Ahad, 7 April 2013

Zon Artis

Zon Artis


(Tahniah!) Shaheizy Sam Bintang Paling Popular ABPBH 2012

Posted: 07 Apr 2013 09:44 AM PDT

Shaheizy Sam Bintang Paling Popular ABPBH 2012

Sebentar tadi telah berlangsungnya anugerah penuh berprestij, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang bersiaran secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Dengan tema Ledakan Geometri, ianya dihostkan oleh tiga pengacara hebat iaitu Fara Fauzana, Zizan Razak dan Johan. Gandingan mereka nyata membangkit kehangatan acara ABPBH pada kali ini.

Untuk makluman, ABPBH kali ini menampilkan sedikit kelainan dengan menampilkan enam kategori baru yang diundi menerusi 'online' di mana antara kategori yang dipertandingkan adalah Gandingan Serasi di Layar, Artis Lelaki Stailo, Artis Wanita Stailo, Watak Animasi Tempatan Popular, Artis Berpengaruh di Laman Sosial serta Watak Jahat Dalam Filem atau Drama.

Berbalik kepada topik – meskipun Zizan berjaya mendominasi kebanyakan kategori ABPBH pada kali ini, akan tetapi populariti Shaheizy Sam tidak boleh disangkal lagi apabila aktor berbakat tersebut dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 2012 dengan kutipan undian sebanyak 79,656 sekaligus membawa pulang set barang kemas dari Habib Jewel, Kereta Nissan serta Trofi ABPBH.

Berikut keputusan penuh ABPBH 2012:-

Artis Baru Lelaki Popular – Aiman Hakim Ridza

Artis Komedi Wanita Popular – Didie Alias

Watak jahat dalam filem atau drama popular – Sofi Jikan

Artis Duo/Berkumpulan Popular – Black & Malique

Pengacara TV Lelaki Popular – Dato' Aznil Hj Nawawi

Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana

Gandingan di layar serasi Terbaik – Johan & Zizan Razak

Pelakon TV Lelaki Popular – Aaron Aziz

Artis Baru Wanita Popular – Wawa Zainal

Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana

Watak Animasi Tempatan Popular – Upin & Ipin

Penyampai Radio Lelaki Popular – Faizal Ismail

Pelakon TV Wanita Popular – Nabila Huda

Artis Komedi Lelaki Popular – Zizan Razak

Artis Berpengaruh Laman Sosial Popular – Zizan Razak

Penyanyi Wanita Popular – Shila Amzah

Pelakon Filem Lelaki Popular – Shaheizy Sam

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Kumpulan Search

Artis Lelaki Stailo – Zizan Razak

Artis Wanita Stailo – Melissa Francis

Penyanyi Lelaki Popular – Hafiz

Pelakon Filem Wanita Popular – Yana Samsudin

Artis Asia Paling Popular – Zizan Razak

Artis Paling Popular Berita Harian – Shaheizy Sam

+ Kredit: OH BULAN

Related Posts with Thumbnails

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu