebih kepada persaingan sihat. Hari ini, bagaimanapun, Aaron menafikan menerima taraf pemastautin tetap, malah risau permohonan tertangguh akibat berita palsu. Aku harap apa yang dikatakan Aaron ini juga bukan palsu. Pada 10 April lalu, aku juga berada di Sri Pentas untuk menghadiri satu mesyuarat dan aku juga dengar pelakon handsome ini turut berada di tempat yang sama. Tapi aku tiada perancangan untuk berjumpa dengan dia sebab, pertamanya – aku bukan Timbalan Presiden Seniman yang mengidam nak bergambar dengan trofi dia. Aaron khabarnya memulakan sesi wawancara bersama Malaysia Hari Ini (MHI) pagi Selasa lalu dan terus bersambung tengaharinya untuk program Wanita Hari Ini (WHI). Selepas itu, Aaron bertemu krew Melodi dan gua.com sebelum singgah di bilik berita TV9 untuk turut diwawancara bagi slot berita malam itu. Sudah kebetulan aku di situ, dan wawancara baru selesai dengan krew Berita TV9, aku pun ambik kesempatan bertanya dengan dia mengenai cetusan pendapat Zed Zaidi. Aku sempat twit apa yang dikatakan pelakon ini antaranya: "Saya tak kisah, kalau dia nak ambil gambar dengan trofi saya." Aku gelak sungguh sungguh dengan statement Aaron itu. Dan memandangkan Zed Zaidi tiada di situ, aku terpaksa mewakilkan Zed. Apapun, Aaron seorang yang rendah diri dan mudah mesra dengan orang. Dia tak pun buat muka sentap atau rimas bila ramai yang nak ambil gambar dengan dia termasuk aku. Aaron tentu ingat lelaki mulut busuk yang pegang trofi tu. Selepas sesi untuk aku riakkan diri ini, aku ada bertanya pada Aaron sama ada dia sudah mengemukakan permohonan kewarganegaraan dan aku juga bertanya mengenai permit ikhtisas. Ketika aku bertanyakan soalan ini, kami masih lagi dikelilingi tak kurang dari enam wartawan di bilik berita TV9 itu. Aaron sempat mempersoalkan kenapa Zed Zaidi perlu mempertikaikan kemenangannya walhal dia sendiri ahli persatuan dan aku bersetuju dengan pendapat itu. Ketika aku tanya mengenai permohonan Penduduk Tetap (PR), ini jawapan ringkas Aaron:
Dan ketika Aaron bercakap ini, kami masih lagi dikelilingi tak kurang enam wartawan di bilik berita TV9. Bila aku tanya lagi mengenai bilakah dia akan collect, dia menjawab "tunggu masa sebab sibuk sekarang" dan ketika itu kami masih lagi dikelilingi tak kurang enam wartawan di bilik berita TV9. Tetapi hari ini, Aaron menyebut melalui laporan Berita Harian di sini, dia tak pernah cakap sebagaimana dilaporkan gua.com. "Saya tidak pernah cakap permohonan saya sudah diluluskan dan tidak tahu macam mana perkara ini boleh tersebar. Apa yang saya cakap adalah permohonan sedang dalam proses bukannya sudah dapat. "Saya sendiri tidak tahu macam mana perkara itu digembar-gemburkan sesetengah pihak sedangkan segala urusan perlu melalui prosedur," katanya dihubungi Berita Harian, semalam Selasa lalu, aku tak hantar hantu raya belaan aku untuk menghadiri meeting di Sri Pentas. Aku hantar diri aku sendiri maka yang mendengar kenyataan dari mulut Aaron itu adalah aku. Itu aku pasti. Tetapi Aaron sebenarnya boleh menghubungi aku sebab dia sendiri sudah mengikuti twitter account aku di @Hazrey kalaupun hendak menarik balik statement tu dan bukannya menafikan apa yang sudah dilafazkan ketika di bilik berita TV9. Selama aku jadi wartawan, aku tak pernah lagi tulis benda yang aku tak pernah dengar atau dari sumber yang tak sahih. Inikan pula aku dengar dari sumber itu sendiri. Apapun, aku harap Aaron yang menyatakan mengenai status PR itu bukan Aaron dari wax museum atau impersonator yang cuba mengaburi aku. Aku juga harap Aaron tidak menghidap penyakit amnesia. |
Aaron Aziz Nafi Kenyataan Terhadap Wartawan? Posted: 11 Apr 2012 08:48 PM PDT Ouch, terkejut kami apabila mendapat tahu perkara sebenar yang berlaku. Apa tidaknya, Aaron Aziz yang kita kenali kacak dan seorang yang merendah diri dipercayai mengubah kenyataannya berkenaan status kerakyatan terhadap seorang wartawan. Selasa lepas, sebuah portal hiburan telah melaporkan bahawa Aaron Aziz sudah mendapat kelulusan permastautin tetap. Namun hari ini dalam sebuah akhbar tempatan, Berita Harian, Aaron Aziz telah menafikan kenyataannya seperti yang ditulis dalam Gua Malaysia. "Saya tidak pernah cakap permohonan saya sudah diluluskan dan tidak tahu macam mana perkara ini boleh tersebar. Apa yang saya cakap adalah permohonan sedang dalam proses bukannya sudah dapat. Saya sendiri tidak tahu macam mana perkara itu digembar-gemburkan sesetengah pihak sedangkan segala urusan perlu melalui prosedur," katanya dihubungi Berita Harian, semalam. Padahal, pada hari Selasa yang lepas, Aaron Aziz telah berkata kepada seorang wartawan ketika berada di Sri Pentas dan ditanya mengenai status permohonan Penduduk Tetap (PR) telah menjawab, "Sebenarnya permohonan saya dah diluluskan, tunggu nak collect jek." Jadi, mana satu yang kita mahu percaya ini? Mari baca artikel lebih lanjut di Hazrey.com. |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan