Isnin, 22 April 2013

Zon Artis

Zon Artis


(Tahniah!) Natasha Hudson Selamat Lahirkan Anak Perempuan

Posted: 22 Apr 2013 11:07 PM PDT

GAMBAR ANAK PEREMPUAN NATASHA HUDSON DAN CARLEED KHAZA

Sedar tak sedar, pelakon, Natasha Hudson telahpun selamat melahirkan anak perempuan pada pukul 5.45 petang Isnin di Pusat Perubatan dan Bersalin UMRA, Shah Alam hasil perkahwinannya dengan Carleed Khaza.

Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson menerusi laman sosial Instagram miliknya berkata, dia bersyukur proses kelahiran berjalan dengan lancar dan dia berserta anaknya itu berada dalam keadaan sihat.

"Alhamdulillah, saya telah dimasukkan ke wad bersalin pada pukul 4 petang hari ini (Isnin) dan melahirkan pada pukul 5.45 petang.

"Saya bersalin secara normal tanpa sebarang suntikan 'epidural' mahupun 'induction'. Kini kami berada dalam keadaan sihat dan sedang berehat,"

Buat masa ini, Natasha dan suami masih belum memberikan nama kepada anak perempuan mereka itu walaupun mereka sudah ada nama pilihan. Mereka hanya akan menamakan anak mereka selepas tujuh hari kelahirannya.

Apa-apa pun, tahniah kami ucapkan kepada Natasha Hudson dan suami, Carleed Khaza atau nama sebenarnya Khalid Kamal. Mesti baby comel secomelnya ibunya kan? Sama-sama kita nantikan gambar baby Natasha tu.

Related Posts with Thumbnails

(Muzik Video) Laungan Cinta – Voice Of Men

Posted: 22 Apr 2013 07:14 AM PDT

MUZIK VIDEO LAGU LAUNGAN CINTA NYANYIAN VOICE OF MEN

Voice of Men, satu nama baru dalam industri hiburan tanah air dan mungkin tidak ramai yang mengenali mereka, termasuklah anda. Dianggotai oleh 5 orang jejaka iaitu Fathul Rahman Misbah, Muhammad Lutfi Othman, Mohd Arif Bin Ismail, Mohd Amirul Hakim Bin Md Noor dan Yusmawira Bin Mohd Yunus.

Mereka telah mengeluarkan single berjudul Laungan Cinta (Love Cry). Menurut mereka, lagu ini diinspirasikan dari penderitaan yang dilalui oleh rakyat Palestin ekoran kekejaman zionis dan lagu ini didedikasikan untuk para pencinta keamanan. Mari layankan lagu dan muzik video Laungan Cinta di bawah.

Untuk makluman, kumpulan ini mula mengorak langkah dalam industri nyanyian setelah menyertai pertandingan Battle of The Band untuk "Gegar U" dan pernah mewakili Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk ke peringkat akhir. Untuk ketahui lebih lanjut mengenai kumpulan ini, sila ke website atau Facebook.

Psstt: Gambar sekitar Wisteria Tunnel yang sungguh cantik

Related Posts with Thumbnails

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu