Jumaat, 29 Mac 2013

OHBULAN!

OHBULAN!


Tahniah! Nurul Wahab Hamil 3 Bulan

Posted: 29 Mar 2013 07:47 PM PDT

Nurul Wahab

Penyanyi dan model terkenal, Nurul Wahab akhirnya mengumumkan berita kehamilannya menerusi blog peribadinya hari ini.

Menurut Nurul, berita kehamilan ini sudah lama dipendam dan dirahsiakan dari pengetahuna umum kerana ingin mengikut nasihat orang tua yang melarang ibu mengandung untuk tidak terlalu teruja dan menghebohkan berita kehamilan apabila kandungan di bawah usia 3 bulan.

Tanggal 2 Februari yang lalu, aku dapati aku telah 2 minggu pregnant. Ya! Berbadan dua. Aku mengandungi, aku hamil… Apa lagi perkataan untuk pregnant? Heheh.. Khabar di pagi hari itu aku kongsikan bersama suami – yang kononya pada awal perancangan aku nak buat surprise.. Tak jadi dah nak surprise dek excited teramat.

Aku simpan berita ini sehingga bulan ketiga.Ya, minggu ini dah 3 bulan.Alhamdulillah. Bukannya apa, aku ingat pesan orang tua. Jangan excited sangat dan jangan terlalu hebohkan ketika kandungan di bawah 3 bulan.

Berkongsi lebih lanjut mengenai berita gembira ini, Nurul turut memaklumkan yang dirinya masih lagi menjalankan aktiviti harian seperti biasa, akan tetapi selera makannya semakin bertambah serta gemarkan masakan melayu.

Buat masa ini, aku menjalankan aktiviti seperti biasa.Dan selera makan juga lebih daripada biasa.Selera Melayu teramat menjadi-jadi. Sekejap nak nasi dagang, nak pulut kuning, nak laksa dan yang paling best; petai!

Sumber : Blog NurulWahabDeep

Tags: ,

Ayu Raudhah Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Posted: 29 Mar 2013 02:06 AM PDT

dc176ec27e3c11e2999e22000a1f8afc_7

Tahniah! diucapkan buat pasangan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha yang telah menyambut kelahiran putera sulung mereka sekitar jam 2.17 petang tadi.

Berita gembira ini telah dikongsikan oleh Zaquan Adha sendiri menerusi laman Twitternya sejam yang lalu.

Twitter Zaquan

Untuk makluman, pasangan ini telah melangsungkan perkahwinan sekitar Januari 2011 yang lalu.

Tags: , , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu