Ahad, 7 April 2013

OHBULAN!

OHBULAN!


Jimmy Shanley Gagal Dapat Hak Penjagaan Anak

Posted: 07 Apr 2013 10:53 PM PDT

Jimmy Shenly

Pagi tadi telah berlangsungnya kes perbicaraan bagi hak penjagaan anak buat pelakon dan pengacara terkenal, Jimmy Shanley dengan bekas isterinya bertempat di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, Selangor.

Melalui kes perbicaraan tersebut, pihak mahkamah telah memutuskan bahawa hak penjagaan penuh anak perempuan pasangan tersebut, iaitu Zahrah Rania Shanley berusia setahun sembilan bulan kepada bekas isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy, 25.

Meskipun gagal mendapatkan hak penjagaan tersebut, Jimmy bagaimanapun bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bertemu dan melawat anaknya mengikut masa yang telah ditetapkan oleh pihak mahkamah.

Saya tidak terkilan dengan keputusan mahkamah kerana keputusan itu tetap membenarkan saya untuk bertemu dengan anak saya.

Pada mulanya saya menjangkakan akan gagal dan tidak diberi peluang untuk bertemu dengan anak saya memandangkan usia yang baru mencecah dua tahun.

Saya akan bersama dengan anak saya selama tiga hari dua malam pada hari Selasa sehingga Khamis petang. – ujar Jimmy menerusi laporan Utusan Online.

Memang Saya Dilahirkan Macam Ini – Bobo Jawab Kontroversi Video “Sayang”

Posted: 07 Apr 2013 09:09 PM PDT

Temubual dengan Bobo

Sekiranya sebelum ini kami pernah mengajukan soalan kepada pihak pembaca OHBULAN! siapakah agaknya lelaki yang menyanyikan lagu parodi berjudul "Sayang" nyanyian Shae di laman YouTube sehingga mencetuskan viral di media sosial tersebut sejak pertengahan bulan lalu.

Menerusi sesi temubual yang dijalankan oleh Anwar Abdullah @ Kaio, Bobo menyatakan bahawa dia menghasilkan video berkenaan secara suka-suka dan langsung tidak menyangka video tersebut menjadi perhatian umum sehingga mencetuskan pelbagai kontroversi dikalangan penonton.

Sebenarnya memang daripada dulu lagi suka buat video macam itu. Miming, buat gila-gila bila bosan dan sebenarnya semuanya dilakukan secara spontan.

Memang saya tak sangka langsung dan terkejut juga sampai macam itu sekali video ini boleh tersebar. Sampai keluar dekat TV semua.

Menjawab mengenai pelbagai kritikan negatif yang dilemparkan keatas dirinya, Bobo akui dirinya sememangnya dilahirkan sebegitu dan berharap agar penonton tidak memandang serong terhadap dirinya selepas ini.

Janganlah tengok pada luaran dan suka hakimi orang. Kenal dulu orang itu betul-betul. Memang saya dilahirkan macam ini.

Bagi anda yang nak dengar dan lihat sendiri temubual Kaio dengan Bobo, jom layan video di bawah ini. Diharapkan segalanya terjawablah ya.

Tags: , , , , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu