Khamis, 4 April 2013

OHBULAN!

OHBULAN!


Pakcik Ibrahim Bakal ‘Caras’ Artis YouTube Lain?

Posted: 04 Apr 2013 10:09 PM PDT

Pakcik Ibrahim

Biasanya, jika disebut artis Youtube, ia sinonim dengan remaja-remaja seperti Najwa Latiff ataupun Ainan Tasneem. Tapi kini, ia bukan lagi terhad untuk golongan muda.

Seorang warga emas yang dikenali sebagai Ibrahim Ahmad, 66, atau lebih mesra disapa sebagai Pakcik Ibrahim merupakan salah sorang individu yang menjadi bualan hangat oleh segelintir penonton di laman YouTube pada masa kini.

Perkara ini bermula apabila sebuah video nyanyian Pakcik Ibrahim telah dimuat naik oleh anak perempuannya sendiri iaitu Norinah Ibrahim menerusi laman YouTube pada 27 Mac lalu dan menerusi video tersebut, ia telah mencatat jumlah tontonan hampir 13,000 kali serta mendapat hampir 7,000 'like'.

Setelah mendapati video ayahnya mendapat sambutan hangat oleh penonton di laman YouTube, Norinah telah cuba memuat naik beberapa lagi video lain dan nampaknya semua video tersebut mendapat respon yang positif daripada pelbagai pihak.

Menurut Pakcik Ibrahim, dia sememangnya amat meminati lagu-lagu Melayu dan Indonesia, serta menggemari lagu nyanyian Broery Marantika berjudul Widuri dan Angin Malam.

Persoalannya disini, adakah Pakcik Ibrahim bakal meletakkan satu lagi 'benchmark' kepada para penggiat seni tempatan? Atau mungkin selepas ini bakal memberikan tamparan hebat pada artis-artis Youtube lain? Kita tunggu nanti ya.

Berikut kami lampirkan video nyanyian Pakcik Ibrahim untuk hiburan anda semua. Enjoice!

Tags: , ,

Foto Mesra Nabila Huda & Nas-T. Tengah Bercinta Ke?

Posted: 04 Apr 2013 08:23 PM PDT

88207f68948811e2891a22000a9d0ec6_7

Aktres berbakat, Nabila Huda mengaku kini dirinya sedang hangat menjalinkan hubungan cinta bersama seorang pelakon lelaki iaitu Nas-T.

Menurut Nabila Huda atau lebih mesra disapa sebagai Abil, dirinya telah bersedia untuk membawa hubungan mesranya bersama Nas-T ke peringkat yang lebih serius dan akui jejaka tersebut merupakan seorang yang amat memahami dirinya.

"Kami merupakan sahabat baik yang ingin membawa hubungan ini ke peringkat seterusnya. Saya sudah mengenali Nas-T sejak zaman remaja kami lagi. Namun, pada waktu itu tidak pernah terlintas untuk bersama. Hubungan ini terjalin secara tiba-tiba tanpa kami sedari.

"Saya bukan senang nak jatuh cinta tapi sifat Nas-T yang begitu menyenangkan dan 'cool' membuatkan saya tertarik dengan dia. Saya tidak suka orang yang mengongkong hidup saya dan sebagainya. Tapi Nas-T begitu memahami saya."

"Dalam sesuatu hubungan, komunikasi itu penting. Saya sangat bahagia ketika bersama Nas-T kerana pasti ada saja benda yang ingin dibualkan. Lagi-lagi kami berdua memang banyak cakap dan masing-masing 'kepala gila,' ujar Abil menerusi laporan Gua.com

Berikut kami selitkan beberapa foto mesra Abil dan Nas-T untuk tatapan anda semua.

Kredit Foto : Instagram Nabila Huda

Tags: , , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu