Khamis, 2 Mei 2013

OHBULAN!

OHBULAN!


Cheryl Samad Bakal Timang Cahaya Mata Oktober Ini?

Posted: 02 May 2013 09:25 PM PDT

318_34489721907_9126_n

Melalui akaun Twitter dan Instagram miliknya, Cheryl Samad dan pasangan, Ng Ping Ho bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi setelah dua tahun mengikat tali perkahwinan. Dia kelihatan teruja dengan memuat naik gambar yang menampakkan seolah-olah dia bakal menyambut kelahiran orang baru pada bulan Oktober tahun ini.

Kalau tidak silap kiraan kami, kemungkinan kandungan Cheryl sekarang ini baru memasuki usia dua bulan.

Screen Shot 2013-05-03 at 11.22.20

Bekas pengacara rancangan Muzik-Muzik ini juga mengucapkan terima kasih di atas ucapan tahniah yang diterima dari kenalan dan peminatnya di laman sosial miliknya.

Screen Shot 2013-05-03 at 12.21.03

Untuk pengetahuan umum, Cheryl dan suaminya, seorang jejaka cina muslim telah bernikah pada 30 April 2011 di dalam satu majlis yang tertutup. Mungkin Cheryl tidak gemarkan liputan besar-besaran tentang dirinya memandangkan berita kehamilannya juga tidak digembar-gemburkan, cukup sekadar memberi klu di laman sosial.

Apapun, kami ucapkan tahniah kepada Cheryl dan diharapkan sentiasa sihat sepanjang tempoh kehamilan.

Tags:

Trailer : Nicholas Saputra Muncul Lagi Dengan Karya Hebat?

Posted: 02 May 2013 09:00 PM PDT

Nicholas Saputra

Agaknya, selepas filem 'Ada Apa Dengan Cinta' (2002) dimana Nicholas berganding bersama Dian Sastrowardoyo, semua filem yang dibintangi oleh pelakon berusia 29 tahun ini gagal memikat hati peminatnya di Malaysia.

Pelakon yang memang dikenali kurang mesra dengan media ini juga pada tahun 2005 mendedahkan bahawa dia bakal mengakhiri karier lakonannya. Namun dia kembali mengejutkan peminatnya apabila kembali ke layar perak pada tahun 2007 dengan filem '3 Hari untuk Selamanya'.

Dan kali ini, berita baik buat para peminat semua! Nicholas bakal muncul di pawagam dengan filem arahan Mouly Surya yang bertajuk, 'What They Don't Talk About When They Talk About Love'. Ada yang sudah tak sabar?

Filem ini mengisahkan tentang sekolah yang menempatkan pelajar-pelajar buta. Sama seperti remaja lain, mereka pergi ke kelas, lakukan aktiviti seni dan juga bercinta. Selain dari itu, mereka juga seperti insan lain yang menunggu masa untuk akil baligh dan menempuh dunia seperti orang biasa.

Walaupun mempunyai halangan untuk melihat, namun mereka tetap mencari cara untuk berkomunikasi sesama sendiri.

Screen Shot 2013-05-03 at 11.50.39 AM

Kisah cinta orang buta.

Screen Shot 2013-05-03 at 11.50.01 AM

Antara barisan pelakon 'What They Don't Talk About When They Talk About Love'.

Filem ini turut dibintangi sama oleh Ayushita Nugraha dan Karina Salim. Menariknya, ia turut tercalon di Sundance Film Festival yang akan berlangsung pada 16-26 Januari 2014 di Park City, Utah.

Apa pun, mari kita tonton trailer filem ini yang kami kira agak menarik juga.

Tags: ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu