Isnin, 22 April 2013

OHBULAN!

OHBULAN!


Foto : Romantiknya Nabila Huda & Nas-T Bercuti Di Australia

Posted: 22 Apr 2013 10:06 PM PDT

90decc12a8ac11e2a57122000a1fbe0e_7

Pada 17 April lalu pelakon berbakat, Nabila Huda telah terbang ke Australia bersama kekasih hatinya, Nas-T bagi menjalani penggambaran sebuah cerita arahan Erma Fatima berjudul "Destini Cinta."

Nampaknya bukan mereka berdua sahaja, malah beberapa pelakon terkenal seperti Umie Aida, Pekin Ibrahim, Erra Fazira serta Zul Ariffin turut berada di sana.

e9dfde52a8a511e28dc022000a1f8c21_7

Menerusi foto yang dipaparkan nampaknya Nabila Huda dan Nas-T telah sempat juga berkunjung ke Dreamland. Wah, bukan main sepadan lagi pasangan kekasih ini bukan?

Jika dilihat daripada caption yang ditulis oleh Nabila, pelakon ini seolah-olah berharap agar hubungannya bersama aktor tersebut akan terus berkekalan sampai bila-bila seperti kisah cinta kartun Shrek dan Fiona. Wow, so sweet kan?

9eb8563ca7e411e282a322000a1f9709_7

Seronoknya kalau dapat naik cruise bersama kekasih hati.

eb8d7728a70611e29b0e22000a9f12cb_7

Bukan main bergaya lagi Nabila Huda dan Nas-T berposing. Dah macam ala-ala model pakaian gitu!

c39a25c8a7b411e29a6e22000a1fab27_7

Kisah cinta mereka sering menjadi bualan hangat peminat.

05f35cbca75311e2a61a22000a9e06f0_7

Nabila Huda memeluk mesra teman lelakinya.

Wah, bukan main seronok lagi mereka ya. Disini, kami selitkan 44 keping foto selebriti-selebriti sepanjang mereka di sana.

Kredit Foto : Instagram Nabila Huda, Umie Aida, Erma Fatima & Erra Fazira

Tags:

Trailer KIL : Kerana Cinta Pertama, Dia Batalkan Niat Bunuh Diri

Posted: 22 Apr 2013 09:00 PM PDT

Screen Shot 2013-04-23 at 11.22.47 AM

Kali terakhir kami menonton trailer dari filem tempatan yang berkualiti seperti ini rasanya adalah trailer filem Sepi, arahan Khabir Bhatia.

Namun kini, Grand Brilliance dengan kerjasama Flux Visual Lab telah menerbitkan sebuah filem bertajuk 'Kil', menampilkan muka yang jarang dilihat seperti Redza Minhat dan juga Cristinna Suzzane sebagai tunjang utama filem ini.

Menerusi trailer yang ditayangkan, filem ini berkisarkan tentang sebuah organisasi yang diwujudkan untuk mereka yang ingin membunuh diri. Segala keputusan yang dibuat, tidak boleh ditarik semula. Namun, kerana cinta pandang pertama, semuanya berubah. Apakah yang akan terjadi selepas itu?

Screen Shot 2013-04-23 at 11.23.02 AM

Menariknya dalam trailer ini, teknik sinematografi serta mood pencahayaannya memberikan satu kepuasan dan perasaan yang menusuk kedalam jiwa penonton. Skor muziknya yang bertepatan dengan scene juga memberikan satu pengalaman baru kepada para penonton untuk menjiwai filem ini.

Dan menerusi komen yang ditulis, ada penonton yang menggelarkan Cristina Suzzane sebagai Zooey Deschanel Malaysia. Anda setuju tak? Bagi yang tidak tahu, Zooey Deschanel adalah pelakon filem "500 Days of Summer" dan juga siri tv "New Girl".

Screen Shot 2013-04-23 at 11.24.22 AM

Penampilan Harun Salim Bachik yang membawakan watak serius dalam filem ini juga sebenarnya membuatkan kami sedikit kekok ketika menonton trailer ini. Ya lah, siapa yang tak kenal dengan kumpulan Boboi. Namun, kami pasti, sebagai pelakon berpengalaman, Harun Salim Bachik mampu memberikan impak kepada penonton melalui wataknya.

Screen Shot 2013-04-23 at 12.03.30 PM

Rata-rata penonton memberikan feedback yang positif terhadap trailer ini. Adakah ia mampu menjadi sebuah filem yang mampu menambat hati penonton di Malaysia? Kita tunggu saja di hari tayangannya nanti ya!

Filem ini turut menampilkan Harun Salim Bachik, Hasnul Rahmat dan juga Dira Abu Zahar. Ia akan ditayangkan di seluruh pawagam pada 30 Mei 2013. Jom tonton trailer filem 'Kil' selepas ini!

Tags:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu