Khamis, 18 April 2013

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


LoQue Selamat Dikurniakan Anak Sulong Perempuan

Posted: 18 Apr 2013 07:21 PM PDT

Pagi ini, Budiey dihubungi oleh penyanyi, pemuzik dan komposer terkenal, LoQue atau nama sebenarnya Khairil Ridzwan Annuar melalui Whatsapp. Vokalis grup MonoloQue ini memberitahu satu berita gembira di mana isterinya, Dahlia telah selamat melahirkan anak sulong mereka seberat 2.785 kilogram di University Malaya Specialist Center (UMSC), Petaling Jaya pada jam 3.36 petang, pada hari Rabu, tanggal 17 April 2013 yang lalu. LoQue dan isteri mendirikan rumahtangga dengan Dahlia Nadia Johari pada Januari 2010

Budiey juga turut diperkenalkan nama bayi perempuan comel yang bernama Anggerik Dang Jelita. Sangat klasik nama anak MonoloQue. Ya, sesuai dengan imej beliau yang sangat sukakan akar umbi Melayu. Namun menurut MonoloQue, nama baby ini dipilih kerana untuk mengikut legasi nama bondanya yang juga dari nama bunga (Dahlia). Jadi, disebabkan dapat anak perempuan, memang elok untuk sambungkan nama bunga sebab nama bunga ni cantik-cantik dan sangat sedap untuk disebut.

anak loque

"Saya sangat sukakan sesuatu yang klasik di samping semua orang tahu maksudnya tapi taklah sampai menggunakan prosa-prosa klasik yang kena pakai kamus untuk faham nama itu. Maklumlah zaman sekarang ni, banyak nama-nama moden yang bunyinya agak kebaratan. Jadi, saya dan isteri mahu kembali ke akar umbi."

Betul juga tu, yang penting senang nak sebut & simple.

LoQue juga ada meletakkan gambar di Facebook miliknya:

Wahai Anggerik Dang Jelita,
Hadir bagai pelita,
Penerang, memecah gelap gelita,
teruja Ayah dan Bonda, tak terkata..

Apa perasaan LoQue bila dikurniakan seorang anak perempuan yang comel?

"Saya sangat terkesima, tak percaya dapat anak comel dan cukup sifatnya. Saya sangat bersyukur pada Tuhan kerana dikurniakan seorang anak."

Tahniah Budiey ucapkan buat LoQue dan isteri. Semoga anak sulong ini membesar dengan sihat, menjadi anak yang berguna dan dibelai dengan penuh kasih sayang. Terima kasih kepada LoQue di atas gambar-gambar baby Anggerik Dang Jelita yang comel-comel ni.

Untuk info, LoQue (sebut: Lohk) merupakan vokalis dan gitaris untuk band Butterfinggers dan berkelulusan Berklee College of Music, Boston, Amerika Syarikat (Ijazah jurusan Composition & Synthesis) dan pernah mendapat pengiktirafan sebagai pelajar Dean's List dari Berklee College; graduan Magna Cum Laude kelas 2009. Loque pernah popular dengan lagu duet bersama Atilia berjudul Kekanda Adinda dan lagu tersebut berjaya ke pentas finalis Anugerah Juara Lagu. Monoloque pernah merakam album yang diberi judul Hikayat Halimunan Abad Ke-21.

Anak Pertama Monoloq

Anak Pertama Monoloq

Anak Pertama Monoloq

monoloQue isteri

Dari kiri: Nadiya Nisaa, Dahlia & LoQue semasa hadir di Pelancaran FFM25 yang lalu.

Komen via Facebook

Komen

Datuk Seri Najib Orang Pertama Dapat Kad Kahwin Beego & Linda

Posted: 18 Apr 2013 06:34 PM PDT

Tahniah Budiey ucapkan! Datuk Seri Najib Tun Razak adalah orang pertama yang menerima kad jemputan kahwin pelakon Beego yang akan berlangsung pada bulan Jun depan. Wow, memang hebatlah Beego. Bukan senang nak pass kad jemputan kat DS Najib Razak tambahan pula beliau sedang sibuk dengan kempen pilihanraya ni. Kiranya, sesuai di musim kempen pilihanraya ini. Tapi ini tiada langsung kena mengena dengan pilihanraya ya. Pastinya, Beego mengkagumi Datuk Seri Najib dan sangat terharu jika pemimpin itu datang ke majlis resepsinya.

beego

Beego atau nama sebenarnya Md Aszerul Nizam Abdullah, 33, berkata, dia telah menyerahkan kad jemputan itu ketika hadir ke Majlis Ramah Mesra bersama Ikon dan Persatuan Seni Budaya Tanah Air di kediaman Najib di Seri Perdana, Putrajaya pada Rabu lalu.

"Perdana Menteri menjadi individu pertama yang dijemput ke majlis perkahwinan saya pada bulan Jun nanti dan saya benar-benar berharap beliau akan hadir. Kebetulan kad jemputan itu baru siap dan semasa hadir ke majlis itu saya mengambil peluang itu untuk menjemput beliau ke majlis perkahwinan saya nanti. Bagaimanapun saya memahami jika beliau tidak dapat hadir kerana sibuk dengan tugas hariannya."

Beego dan artis Linda Hashim merancang untuk bernikah pada 6 Jun depan manakala majlis resepsi pula akan diadakan di ibu negara dua hari kemudian. Linda dan Beego akan dijabkabul pada 6 Jun depan.

Kedua-dua pasangan itu telah bertunang pada 3 November 2012.

Beego yang merupakan seorang duda sebelum ini pernah berkahwin dengan Intan Shahira Mohd Shahru pada 28 Disember 2007 tetapi rumah tangga mereka itu hanya mampu bertahan kira-kira 10 hari sahaja.

Menurut Beego, tindakannya menyerahkan kad jemputan perkahwinannya kepada Najib berlaku secara spontan dan dia tidak berasa gementar untuk bertentang empat mata dengan beliau.

Beego Linda Hashim

Malah Beego turut memuji keperibadian Najib yang mudah didekati.

Sementara itu mengenai persiapan perkahwinannya kata Beego, banyak perkara berjaya diuruskan namun hanya tinggal beberapa urusan kecil yang perlu dilakukan kira-kira dua atau tiga hari sebelum majlis berlangsung.

"Alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar dan tiada apa yang perlu dirisaukan," katanya.

Tambah Beego, dia telah bersedia untuk menempuh alam perkahwinan buat kali kedua bersama Linda dan berharap perkahwinan itu nanti akan kekal sehingga akhir hayat mereka.

"Tiada apa yang saya harapkan selain ia kekal dan sebagai lelaki saya mahu menjadi lebih bertanggungjawab dan menjaga keharmonian rumah tangga," jelasnya.

Dalam perkembangan lain Beego masih sibuk menyelesaikan beberapa projek lakonan yang telah diterimanya sebelum bercuti untuk berkahwin.

Sumber: Mstar Online

Beego Linda Hashim

Komen via Facebook

Komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu