Khamis, 28 Mac 2013

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Senarai Penuh Pencalonan AIFFA 2013

Posted: 28 Mar 2013 09:08 PM PDT

Anugerah & Festival Filem Antarabangsa Asean 2013 (AIFFA 2013) sedang berlangsung di Kuching Sarawak mulai 28 – 30 Mac 2013. Pelbagai aktiviti telah disusun selama 3 hari AIFFA berlangsung.

Semalam telah berlangsung Movie Marathon (Movies In The Rainforest) di Sarawak Cultural Village di mana semua filem yang bertanding dan mendapat pencalonan ditayangkan kepada orang ramai. Serentak dengan itu juga semalam telah berlangsungnya Majlis Pembukaan AIFFA2013 yang disertai oleh semua delegasi dari negara ASEAN. Di majlis ini  yang diadakan di Sarawak Cultural Village, Kuching ini juga turut mengumumkan senarai pemenang filem pendek yang bertanding dan juga senarai penuh pencalonan AIFFA2013 yang tercalon.

Sebanyak 6 negara telah menyertai AIFFA 2013 yang didukungi sepenuhnya oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Kementrian Luar Negeri Malaysia dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) ini. Negara-negara tersebut antara lain Malaysia sebagai tuan rumah, Singapura, Myanmar, Filipina, Brunei dan Indonesia.

Pada 30 Mac ini (Sabtu) akan berlangsung Malam Gala AIFFA2013 di Borneo Convention Centre Kuching. Anugerah filem akan disampaikan pada malam itu.

Budiey Dot Com turut dijemput untuk mengikuti perjalanan AIFFA2013 ini berlangsung. Terima kasih Budiey ucapkan kepada penganjur.

Berikut adalah senarai pencalonan AIFFA2013 yang bertanding.

Best Screenplay
1. Songlap (Malaysia)
2. Rectoverso (Indonesia)
3. Rayya (Indonesia)
4. Batas (Indonesia)
5. Bunohan (Malaysia)

Best Film Editing
1. Sta.Nina – Chrissel Desuasido & Tara Illenberger (Filipina)
2. Chow Kit - (Malaysia)
3. Songlap – Wong Hui Lynn (Malaysia)
4. Taxi! Taxi! – (Singapura)
5. Sang Martir – Cesa David Luckmansyah (Indonesia)

Best Film Photography
1. Bunohan (Malaysia)
2. Songlap (Malaysia)
3. Rayya (Indonesia)
4. Kayan Beauties (Myanmar)
5. Batas (Indonesia)

Best Supporting Actor
1. Alagwa – Bugoy Carino (Filipina)
2. Sang Martir – Tio Pakusadewo (Indonesia)
3. Taxi! Taxi! – Chua Jin Sen (Singapura)
4. Kepong Gangster – Lenny Ooi  (Malaysia)
5. Batas – Piet Pagau (Indonesia)

Best Supporting Actress
1. Rectoverso – Acha Septriasa (Indonesia)
2. Songlap – Normah Damanhuri (Malaysia)
3. Sta Nina – Anita Linda (Filipina)
4. Sang Martir – Henidar Amroe (Indonesia)
5. Kayan Beauties – Rose Mary  (Myanmar)

Best Actor
1. Songlap – Shaheizy Sam (Malaysia)
2. Alagwa – Jericho Rosales (Filipina)
3. Taxi! Taxi! – Gurmit Singh (Singapura)
4. Cinta Tapi Beda – Reza Nangin (Indonesia)
5. Rayya – Tio Pakusadewo (Indonesia)

Best Actress
1. Batas – Marcella Zalianty (Indonesia)
2. Rayya – Titi Sjuman (Indonesia)
3. Sta.Nina – Alessandra De Rossi (Filipina)
4. Istanbul Aku Datang – Lisa Surihani (Malaysia)
5. 29 Februari – Jojo Goh (Malaysia)

Best Foreign Film
1. The Down Home Alien Blues (Amerika Syarikat)
2. Chinaman's Chance  (Amerika Syarikat)
3. Beyond Redemption  (Amerika Syarikat)
4. Attahasa (India)

Best picture- Comedy
1. Taxi! Taxi! (Singapura)
2. The Kidnappers of Ronnie Lazaro (Filipina)
3. Istanbul Aku Datang (Malaysia)
4. Ada Apa Dengan Rina (Brunei)

Best picture – Drama
1. Bunohan (Malaysia)
2. Songlap (Malaysia)
3. Atambua 39 Degree Celsius (Indonesia)
4. Sta.Nina (Filipina)
5. Rayya (Indonesia)

Best picture – Action
1. 8 Jam (Malaysia)
2. Kepong Gangster (Malaysia)
3. Sang Martir (Indonesia)

Best Director
1. Bunohan – Dain Iskandar Said (Malaysia)
2. Songlap – Effendee Mazlan & Fariza Azlina Isahak (Malaysia)
3. Atambua 39 Degree Celsius – Riri Riza (Indonesia)
4. Rayya – Viva Westi (Indonesia)
5. Sta Nina – Emmanuel Quindo Palo (Filipina)

Antara anugerah lain yang bakal disampaikan ialah:

  1. Best Visual Effects
  2. Best Costume
  3. Special Jury Award
  4. Special Honor Award
  5. Asean Spirit Award
  6. AIFFA Lifetime Achievement Award

Komen via Facebook

Komen

Gambar Nur Fazura di Malam Pembukaan AIFFA 2013

Posted: 28 Mar 2013 07:59 PM PDT

Malam Pembukaan AIFFA 2013 telah pun berlangsung menyaksikan delegasi 6 buah negara yang terlibat telah hadir untuk meraikan Anugerah & Festival Filem Antarabangsa Asean 2013 (AIFFA 2013) buat pertama kalinya diadakan di Kuching Sarawak.

Antara selebriti Malaysia yang menyertai delegasi negara di AIFFA 2013 ialah pelakon Nur Fazura, Sofea Jane, Tony Eusoff, Esma Daniel, Radhi Khalid, Pekin Ibrahim, Vanidah Imran, pengarah Dain Said, Bernard Chauly, Pansha, Pengarah Prof Madya A. Razak Mohaideendan ramai lagi.

Nur Fazura yang menjadi tarikan peminat untuk bergambar bersama mengenakan baju kasual berwarna hijau navi. Nampak berseri ditemani pembantu dan teman baiknya yang juga pengarah Istanbul Aku Datang, Bernard Chauly.

Selamat datang ke Sarawak, Nur Fazura!

Komen via Facebook

Komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu