Khamis, 4 April 2013

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Drama Cinta Jangan Pergi Disiar Selama 2 Jam 6 April Ini

Posted: 04 Apr 2013 05:15 PM PDT

TAYANGAN PERDANA DRAMA CINTA JANGAN PERGI SELAMA DUA JAM 6 APRIL INI!

Drama istimewa Cinta Jangan Pergi, gandingan Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Josiah Hogan dan Nadiya Nisaa, tentunya dinanti-nantikan oleh penonton! Akhirnya penantian yang sekian lama daripada peminat berbaloi apabila TV9 mengambil keputusan untuk menayangkan tayangan perdana selama dua jam untuk episod pertama dan kedua pada 6 April, jam 8.30 malam hingga 10.30 malam.

Ini adalah untuk memberi laluan kepada Hip TV yang menyiarkan liputan eksklusif karpet merah bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), pada jam 8.30 malam dari Stadium Putra, Bukit Jalil. Pada minggu berikutnya, Cinta Jangan Pergi akan disiarkan seperti biasa iaitu setiap Sabtu dan Ahad, jam 8.30 malam hingga 9.30 malam.

cinta-jangan-pergi

Drama arahan pengarah tersohor, Kabir Bhatia, tentunya mendapat sambutan ramai kerana jalan cerita yang unik beserta barisan pelakon terkenal serta berpengalaman. Ditambahkan pula suasana penggambaran yang dijalankan amat menarik iaitu di sekitar Eropah termasuk Paris dan Interlaken, Switzerland.

Cinta Jangan Pergi, setiap Sabtu dan Ahad, jam 8.30 malam hanya di TV9

Episod pertama akan menceritakan detik pertemuan di antara Lea Soraya (Tiz Zaqyah) dan Kalil (Remy Ishak) di benua Eropah. Pengembaraan Lea Soraya ke Eropah secara bersendirian telah menemukan dia dengan seorang jejaka Melayu bernama Kalil yang tidak pernah dikenalinya sebelum ini. Kehadiran Kalil pada awalnya tidak menyenangkan Soraya. Namun, bagai tidak dapat menolak daya tarikan Kalil yang mempesona, Soraya mula senang bersama Kalil sepanjang pengembaraan mereka.

Tidak dijangka, rasa cinta mula menular di segenap nadi milik Lea Soraya dan Kalil. Interlaken menjadi saksi cinta mereka apabila Kalil meluahkan rasa cinta dan berjanji Interlaken akan menjadi destinasi bagi meraikan ulang tahun perkenalan mereka setiap tahun.

Cinta mereka berlanjutan dan dalam episod kedua, Kalil telah menamatkan latihan praktikal lebih awal ingin pulang ke Malaysia untuk membuat kejutan buat Soraya yang setia menantinya setelah dia tamat pengajian setahun lalu. Perkhabaran kepulangan Kalil hanya diketahui Soraya melalui Shireen, kawan Kalil di Eropah yang juga meminati Kalil. Soraya bingun dan cuba menghubungi Kalil. Apakah yang terjadi kepada Kalil?

Adakah Kalil sudah melupakan janjinya pada Soraya? Pastikan temu janji anda bersama pelakon kesayangan anda dalam Cinta Jangan Pergi, setiap Sabtu dan Ahad, jam 8.30 malam hanya di TV9!.

Komen via Facebook

Komen

Namewee Bakal Lancar Filem Kara King Ogos Ini

Posted: 04 Apr 2013 11:10 AM PDT

Filem ketiga Namewee iaitu filem Kara King telah pun siap dan sekarang tengah menunggu masa untuk ditayangkan pada bulan Ogos 2013 di pawagam seluruh dunia termasuk  Malaysia + HongKong + Taiwan + Singapore + China + Canada. Budiey sempat bertemu dengan Namewee dan menembual beliau di AIFFA 2013 di Kuching, Sarawak minggu lalu tentang filem ini.

KLIK VIDEO: Temubual Budiey Bersama Namewee Tentang AIFFA2013

Selepas berjaya mengarahkan filem Nasi Lemak 2.0 dan Hantu Gangster, Namewee kembali dengan filem terbarunya Kara King yang mengisahkan tentang dunia muzik rock dan pertandingan karaoke.

Filem ini menjalani pengambarannya pada tahun lepas berlokasikan di Tras, Pahang.

Apa yang menarik dalam filem "Kara King", Namewee turut mendapatkan khidmat penyanyi popular Taiwan, Gao Ling Feng, dan pelakon veteran Hong Kong, Ng Mang Tat. Bagi yang tidak tahu, Ng Mang Tat adalah seorang pelakon yang sering bekerjasama bersama Stephen Chow.

Filem ini dikatakan bakal menelan belanja lebih RM3 Juta dan penggambarannya akan dibuat di Malaysia sehingga Julai ini. Selepas itu, penggambaran akan diteruskan pula di China dan Hong Kong. Menurut Namewee, filem ini mengisahkan tentang muzik yang menjadi medium kepada seorang anak dan bapa dalam merapatkan hubungan mereka berdua.

"Ini adalah kisah tentang bagaimana muzik boleh menjadi medium untuk merapatkan jurang antara seorang bapa dan anaknya, dan saya amat berbangga dapat berlakon dan menjadi anak kepada pelakon kegemaran saya, Ng Mang Tat dalam filem ini." – Namewee dipetik dari Yahoo News.

Untuk pengetahuan, sebelum ini, filem Namewee berjudul "Nasi Lemak 2.0″ telah merangkul anugerah 'Best Asian New Director' di Osaka, Taipei Golden Horse, Okinawa Film Festivals dan yang terbaru New York Asian Film Festival serta Puchon Korea Film Festival.

Komen via Facebook

Komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu