Jumaat, 29 Mac 2013

Zon Artis

Zon Artis


(Gambar) Ayu Raudhah Selamat Melahirkan Bayi Lelaki

Posted: 29 Mar 2013 07:01 AM PDT

Selain Irma Hasmie, seorang lagi selebriti turut selamat melahirkan bayi pada hari ini iaitu Ayu Raudhah. Ayu Raudhah selamat melahirkan seorang bayi lelaki kira-kira pukul 2.17 petang di Hospital Columbia, Johor Bahru.

GAMBAR ANAK AYU RAUDHAH DAN ZAQUAN ADHA

Suami Ayu Raudhah, Zaquan Adha memberitahu kepada media – anak sulungnya itu dilahirkan seberat 2.79 kilogram (kg) dan berada dalam keadaan sihat.

Zaquan Adha turut memberitahu – mereka juga masih belum memikirkan nama yang sesuai buat anak sulung mereka itu dan hanya akan berbincang mengenainya apabila Ayu Raudhah telah dibenarkan keluar dari wad.

GAMBAR ANAK AYU RAUDHAH DAN ZAQUAN ADHA

Apa-apa pun, tahniah Zon Artis ucapkan kepada Ayu Raudhah dan Zaquan Adha diatas kelahiran cahaya mata sulung anda ini. Lagi gambar baby~

GAMBAR ANAK AYU RAUDHAH DAN ZAQUAN ADHA

Update oleh: Encik One

Related Posts with Thumbnails

(Tahniah!) Irma Hasmie Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Posted: 29 Mar 2013 06:14 AM PDT

GAMBAR ANAK IRMA HASMIE

Masih belum terlambat untuk kami mengucapkan tahniah kepada Irma Hasmie kerana telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada jam 8.51 pagi tadi. Berita gembira ini telah dikongsikan oleh suami Irma sendiri, Redza Syah menerusi akaun Twitternya.

GAMBAR ANAK IRMA HASMIE

Menurut Redza, Irma melahirkan bayi seberat 3.93kg dan Irma dikatakan berada di dalam keadaan stabil. Dalam masa yang sama, Redza juga meluahkan rasa sayu apabila menyaksikan proses kelahiran bayinya itu. Redza juga berharap dapat menjadi seorang ayah yang baik.

Di bawah ini gambar bayi lelaki Irma Hasmie dan Redza Syah. Comel~

GAMBAR ANAK IRMA HASMIE

Related Posts with Thumbnails

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu