Ahad, 21 April 2013

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Raja Ilya Nafi Bakal Kahwin Tahun Ini

Posted: 21 Apr 2013 08:26 PM PDT

Sebelum ini pelakon Raja Ilya mengakui kecewa teruk selepas putus tunang dan dia hampir membunuh diri akibat tertekan. Namun baru-baru ini, pelakon kelahiran Ipoh, Perak itu dikhabarkan bakal berkahwin pada penghujung tahun ini.

Apabila ditanya, Raja Ilya telah menepis dakwaan mengatakan dia bakal bernikah. Sebaliknya menjelaskan yang dirinya masih solo dan tidak menjalinkan hubungan cinta denga mana-mana lelaki sejak putus tunang dua tahun lalu.

"Mana ada saya akan berkahwin. Saya masih solo dan tidak mempunyai kekasih sejak putus tunang dua tahun lalu. Tipu jika saya kata tiada yang cuba mendekati saya, tetapi pintu hati saya masih belum terbuka. Saya lebih senang hidup bersendirian buat masa ini."

Mengakui pengalaman lalu membuatkannya serik dan fobia menerima cinta daripada lelaki, ujar Raja Ilya, fokus utamanya kini adalah aktif dalam karier lakonan.

Raja Ilya juga menolak kenyataan mengatakan dia anti lelaki. Jelasnya, pengalaman lalu hanya membuatkannya bimbang masalah yang sama akan berulang.

Pun begitu katanya Raja Ilya, jika ditakdirkan bertemu dengan seorang lelaki yang berjaya membuka pintu hatinya, dia tidak dapat menolak takdir tersebut.

"Mungkin saya tidak sesuai berada dalam perhubungan. Jadi buat masa sekarang, pendirian saya adalah masih ingin terus kekal solo. Tetapi jika ditakdirkan bertemu dengan seseorang saya terima."

Selepas drama Dahlia, Raja Ilya bakal muncul menerusi drama bersiri Epilog Cinta Khirana tidak lama lagi.

Gambar Raja Ilya semasa hadir di Anugerah Bintang Popular 2012 yang lalu.

Komen via Facebook

Komen

', enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: 'Budiey'}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('twitter'); } }); jQuery('#facebook').sharrre({ share: { facebook: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('facebook'); } }); jQuery('#googleplus').sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: 'http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php', click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('googlePlus'); } }); });

Siti Nurhaliza Bakal Mengundi di Cheras

Posted: 21 Apr 2013 07:54 PM PDT

Selepas penamaan calon, pastinya kini ramai yang sibuk berkempen sana-sini. Ternyata, artis dan selebriti juga tidak ketinggalan untuk menyeru semua peminatnya mengundi parti pilihan masing-masing. Maklumlah, selebriti ni boleh dikira sebagai milik masyarakat dan ramai pula pengikut dan peminatnya sana-sini. Pengaruh artis sangat besar sehinggakan parti yang bertanding menggunakan artis untuk berkempen dan tidak kurang ada artis yang bertanding dalam pilihanraya kali ini.

siti-nurhaliza

Dato' Siti Nurhaliza bakal mengundi di Cheras, Kuala Lumpur pada 5 Mei ini.

Termasuklah penyanyi Dato' Siti Nurhaliza yang mengharapkan agar kerajaan yang bakal diputuskan selepas pilihan raya umum ke13 (PRU13) tidak lama lagi, adalah kerajaan yang terbaik.

Lebih-lebih lagi meletakkan dirinya sebagai artis, Siti berkata dia mengharapkan semua insan seni tanah air termasuk dirinya sentiasa diberi ruang dan peluang untuk menyuarakan pendapat dan pandangan mereka juga seharusnya diambil kira oleh pihak kepimpinan tertinggi.

"Saya sebagai rakyat malaysia semestinya mahukan yang terbaik. Apatahlagi sebagai artis, kami juga antara masyarakat yang menyumbang kepada pembangunan negara. Jadi, kami juga berhak bersuara dan memberikan pandangan.

"Apa yang penting, keamanan serta semua rakyat berhak mendapat dapat kebaikan dalam setiap sudut. Bukan sekadar kehidupan tetapi keistimewaan yang diberikan biarlah sama rata tak kiralah rakyat itu statusnya tinggi ataupun rendah dan perlu juga bergantung kepada keupayaan masing-masing."

Dalam pada itu juga, Siti memberitahu beliau akan mengundi di Cheras, Kuala Lumpur.

Kepada anda jangan lupa keluar mengundi pada 5 Mei ini ya. Undilah dengan BIJAK!

Komen via Facebook

Komen

', enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: 'Budiey'}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('twitter'); } }); jQuery('#facebook').sharrre({ share: { facebook: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('facebook'); } }); jQuery('#googleplus').sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: 'http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php', click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('googlePlus'); } }); });

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu