Rabu, 24 April 2013

OHBULAN!

OHBULAN!


Peminat Pengsan Tengok Nazim Othman Buat Gwiyomi

Posted: 24 Apr 2013 10:03 PM PDT

Nazim Othman

Nampaknya virus Gwiyomi semakin menjadi-jadi dikalangan para selebriti tempatan.

Sebelum ini anda hanya dapat saksikan selebriti wanita sahaja yang buat aksi comel Gwiyomi, bagaimana pula dengan aksi selebriti lelaki?

Artikel berkaitan :

  1. Demam Gwiyomi Melanda Malaysia
  2. Keek : Video Gwiyomi Versi Wawa Zainal Lagi Comel?
  3. Video : Gwiyomi Versi Nora Danish Lebih Comel & Mengancam!

Nazim Othman telah memuat naik sebuah video comelnya membuat Gwiyomi menerusi laman Keek. Respon para peminat rata-ratanya memuji aksi comel pelakon tersebut sehingga ada yang jatuh cinta dengan telatahnya.

Screen Shot 2013-04-25 at 1.02.39 PM

Wow, hebat betul penangan Gwiyomi kan?

Jom tengok video Gwiyomi versi Nazim Othman selepas ini. Comel tak?

Apr 6, 2013 | Gwiyomi nazim ting tong…~ by nazothman on Keek.com

Fouziah Dedah Status Cinta Dan Foto Bersama Kekasih

Posted: 24 Apr 2013 09:03 PM PDT

Fouziah Ghous 1

Wow! Selepas gosip demi gosip, spekulasi demi spekulasi, akhirnya pelakon berusia 31 tahun ini mendedahkan statusnya serta wajah kekasih yang selama ini disorok.

Boleh dikatakan sebagai artis yang kekal awet muda dan kelihatan lebih muda dari usia sebenar, Fouziah Ghous menerusi sebuah majalah hiburan tempatan menjelaskan dia kini sedang menjalin hubungan cinta bersama seorang lelaki yang juga merupakan rakan kongsi perniagaannya.

"Kami hanya kenal sebagai kawan yang mana mahu berbincang untuk menjalankan perniagaan sarang burung. Tanpa disedar, bisnes yang kami jalankan bersama membawa hubungan kemi ke satu tahap yang lain pula." – dipetik dari majalah Media Hiburan.

Fouziah Ghous

Fouziah dalam laporan yang sama turut mendedahkan bahawa dia dan kekasihnya akan membawa hubungan mereka ke jinjang pelamin dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk menamatkan status solo masing-masing.

"InsyaAllah, jika tidak ada aral melintang saya akan berkahwin tahun ini juga. Semuanya sudah dalam perancangan, tinggal masa sahaja.

"Sama ada akan bertunang atau terus nikah, itu semua masih lagi dalam perbincangan antara kedua belah pihak."

Nampaknya Fouziah bakal menamatkan zaman bujangnya tak lama lagi. Tahniah la diucapkan dari OHBULAN! ya! Kepada anda yang masih tak tahu siapakah lelaki bertuah yang berjaya memikat hati Fouziah, inilah dia orangnya.

Kekasih Fouziah Ghous?

Amboi, bukan main siap berputing susu lagi teman lelaki Fouziah ni kan? Mana satu bapa budak ni? Hahaha. Jom tengok beberapa keping lagi gambar kekasih Fouziah Ghous selepas ini.

Tags:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu