Rabu, 1 Mei 2013

OHBULAN!

OHBULAN!


A.Aida Sah Cerai &Terkejut Suami Mahu Cerai Talak Tiga

Posted: 01 May 2013 11:15 PM PDT

a.aida

Selepas kecoh mengenai kisah pergolakan rumah tangga penerbit filem, A. Aida bersama suaminya, Suffian, akhirnya mereka berdua telah menemui jalan penyelesaian apabila mahkamah memutuskan pasangan ini sah bercerai talak dua.

Menurut mStar Online, pada mulanya, suami A. Aida mahu menceraikannya dengan talak tiga namun mahkamah tidak mengizinkan.

"Saya tidak mahu lagi kembali kepadanya (Aida). Cukup sampai di sini sahaja dan sebab itu saya mahu cerai talak tiga tetapi mahkamah tidak membenarkan saya berbuat demikian.

"Bagaimanapun saya bersyukur kerana semuanya telah selesai dengan baik pada hari ini (Khamis) dan fokus utama sekarang adalah untuk sama-sama membesarkan anak kami." – bekas suami A. Aida.

Walaupun tidak mendapat kebenaran mahkamah, Aida ketika ditemubual meluahkan perasaan terkejutnya serta menganggap keputusan Suffian untuk menceraikannya dengan talak tiga adalah satu penghinaan kepadanya sebagai wanita.

"Apa yang lebih penting kini sudah tidak ada apa-apa lagi bebanan yang perlu saya pikul dan urusan selepas ini akan lebih mudah. Alhamdulillah segala-galanya telah selesai."

Untuk pengetahuan, Aida dan Suffian telah berkahwin pada 20 April 2007. Mereka berdua masing-masing pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai anak dengan bekas pasangan masing-masing. Hasil perkongsian hidup Aida dan Suffian, mereka berdua telah dikurniakan anak lelaki dan mahkamah telah memberikan hak penjagaan anak kepada A. Aida.

Tags:

Yuna Dipilih Sebagai Duta Media Sosial MAS

Posted: 01 May 2013 08:53 PM PDT

MAS Yuna 2

Penyanyi yang terkenal menerusi lagu Terukir Di Bintang, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zaraai baru-baru ini telah dilantik sebagai duta media sosial untuk syarikat penerbangan terkemuka Malaysia (MAS).

Setelah melihat kemampuan Yuna yang berjaya mengembangkan bakatnya sehingga ke luar negara, Ketua Pengiklanan dan Promosi MAS, Khairul Syahar Khalid berkata, beliau percaya penyanyi tersebut akan dapat melaksanakan tanggungjawabnya sebagai duta dengan baik dan effektif.

Dengan berkongsikan perjalanannya bersama kami dan jutaan peminatnya di media sosial, MAS yakin Yuna bakal memberikan inspirasi yang hebat terutamanya buat ikutan golongan muda dan sekaligus mampu menjadi idola buat seluruh rakyat Malaysia untuk mengejar impian dan mengharumkan nama negara ke peringkat antarabangsa.

Sebagai duta media sosial, Yuna juga akan kongsikan segala pengalaman mengembaranya menerusi laman YouTube, Amazing Journeys MAS dan dalam masa yang sama segala aktiviti penjelajahannya itu akan turut dimuat naik secara eksklusif melalui laman Facebook dan Twitter MAS.

Untuk makluman, hubungan rapat antara MAS dan penyanyi ini telah terjalin sejak awal tahun 2012 lagi sewaktu Yuna dipilih sebagai duta untuk aplikasi MHbuddy. Aplikasi ini bertujuan untuk menggalakkan peminat dan pengguna telefon pintar memuat turun aplikasi tersebut bagi mendapatkan perkhidmatan tempahan tiket secara lansung melalui saluran media sosial mereka.

Syarikat penerbangan ini pernah diiktiraf sebagai salah satu syarikat yang aktif menjalankan aktiviti menerusi media sosial dan secara tidak langsung menjulang nama MAS sebagai Penggunaan Terbaik Media Sosial untuk Drive Pendapatan sewaktu  berlangsunganya majlis sulung Simpliflying-Syarikat Penerbangan Kecemerlangan Perniagaan Sosial Anugerah Airlines Media pada tahun 2010.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu