Jumaat, 29 Mac 2013

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Selebriti di Makan Malam Bersama Bintang AIFFA 2013

Posted: 29 Mar 2013 09:53 PM PDT

Jam 8 malam, 29 Mac 2013, Budiey berkesempatan untuk bersama bintang terkenal yang hadir di AIFFA 2013 makan malam di Basaga Holiday Residences.

Acara makan malam santai ini turut dihadiri oleh pelakon Julia Ziegler, Sofea Jane, Tiara Jacquelina, Jericho Rosales, Radhi Khalid, Vanidah Imran dan ramai lagi yang terdiri daripada delegasi dari 6 buah negara yang menyertai AIFFA 2013.

Selain makan malam, para peserta mengambil kesempatan untuk beramah mesra dan berkenalan. Kami juga dihiburkan dengan rangkaian lagu-lagu popular yang dipersembahkan oleh sebuah band terkenal dari Sarawak.

Budiey sempat menemubual pelakon terkenal dari Filipina, Jericho Rosales yang popular dengan lakonan hebatnya dalam drama Pangako Sayo dan filem lakonan Jericho juga turut tercalon dalam senarai pencalonan AIFFA 2013.

Gambar Selebriti di Makan Malam Bersama Bintang AIFFA 2013

Kredit Photo: HazmilJapilus Photography

Komen via Facebook

Komen

Gambar Selebriti & Sekitar Seminar & Pameran AIFFA 2013

Posted: 29 Mar 2013 08:55 PM PDT

Pada hari kedua penganjuran Anugerah & Festival Filem Antarabangsa Asean 2013 (AIFFA 2013) berlangsungnya Seminar & Pameran AIFFA 2013 di Hotel Pullman, Kuching Sarawak selama dua hari iaitu 29-30 Mac.

Majlis Perasmian berlangsung pada jam 9 pagi, 29 Mac 2013 dan seminar bermula dengan topik Introducing Team Hollywood yang menampilkan pengaran terkenal Brian L Tan yang diundang khas untuk memberi sedikit taklimat tentang perkembangan terkini industri perfileman di Hollywood. Topik yang diutarakan termasuklah tentang kesan khas terkini yang digunakan dalam filem di Amerika Syarikat. Antara speakers yang lain ialah penerbit Gary Levinsohn, Kymber Lim (Penerbit VFX), Ted Kim (Penerbit), Christopher Chen (Penerbit).

Tajuk-tajuk lain yang diutarakan semasa seminar berlangsung ialah Slash is the New Black: Multi-skilling in Media Today, Producing Films Internationally oleh Christopher Chen.

Budiey lihat ramai peserta yang hadir terdiri daripada pelajar dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan juga penggiat dan pencinta seni perfileman di Sarawak. Selain itu, selebriti dan delegasi dari 6 buah negara yang menyertai AIFFA turut hadir.

Pameran turut diadakan di aras 1 di luar dewan seminar. Budiey sempat bertemu dengan pelakon Sharifah Sakinah dan Adeline Tsen yang diterbangkan khas untuk menjadi jurucakap di booth Finas. Turut diundang di booth Finas ialah pelakon Pekin Ibrahim yang memberikan tips dan ilmu tentang dunia perfileman tanahair.

Pekin Ibrahim juga turut diundang untuk bercakap tentang topik 'Blood & Tears of Artiste Survival: A Motivation pada hari kedua seminar yang bermula pada jam 9.30 pagi, 30 Mac.

Ikuti hashtag #AIFFA2013 di Twitter dan follow @AIFFA2013 untuk mengetahui lebih lanjut tentang AIFFA 2013.

Komen via Facebook

Komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu