Zon Artis |
Ammar Alfian Dedah Puteri Sarah Bercinta Dengan Syamsul Yusof Posted: 28 Apr 2013 08:54 PM PDT Pelakon dan model, Ammar Alfian Aziz secara terbuka telah mendedahkan yang bekas kekasihnya iaitu Puteri Sarah Liyana sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pengarah filem popular, Syamsul Yusof. Bagaimanapun Ammar berkata, dia berasa pelik kenapa Puteri Sarah merahsiakan hubungan itu selain mendakwa dirinya masih solo sedangkan mereka sudah menjalinkan cinta sejak Oktober tahun lalu.
Sebelum itu, Puteri Sarah dalam sebuah akhbar pada Ahad mendakwa hubungan cintanya dengan Ammar selama hampir lima tahun merupakan satu pembaziran dan dia tidak menyesal dengan perpisahan itu. Laporan berkenaan turut menyebut Puteri Sarah dilaporkan sedang mengenali isi hati pengarah filem popular selepas mereka digandingkan dalam sebuah drama bersama tetapi ia dinafikan oleh Puteri Sarah. Ekoran berita tersebut, Ammar memberi respon – sepatutnya selepas bertukar imej dengan bertudung, Puteri Sarah tidak wajar menceritakan perihal peribadi selain memburuk-burukkan perhubungan mereka dahulu.
Dalam perkembangan lain, Ammar mengakui dia kini sudah pun menjalinkan hubungan cinta baru dengan seorang model yang dikenali dengan nama Shella. Baguslah, yang patah tumbuh dan yang hilang berganti. Menurut Ammar, dia tidak mahu memandang perkara-perkara yang lepas kerana ingin membina kehidupan dengan wanita yang disayanginya itu selain mahu memberikan tumpuan terhadap kerjanya sebagai model.
Zon Artis: Sejauh mana kebenaran pendedahan yang dibuat oleh Ammar Alfian ini, sama-sama kita nantikan jawapan daripada Puteri Sarah dan Syamsul Yusof sebab kalau dengar hanya dari sebelah pihak saja, ada kelompangan di situ. |
You are subscribed to email updates from Zon Artis To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan