Rabu, 24 April 2013

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Filem Pecah Bakal Pecah Panggung?

Posted: 24 Apr 2013 10:56 AM PDT

Filem adaptasi novel terlaris di pasaran Buku Fixi bertajuk "Pecah" kini dikatakan bakal 'Kasi Pecah' panggung kerana kelainan dan kemantapan para pelakonnya.

Filem arahan Asrulhisham Ahmad atau lebih dikenali sebagai Black ini bakal bersaing dengan filem terkenal antarabangsa yang turut ditayangkan pada minggu yang sama. Grand Brilliance nampaknya begitu yakin pasti ramai peminat-peminat di luar sana akan memilih filem Pecah berbanding filem antarabangsa tersebut terutamanya dari kalangan pembaca buku Fixi.

Filem terbitan Lightbulb Pictures dan edaran Grand Brilliance ini akan mula ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia pada 13 Jun 2013 ini.

Antara barisan pelakon yang membintangi filem Pecah adalah Fizz Fairuz (Pelakon TV Lelaki Popular, ABP 2011), Sofi Jikan (Watak Jahat Dalam Drama atau Filem Popular, ABP 2013), Tony Eusoff, Ako Mustapha dan Izreen Azminda.

Pecah berkisarkan sebuah rompakan bersenjata oleh Alan, Herman, Radi dan Don di salah sebuah bank terkemuka negara dan kekecohan yang berlaku selepasnya. Bakal ditayangkan di pawagam pada pertengahan tahun 2013, Pecah dijangka akan menggegarkan industri perfileman tempatan yang dahagakan filem penuh aksi seperti ini.

Segala informasi dan gambar filem Pecah boleh didapati di laman Facebook Page Filem Pecah dan OST Turun Dari Langit (Project Pistol) di laman Youtube Grand Brilliance yang kini juga bakal memasuki carta-carta radio tempatan. Ikuti juga perkembangan filem ini melalui akaun Twitter @PecahTheMovie untuk memenangi beberapa hadiah misteri.

Grand Brilliance juga bakal mengegarkan industri perfileman tanahair dengan beberapa buah filem terbaik mereka seperti Kil (30 Mei 2013), KL Zombi, Pencinta, Pengapit, Mamak Cupcake, Lebuhraya Ke Neraka, Penanggal, KL Gangster 2, Anak Jantan, Sejoli dan Gila Baby. Filem 7.7.77 (arahan Raja Mukhriz) dan Showdown (arahan Khai M. Bahar) pula bakal menjalankan penggambaran.

Pecah Film Official Poster

Komen via Facebook

Komen

Natasha Hudson & Carleed Terima Cahaya Mata Pertama

Posted: 24 Apr 2013 10:46 AM PDT

Tahniah Budiey ucapkan buat pelakon Natasha Hudson atau nama Natasha Liana Hudson yang telah selamat melahirkan bayi perempuan sekitar jam 5.45 petang tanggal 22 April 2013 di Pusat Perubatan dan Bersalin UMRA, Shah Alam. Syukur alhamdulilah, segalanya selamat. Ini adalah anak pertama Natasha bersama Carleed. Kira dia dah ada dua orang anak. Terdahulu, Natasha dah melahirkan Nessa Helena yang kini berusia lima tahun, anak hasil perkahwinan sebelum ini. Natasha dan Carleed atau nama sebenarnya Khalid Kamal, 33, berkahwin pada April tahun lalu di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Natasha telah mengumumkan berita gembira ini menerusi laman sosial Instagram. Aktres itu menerusi kenyataanya di Instagram juga bersyukur proses kelahiran berjalan dengan lancar dan dia berserta anaknya itu berada dalam keadaan sihat. Natasha juga tak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada keluarga serta peminat-peminatnya yang sentiasa mendoakan agar proses kelahirannya berjalan dengan baik.

Natasha telah dimasukan ke wad bersalin pada pukul 4 petang Isnin dan selamat melahirkan bayi pada pukul 5.45 petang. Isteri kepada Carleed Khaza itu bersalin secara normal tanpa sebarang suntikan 'epidural' mahupun 'induction'.

Setakat ini pasangan itu belum mempunyai nama untuk bayi tersebut meskipun Natasha berkata dia suaminya telah pun memilih beberapa nama untuk bayi itu namun hanya akan menamakan anak mereka selepas tujuh hari kelahirannya.

Setakat ini, Natasha belum menyiarkan gambar anaknya yang baru lahir.

Komen via Facebook

Komen

', enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: 'Budiey'}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('twitter'); } }); jQuery('#facebook').sharrre({ share: { facebook: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('facebook'); } }); jQuery('#googleplus').sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: 'http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php', click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('googlePlus'); } }); });

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu