Khamis, 28 Mac 2013

OHBULAN!

OHBULAN!


Foto : Penyanyi “Suatu Hari Nanti”, Keroz Nazri Dan Kekasih Baru?

Posted: 28 Mar 2013 10:31 PM PDT

Keroz Nazri

Mungkin masih ada yang belum kenal siapa Keroz Nazri, tapi OHBULAN! pasti anda sudah dengar lagu berjudul "Suatu Hari Nanti" kan? Penyanyi yang bakal menginjak umur 28 tahun ini juga pernah tercalon dalam kategori 'Artis Baru Terbaik' di Anugerah Industri Muzik Ke 19 (AIM 19).

Namun, tahukah anda sebelum ini Keroz pernah dikaitkan dengan Emma Suhaimi, bekas peserta Akademi Fantasia 8 (AF8)? Dia bagaimanapun menafikan gosip tersebut dan memberitahu mereka berdua hanyalah kawan biasa dan selesa bersama atas dasar kerja.

Baru-baru ini, para peminat dikejutkan dengan gosip mengatakan Keroz ditemui di sebuah butik baju pengantin bersama seorang wanita. Timbul pula spekulasi mengatakan penyanyi dan juga komposer ini bakal berkahwin. Menurut sumber, wanita tersebut bukanlah Emma, tetapi orang lain yang dikatakan tidak kurang cantiknya.

Dan sebentar tadi, OHBULAN! menerima beberapa keping foto Keroz Nazri bersama seorang wanita yang tidak dikenali identitinya. Adakah ini wanita yang dimaksudkan? Sama tinggi sama padan. Jika benar, tahniah kami ucapkan pada Keroz!

Awal Ashaari Terkedu Terima Berita Kematiannya Di Twitter

Posted: 28 Mar 2013 09:02 PM PDT

Awal Ashaari

Pelakon dan pengacara terkenal, Awal Ashaari telah melahirkan rasa terkejut apabila mendapat tahu ada individu tidak bertanggungjawab telah menyebarkan berita palsu mengenai kematiannya di laman Twitter baru-baru ini.

"Kalau diikutkan soal hidup mati bukan perkara main-main, memang saya terkejut dan kesal. Saya tidak akan buat sebarang laporan polis, cuma buat masa ini saya hanya akan menyekat dia dari akaun saya.

"Saya tidak kenal dia, mungkin dia tidak suka saya. Dan saya berharap dia tidak akan mengulangi perkara yang sama," ujar Awal menerusi laporan Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, menerusi laman Twitter milik pelakon ini sendiri, Awal telah melahirkan rasa syukur kerana masih lagi dipanjangkan umur dan berdoa agar dosa si penyebar fitnah akan diampunkan.

Twitter Awal Ashaari

Individu yang tidak bertanggungjawab tersebut telah dikenali sebagai 'sufri55ahmad' dan nampaknya individu ini bukan sahaja memfitnah Awal, malah turut menyebarkan berita palsu mengenai kematian penyanyi nombor satu negara, iaitu Datuk Siti Nurhaliza beberapa jam yang lalu.

Twitter Awal

Fitnah di Twitter

Tags: , , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu