Ahad, 14 April 2013

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Adegan Panas Nora Danish Berpelukan Tanpa Baju

Posted: 14 Apr 2013 07:39 PM PDT

Nama Nora Danish dan Rusdi Ramli jadi panas gara-gara kontroversi yang tercetus menerusi adegan lakonan mereka berpelukan tanpa berbaju dalam filem Mencari Cinta.

Bagi Nora, dia tidak kisah apabila isu itu diperbesar-besarkan kerana dia sudah lali dan sentiasa dikaitkan dengan pelbagai gosip. Malah dia sedikit pun tidak risau dengan hal itu kerana menganggap ia tidak mengganggu prestasi kerjanya.

mencaricinta

Menurut kata Nora Danish:

"Dalam filem itu saya bukannya bogel pun. Cuma lakonan kami sahaja nampak mesra sebagai suami isteri. Lagipun, mengenali Rusdi di set penggambaran, dia seorang yang sangat peka dengan setiap pergerakan dan lakonannya. Malah dia akan melihat apa kepentingannya dia berlakon sebegitu dalam sesebuah filem. Saya harap masyarakat tonton dahulu sebelum memberi komen."

Namun begitu, dia berasa kasihan terhadap 'suaminya', Rusdi Ramli berharap pihak lain memberikan ruang kepad aktor berkaliber itu bersendirian sehingga isu tersebut reda.

"Saya faham dengan situasi Rusdi. Walaupun dia seorang pelakon senior, rasanya belum pernah lagi dia terkena kontroversi seperti ini. Saya percaya dia terkejut dan tidak tahu nak buat apa-apa sehinggakan dia tidak hadir ke majlis tayangan perdana filem ini pada Khamis lalu."

Sementara itu, pengarah filem Mencari Cinta iaitu Shirin Khuzaimi menyifatkan pelakon Rusdi seorang yang tidak profesional kerana gagal menghadiri majlis tayangan perdana filem tersebut baru-baru ini.

Mencari Cinta turut membariskan pelakon Fouziah Gous, Riezman Khuzaimi, Mahmod Ali Basha, Norlida Ahmad, Daphne Iking dan Natasha Hudson, dan akan ditayangkan mulai 25 April ini.

poster filem mencari cinta

Filem bergenre romantik ini merupakan filem terbitan Armnet Intergrated Sdn Bhd dan Madiera Red Movie Associates.

Rusdi Ramli memegang watak sebagai Razlan, seorang pengusaha lembu dan kambing. Walaupun berpelajaran tinggi, dia tetap mahu pulang ke kampung untuk mengerjakan ladang ternakan milik keluarganya. Dia mempunyai tunang bernama Mila lakonan Fouziah Gous, namun Mila telah memutuskan pertunangan mereka tanpa sebab. Dia kemudian terpaksa berkahwin dengan Myra lakonan Nora Danish yang ditinggalkan bakal suaminya di saat majlis perkahwinan mereka.

Menurut Rusdi Ramli, dia menerima tawaran untuk berlakon filem ini kerana filem ini lain dari yang lain. Cara penceritaannya berbeza dan kepercayaan mereka terhadap diribya untuk menggandingkan saya dengan Nora Danish juga membuatkan saya tertarik untuk berlakon dalam filem ini.

Menyentuh tentang adegan panas di ranjang untuk filem ini, Rusdi memberi komen:

"Banyak benda yang tak disangka. Masa baca skrip lain dan saya pula sibuk shooting benda lain sebelum itu, jadi saya tak tahu apa kehendak pengarah untuk watak ini. Bila diberitahu kami kena melakonkan aksi romantik seperti pasangan suami isteri, saya jadi 'culture shock'. Namun, pengarah mempunyai alasan tersendiri bagi menyokong relevannya keperluan watak ini, jadi saya terpaksa akur. Lagipun, sebagai pelakon saya kena ikut kehendak pengarah, jadi saya hanya buat semampu yang boleh. Sejujurnya, saya rasa risau dan takut melakonkan adegan seperti itu."

adegan-panas

mencari-cinta

Komen via Facebook

Komen

Gambar Nabila Huda & DJ Nas-T Bercuti di Bali

Posted: 14 Apr 2013 07:14 PM PDT

Umum dah maklum, pelakon Drama Wanita Popular ABPBH12, Nabila Huda (Abil) kini hangat bercinta dengan pelakon DJ Nas-T. Baru-baru ini mereka telah menikmati percutian pendek mereka selama tiga hari dua malam di Bali. Percutian yang berakhir semalam itu dikatakan sempena meraikan kemenangan Abil. Berikut beberapa lagi gambar mereka berdua sepanjang di sana yang diambil dari Instagram milik Nabila dan Nas-T. Seronok betul mereka nampaknya!

Komen via Facebook

Komen

', enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: 'Budiey'}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('twitter'); } }); jQuery('#facebook').sharrre({ share: { facebook: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('facebook'); } }); jQuery('#googleplus').sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: 'http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php', click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('googlePlus'); } }); });

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu