Khamis, 9 Mei 2013

OHBULAN!

OHBULAN!


Video : MV Terbaru Mariah Carey Amat Menggoda!

Posted: 09 May 2013 09:16 PM PDT

Mariah Carey

Penyanyi antarabangsa yang sememangnya sinonim dengan penampilan seksi, Mariah Carey difahamkan baru sahaja melancarkan video klip terbarunya bersama Miguel berjudul Beautiful.

Menerusi klip video tersebut, Mariah Carey kelihatan sangat seksi apabila mengenakan persalinan ala sut cut-out rona hitam dan dipadankan dengan seluar pendek sehingga menampakkan susuk tubuhnya yang menggoda.

Mariah Carey 1

Dalam pada itu, keseksian penyanyi ini turut terserlah apabila menari di bawah cahaya lampu kristal candelier dengan menggayakan persalinan baju tidur rona neon-kuning dan ia dilihat seolah-olah cuba menggoda dan menarik perhatian Miguel.

Mariah Carey 2

Sejak video ini dimuatnaik menerusi laman YouTube pada 6 Mei lalu, ia telah berjaya menarik perhatian hampir 360,000 penonton dan rata-ratanya memberi respon positif terhadap penampilan penyanyi tersebut.

Meskipun usianya telah menjangkau hampir 43 tahun, akan tetapi Mariah Carey dilihat masih lagi mampu mengekalkan bentuk badan yang cantik dan menawan.

Mariah CareyApa pun, jom layan video klip Beautiful, nyanyian Mariah Carey featuring Miguel selepas ini.

Kita Berpantang Ikut Cara Masing-masing – Fasha Sandha

Posted: 09 May 2013 05:00 PM PDT

Fasha Sandha

Lebih kurang dua minggu lalu kami ada memuat naik beberapa foto terbaru Fasha bersama putera sulungnya Rayfal, menerusi artikel berkenaan terdapat segelintir peminat telah cuba mempertikaikan cara aktres tersebut berpantang sehingga ada yang menghamburkan kata-kata tidak elok mengenai rumahtangganya.

Susulan daripada pelbagai spekulasi itu, Fasha akhirnya membidas segala kata-kata peminat menerusi sebuah foto di laman Instagram dengan caption berbunyi,

emoji Ramainya yang risau pasal saya tak pakai stokin ketika berpantang. Btw, this is for u. Saya hanya keluar ke hospital for check up, pakai baju nursing attire by @dnabydynas dan saya pakai stokin. Ya saya sedang berpantang. Kita berpantang ikut cara masing2 k. Thank you dear! Hugs emoji

Artikel Berkaitan :

Fasha Sandha

Menerusi foto berkenaan, Fasha seolah-olah ingin menjelaskan bahawa dirinya masih lagi mengikut amalan berpantang dengan betul dan berharap agar peminat tidak tersalah anggap dengan cara dia berpakaian pada ketika itu.

Meskipun telah menjelaskan dengan baik, akan tetapi masih ada peminat yang tidak berpuas hati sehingga menganggap Fasha terlalu berfikiran moden dalam soal penjagaan diri.

Fasha Sandha

Dalam masa yang sama, terdapat juga peminat yang cuba berfikiran positif dan menyokong kenyataan pelakon tersebut. Bagi mereka, Fasha berhak berpantang dengan caranya sendiri dan menganggap setiap orang mempunyai pendirian yang berbeza.

Fasha Sandha

Dan akhir sekali jom kita layan foto terbaru Putera Rayfal selepas ini.

Kredit Foto : Instagram Fasha Sandha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu