Rabu, 11 April 2012

Zon Artis

Zon Artis


Aidil Hantar SMS Hendak Cerai, Rita Rudaini Redha

Posted: 11 Apr 2012 05:57 PM PDT

RITA RUDAINI DAN AIDIL ZAFUAN BERCERAI

Rasanya anda semua sudah sedia maklum akan kemelut rumahtangga yang melanda pasangan Rita Rudaini dan suaminya, Aidil Zafuan Abdul Razak. Jadi tidak perlu rasanya kami tulis panjang lebar mengenai perkara tersebut dan ada baiknya kita teruskan kepada berita terbaru mengenai kemelut rumahtangga mereka itu.

Terbaru, Rita memberitahu kepada media yang dia ada menerima mesej daripada Aidil mengenai permohonan cerai (mahu bercerai). Menganggap apa yang berlaku sebagai takdir yang sudah tertulis untuknya, Rita tidak mahu melayan perasaan sedih sebaliknya hanya ingin menumpukan perhatian kepada anak-anak.

"Saya anggap apa yang berlaku sudah tertulis sebagai takdir saya. Saya percaya pada qada' dan qadar Allah dan terima ia dengan redha.

"Malah, saya bersyukur sangat-sangat kerana kekuatan saya adalah pada mata anak-anak. Saya tidak kisah hilang yang lain asalkan anak-anak sentiasa bersama saya,"

Menurut Rita, mesej yang dihantar oleh Aidil itu langsung tidak memeranjatkannya kerana Aidil sendiri tidak pulang ke rumah mereka di Damansara sejak empat bulan lalu. Malah Rita juga mengakui sudah tawar hati dengan perangai Aidil, namun tidak pernah menyesal bergelar isteri kepada pemain bola sepak itu.

"Saya berkahwin dengannya atas dasar sayang dan cinta bukannya sebab duit. Pelbagai dugaan telah saya lalui sepanjang berkahwin dengannya malah saya pernah dipulaukan oleh orang kerana keputusan kami untuk berkahwin.

"Setiap kali kami ada masalah, dia sering sahaja menghilangkan diri dan meninggalkan saya dan anak-anak. Saya perlukan seorang lelaki yang matang dan tegas serta dapat melindungi diri saya dan anak-anak, bukannya lelaki yang lari apabila ada masalah.

"Secara jujurnya, sudah lama saya tawar hati dengan dia (Aidil), tetapi hanya kerana memikirkan anak-anak, saya tidak mahu perbesarkan hal ini,"

Bagaimanapun, menurut Rita, dia hanya mengikut ketentuan Allah dan bersedia sekiranya sudah tertulis jodoh mereka masih panjang.

"Jika sudah tercatat jodoh kami masih panjang, saya akan terima namun jika dikatakan hanya setakat ini sahaja jodoh kami, saya redha,"

Related Posts with Thumbnails

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu