Khamis, 2 Mei 2013

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Will Smith & Jaden Smith Tiba di Taipei Untuk Promosi After Earth

Posted: 02 May 2013 10:50 PM PDT

Sepanjang menjadi blogger selama 6 tahun ini, Budiey belum pernah lagi merasai pengalaman menghadiri Media Junket atau Prebiu Media di luar negara. Namun, impian Budiey telah menjadi kenyataan setelah direalisasikan oleh Sony Pictures Malaysia yang telah menjemput Budiey untuk terbang ke Taipei, Taiwan untuk mengikuti Media Junket Filem After Earth di Taipei. Terima kasih banyak-banyak atas peluang yang diberikan.

Untuk info pembaca, filem After Earth akan mulai ditayangkan di pawagam pada 6 Jun 2013.

Mengikut wakil dari Sony Pictures Malaysia, ini adalah kali pertama mereka menjemput penulis blog untuk mengikuti Media Junket Filem di luar negara. Ternyata, Budiey rasa sangat bertuah kerana terpilih menjadi blogger pertama dihantar ke sini.

AFTER EARTH - English (IMAX)

Seperti yang dirancang, Budiey ditemani oleh seorang rakan media dari Harian Metro iaitu Amierul telah terbang dari KLIA dengan menaiki pesawat MAS ke Taipei pada jam 9.15 pagi dan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Taiwan pada jam 1.30 tengahari. Perjalanan kami mengambil masa selama 4 jam 30 minit.

Dari lapangan terbang, kami mengambil teksi untuk ke hotel penginapan kami iaitu di Hotel Home yang terletak berhampiran dengan Menara Tertinggi Taipei 101 di mana di situ juga akan berlangsungnya Pelancaran Filem After Earth arahan M. Night Shyamalan.

Selesai sahaja makan malam semalam, Budiey bergegas ke Hotel Le Meridien untuk menjadi paparazzi setelah mendapat tahu, pelakon filem After Earth iaitu Will Smith dan Jaden Smith akan tiba di hotel itu sekitar jam 10 malam.

Kehadiran kedua pelakon anak beranak ini disambut baik oleh peminat mereka. Pelakon Will Smith yang berusia 44 tahun dan anaknya, Jaden Smith, 14 tahun juga tidak ketinggalan melayan permintaan beberapa orang peminat yang mahu bergambar dan menandatangani autograph.

Mereka dijadualkan akan hadir di Meet & Greet dan melancarkan filem After Earth pada jam 7 malam ini di Taipei's Xinyi Shopping District.

Will Smith & Jaden Smith juga akan menghadiri satu pertemuan di sesi temubual bersama media dan Budiey juga turut dijemput untuk menemubual mereka berkenaan dengan filem After Earth. Ini satu peluang yang baik. Pertama kali dapat bertemu secara langsung dengan pelakon ini.

Jaden Smith nampaknya dah besar panjang pun. Sebelum ini, Budiey banyak kali tengok lakonan Jaden dalam filem Karate Kid.

Jaden Smith juga dijangka akan mempromosikan fesyen terbaru jenama MSFTS (sebutan: Misfits) pada 5 Mei ini di Taipei di mana Brandon Chang dan JJ Lin juga akan turut menghadiri acara ini.

Selepas Taipei, Will Smith & Jaden Smith akan ke Korea Selatan untuk mempromosikan filem After Earth

Gambar Will Smith & Jaden Smith Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Taipei & Le Meridien Untuk Promosi After Earth

Komen via Facebook

Komen

Izzue Islam Mengaku Bertunang & Akan Kahwin 2 Jun Ini

Posted: 02 May 2013 10:25 PM PDT

Salam semua pembaca, Budiey sekarang ini masih lagi berada di Taipei, Taiwan untuk menghadiri Majlis Prebiu Media Junket bagi filem After Earth.

Walaupun sibuk dengan jadual yang agak padat di sini, Budiey masih lagi mampu mengikuti perkembangan terbaru artis di Malaysia. Antaranya berita tentang pelakon Izzue Islam yang akan berkahwin pada 2 Jun 2013 di Shah Alam.

Izzue Islam bakal bernikah pada 2 Jun 2013 di Shah Alam

Sebentar tadi, Budiey dihubungi sendiri oleh Izzue Islam yang mahu menjemput Budiey dan melayangkan kad kahwinnya. Budiey tidak terkejut dengan berita baik ini kerana sebelum ini, Budiey ada dengar ura-ura yang mengatakan Izzue Islam sebenarnya sudah bertunang dengan pengurusnya iaitu Awin. Namun, pada ketika itu, Izzue menafikan tentang gossip yang mengatakan beliau bertunang atas sebab dan alasan tertentu. Ada yang beranggapan, jika beliau mengakui bertunang pada ketika itu, populariti beliau akan merudum.

Sekarang, ahli kumpulan Forteen ini akhirnya mengaku dia telah bertunang dan khabar angin yang dulunya bertiup kencang itu adalah benar. Atas alasan untuk menjaga hati pihak lain, berita pertunangannya terpaksa dirahsiakan.

Berita tentang Izzue Islam ini telah pun disiarkan di Portal GUA. Izzue berkata:

"Mula-mula Izzue ingin meminta maaf kerana terpaksa merahsiakan pertunangan kami. Ini kerana saya memilih untuk tidak menghebohkan perkara ini kerana khuatir jika apa-apa terjadi. Bertunang itu tanda dan bila-bila sahaja ia boleh terputus."

Tidak dinafikan nama Izzue kian meniti di bibir peminat-peminat wanita ketika ini, namun bagi Izzue keputusannya untuk berkahwin pada usia 23 tahun bukanlah penghalang untuknya terus mengecap populariti.

"Bagi Izzue perkahwinan itu wajib. Insyaallah perkahwinan ini tidak akan memberikan kesan kepada kerjaya saya kerana bagi saya peminat masa kini bersikap lebih terbuka."

Izzue dan Awin sudah berkawan selama lima tahun dan bakal berkahwin pada 2 Jun ini di Shah Alam. Bagi Izzue, dia tidak pernah meletakkan umur sasaran untuk berkahwin, tetapi dia percaya kepada rezeki dan takdir yang telah disusun oleh Allah untuknya.

Budiey doakan semoga majlis nikah yang dirancang ini akan berjalan dengan lancar. Amin.

Izzue Islam - Pelakon Tudung Tweet

Komen via Facebook

Komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu