OHBULAN! |
Herman Tino Terima Wang Taruhan RM10,000 Untuk Bertanding Di #PRU13 Posted: 21 Apr 2013 08:23 PM PDT Nampaknya selain Aishah dan Dayangku Intan, penyanyi lelaki yang popular sekitar era 80-an, Herman Tino turut difahamkan bakal bertanding untuk Pilihan Raya ke 13 (PRU13) bagi kerusi Parlimen Tanjong Karang, Selangor. Menurut Herman Tino, dia merasa terharu apabila dua sahabatnya sanggup menggadaikan kereta mereka semata-mata untuk melayakkan beliau bertanding di PRU13 dan dirinya juga turut menerima wang taruhan sebanyak RM10,000.
Mengulas lebih lanjut mengenai perkara tersebut, Herman Tino dikatakan bakal menggunakan lambang bunga raya untuk pilihan raya kali ini dan memegang calon Bebas. Menurut penyanyi tersebut lagi, meskipun beliau tidak dapat menjanjikan pembangunan yang pesat di Tanjong Karang kerana faktor wang, akan tetapi beliau yakin akan dapat membentuk sebuah masyarakat yang harmoni menerusi manifesto yang diperkenalkannya.
|
Star Trek Into Darkness : Siapakah Musuh Sebenar Krew Enterprise? Posted: 21 Apr 2013 05:05 PM PDT Filem Star Trek Into Darkness bakal kembali menemui penonton pada 16 Mei 2013 dengan aksi-aksi yang lebih menggerunkan dan pertarungan yang lebih mencemaskan. Untuk sambungan kali ini, filem tersebut bakal memperkenalkan musuh baru dalam Enterprise yang merupakan ahli krew itu sendiri. Siapakah agaknya musuh dalam selimut itu ya? Adakah dia ahli baru krew tersebut? Apa pun menerusi trailer terbaru filem Star Trek Into Darkness ini, kita dapat lihat terdapat sebuah objek yang dikeluaran daripada lautan, dan objek tersebut kelihatan seakan-akan sebuah kapal perang. Agaknya apa fungsi objek tersebut? Adakah ianya digunakan untuk menentang musuh krew Enterprise? Trailer ini turut memaparkan sebuah objek berbentuk robot yang kelihatan berlegar di ruang angkasa lepas. Mungkin objek ini salah sebuah kapal angkasa musuh yang datang untuk menyerang krew Enterprise, atau mungkin ianya robot milik tali barut itu? Apa pun, semua persoalan akan terjawab apabila anda menonton filem Star Trek Into Darkness ini nanti. Bagi misi kali ini, Kapten James T. Kirk (Chris Pine) bersama krew daripada U.S.S. Enterprise telah ditugaskan untuk mengetuai satu misi pemburuan bagi menangkap individu yang bertanggungjawab dalam mencetuskan kekacauan di Bumi. Bagaimanapun, misi mereka menjadi semakin kritikal dan rumit apabila pangkalan mereka diserang oleh pihak musuh. Anda rasa mampukah mereka bangkit semula dan menyelesaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan? Berjayakah mereka menumpaskan musuh dengan begitu mudah? Kalau nak tahu bagaimana kesudahan filem ini, jangan lupa rebut peluang untuk menyaksikan pratonton "Star Trek Into Darkness" pada 10-12 Mei & 15 Mei, serta tayangan ke seluruh pawagan 3D & IMAX 3D di seluruh Malaysia pada 16 Mei 2013! Saksikan trailer terbaru yang lebih mendebarkan selepas ini. |
You are subscribed to email updates from Portal Hiburan OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan