Ahad, 7 April 2013

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012

Posted: 07 Apr 2013 07:11 AM PDT

Hari ini tanggal 7 April 2013, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 berlangsung di lokasi baru, Stadium Putra Bukit Jalil buat pertama kalinya. mencatat sejarah sebagai acara paling gah dianjurkan dalam sejarah 26 tahun anugerah berprestij ini termasuk rekaan set pentas terbesar yang menepati tema 'Ledakan Geometri'.

Acara gilang gemilang itu diacarakan oleh Johan, Fara Fauzana dan Zizan Razak selain beberapa pengacara jemputan seperti Awi Rafael, Hanes Suraya, kumpulan Forteen, Emma Maembong dan Iqram Dinzly.

Majlis turut diserikan dengan pelbagai persembahan daripada artis seperti Adira, Asmidar, Datuk AC Mizal, Projek Pistol, Ziana Zain, Ella, Datuk M.Nasir dan sebagainya.

ABPBH 2012 edisi ke-26 anjuran Berita Harian adalah acara pengiktirafan berdasarkan undian peminat menerusi borang disiarkan akhbar dan Khidmat Pesaan Ringkas (SMS) untuk artis dan selebriti tanah air dalam bidang perfileman, muzik dan penyiaran.

Dirancang dan direka seawal November tahun lalu, konsep kejutan dan ledakan boleh disaksikan penonton melalui kesan penataan cahaya, lampu LED dan audio pada set pentas utama yang berukuran 111 kaki x 80 kaki persegi itu.

PENTAS LEDAKAN GEOMETRI
Pentas kali ini nampak lebih besar, memberi kebebasan untuk produksi dan lari daripada kebiasaan kerana memiliki ruang yang lebih besar berbanding set pentas di Arena of Stars, Genting Highlands yang agak terbatas. Pentas baru ini juga tidak statik kerana kita mewujudkan pembahagi yang memisahkan ruang persembahan di sudut belakang manakala penyampaian trofi di bahagian depan. kelainan juga ditampilkan dengan pembinaan dua 'kotak fanatik' untuk peminat di pentas utama. Kotak ini disediakan untuk 100 peminat bersorak sepanjang persembahan dan penyampaian trofi. Ini menampakkan persembahan lebih bersifat seperti sebuah konsert.

Di pentas ABP juga menggunakan versatube di sudut tangga depan pentas untuk menaikkan lagi kemeriahan menerusi elemen cahaya yang tampak lebih hidup," katanya. Satu pentas kecil juga di bahagian kiri pentas utama. Pentas kecil itu akan digunakan kumpulan artis yang menjadi pengacara bersama. Ia juga akan dimanfaatkan bagi kamera merakam pelbagai sudut ketika acara live berlangsung.

Kemenangan & Kejutan

Shaheizy Sam yang baru sahaja merangkul kemenangan Pelakon Lelaki Terbaik Asia Tenggara di AIFFA2013 yang lalu pasti gembira apabila meraih sebanyak 79656 undian sekaligus memenangi gelaran itu untuk kali kedua selepas memenanginya pada ABPBH tahun 2010.

FARA FAUZANA

Sam yang memenangi sebuah kereta Fair Lady sumbangan Tan Chong Motor Sdn Bhd, set barangan kemas Rafflesia bernilai RM150,000, hadiah iringan dan trofi turut turut menerima kemenangan berganda apabila merangkul trofi Pelakon Lelaki Filem Popular.

Mengejutkan pada malam tadi apabila hero drama bersiri Vanilla Coklat, Aiman Hakim Ridza memenangi Artis Baru Lelaki Popular, manakala Wawa Zainal meraih gelaran Artis Baru Wanita Popular. Selamat datang untuk kemenangan pertama mereka berdua.

Wawa Zainal ABP

Fara Fauzana pula terus mengekalkan dua kemenangan iaitu sebagai Penyampai Radio Wanita Popular dan Pengacara TV Wanita Popular. Lebih manis buat penyampai radio Hot.FM ini kerana malam tadi juga merupakan ulang tahun perkahwinan ibu bapanya lalu Fafau dalam ucapan ringkasnya sempat berkata, trofi yang di menangi itu adalah hadiah buat ibu dan ayahnya.

Sementara pengacara nombor satu negara, Dato' Aznil Hj. Nawawi berjaya merampas kembali anugerah yang dimenangi oleh Zizan tahun lalu iaitu Pengacara TV Lelaki Popular.

YANA SAMSUDIN

Yana Samsudin mencipta kemenangan dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular, sementara Hafiz menepati ramalan apabila menggondol gelaran Penyanyi Lelaki Popular.

Kategori Artis Berkumpulan/Duo Popular dimenangi oleh Black dan Malique yang manakala Penyanyi Wanita Popular dirangkul oleh Shila Amzah.

Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon TV Wanita Popular, masing-masing dimenangi Aaron Aziz dan Nabila Huda.

Pelakon dan pengacara, Didie Alias pula merangkul Artis Komedi Wanita Popular, manakala Zizan Razak memenangi Artis Komedi Lelaki Popular.

Kategori Penyampai Radio Lelaki Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular, masing-masing dimenangi Faizal Ismail dan Fara Fauzana dari stesen Hot FM.

Manakala Faizal Ismail mengekalkan kemenangannya tahun lalu sebagai Penyampai Radio Lelaki Popular.

Impak lakonan mantapnya dalam drama bersiri yang mencetuskan fenomena, Adam & Hawa, trofi bagi Pelakon TV Lelaki Popular menjadi milik Aaron Aziz. Dan pelakon seksi dan berbakat besar, Nabila Huda mengejutkan ramai apabila berjaya memecah rekod Fasha Sandha dengan memenangi anugerah Pelakon TV Wanita Popular.

ZIZAN RAZAK

Jika nak diikutkan, pelawak terkenal Zizan Razak sepatutnya mendapat gelaran Bintang Paling Popular atau Bintang Paling Banyak Mendapat Anugerah kerana beliau membawa pulang sebanyak 4 anugerah termasuk Pelawak Lelaki Paling Popular.

Hafiz juga menepati ramalan apabila menggondol gelaran Penyanyi Lelaki Popular. Penyanyi yang popular dengan lagu Patah Seribu mengungguli kategori yang pernah dimenangi Yuna tahun lalu iaitu sebagai Penyanyi Wanita Popular.

Kategori Artis Berkumpulan/Duo Popular dimenangi oleh pasangan kolaborasi sensasi Black dan Malique.

Pelakon Filem Lelaki dan Wanita Popular, masing-masing dimenangi Shahiezy Sam dan Yana Samsuddin. Sam mengulangi kejayaan dua tahun lalu. Manakala ini merupakan kejayaan pertama Yana memenangi anugerah ABP.

SHAHEIZY SAM

Tahniah Shaheizy Sam. Ternyata tahun 2013 membawa tuah yang Budiey rasa cukup bermakna dan sejarah paling besar untuk Sam kerana dapat menewaskan nama besar yang lain seperti Aaron Aziz, Aznil Nawawi dan ramai lagi untuk gelaran Bintang Paling Popular. Selepas kejayaan di AIFFA minggu lalu, kini Shaheizy Sam layak mendapat Artists of The Year kerana menjulang nama untuk negara Malaysia di peringkat Asia Tenggara dan sekaligus membuktikan beliau masih lagi relevan meskipun lama betul kita tak nampak Sam di kaca TV. Budiey dengar juga, rezeki tak sehebat dulu, mungkin untuk beberapa bulan akan datang, tawaran untuk Sam akan terus jatuh ke riba. Syabas Shaheizy Sam. Ternyata peminat setia Sam masih setia membawa Sam ke mercu jaya!

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012

Bintang Paling Popular - Shaheizy Sam

Tahniah! Pelakon Shaheizy Sam mencipta sejarah apabila muncul pelakon lelaki kelima dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular apabila mengungguli hadiah tertinggi Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Budiey pun tak sangka Shaheizy Sam dapat merampas kembali trofi dari Aaron Aziz. Serius tak sangka.

1. Artis Baru Lelaki Popular - Aiman Hakim Ridza

1. Aiman Hakim Ridza
2. Izzue Islam
3. Jimmy Palikat
4. Shah Iskandar
5. Taiyudin Bakar

Ramalan Budiey: Izzue Islam

2. Artis Baru Wanita Popular - Wawa Zainal

1. Ainan Tasneem
2. Emma Maembong
3. Hanez Suraya
4. Nad Zainal
5. Wawa Zainal

Ramalan Budiey: Emma Maembong

3. Artis Duo/Berkumpulan Popular - Black & Malique

1. Black & Malique
2. Hafiz & Adira
3. Jimmy Palikat & One Nation Emcees
4. Mojo
5. Sleeq & Najwa Latif

Ramalan Budiey: Sleeq & Najwa Latif

4. Penyanyi Lelaki Popular - Hafiz

1. Aizat
2. Black
3. Faizal Tahir
4. Hafiz
5. Hazama

Ramalan Budiey: Hafiz

5. Penyanyi Wanita Popular - Shila Amzah

1. Jaclyn Victor
2. Najwa Latif
3. Shila Amzah
4. Stacy
5. Yuna

Ramalan Budiey: Shila Amzah

6. Pelakon TV Lelaki Popular - Aaron Aziz

1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Beto Kusyairy
4. Fahrin Ahmad
5. Johan As'ari

Ramalan Budiey: Aaron Aziz

7. Pelakon TV Wanita Popular - Nabila Huda

1. Fasha Sandha
2. Izara Aishah
3. Nabila Huda
4. Neelofa
5. Siti Saleha

Ramalan Budiey: Neelofa

8. Pelakon Filem Lelaki Popular - Shaheizy Sam

1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Bront Palarae
4. Shaheizy Sam
5. Zizan Razak

Ramalan Budiey: Aaron Aziz

9. Pelakon Filem Wanita Popular - Yana Samsudin

1. Lisa Surihani
2. Maya Karin
3. Neelofa
4. Nora Danish
5. Yana Samsudin

Ramalan Budiey: Lisa Surihani

10. Artis Komedi Lelaki Popular - Zizan Razak

1. Angah
2. Jepp
3. Johan
4. Nabil
5. Zizan Razak

Ramalan Budiey: Johan

11. Artis Komedi Wanita Popular - Didie Alias

1. Aliza Abdullah @ Enot
2. Didie Alias
3. Jihan Raja Lawak
4. Noorkhiriah
5. Sharifah Shahira

Ramalan Budiey: Didie Alias

12. Pengacara TV Lelaki Popular - Aznil Nawawi

1. AC Mizal
2. Awal Ashaari
3. Aznil Nawawi
4. Faizal Ismail
5. Zizan Razak

Ramalan Budiey: Aznil Nawawi

13. Pengacara TV Wanita Popular - Fara Fauzana

1. Adibah Noor
2. Didie Alias
3. Fara Fauzana
4. Neelofa
5. Sharifah Shahira

Ramalan Budiey: Fara Fauzana

14. Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail

1. Ag
2. Faizal Ismail
3. Halim Othman
4. Johan
5. Nabil

Ramalan Budiey: Johan

15. Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana

1. Abby Fana
2. Dj Lin
3. Fara Fauzana
4. Linda Onn
5. Raja Azura

Ramalan Budiey: Fara Fauzana

Shaheizy Sam

5 Finalis Kategori Online ABPBH 2012

1. Watak jahat dalam filem atau drama popular - Sofi Jikan

1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Bront Palarae
4. Sofi Jikan
5. Zizan Razak

Ramalan Budiey: Aaron Aziz

2. Gandingan di layar serasi - Johan & Zizan Razak

1. Aaron Aziz & Nadiya Nissa
2. Adi Putra & Nora Danish
3. Aiman Hakim Ridza & Izara Aishah
4. Johan & Zizan Razak
5. Shaheizy Sam & Yana Samsudin

Ramalan Budiey: Aaron Aziz & Nadiya Nissa

3. Watak animasi tempatan popular ABPBH - Upin & Ipin

1. Anak-anak Sidek
2. Boboiboy
3. Kacang
4. Upin & Ipin
5. Usop Sontorian

Ramalan Budiey: Upin & Ipin

4. Artis berpengaruh di laman media sosial - Zizan Razak

1. Aaron Aziz
2. Shila Amzah
3. Stacy
4. Yana Samsudin
5. Zizan Razak

Ramalan Budiey: Aaron Aziz

5. Artis lelaki stailo - Zizan Razak

1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Awal Ashaari
4. Shaheizy Sam
5. Zizan Razak

Ramalan Budiey: Aaron Aziz

6. Artis wanita stailo - Melissa Francis

1. Lisa Surihani
2. Melissa Francis
3. Nora Danish
4. Stacy
5. Yana Samsudin

Ramalan Budiey: Yana Samsudin

7. Artis Asia Paling Popular - Zizan Razak

1. Aaron Aziz
2. BIGBANG
3. Shila Amzah
4. Super Junior
5. Zizan Razak

Ramalan Budiey: Aaron Aziz

Anugerah Sepanjang Hayat - Search

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat diberikan kepada kumpulan Search sebagai mengiktiraf sumbangan dan jasa mereka dalam bidang muzik selama 32 tahun. Tahniah Search!

Kredit Foto: Faisol (Malaysian Digest)

Komen via Facebook

Komen

Gambar Selebriti di Karpet Merah Anugerah Bintang Popular 2012

Posted: 07 Apr 2013 04:56 AM PDT

Akhirnya, anugerah tahunan anjuran akhbar terkenal Malaysia, Berita Harian paling berprestij dan paling glamor dalam sejarah dunia hiburan tanah air, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH'12) yang edisi ke-26 telah pun berlangsung.

Seawal jam 7.45 malam tadi telah berlangsungnya acara karpet merah yang menampilkan ramai selebriti baru dan lama, yang sendu dan yang terkemuka dan yang meletop dan tak kurang yang jadi mangsa fesyen. Acara red karpet kali ini pastinya tak seperti suasana di puncak keriangan Genting kerana tahun ini Budiey rasa lain macam bila ABP berpindah lokasi di Kuala Lumpur yang hangat membahang.

Namun begitu selepas 20 minit berlangsung, hujan turun membasahi karpet merah dan kami jurugambar dan selebriti terpaksa berada dalam Stadium Putra. Keadaan agak tak tentu hala sedikit namun, segalanya dah pun tersurat, pentas karpet merah yang grand tak dapat digunakan sampai habis acara. Namun apa yang penting bagi Budiey, fesyen dan trendy gaya mereka perlu selaras dengan tema ABPBH2012 iaitu Ledakan Geometri.

Jom kita lihat antara gambar yang sempat ditangkap dari lensa kamera Budiey.

Gambar Selebriti di Karpet Merah Anugerah Bintang Popular 2012 Part 1

ABPBH2012

Didie Alias

ABPBH2012

Ayu

ABPBH2012

Marsha & Michael Ang

ABPBH2012

Amar Asyraf

ABPBH2012

Rozita Che Wan

ABPBH2012

Zain Saidin

ABPBH2012

Fara Fauzana

ABPBH2012

Hazama

ABPBH2012

ABPBH2012

Nad Zainal

ABPBH2012

Nazim Othman

ABPBH2012

Adibah Noor

ABPBH2012

Soo Wincci

ABPBH2012

Maya Karin

ABPBH2012

Fida Ibrahim

ABPBH2012

Hazami

ABPBH2012

Atikah Suhaimi

ABPBH2012

ABPBH2012

ABPBH2012

Komen via Facebook

Komen

', enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: 'Budiey'}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('twitter'); } }); jQuery('#facebook').sharrre({ share: { facebook: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('facebook'); } }); jQuery('#googleplus').sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: 'http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php', click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('googlePlus'); } }); });

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu