Ahad, 28 April 2013

OHBULAN!

OHBULAN!


Saya Tak Setuju Cara Juri Judge – Zain Saidin

Posted: 28 Apr 2013 10:12 PM PDT

Zain Saidin MasterChef Selebriti 2

Program MasterChef Selebriti Malaysia untuk musim kedua yang bersiaran menerusi saluran Astro Ria (104), Mustika HD (134) serta Astro On The Go menyaksikan empat selebriti iaitu Zain Saidin, Rozita Che Wan, Sathiya dan Lisdawati yang terpaksa berentap di zon penyingkiran.

Bagaimanapun, keputusan tidak menyebelahi Zain Saidin apabila pihak juri sebulat suara memutuskan bahawa dia perlu meninggalkan dapur MasterChef.

Berikutan keputusan tersebut, Zain dilihat mempertikaikan keputusan pihak juri sehingga menghamburkan kata-kata yang tidak sopan dan menimbulkan perbalahan di antara mereka.

Tadi juri ada tanya, berbaloi ke saya tanya kawan-kawan saya? Ya, saya rasa sangat berbaloi sebab kalau nak makan dengan nasihat chef satu tu je,tak mungkin saya dapat sampaikan apa-apa dalam pinggan ini. Tapi kawan-kawan bagitau bahan-bahan apa yang nak kena pakai dan sebagainya, jadi dapat juga saya sampaikan pancake yang worst chef pernah rasa tu.

Cara juri-juri judge kami punya makanan saya tak setuju. Maaf saya katakan.

Sebagai juri anda tak capai ke tahap pengadil yang adil. Jadi, tolonglah adil. Saya tahu tahap saya bukan chef sebab saya penghibur, tapi saya ucapkan terima kasih di atas kesempatan ini," Ujar Zain penuh tegas.

Dalam pada itu, Rozita Che Wan dilihat bersikap tenang dan seolah-olah mempertahankan tindakan teman lelakinya.

Biasalah orang tengah marah macam-macam dia nak keluarkan.Kalau marah, kita kena diam. Bila dia diberi peluang untuk bercakap memang dari A sampai Z la dia keluar," komen Che Ta atas tindakan kurang sopan Zain.

Atas tindakan kurang sopan itu,  Zain telah menerima pelbagai kritikan negatif dikalangan peminat menerusi laman Facebook MasterChef Malaysia sehingga ada yang mempertikaikan bagaimanakah Che Ta boleh menerima Zain sebagai kekasih hati.

MasterChef Selebriti

Foto-foto sekitar MasterChef Selebriti Malaysia yang berlangsung semalam untuk tatapan anda :

Kredit Foto : Facebook MasterChef Malaysia

Tags:

Faizal Tahir & Ahmad Idham Respon Kenyataan Norman KRU

Posted: 28 Apr 2013 09:32 PM PDT

Ahmad Idham & Faizal Tahir

Nampaknya, bukan sahaja penyokong Pakatan Rakyat dan para peminat Norman KRU yang tidak bersetuju dengan kenyataannya. Malah, rakan selebriti iaitu Ahmad Idham dan Faizal Tahir turut bersuara menolak pendapat Norman.

Menerusi akaun Twitter kedua-dua selebriti tersebut, pengarah, Ahmad Idham dan juga penyanyi, Faizal Tahir, telah menulis kenyataan yang dilihat secara jelas tidak setuju dengan kenyataan Norman KRU (boleh baca disini).

Faizal Tahir menerusi akaun Twitternya menulis, "Some people have seriously got to be kidding me by saying industry filem dan muzik akan hancur kalau bertukar tangan pimpinan."

Faizal turut menambah, "Dr seorg 'org lama' industri – 'kalau PAS berkuasa, industri filem & muzik kita akn hancur' Hahaha"

Screen Shot 2013-04-29 at 11.59.32 AM

Ahmad Idham pula menerusi akaun Twitternya juga dipercayai menulis tweet dibawah selepas Norman menulis kenyataannya di laman Twitter.

Screen Shot 2013-04-29 at 12.00.24 PM

Tak cukup disitu, gitaris Hujan iaitu AG Coco juga dipercayai menujukan tweet-nya ini kepada Norman KRU.

Screen Shot 2013-04-29 at 12.13.38 PM

Nampaknya, ramai selebriti yang tidak berapa setuju dengan kenyataan Norman KRU. Dijangkakan lebih ramai lagi yang tidak bersetuju, namun mungkin mereka mengambil jalan untuk tidak terlibat dalam isu ini.

Apa pun, kata-kata oleh Joe Lee (@klubbkidkl) menerusi akaun Twitternya benar-benar menarik perhatian kami.

"Baik Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat – undi anda adalah undi anda. Let nothing sway you from the reality of things."

Tags: , , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu