Rabu, 1 Mei 2013

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Jehan Miskin Bakal Bernikah Dengan Gadis Korea

Posted: 01 May 2013 05:07 PM PDT

Dalam Harian Metro, pelakon Jehan Miskin diberitakan akan mengakhiri zaman bujangnya pada Sabtu ini bersama seorang gadis yang berasal dari Korea.

Harian Metro melaporkan, Jehan dan gadis yang menetap di Kuala Lumpur itu telah berkenalan selama lima tahun.

"Buat masa sekarang saya tidak mahu bercerita lanjut mengenai percintaan saya, siapa gadis itu, di mana saya berkenalan dan sebagainya. Saya akan ceritakan segalanya nanti selepas selesai majlis pernikahan."

Dalam pada itu, Jehan berkata, majlis berkenaan akan dibuat secara ringkas di Carcosa Seri Negara dan hanya menjemput 100 tetamu termasuk keluarga dan teman rapat.

Malah kata Jehan, majlis akan dibuat sekali sahaja untuk kedua-dua belah keluarga.

"Keluarga bakal mentua saya bakal datang dari Korea, ibu dan kakak saya yang menetap di Amerika Syarikat juga akan turut meraikan perkahwinan saya ini."

Jelas Jehan, majlis yang bermula pada pukul 2 petang itu akan dimulakan dengan acara akad nikah, bersanding diikuti majlis minum petang. – Sumber: Harian Metro

Komen via Facebook

Komen

', enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: 'Budiey'}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('twitter'); } }); jQuery('#facebook').sharrre({ share: { facebook: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('facebook'); } }); jQuery('#googleplus').sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: 'http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php', click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('googlePlus'); } }); });

Orang Bunian di Rumah Mawi

Posted: 01 May 2013 04:58 PM PDT

Mawi tidak berpindah daripada rumahnya di Bangi Golf Resort walaupun seorang lelaki mendakwa ternampak sepasang orang bunian tinggal di rumahnya.

Sejak kejadian yang berlaku April lalu tiada sebarang kejadian pelik terjadi di rumahnya dan berserah kepada Allah terhadap sebarang kemungkinan.

"Itu dakwaan lelaki tersebut yang kita tidak tahu sama ada benar atau pun tidak. Saya bagaimanapun tidak berhasrat untuk berpindah kerana perkara itu. Alhamdulillah setakat ini keadaan rumah berada dalam keadaan baik dan tidak pernah berlaku sebarang kejadian aneh."

Pada kejadian, seorang lelaki warga Indonesia yang bekerja sebagai buruh berusia 40-an bertindak memecahkan tingkap dapur rumah juara program Akademi Fantasia itu dan mendakwa melihat kelibat sepasang orang bunian berlegar-legar dalam rumah penyanyi itu.

Dalam pada itu, Mawi berkata, kes berkenaan telah pun diserahkan kepada pihak polis untuk disiasat dan berharap kejadian serupa tidak berulang lagi.

"Ini adalah kali kedua rumah saya dimasuk orang dan walaupun dia mendakwa ternampak bunian dalam rumah, saya tetap serahkan dia kepada pihak polis kerana menceroboh kediaman saya."

Terbaru, Mawi teruja dapat bertindak sebagai juri dalam program Ceria Popstar bersama penyanyi Nurul Wahab dan akan sedaya upaya membimbing para peserta program itu.

Ceria Popstar bakal bersiaran setiap hari Ahad bermula 5 Mei ini pada pukul 11.30 pagi di saluran Astro Ceria. – Sumber: Mstar Online

Mawi

Komen via Facebook

Komen

', enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: 'Budiey'}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('twitter'); } }); jQuery('#facebook').sharrre({ share: { facebook: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('facebook'); } }); jQuery('#googleplus').sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: 'http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php', click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('googlePlus'); } }); });

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu