Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Keris kecil milik Wali Songo, dakwa warisi senjata keramat
- Gara-gara kemaruk cinta, sanggup lampias nafsu di jirat Cina
- Nyaris makan roti berperisa lipas
- Taktik pukau sebelum samun
- Suami minta cerai, Rita Rudaini redha
- Saya tak perlu lari- Dira
- Pelakon luar setaraf pembantu rumah - Zed Zaidi
- Siwon dikejar peminat
- Gempa turut gegar Semenanjung
- Operasi buru PATI bermula
- Dua gempa bumi kuat di Indonesia
- Korea Utara tekad lancar roket
- Ribuan remaja 'histeria' kerana One Direction
- Lelaki boleh jadi pemenang Ratu Cantik Universe Dunia
- Pertandingan larian ketam
- Merungkai misteri tenggelamnya Titanic
- Aura penyanyi warga emas
- Pencahayaan LED yang mesra alam
- Ketandusan habitat beruang panda
- Paparan senipis kertas
Keris kecil milik Wali Songo, dakwa warisi senjata keramat Posted: 11 Apr 2012 09:05 PM PDT JENGKA 24 – Seorang pemuda dari Felda Jengka 24 mendakwa dirinya memiliki sebilah keris sebesar syiling 50 sen yang dikatakan antara lima bilah keris milik Wali Sembilan atau Wali Songo di Nusantara ini. | |||
Gara-gara kemaruk cinta, sanggup lampias nafsu di jirat Cina Posted: 11 Apr 2012 09:04 PM PDT IPOH - Sepasang kekasih yang kemaruk bercinta sanggup memilih jirat Cina untuk melampiaskan nafsu kerana beranggapan kawasan itu adalah tempat paling selamat tanpa sebarang gangguan. | |||
Nyaris makan roti berperisa lipas Posted: 11 Apr 2012 09:04 PM PDT TELOK EMAS - Seorang pekerja sebuah syarikat swasta hampir termakan bangkai lipas selepas disangkanya kismis di dalam sekeping roti berjenama terkenal. | |||
Posted: 11 Apr 2012 08:58 PM PDT PUCHONG – Bermodalkan cerita sedih konon anaknya mengidap sakit kulit kronik, seorang wanita warga China dikesan bergiat aktif menyamun pengunjung pasar pagi di Puchong Indah di sini, dipercayai menggunakan cara pukau. "Salah seorang mangsa memberitahu, suspek mengatakan anaknya sakit dan perlu mencari kulit pokok bersaiz besar kononnya untuk direbus dan dijadikan air penawar. | |||
Suami minta cerai, Rita Rudaini redha Posted: 11 Apr 2012 08:56 PM PDT HAL perceraian sudah pastinya perkara yang paling ingin dihindari oleh setiap pasangan yang berkahwin. Begitu juga halnya dengan pasangan suami isteri, Rita Rudaini Mokhtar, 36 dan Aidil Zafuan Abdul Razak, 25 yang diuji dengan pelbagai dugaan sepanjang lima tahun tempoh perkahwinan mereka. Setelah pelbagai dugaan dilalui dengan tabah, akhirnya kemelut rumah tangga pasangan ini tiba di kemuncaknya apabila kelmarin Rita menerima mesej daripada suaminya, Aidil Zafuan Abdul Razak mengenai permohonan cerai. "Saya anggap apa yang berlaku sudah tertulis sebagai takdir saya. Saya percaya pada qada' dan qadar Allah dan terima ia dengan redha. "Malah, saya bersyukur sangat-sangat kerana kekuatan saya adalah pada mata anak-anak. Saya tidak kisah hilang yang lain asalkan anak-anak sentiasa bersama saya," katanya yang ditemui semasa majlis hari lahirnya yang ke-36, hari ini. Menurut Rita, permohonan penceraian tersebut tidak langsung memeranjatkannya memandangkan Aidil sendiri tidak pulang ke rumah mereka di Damansara sejak empat bulan lalu. Mengakui sudah tawar hati dengan perangai suaminya, Rita bagaimanapun tidak pernah menyesal bergelar isteri kepada pemain bola sepak itu. "Saya berkahwin dengannya atas dasar sayang dan cinta bukannya sebab duit. Pelbagai dugaan telah saya lalui sepanjang berkahwin dengannya malah saya pernah dipulaukan oleh orang kerana keputusan kami untuk berkahwin. "Setiap kali kami ada masalah, dia sering sahaja menghilangkan diri dan meninggalkan saya dan anak-anak. Saya perlukan seorang lelaki yang matang dan tegas serta dapat melindungi diri saya dan anak-anak, bukannya lelaki yang lari apabila ada masalah. "Secara jujurnya, sudah lama saya tawar hati dengan dia (Aidil), tetapi hanya kerana memikirkan anak-anak, saya tidak mahu perbesarkan hal ini," katanya yang kelihatan sebak semasa ditemui. Bagaimanapun, menurut Rita, dia hanya mengikut ketentuan Allah dan bersedia sekiranya sudah tertulis jodoh mereka masih panjang. "Jika sudah tercatat jodoh kami masih panjang, saya akan terima namun jika dikatakan hanya setakat ini sahaja jodoh kami, saya redha," katanya. | |||
Posted: 11 Apr 2012 08:55 PM PDT
KONTROVERSI yang membadai kehidupan pengacara dan pelakon Dira Abu Zahar pada permulaan bulan April ini amat mengejutkan sekali gus menarik perhatian ramai pihak. Ibu kepada seorang cahaya mata itu dilaporkan telah bertindak liar apabila bergaduh dengan salah seorang pengunjung pada pukul 2.30 pagi di sebuah kelab malam di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur dua minggu lalu sehingga membabitkan insiden pijak muka dengan kasut tumit tinggi. Sejurus selepas kejadian itu, Dira meluahkan sesuatu di akaun Twitternya yang berbunyi:"Aku akan cari kau sampai dapat." Ramai mendakwa kenyataan itu ditujukan kepada individu yang terlibat dengan pergaduhan itu yang telah bertindak membuat laporan kepada pihak polis. Dalam masa yang sama, Dira juga enggan memberikan komen lanjut berhubung perkara itu apabila ditanya oleh wakil media dan menyerahkan perkara itu untuk siasatan pihak berkuasa. Seminggu selepas itu, pengacara Melodi itu tidak muncul di program yang bersiaran di TV3 pada setiap hari Ahad itu sekali gus mengukuhkan dakwaan bahawa dia direhatkan daripada mengacarakan program hiburan itu. Menjawab spekulasi dan kontroversi yang berlaku, Dira atau nama sebenarnya Khaidhirah Abu Zahar, 28, tampil menjelaskan perkara yang sebenar. "Tiada apa perkara yang membuatkan saya perlu lari. Saya tak bersalah pun, apa yang mampu saya kongsi, akan saya kongsi. Semakin saya lari orang akan suspek saya yang bersalah. "Buat masa sekarang kes itu masih dalam siasatan pihak berkuasa dan saya fikir adalah lebih baik untuk tidak mengganggu siasatan yang sedang dijalankan. "Saya tiada masalah pun dan tak perlu rasanya untuk saya melatah sangat serta tiada alasan pun untuk saya marah sesiapa," ujarnya ketika sesi fotografi di butiknya, Red Garage, Jalan Yap Kuan Seng, Kuala Lumpur, petang semalam. Gurauan Pada mulanya tindakan dia menafikan kejadian yang berlaku dan mengunci mulut kerana tidak mahu mengulas cerita yang dia sendiri belum mengetahuinya secara sahih. "Saya menafikan pada awalnya kerana saya belum sempat membaca apa yang telah dilaporkan mengenai perkara yang berlaku. "Jadi, untuk mengelakkan salah faham jadi lebih teruk, baik saya menafikan perkara itu," ujarnya. Isu luahan suaranya di akaun Twitter selepas kejadian itu turut dijelaskan oleh Dira. Katanya setiap patah perkataan mengenai niatnya mencari sampai dapat itu ditujukan kepada suaminya, Mohd. Helmi Mohd. Yusof. "Saya dan suami suka bergurau dalam Twitter. Individu yang saya maksudkan melalui ungkapan 'cari sampai dapat' itu adalah suami saya yang ketika itu sedang berada di Bangkok, Thailand atas urusan kerja," jelas Dira. Dira mengakui kontroversi yang melanda kehidupannya baru-baru ini sedikit sebanyak mengganggu kerjaya dan kehidupan peribadinya. "Isu yang berlaku menjejaskan saya sedikit sebanyak tapi bagi saya selagi tidak ada perkara mengaibkan nama saya maka tidak perlu saya risaukan," kata bekas pengacara Fulus Mania itu. Tambah Dira lagi: "Saya tiada kuasa untuk menghukum sesiapa atau merosakkan nama baik sesiapa. Itu semua kerja Allah." Bukan direhatkan Menjawab isu yang mendakwa dia direhatkan daripada mengacarakan program Melodi apabila dia digantikan dengan Awal Ashaari pada episod yang bersiaran hari Ahad lalu, kata Dira perkara itu tiada kaitan dengan kontroversi yang berlaku sebelum ini. "Memang saya dan pengurusan rancangan Melodi sudah lama berbincang untuk menambah pengacara menjadi tiga orang supaya lebih menarik dan ada kelainan daripada sebelum ini. "Kebetulan minggu lalu giliran Awal dan Zizan mengacarakan Melodi, ramai yang membuat spekulasi yang tidak tepat bahawa saya direhatkan akibat kontroversi yang melanda," ujarnya yang akan kembali mengacarakan Melodi beberapa minggu lagi.
Menganggap kontroversi itu sebahagian daripada proses untuk dia menjadi lebih matang, Dira lebih selesa membalas semua 'serangan' yang datang dengan diplomatik. "Sebab itu saya lebih selesa untuk tidak menggembar-gemburkan isu ini. Biar tak faham daripada salah faham," bicaranya yang sentiasa mendapat sokongan dan dorongan daripada keluarga dan suaminya. | |||
Pelakon luar setaraf pembantu rumah - Zed Zaidi Posted: 11 Apr 2012 08:54 PM PDT
TAK sudah-sudah kontroversi yang dicipta oleh Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Rozaidi Abdul Jamil, 32, atau Zed Zaidi. Selepas isu tiga usul yang dikemukakan kepada kerajaan, keluar pula isu Zed membelakangkan Presiden Seniman, Harun Salim Bachik dalam membuat sebarang keputusan berhubung persatuan tersebut. Belum lagi reda kedua-dua isu yang ditimbulkan, Zed sekali lagi mencipta kontroversi baharu apabila dia menyuarakan rasa tidak puas hati di laman sosial Twitternya mengenai kemenangan pelakon Singapura, Aaron Aziz menerima Anugerah Bintang Paling Popular 2011 baru-baru ini. Walaupun kenyataan di laman sosial Twitternya tidak menulis nama Aaron tetapi ramai pengikutnya yang tahu siapakah yang dimaksudkan oleh Zed itu. Dalam Twitter milik Zed itu, dia menulis: 'AKU LEBIH BERBANGGA KALAU RAKYAT MALAYSIA YANG MENANG!!! Terima kasih rakyat Malaysia kerana mengalakkan artis luar merosakkan industri seni!' Apa yang membuat khalayak meluat apabila Zed menafikan pula kenyataan tersebut ditujukan kepada Aaron. Kalau begitu siapa yang dimaksudkan Zed? Kenapa dia mengeluarkan kenyataan sebegitu? Adakah untuk kepentingan sendiri atau sekadar suka mencari publisiti? Zed Zaidi memberi alasan kepada Kosmo! tentang suara hati yang ditulis di Twitter dan penafiannya tentang individu yang dimaksudkan kepada media. Kenapa anda buat kenyataan sebegitu di Twitter? Terang-terang anda maksudkan Aaron Aziz tetapi kemudian menafikan pula? Dalam kenyataan saya itu ada tak saya tulis nama Aaron Aziz? Saya tak maksudkan dia cuma saya menyuarakan rasa sedih sebagai artis Malaysia yang mana bila di negara sendiri kita rasa dijajah.
Jadi, apa maksud sebenar kenyataan anda di Twitter itu? Setiap anugerah perlu ada justifikasi atau syarat-syarat tertentu. Contohnya, perlu ada kategori berlainan untuk artis Malaysia dan artis luar. Jika dirujuk pada kemenangan Aaron Aziz, kemenangannya tidak patut dipertikaikan kerana dia berlakon dalam karya tempatan dan kemenangannya merebut Anugerah Bintang Paling Popular juga adalah berdasarkan undian daripada peminat Malaysia sendiri. Apa masalahnya kalau dia dianggap popular. Ya betul. Walaupun undian peminat, tetapi tetap perlu ada justifikasi atau syarat-syarat. Artis luar sepatutnya tidak perlu bertanding dalam kategori tertinggi kecuali kategori yang dikhaskan untuk mereka sahaja. Bila artis luar diiktiraf sedemikian rupa ia akan menggalakkan lebih ramai lagi artis luar masuk seterusnya hak artis Malaysia sendiri dinafikan. Kenapa tidak dari dulu lagi anda menyuarakan pendapat sebegini? Saya bercakap bukan atas diri sendiri tetapi untuk semua artis Malaysia. Ini adalah tanggungjawab saya sebagai Timbalan Presiden Seniman. Walaupun pahit saya harus meluahkannya. Saya juga hanya mengikut saranan kerajaan untuk mengurangkan pekerja asing. Artis luar ini sama juga dengan pembantu rumah ataupun pekerja asing lain yang mana kita patut kurangkan pengambilan mereka. Anda sekarang begitu hebat dalam mengkritik? Apa sebenarnya hala tuju anda? Jadi pelakon atau pengkritik? Saya bercakap sebagai Timbalan Presiden Seniman. Ini perjuangan saya sebagai Timbalan Presiden Seniman. Jika bukan saya, siapa lagi yang mahu menyuarakan hal-hal macam ini. Bagaimana kalau anda sendiri yang dapat peluang atau tawaran daripada produksi luar? Adakah anda terima? Nak melebarkan sayap tak ada masalah. Tapi, perlu ada pengawalan yang ketat. Bukan mudah artis Malaysia nak tembusi pasaran luar. Contohnya macam karyawan Indonesia. Mereka ada syarat-syarat tertentu seperti artis luar perlu pandai bercakap dalam bahasa Indonesia baru boleh berlakon dalam karya mereka. Itu perjuangan yang kita perlukan di sini. Bagaimana kalau ada orang yang tak suka dengan kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan anda? Sebab ada kalanya ia seperti merapu dan kemudian anda menafikan dengan mengatakan pihak media pula yang memutar belit apa yang anda katakan? Kalau orang tak suka lepas ini jangan undi saya sebagai Timbalan Presiden Seniman lagi. Dalam kes Aaron Aziz, saya sendiri ada ucap tahniah pada dia atas kemenangannya pada malam itu. Malah saya sendiri tidak menafikan kehebatannya sebagai pelakon. Saya harap masyarakat faham apa yang saya perjuangkan ini adalah untuk kebaikan artis Malaysia dan industri Malaysia sendiri. | |||
Posted: 11 Apr 2012 08:52 PM PDT
SALAH seorang anggota kumpulan Super Junior, Siwon telah dikejar peminat ketika tiba di lapangan terbang Shenzhen, China pada 8 April lalu. Lapangan terbang Shenzhen yang terletak bersebelahan dengan Hong Kong menyebabkan ramai peminat dari Hong Kong tiba menyambut ketibaan Siwon. Siwon yang ditemani oleh pengurusnya tiba dengan gaya selebriti sambil melambai-lambaikan tangan ke arah ratusan peminatnya. Bagaimanapun, ketika dia dikelilingi peminat yang ingin memberi hadiah kepadanya, salah satu hadiah yang dipegang peminat telah terkena mata sebelah kirinya. Selepas itu keadaan menjadi lebih tidak terkawal kerana Siwon dikelilingi oleh terlalu ramai peminat tanpa pengawasan yang cukup. Tidak mahu kejadian yang lebih buruk terjadi, Siwon dengan tangannya penuh memegang hadiah peminat berlari menuju ke pintu keluar tempat kenderaannya sedang menunggu. Peminat yang tidak mahu melepaskan peluang melihat bintang pujaan mereka dari dekat turut berlari mengejarnya sehingga ke pintu keluar. Meskipun terkejut dengan kegilaan peminatnya, Siwon tetap tersenyum dan melayan peminat yang ingin mendapatkan tandatangannya ketika dia tiba di kenderaannya. Sebelum kejadian itu, Siwon terlebih dahulu berkongsi gambarnya yang telah disunting menjadi gemuk dan dimuat naik ke akaun Twitter miliknya. Siwon turut menulis: "Apabila saya tidak boleh menyanyi, bila saya hilang segalanya, bila populariti saya jatuh dan apabila saya menjadi gemuk, anda akan selalu sayang saya kerana diri saya bukan?" Persoalan itu dijawab oleh peminatnya yang meluahkan sokongan mereka terhadap Siwon meskipun rupanya berubah pada masa hadapan. | |||
Posted: 11 Apr 2012 08:49 PM PDT
KUALA LUMPUR – Dua gegaran dalam tempoh hampir dua jam yang berpunca daripada gempa bumi kuat berukuran 8.6 pada skala Richter di Aceh, Sumatera Utara Indonesia semalam mencetuskan suasana panik di kalangan penduduk di beberapa negeri pantai barat Semenanjung Malaysia. Gegaran pertama berlaku kira-kira pukul 4.50 petang dan disusuli pada pukul 6.45 petang itu menyebabkan penghuni di kediaman tinggi dan berhampiran pantai di negara ini meninggalkan rumah masing-masing. Antara negeri yang merasai gegaran tersebut ialah Pulau Pinang, Perak, Johor, Selangor dan Kuala Lumpur. Di pulau pinang, perkhidmatan feri yang menghubungkan Butterworth dan Goerge Town telah dihentikan pada pukul 8.30 malam berikutan gegaran kedua pada 6.45 petang tetapi disambung semula 45 minit kemudian setelah amaran tsunami ditarik balik. Bagaimanapun, Jambatan Pulau Pinang dibuka seperti biasa. Seorang penduduk flat Bukit Gedung, Siti Nur Zuriani Zaini, 25, memberitahu, orang-ramai lari lintang-pukang sebaik menyedari gegaran berlaku. "Bayangkan bunyi gegaran itu sangat luar biasa seperti tanah sedang bergerak manakala pintu dan perabot rumah pula bergoncang," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam. | |||
Posted: 11 Apr 2012 08:47 PM PDT KAJANG - Sebuah perkampungan warga asing di kawasan Dato Abu Bakar Baginda, Sungai Merab di sini diserbu penguat kuasa Jabatan Imigresen dalam Operasi Sepadu Program 6P semalam. Dalam operasi dari pukul 1 hingga pukul 3 pagi semalam, 43 lelaki warga Indonesia, 11 lelaki warga Bangladesh dan seorang lelaki Myanmar yang merupakan pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan atas pelbagai kesalahan. Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Putrajaya, Marie Ajeng berkata, 28 wanita warga Indonesia turut ditahan dalam operasi itu. "Mereka yang ditahan didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen seperti tiada dokumen pengenalan diri dan tinggal melebihi masa," katanya ketika ditemui di sini semalam. Katanya, pemeriksaan mendapati seramai 877 orang warga asing tinggal di kawasan penempatan tersebut. "Semua yang ditahan ditempatkan di Depoh Imigresen di Sepang untuk tindakan lanjut," katanya. | |||
Dua gempa bumi kuat di Indonesia Posted: 11 Apr 2012 08:47 PM PDT
JAKARTA - Sekurang-kurangnya tiga ombak tsunami setinggi sehingga 80 sentimeter (sm) melanda pesisiran pantai Indonesia selepas satu gempa bumi kuat berukuran 8.6 pada skala Richter menggegarkan Pulau Sumatera semalam. "Alat pengukur ombak dan boya kami merekodkan tsunami kecil," Pegawai Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia, Kristiawan. Menurutnya, tsunami paling tinggi berukuran 80sm dicatatkan di Meulaboh, barat Aceh dengan beberapa ombak lebih kecil berlaku di kawasan pesisir pantai dekat rantau berkenaan. Semua tsunami berlaku hampir sejam setengah selepas gempa bumi pertama melanda pada waktu petang, katanya. Selain Indonesia, tsunami kecil setinggi 10sm turut melanda Pulau Andaman di Thailand semalam. Agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS) menyatakan gempa bumi pertama berpusat 33 kilometer di bawah dasar laut sekitar 434 kilometer dari wilayah Aceh. Bencana tersebut menyebabkan Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami untuk Indonesia, India, Sri Lanka, Australia, Myanmar, Thailand, Maldives dan kepulauan lain di Lautan Hindi, Malaysia, Pakistan, Somalia, Oman, Iran, Bangladesh, Kenya, Afrika Selatan serta Singapura. Satu gempa susulan kemudian berlaku dengan kekuatan 8.2 magnitud yang berpusat dari Banda Aceh. Gempa bumi pertama berlaku pada pukul 3.38 petang waktu tempatan manakala yang kedua berlaku pada pukul 5.43 petang. "Kami sekali lagi mengeluarkan amaran tsunami selepas gempa kedua berlaku," kata seorang lagi pegawai Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia Prih Harjadi dalam wawancara secara langsung bersama saluran televisyen TVOne. Menurutnya, penduduk di sepanjang pantai barat Pulau Sumatera dan Mentawai telah diarahkan supaya berpindah ke tempat lebih tinggi bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. "Gempa susulan berlaku selama empat minit dan ia kuat," kata seorang koresponden agensi berita AFP di Banda, Aceh. "Orang ramai panik dan bergegas keluar dari kediaman mereka dan bangunan," tambahnya. Amaran tsunami kemudian ditarik balik sekitar pukul 7.45 malam waktu Indonesia. "Orang ramai boleh kembali ke kediaman masing-masing," kata Ketua Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia, Woro Harijono kepada saluran televisyen Metro TV. Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono menyatakan, Indonesia diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga berikutan bencana terbaharu itu. | |||
Korea Utara tekad lancar roket Posted: 11 Apr 2012 08:46 PM PDT
PYONGYANG - Korea Utara semalam mengumumkan ia sedang mengisi bahan api ke dalam sebuah roket yang akan dilancarkan semasa sambutan ulang tahun bersejarah sempena penganugerahan gelaran baharu kepada pemimpin negara berkenaan, Kim Jong-Un. "Proses menyuntik bahan api sedang dilakukan dan akan selesai dalam masa terdekat," kata Pengarah Pusat Kawalan Misi Korea Utara, Paek Chang-Ho kepada sekumpulan wartawan asing. Pyongyang dijadualkan melakukan pelancaran dalam tempoh lima hari bermula hari ini. Menurut kenyataan Pyongyang, pelancaran itu bagi meraikan ulang tahun ke-100 kelahiran pengasas negara Korea Utara, Kim Il-Sung pada 15 April ini. Roket berkenaan direka bagi menghantar sebuah satelit pemerhati di orbit Bumi. Namun, Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya menyatakan misi itu sebenarnya merupakan ujian peluru berpandu balistik Korea Utara sekali gus melanggar larangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Alasan yang sama juga digunakan apabila Korea Utara mendakwa ia telah meletakkan sebuah satelit di orbit pada 2009 tetapi beberapa pakar asing menyatakan tiada satelit baharu dikesan sebaliknya ia merupakan misi untuk menguji peluru berpandu jarak jauh. | |||
Ribuan remaja 'histeria' kerana One Direction Posted: 11 Apr 2012 08:46 PM PDT SYDNEY - Beribu-ribu remaja perempuan menyerbu studio sebuah stesen televisyen di sini semalam untuk tidak melepaskan peluang melihat anggota kumpulan pop Britain-Ireland, One Direction. One Direction yang dianggotai oleh lima anak muda berusia antara 18 hingga 21 tahun telah dikerumuni peminat sejak mereka tiba di sini dalam konsert jelajah pertama di Australia. Bakat kumpulan berkenaan dicungkil menerusi program televisyen Britain, The X Factor. Ratusan peminat sanggup bermalam dalam cuaca sejuk di plaza Martin Place di sini untuk memastikan mereka berada di barisan hadapan di luar tingkap kaca bangunan stesen televisyen tersebut untuk melihat kehadiran anggota kumpulan One Direction. Media tempatan melaporkan, beberapa gadis pengsan dan perlu diberikan rawatan kecemasan ekoran amat teruja melihat One Direction ketika kumpulan tersebut tiba di sini baru-baru ini. "Reaksi peminat amat menakjubkan. Kami seperti tidak percaya mendapat sambutan sebegini hebat," kata seorang anggota kumpulan pop tersebut, Liam Payne. One Direction dianggotai oleh lima pemuda Britain dan seorang lelaki Ireland. Album sulung mereka mencatat kejayaan yang belum pernah dicapai oleh kumpulan pop Britain apabila ia mengungguli carta lagu di Amerika Syarikat pada bulan lalu. | |||
Lelaki boleh jadi pemenang Ratu Cantik Universe Dunia Posted: 11 Apr 2012 08:45 PM PDT
NEW YORK - Penganjur pertandingan Ratu Cantik Universe kelmarin membenarkan lelaki yang telah menjalani pembedahan pertukaran jantina menjadi peserta sekali gus berpeluang dimahkotakan sebagai wanita paling cantik di dunia. Pertubuhan Hak Gay dan Transgender (GLAAD) menyatakan, lelaki yang menukar jantina akan dibenarkan membuktikan kebolehan mereka dalam pertandingan ratu cantik antarabangsa itu bermula pada tahun 2013. Sebelum ini, seorang lelaki yang telah menjalani pembedahan pertukaran jantina, Jenna Talackova telah dibenarkan untuk bertanding dalam pertandingan Ratu Cantik Universe Kanada. Lelaki yang menukar jantina menjadi perempuan dibenarkan bertanding selepas Talackova mempertikaikan keputusan pihak penganjur pertandingan itu membatalkan penyertaannya. Penganjur pertandingan Ratu Cantik Universe yang dimiliki oleh bilionair terkenal Amerika Syarikat, Donald Trump sebelum ini menetapkan hanya peserta yang lahir sebagai wanita sahaja dibenarkan bertanding. Talackova, 23, menjalani enam pembedahan untuk menukar jantina. Dia mula menjalani pembedahan itu semasa berusia 19 tahun. Maklumat dalam pasportnya menyatakan bahawa dia seorang wanita. Kemasukan peserta lelaki yang telah menukar jantina itu akan menyebabkan pemenang pertandingan Ratu Cantik Universe tidak lagi terdiri daripada wanita tulen. Pertandingan Ratu Cantik Universe diadakan di beberapa buah negara bagi memilih wakil untuk bertanding pada peringkat dunia. | |||
Posted: 11 Apr 2012 08:43 PM PDT BUCCO - Satu pertandingan larian ketam diadakan di sini, Pulau Tobago dan Trinidad kelmarin. Pertandingan itu diadakan sempena Festival Larian Ketam dan Kambing yang diadakan pada setiap tahun. Tali akan diikat pada salah satu penyepit yang terdapat pada badan ketam itu. Pengendali haiwan berkenaan akan memegang tali tersebut bagi memberikan panduan arah yang perlu dilalui ketam itu ke garisan penamat. Ketam milik Georgina Kirk dari Britain menenangi pertandingan itu. | |||
Merungkai misteri tenggelamnya Titanic Posted: 11 Apr 2012 08:42 PM PDT
WALAUPUN sudah 100 tahun berlaku, tragedi kapal mewah RMS Titanic yang tenggelam di Lautan Pasifik masih lagi menjadi tanda tanya para pengkaji. Bagaimana sebuah kapal yang dilengkapi teknologi paling canggih ketika itu dan didakwa tidak mungkin tenggelam akhirnya 'tersungkur' ke dasar laut disebabkan berlanggar dengan bongkah ais, pukul 11.40 malam (waktu kapal) pada pagi Ahad 14 April 1912, sebelum ia tenggelam sepenuhnya dalam tempoh dua jam empat puluh minit kemudian iaitu pada pukul 2.20 pagi Isnin (15 April 1912). Sehingga kini aura misteri itu masih kekal bersama 'bangkai' kapal itu di dasar Lautan Pasifik, namun saluran History (Saluran Astro 555) buat pertama kalinya akan mendedahkan penemuan-penemuan terbaharu mengenai tragedi Titanic kepada umum. Bersempena ulang tahun ke-100 tragedi Titanic, saluran History akan mempersembahkan sebuah dokumentari berjudul Titanic Mystery Solved pada 15 April ini. Dokumentari itu akan merakamkan detik-detik misi paling mutakhir, mendedahkan cebisan-cebisan bangkai kapal Titanic yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Usaha yang turut melibatkan pakar-pakar kajian laut termasuk pihak dari RMS Titanic Inc. itu akan mendedahkan penemuan baharu dan peta pertama komprehensif bagi tempat persemandian Titanic. Ia meliputi sebuah kawasan lantai laut seluas 13 kilometer persegi dan kewujudannya dapat membantu merungkai teka-teki sekurun usia tentang kesilapan apakah yang telah berlaku dan menentukan siapa atau apa yang bertanggungjawab ke atas tragedi tersebut. Salah seorang yang turut terlibat dalam ekspedisi penemuan baharu kapal Titanic itu adalah Penerbit Eksekutif dokumentari Titanic Mystery Solved saluran History, Carl Lindahl. Menurutnya, terdapat banyak misteri yang berputar tentang kapal Titanic iaitu bagaimana kapal yang sepatutnya tidak boleh tenggelam boleh tenggelam dalam pelayaran pertama secara ironiknya. "Apa yang menyebabkan kapal Titanic tenggelam? Bagaimana kapal yang begitu bagus boleh tenggelam dan bagaimana begitu ramai orang mati. Soalan-soalan ini tidak pernah terdedah dan dijawab sepenuhnya. Disebabkan itu, mengapa kami dan para pengkaji lain masih melakukan pencarian dan setelah 100 tahun kejadian itu berlalu kami sudah menemui jawapannya," ujarnya. Ia turut dipersetujui oleh pengarah, penerbit dan penulis dokumentari yang sama iaitu Rushmore Denooyer. Menurutnya: "Kapal yang mempunyai teknologi terbaik sepatutnya tidak dapat tenggelam tetapi ia tenggelam pada perjalanan pertama dan dua pertiga orang di dalam kapal itu mati". Merungkai bagaimana penemuan kali ini akan mengubah sejarah Titanic, Ungkap Carl, ia adalah jawapan kepada beberapa misteri yang masih belum dapat diselesaikan sejak kapal itu tenggelam. Menyambung bicara Carl, ujar Rushmore pula, Titanic merupakan kapal pertama yang tenggelam dikaji dengan teliti dan didokumentasikan. "Ekspedisi ini akan menceritakan semuanya. Tiada ekspedisi dan pemetaan dilakukan secara menyeluruh dan teliti seperti mana kali ini. "Ia merupakan satu anjakan paradigma untuk semua pihak yang mengkaji kapal karam. Saya fikir dengan penemuan baharu yang akan disiarkan di saluran History nanti akan mengubah sejarah Titanic," ujarnya. Mengenai sama ada pihak saluran History turun ke dasar laut untuk melihat sendiri bangkai kapal Titanic, kata Rushmore, tiada seorang manusia pun yang turun ke dasar laut melihat kapal tersebut. "Semua kerja siasatan dilakukan dengan menggunakan beberapa robot untuk mengambil beribu-ribu gambar serta membuat rakaman video tentang keadaan bangkai kapal yang tenggelam sedalam empat kilometer di dasar laut itu. "Gambar yang diambil menggunakan kamera berteknologi tinggi itu dengan jelas menunjukkan keadaan landasan dan sauh kapal tersebut. Robot tersebut membawa turun lima hingga tujuh buah kamera dan ia dikawal oleh operator di atas kapal," ulasnya. Berkongsi pengalaman ekspedisinya, kata Rushmore, mereka ada menemui beberapa objek yang agak kecil seperti saiz pintu. "Ada juga objek seperti pinggan, pakaian, kasut serta botol wain yang masih kelihatan," ulasnya lagi. Menurut Rushmore, gambar yang diambil memberi pemahaman yang lebih jelas tentang apa yang sebenarnya berlaku ke atas kapal itu pada 15 April 1912. Gambar-gambar itu juga adalah hasil pelaburan bernilai puluhan juta ringgit serta ekspedisi selama dua bulan yang menggunakan beberapa pendekatan berbeza untuk mendapatkan imej yang tidak pernah dilihat sebelum ini. "Imbasan tepi dan multi sinaran sonar digunakan untuk menyimpan setiap butiran kapal itu dan menilai perubahan yang berlaku sejak ekspedisi sebelum ini," katanya. Jelas Rushmore lagi, ekspedisi tersebut diketuai oleh RMS Titanic Inc. yang telah pergi ke lokasi Titanic tenggelam pada masa lalu dan mengumpul lebih 5,000 artifak. "Di samping itu, pakar pengimejan dalaman air yang terbaik pula menyediakan kami alat sonar ekspedisi untuk bekerja dan mewujudkan peta ini ke atas keseluruhan tapak tragedi. Terdapat banyak kontraktor lain serta saintis. Ia merupakan satu kumpulan yang sangat majmuk," jelasnya. "Terdapat banyak kumpulan dan individu yang berbeza bekerja dalam ekspedisi ini. Sebagai contoh, mereka yang menghasilkan sonar pengimbasan tapak yang telah digunakan dalam ekspedisi ini," balas Carl pula. Carl dan Rushmore turut menjawab persoalan mengenai kejadian Titanic karam yang dikaitkan dengan mitos kononnya berlaku sumpahan ke atas kapal tersebut. Tambah Carl, tragedi Titanic tenggelam sangat ironik dan dramatik. Manusia membuat ramalan bahawa kapal tersebut tidak akan tenggelam. Namun perkara yang sebaliknya berlaku apabila ia tenggelam dalam pelayaran sulungnya. Ia seolah-olah satu sumpahan. "Saya belum dengar apa-apa legenda atau sumpahan mengenai Titanic jadi saya tidak boleh mengulas tentang itu," ujarnya. Ia turut dipersetujui Rushmore yang memberitahu, manusia kadang-kadang alpa dengan teknologi yang canggih tanpa menyedari ada kuasa lain yang mampu memusnahkan teknologi tersebut. "Kita kadang-kadang menjadi terlalu kagum dengan teknologi ciptaan sendiri dan kita sering melupakan kuasa alam semula jadi. Dengan kemajuan teknologi kita tidak dapat mengawal alam semula jadi. Walau bagaimanapun, alam semula jadi masih lebih kuat daripada teknologi yang kita ada," ujar Rushmoore. Sementara itu, Pengurus Besar, AETN All Asia Networks, Louis Boswell pula berkata, selain daripada membuat pemetaan ke atas keseluruhan tapak tragedi, siaran istimewa itu juga akan mendedahkan buat julung-julung kalinya gambaran sebenar bagaimana kapal itu boleh terbahagi lalu karam melalui penggunaan hangar virtual. "Teknik siasatan nahas kapal angkasa ulang-alik dan pesawat (membuat pemetaan ke atas tapak bangkai kapal dan menyusun semula di hangar) digunapakai dan para pakar akan menghasilkan satu binaan holografik bagi tapak bangkai kapal di hangar. "Belum pernah ada sebarang rancangan sempena ulang tahun lain yang memaparkan kisah eksklusif tentang ekspedisi unik dan pendedahan cukup luar biasa ini. Dalam tempoh 25 tahun semenjak bangkai kapal Titanic ditemui, tiada siapa pernah meneroka mahupun memetakan kawasan tapak bangkai kapal. "Tiada siapa yang memiliki sebarang petunjuk akan apa yang sebenarnya telah berlaku pada malam nahas itu. Hampir separuh daripada kawasan tapak tidak dapat dijelajahi dan diperlihat. Malah, bahagian penting kapal yang mampu mendedahkan bagaimana ia boleh terbahagi juga tidak kelihatan," ujarnya. Kini selepas 100 tahun, ulas Louis, setiap inci tapak karamnya kapal ini akhirnya telah pun diketahui. Dokumentasi dilakukan bagi merakamkan tempat sebenar ia tunduk karam di lantai laut sedekad yang lalu. Katanya, di penghujung kisah Titanic Mystery Solved, penonton akhirnya akan mengetahui keseluruhan kisah yang membawa kepada bersemadinya Titanic di dasar laut. "Kisah kapal Titanic yang tenggelam telah menarik minat jutaan manusia di segenap pelosok dunia sehingga ia menjadi inspirasi kepada sebuah filem yang berjaya sepanjang zaman. "Semuanya itu telah memperhalusi sejarah kejadian buat ramai orang. Kami mahu melihat semula tragedi ini dari sudut saintifik dan mencari kebenaran di sebalik apa yang telah terjadi pada malam 15 April 1912. "Oleh itu Titanic Mystery Solved merupakan bingkisan terhebat yang menjelaskan bagaimana Titanic telah karam dan ia turut mengungguli program-program lain yang pernah dibuat bersempena dengan ulang tahun sesuatu," ujarnya lagi. Sejak ahli oseanografi, Robert Ballard dan kumpulannya menemui bangkai kapal Titanic itu pada 1985, beberapa ekspedisi telah dilakukan untuk mengumpul maklumat tentangnya sehingga kini. Pengarah filem Titanic, James Cameron turut mengadakan ekspedisi ke lokasi itu bagi mendapatkan gambaran jelas tentang keadaan rupa bentuk kapal tersebut. | |||
Posted: 11 Apr 2012 08:41 PM PDT DENGAN memakai kasut yang diperbuat daripada kulit pokok limau, sekumpulan wanita warga emas dari Rusia mengemaskan gerak tari mudah sambil diiringi lagu yang mempesonakan. Mereka yang menetap di kaki Gunung Ural itu mahu mencipta kemasyhuran di pentas hiburan. Biarpun kurang mendapat publisiti, kumpulan muzik dari pedalaman yang dinamakan Buranovskiye Babushki (Nenek-Nenek Buranovo) itu telah terpilih untuk mewakili Rusia dalam pertandingan nyanyian Eurovision. Persembahan mereka menerusi lagu Party for Everybody berjaya menawan hati masyarakat. Kumpulan itu merupakan calon pilihan untuk memenangi pertandingan yang bakal berlangsung di Baku, Mei nanti. "Kami tidak tahu berapa usia kasut ini. Ia telah dibaik pulih beberapa kali sebelum ini sehingga terdapat lubang di dalamnya, tetapi saya tetap selesa menari dengannya," kata Valentina Pyatchenko, 74. Berumur dalam lingkungan 43 hingga 76 tahun, kebanyakan wanita berkenaan menetap di rumah-rumah kayu di kawasan perkampungan mereka di Buranovo. Bagaimanapun, kilauan pentas Eurovision telah hadir di kampung mereka. Di dewan tempat mereka melakukan latihan, sijil penyertaan pertandingan itu digantung berhampiran notis aktiviti hiburan hujung minggu mereka. Mereka juga dijadualkan berlepas ke Moscow untuk melakukan persembahan untuk sebuah yayasan yang diketuai oleh wanita pertama Rusia, Lyudmila Putin. Bagaimanapun, kemasyhuran yang dikecapi itu langsung tidak mengubah diri mereka. Bukan bintang "Kami tidak melihat diri kami sebagai bintang. Kami hanyalah warga emas dari Buranovo. Semua orang cakap kami bintang popular dan kami rasa ia agak lucu," kata Yekaterina Shklyayeva, 74. Wanita-wanita berkenaan pernah bekerja dalam pelbagai bidang sebelum ini. Ada antaranya bekerja sebagai pemerah susu lembu, guru, penjaga pusat asuhan kanak-kanak, pekerja kedai buku, kontraktor, petani dan pekerja kilang. Selepas bersara, mereka dilihat lebih selesa bercucuk tanam dan menternak kambing, ayam serta arnab. Mereka juga gemar memelihara kucing serta anjing. "Mereka tidak melihat perkara lain dalam hidup selain daripada kerja. Oleh itu, adalah sesuatu yang menggembirakan apabila melihat mereka bahagia," kata ketua kumpulan, Olga Tuktareva, 42. Tinggal bersendirian, Pyatchenko mempunyai seorang anak lelaki yang sering membantunya menjaga ayam. Wanita itu hanya mempunyai sebelah tangan selepas terlibat dalam kemalangan. Biarpun pernah melalui kehidupan yang sukar, Pyatchenko tetap bersemangat menyertai Eurovision. Curiga dan cemburu Walau bagaimanapun, seorang penduduk merangkap pemain akordion dan gitar yang sering bersama kumpulan itu, Nikolai Zarbatov, mengakui terdapat tekanan sebaik sahaja mereka mulai popular di Rusia. "Ada orang yang curiga dan cemburu dengan pencapaian kami. Maklumklah, tidak semua boleh menerimanya. Bagaimanapun majoriti penduduk di sini bangga. Kami menghiburkan mereka dengan persembahan yang bertenaga," katanya. Kumpulan wanita itu merancang untuk melakukan sesuatu di kampung mereka termasuk membina semula gereja yang musnah semasa era Soviet. Kata Tuktareva, sehingga kini, mereka berjaya mengumpul dana sebanyak AS$273,000 (RM833,000) untuk memulakan pembinaannya pada Mei nanti. Daya penggerak kumpulan itu ialah ahli termuda, Tuktareva, 43, yang turut digelar babushka. Ketua kumpulan,yang berasal dari kampung berhampiran itu menyertai kelab sosial Buranovo kira-kira 12 tahun lalu. Ketika lagu-lagu dalam pertandingan itu menenggelamkan suara mereka yang menyanyi secara acapella, mereka tetap kelihatan selesa dan terlatih. Suara Tuktareva dikatakan yang paling menonjol. Wanita-wanita itu pada awalnya merupakan kumpulan koir rakyat yang menyanyi dalam bahasa Rusia dan bahasa tempatan, Udmurt. Bagaimanapun, di bawah pimpinan Tuktareva, mereka hanya menyanyi dalam bahasa Udmurt, sambil menambah elemen pop seperti lagu Hotel California dan Let it Be. Pakaian istimewa Semasa persembahan, kaum wanita memakai beberapa lapisan pakaian iaitu kain tenunan, skaf bersulam, kalung syiling, stokin bercorak serta kasut kulit dikenali sebagai lapti. Granya Baisarova turut menunjukkan kalungnya yang dibuat daripada syiling-syiling lama termasuk ketika era Tsar. Dikenali sebagai monisty, kalung itu sering dipakai kaum wanita semasa bercuti atau menghadiri perkahwinan. Ibunya telah memberikan kalung itu kepada ketiga-tiga anak perempuannya. Kalung yang dimiliki Baisarova telah ditambah dengan syiling daripada era Soviet. Penerbit lagu, Ksenia Rubtsova berkata, dia mengesan bakat kumpulan itu semasa mereka mengadakan persembahan di Izhevsk pada tahun 2008. Dia kemudiannya menjemput kumpulan itu untuk mengadakan konsert sempena majlis hari jadi penyanyi lagu-lagu rakyat popular di Rusia, mendiang Lyudmila Zykina. Zykina, seorang bintang popular semasa era Soviet, mencadangkan beliau supaya mengikat kontrak bersama Buranovskiye Babushki. Sejak itu, mereka telah dijemput melakukan beberapa persembahan di Perancis, Finland, Hungary dan Estonia. Kata Rubtsova, dia merancang agar Buranovskiye Babushki menyertai pertandingan yang lebih berprestij seperti Eurovision. "Ia merupakan idea saya. Sebaik sahaja berjaya mengumpulkan mereka, saya terus bertanya, 'Apa pendapat kamu?' lalu mereka berkata, 'kami boleh melakukannya!" terangnya. "Kemungkinan besar kami akan berjaya nanti. Kami berharap mempunyai lebih masa untuk membuat persiapan dengan lebih serius. Kami berharap untuk menang," kata Rubtsova. | |||
Pencahayaan LED yang mesra alam Posted: 11 Apr 2012 08:40 PM PDT
DALAM teknologi hari ini, kita akan mendapati masa berlalu cukup pantas. Banyak peranti teknologi dihasilkan seiring dengan keperluan pengguna yang dambakan gejat tercanggih bagi memudahkan kehidupan mereka. Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, penekanan terhadap teknologi hijau semakin dititikberatkan dalam pembangunan peranti-peranti berkuasa tinggi agar dapat mengimbangi dan membantu mengurangkan perubahan iklim yang melanda dunia. Industri pencahayaan tidak terkecuali dalam membantu mengurangkan perubahan iklim dengan memperkenalkan teknologi pencahayaan lebih mesra alam dan menjimatkan tenaga. Satu ketika dahulu, teknologi diod pemancar cahaya (LED) yang cukup popular digunakan dalam peranti-peranti elektronik, jam tangan dan kalkulator mula diadaptasi sebagai sumber tenaga pencahayaan hijau. Ia mula digunakan dalam menerangi bangunan-bangunan yang berdiri kukuh, kediaman penduduk malah dijadikan sebagai cahaya ambien untuk membangkitkan suasana di dalam pusat hiburan ataupun premis restoran. Pengurus Besar Philips Lighting Malaysia, Vennila Rajamanickam, memberitahu, terdapat peningkatan penggunaan LED dalam industri pencahayaan kerana ia dapat memberi banyak faedah kepada orang ramai dan alam sekitar. "Pencahayaan tenaga secara efisien semakin menjadi trend global kerana ia menawarkan pengguna sumber cahaya serba guna dan fleksibel, malah mampu mengurangkan kos perbelanjaan mereka. "Sebanyak satu per lima daripada jumlah keseluruhan tenaga yang diguna pakai adalah melalui lampu. Kita perlu melakukan perubahan dalam penggunaan sumber tenaga cahaya ini," katanya ketika ditemui pada Bengkel Philips Lighting di Petaling Jaya, Selangor. Vennila menambah, pencahayaan bukan sahaja berfungsi dalam menyerlahkan seri sesuatu bangunan, ruang pejabat, rumah, tetapi juga mewujudkan lebih nilai dan keselamatan melalui pancaran yang dihasilkan lampu-lampu berkenaan. Lampu-lampu yang digunakan pengguna juga perlu mempunyai keupayaan pengurangan haba, kuasa watt dan kesan terhadap alam sekitar. "Secara realistik lampu yang menggunakan penyelesaian teknologi LED mampu menjimatkan sehingga 40 peratus tenaga global. "Bahkan, kami menjangka penggunaan teknologi lampu LED akan meningkat sehingga 50 peratus menjelang tahun 2015 kelak," katanya. Revolusi LED Sejak beberapa tahun lalu, teknologi LED semakin berkembang maju dan canggih sehingga digunakan untuk beberapa segmen pasaran yang melibatkan penggunaan lampu. "Terdapat beberapa segmen pasaran boleh menggunakan teknologi LED yang mesra alam dan menjimatkan tenaga ini. "Antaranya peruncitan, hiburan, ruang rumah atau pejabat, permotoran, bangunan, lebuh raya dan hospitaliti," ujarnya. Vennila menambah, ia juga mampu memberikan pelbagai faedah dan merupakan pilihan ideal kepada masyarakat yang ingin menjimatkan tenaga atau sentiasa prihatin terhadap pemuliharaan alam sekitar. Sebagai contoh, sumber cahaya LED lebih lima kali ganda efisien berbanding lampu tradisional. "Disebabkan sumber lampu LED bebas daripada merkuri, ia lebih mesra alam sekitar dan memudahkan proses kitar semula apabila tidak digunakan lagi. "Jangka hayat lampu LED juga lebih tahan lama yang bermakna kurang penyelenggaraan sekali gus menjimatkan kos yang perlu dikeluarkan pengguna," jelasnya. Dalam pada itu, Vennila berkata, teknologi LED juga tidak memancarkan radiasi inframerah atau ultralembayung. Ujarnya, ia sekali gus membolehkan lampu-lampu LED dipasang di kawasan sensitif, ruang sempit dan berdekatan dengan orang ramai kerana tidak merosakkan harta benda ataupun mendatangkan bahaya. "Bagi mereka yang ingin menggunakan teknologi LED dalam persekitaran lasak ia sama sekali tidak akan mendatangkan masalah. "Lampu yang menggunakan teknologi LED boleh menahan tekanan, gegaran dan gangguan menjadikannya ia ideal digunakan di mana-mana sahaja," jelasnya. Rangkaian produk Perkembangan teknologi LED banyak mengubah cara orang ramai mempelbagaikan penggunaan lampu-lampu terutamanya apabila berada di rumah. Masyarakat hari ini lebih tertarik dengan produk yang mempunyai nilai reka bentuk menarik, mampu menjimatkan kos penggunaan tenaga dan menawarkan kepelbagaian kegunaan. Bahkan, pengguna lebih matang dalam pemilihan produk dengan menggunakan teknologi yang mampu membantu memulihara alam sekitar agar generasi dapat menikmati khazanah dunia. Pengurus Produk Philips Lighting Malaysia, William Sow memberitahu, terdapat beraneka pilihan produk lampu-lampu yang boleh dinikmati pengguna hari ini. "Mereka boleh memilih pelbagai rangkaian lampu-lampu untuk dipasang di bilik tidur, ruang tamu, pejabat, bilik air dan dapur. "Sebagai contoh, ibu bapa tentu sekali ingin memastikan keselamatan anak-anak mereka apabila berada di dalam bilik. "Dengan menggunakan rangkaian lampu-lampu kanak-kanak Philips mereka tidak perlu bimbang kerana ia tidak panas, malah menggunakan bahan bukan toksik," katanya. Selain daripada itu, dia memberitahu, terdapat juga lampu-lampu yang sesuai digunakan di dalam bilik air mereka. Katanya, lampu-lampu tersebut kalis air dan tentu sekali tidak akan menyebabkan litar pintas apabila digunakan oleh pengguna. "Kita juga menawarkan pelbagai rangkaian lampu ambien untuk membangkitkan suasana ruang tamu, dapur dan bilik tidur mengikut kesesuaian. "Bahkan, mereka boleh mengawal warna lampu-lampu yang ingin dipancarkan mengikut tema bilik dan ruang tamu," ujarnya. Sebagai salah satu peneraju dalam industri pencahayaan dunia, Philips sentiasa melakukan pelbagai penyelidikan dan pembangunan agar dapat memberi produk terbaik kepada pengguna serta alam sekitar. | |||
Ketandusan habitat beruang panda Posted: 11 Apr 2012 08:40 PM PDT GELAGAT beruang panda sudah cukup mencuit hati sesiapa sahaja yang memerhatikan gerak-geri mamalia itu. Bagaimanapun, beruang panda yang boleh dianggap sebagai haiwan comel itu berdepan dengan kesukaran meneruskan kelangsungan hidupnya. Hari ini, terdapat kurang daripada 1,600 ekor beruang panda yang masih meneruskan survival dalam habitat liar. Begitupun, sebuah kajian terbaharu mendapati bahawa lebih separuh daripada jumlah tersebut bakal berkurangan dalam persekitaran semula jadi. Dalam tempoh 70 tahun, kebanyakan habitat tersebut dijangka tidak lagi sesuai untuk didiami beruang panda akibat perubahan iklim yang melanda dunia. Bagi melindungi haiwan berbulu gebu dan berwarna hitam putih itu, ahli-ahli zoologi bertungkus-lumus untuk memahami dan meningkatkan proses pembiakan panda di dalam kurungan. Satu lagi kajian yang dijalankan baru-baru ini mendapati kitaran pembiakan panda jantan bertentangan dengan panda betina. Panda jantan boleh mengawan dalam masa lebih daripada enam bulan dalam setahun. Ia merupakan satu perkhabaran gembira, memandangkan beruang panda betina hanya mempunyai kadar kesuburan terhad iaitu hanya 24 hingga 72 jam setahun. "Lebih banyak kami memperoleh maklumat, lebih mudah kami memahami panda dan meletakkan garis panduan dalam memberi perlindungan kepada haiwan ini," kata Ketua Doktor Veterinar Institut Pemuliharaan Biologi Smithsonian, Amerika Syarikat (AS), Copper Aitken-Palmer. Dia yang juga merupakan Ketua Kajian Pembiakan haiwan berkenaan memberitahu, pengurusan panda boleh dilakukan dengan lebih baik apabila ia berada dalam kurungan. "Malah, kami sedang merangka program pengenalan semula untuk melepaskannya ke habitat semula jadi," ujarnya. Aitken-Palmer dan rakan-rakan sekerjanya telah mengkaji sebanyak lapan ekor panda jantan dalam masa tiga tahun di pangkalan Pembiakan Panda Chengdu, China. Mereka menganalisis ketumpatan sperma, paras hormon, saiz testis termasuk kelakuan apabila ingin mengawan seperti pergerakan serta penandaan bau. Kumpulan pengkaji itu juga mahu merancang pembiakan haiwan berkenaan secara teliti. Sukar dalam kurungan Kajian tersebut menunjukkan bahawa panda jantan mampu mengawan dalam tempoh musim yang lebih panjang berbanding panda betina. Bagaimanapun, agak sukar untuk memastikan panda mengawan terutamanya apabila ia berada di dalam kurungan. Sebagai contoh, ahli-ahli zoologi di Zoo Edinburgh Scotland telah memberi masa kepada panda betina, Tian Tian dan panda jantan, Yang Guang, dalam kurungan tertutup pada 3 dan 4 April lalu semasa Tian Tian subur. Sungguhpun pasangan mamalia tersebut bersua beberapa kali, ahli-ahli zoologi tidak menyimpan sebarang harapan untuk melihat kelahiran anak panda pada tahun ini. "Setiap kali pasangan ini bertemu, kami melihat terdapat keinginan dan tarikan antara Tian Tian dan Yang Guang," kata Pengarah Penyelidikan dan Pemuliharaan di zoo berkenaan, Iain Valentine dalam satu kenyataan. Menurutnya, terdapat banyak komunikasi dan galakan ditunjukkan oleh panda betina, malah berlaku juga hubungan fizikal tetapi bukan proses mengawan penuh. "Sungguhpun, kedua-dua haiwan ini pernah mengawan dan mempunyai anak dengan pasangan masing-masing, ia masih kurang pengalaman," ujarnya. Ahli-ahli sains berkata, panda tidak boleh dipersalahkan dalam hal berkenaan. "Dari segi sejarah, semua fisiologi dan penyesuaian itu ideal untuk panda yang berada dalam hidupan liar. Namun di dalam kurungan, kita telah menukar peraturan dan membuat ia lebih mencabar kepada haiwan-haiwan ini," katanya. Sebagai contoh, Aitken-Palmer berkata, beruang panda lazimnya bersendirian apabila berada dalam habitat semula jadi. Di dalam kurungan pula, ia ditempatkan bersama panda-panda lain sekali gus menyukarkan kelakuan semula jadinya. Kehilangan habitat Menurut ahli-ahli sains, walaupun panda merupakan kebanggaan bagi kebanyakan zoo di seluruh dunia, keadaan haiwan berkenaan dalam hidupan liar sedang berdepan kesulitan. Salah satu daripada ancaman terbesar adalah kehilangan habitat semula jadi akibat perubahan iklim dan pencerobohan manusia. Pada masa dahulu, panda dapat bergerak bebas di kebanyakan lokasi daripada negara China, utara Myanmar dan Vietnam. Kini, ia terbatas kepada enam kawasan penrgunungan antara Sichuan dan dataran tinggi Tibet. Bahkan, habitat haiwan berkenaan semakin mengecil memandangkan sebanyak 60 peratus daripada habitatnya bakal terjejas akibat perubahan iklim menjelang tahun 2080. Apabila suhu global menjadi semakin panas, secara purata, kesesuaian habitat panda akan berubah pada kedudukan dan latitud lebih tinggi. Keterbatasan persekitaran geografi bagi haiwan tersebut sudah tentu akan memberi tamparan hebat. "Beruang-beruang panda mempunyai persekitaran yang kecil, menghasilkan seekor anak setiap dua hingga tiga tahun dan bergantung kepada buluh untuk pemakanan. "Fakta itu sekali gus menunjukkan bahawa haiwan-haiwan ini dipengaruhi perubahan iklim," kata penyelidik yang diketuai Melissa Songer. Kawasan baharu Tatkala kebanyakan habitat sedia ada panda berkemungkinan akan lenyap, ia mungkin boleh berpindah ke kawasan-kawasan baharu. "Kawasan baharu yang bersesuaian itu mungkin berada di luar julat persekitaran geografi habitat sedia ada. Namun, kebanyakan kawasan ini terletak jauh daripada kelompok panda . Lebih membimbangkan, hanya 15 peratus daripada kawasan tersebut merupakan kawasan yang dilindungi.
"Survival jangka panjang panda memerlukan usaha pembangunan kawasan perlindungan baharu yang mampu menyokong kesesuaian habitatnya walaupun ketika berdepan perubahan iklim," ujar ahli sains. "Beruang panda ialah spesies yang dilindungi secara umum. Saya ingin meletakkan harapan tetapi usaha pemuliharaan di seluruh dunia berdepan dengan masalah. Hanya masa akan menentukan," kata Aitken-Palmer. | |||
Posted: 11 Apr 2012 08:36 PM PDT RAMALAN teknologi masa hadapan kadangkala nampak keterlaluan, terutama apabila idea inovasi itu sering dipaparkan sebagai sebahagian daripada alatan dalam filem sains fiksyen. Salah satu filem yang dipadatkan dengan elemen futuristik seperti gajet dan gaya hidup masa depan ialah Minority Report arahan Steven Spielberg. Filem tersebut agak unik kerana ia bukan sekadar memperlihatkan teknologi berdasarkan bayangan dan kreativiti pengarahnya. Lebih daripada itu, paparan teknologi dalam filem lakonan Tom Cruise itu merupakan hasil kajian dan perbincangan antara produksi filem dengan penganalisis serta saintis yang mempunyai kredibiliti. Golongan itu telah dirujuk bagi mendapatkan gambaran lebih tepat mengenai teknologi yang bakal diperkenalkan pada masa hadapan. Salah satu daripada gajet yang dipertonton dalam filem Hollywood tersebut ialah surat khabar yang memaparkan berita dinamik. Dengan kata lain, berita itu sentiasa berubah sepanjang masa seperti berita dalam talian yang diakses menerusi Internet. Sekali pandang ia kelihatan agak mustahil dalam dunia realiti hari ini. Bagaimanapun, melalui penyelidikan yang berterusan dijalankan syarikat-syarikat berpaksikan teknologi seperti Atmel, ia mungkin menjadi kenyataan tidak lama lagi. maXTouch merupakan produk cipset skrin sentuh berkeupayaan tinggi keluaran Atmel. Model terbaharu maXTouch E Series dilengkapi Capacitive Touch Engine (CTE) iaitu ciri yang terdapat pada kebanyakan telefon pintar hari ini. Hal yang lebih signifikan tentang maXTouch ialah respons lebih pantas, penggunaan kuasa rendah dan reka bentuk nipis. Ahli keluarga maXTouch E Series terdiri daripada: n maXTouch mXT768E mXT768E merupakan cipset 32 bit pertama untuk skrin sentuh bersaiz antara 15 hingga 30 sentimeter (sm). Walaupun saiz cipset ini sendiri hanya berukuran 0.6 x 0.6 sm, ia sesuai untuk tablet berkeupayaan tinggi. n maXTouch mXT540E Berasaskan reka bentuk AVR 32 bit, mXT540E menawarkan sensor kapasitif bagi skrin sentuh bersaiz sederhana antara 14 hingga 23 sm. Ia boleh diaplikasikan pada tablet, buku elektronik dan navigasi sistem penentu kedudukan global (GPS). n maXTouch mXT384E mXT384E merupakan cip kawalan tunggal yang direka khusus untuk keperluan telefon pintar dengan skrin bersaiz 10 hingga 11 sm dan tablet dengan saiz 13 hingga 14 sm. Nod berketumpatan tinggi menjadikan cip ini begitu sesuai untuk telefon pintar dengan paparan piksel berketumpatan tinggi. Ia memberikan resolusi sentuhan tambahan bagi memadankannya dengan peningkatan resolusi paparan.
n maXTouch mXT224E Model ini menggantikan model mXT224 yang pada awalnya memperkenalkan penyelesaian skrin sentuh kapasitif untuk telefon bimbit. mXT224E diperkenalkan dengan ciri sentuh kapasitif yang dipertingkatkan. Ini membolehkan penghasilan telefon pintar yang lebih nipis dan hayat bateri yang lebih panjang serta skrin yang lebih terang. mXT224E menyokong skrin bersaiz di antara 5 hingga 18 sm. n maXTouch mXT112E Direka untuk skrin bersaiz di antara 5 hingga 13 sm, mXT112E boleh diaplikasikan pada kamera digital, GPS dan banyak lagi peranti digital lain yang boleh memanfatkan teknologi skrin sentuh dengan ciri kapasitif terkini. Sebelum ini, teknologi itu mungkin hanya terdapat pada telefon dan tablet. Dengan perkembangan teknologi ini, tidak hairanlah jika dalam setahun dua lagi, kita akan dapat menyaksikan kemunculan satu lagi gajet terbaharu yang nipis dan boleh digulung atau dilipat. Tidak mustahil sekiranya ia mengambil alih 'takhta' tablet sedikit masa lagi. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan