Ahad, 14 April 2013

OHBULAN!

OHBULAN!


“Lan Todak” Maki Adik Beradik Shila Amzah?

Posted: 14 Apr 2013 09:05 PM PDT

8207_482749788446791_89752321_n

Menerusi status di laman Twitter milik adik penyanyi terkenal, Shila Amzah beberapa jam yang lalu, Syada telah memuat naik beberapa status yang menunjukkan seolah-olah dirinya bengang dengan individu yang memanggil adik beradiknya dengan gelaran yang tidak enak seperti 'barua' dan 'anjing.'

Twitter Syada Amzah

Twitter Syada

Dalam pada itu, menurusi akaun Twitter yang berlainan, dua lagi adik beradik Shila, iaitu Shafiq dan Syahir turut memuat naik status yang sama, di mana mereka telah melahirkan rasa marah dan geram dengan individu yang digelar sebagai 'Lan Todak.'

Melalui semua status tersebut, adakah mungkin individu yang digelar sebagai 'Lan Todak' tersebut ada kaitan dengan pelakon filem juvana, Sharnaaz Ahmad? Apa pun diharapkan perkara sebegini tidak berlarutan dan diharapkan masing-masing akan mencari jalan penyelesian untuk berdamai.

Twitter Shafiq

Twitter Syahir

Sumber : Twitter Syada & Shafiq Amzah

Tags: , , , ,

Tahniah! Fasha Sandha Selamat Bersalin Pagi Tadi

Posted: 14 Apr 2013 08:58 PM PDT

fasha-sandha-nikah-248

Tahniah kami ucapkan pada Fasha Sandha dan keluarga.

Akhirnya, berita yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Selebriti yang juga merupakan isteri kepada Jejai, Fasha Sandha telah selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 9.21 pagi tadi.

Berita ini telah disampaikan melalui laman Facebook peminat, We Love Fasha, sebentar tadi.

Screen Shot 2013-04-15 at 11.46.46 AM

Jejai turut meluahkan rasa bersyukurnya melalui laman Twitter rasminya.

Screen Shot 2013-04-15 at 11.51.54 AM

Bagaimanapun, masih belum ada laporan lengkap tentang nama bayi mereka yang baru saja dilahirkan ini.

Untuk pengetahuan, ini merupakan anak pertama Fasha Sandha dan juga anak kedua bagi Jejai atau pun Rizal Ashram. Dia sebelum ini pernah mempunyai anak lelaki hasil perkongsiannya bersama bekas isteri iaitu Nora Danish.

Jejai dan Fasha telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 27 April 2012.

Update : Gambar bayi lelaki Fasha Sandha

Tags: , , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu