Khamis, 18 April 2013

OHBULAN!

OHBULAN!


Azean Irdawaty Kritikal & Pembedahan Terpaksa Ditangguhkan

Posted: 18 Apr 2013 09:30 PM PDT

Azean IrdawatyPara peminat pasti sudah tahu tentang situasi seniwati Azean Irdawaty kan? Ibu kepada Benjy ini kini sedang menjalani rawatan di hospital bagi melawan penyakit kanser yang dihidapinya.

Namun sebentar tadi, Astro Awani melaporkan bahawa pelakon popular ini berada dalam keadaan kritikal dan doktor mengesahkan barah tumornya sudah merebak ke kawasan lain.

Azean yang sepatutnya menjalani pembedahan semalam (18 April) terpaksa ditangguhkan oleh doktor ke tarikh 22 April iaitu hari Isnin depan atas sebab tertentu.

Mari kita sama-sama doakan semoga pembedahan seniwati Azean Irdawaty berjalan lancar.

Kepada anda yang mahu memberikan sumbangan ikhlas bagi membantu kos pembedahan, anda boleh salurkan terus ke akaun bank Azean Irdawaty Yusoef, 16240100009490 (RHB Bank).

Dibawah ialah foto terbaru Azean yang diambil dari laman Facebook Inessa Irdayanty.

163564_10151411101743553_1086444818_n

Tags:

Emma Maembong Wanita Yang Hadiahkan Zizan iPhone 5?

Posted: 18 Apr 2013 09:12 PM PDT

Emma Maembong & Zizan

Memandangkan Selasa lalu pelawak dan pengacara popular, Zizan Razak mengaku sudah miliki teman istimewa, seorang aktres jelita iaitu Emma Maembong telah dikaitkan dalam perkara tersebut.

Spekulasi ini timbul apabila pelakon wanita itu dilihat hadir pada malam majlis sambutan ulangtahun Zizan pada Ahad lalu di Felda D'villa, Kuala Lumpur.

Namun begitu, Emma Maembong telah menolak dakwaan kononnya dia adalah wanita yang dimaksudkan oleh Zizan dan menegaskan agar namanya tidak dikaitan dalam perkara tersebut.

Rasa lucu pula apabila orang katakan saya sebagai gadis yang berada di hati Zizan kerana sebelum ini nama Kaka yang dikaitkan.

Biarpun dia mempunyai ciri-ciri lelaki yang saya sukai, tidak semestinya hanya Zizan sahaja yang mempunyai ciri-ciri seperti itu.

Saya mengetahui bahawa dia sudah mempunyai teman wanita namun saya tidak mengenalinya. Lagipun ia merupakan hal peribadi Zizan, jadi jangan libatkan saya. – Tegas Emma menerusi laporan Sinar Harian Online. 

Tags:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu