Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Semua kontroversi kerana salah faham
- Sara Ali Tidak Kisah Tumpang Populariti Shaheizy Sam, Syafie Naswip
- Misha Omar, Norish Karman, Jasmin Hamid Jayakan Monodrama
- Alleycats Kembali Ke Singapura Selepas 35 Tahun
- Afif AF9 Aktif Gubah Lagu Sendiri, Ditawar Berlakon
- Saiful Apek Ilhamkan ‘Aletotoit’ Sebagai Lagu
- Pasangan Twilight Dihalau Dari Apartmen Mereka?
- Victoria Beckham Usaha Keras Kekal Bentuk Badan
- Hentak sampai koma
- Ditumbuk tak beri cuti sakit
- Kereta undur dihentam treler
- Ubah penampilan wanita
- Usia bukan halangan
- Konsert alam maya
- Ehsan untuk insan gelandangan
- Untuk perjalanan tanpa was-was
- Pemandu teksi wanita berkebolehan
- Wanita besi di LCCT
- Pameran busana mutiara di muzium
- Bukti anak Orang Asli mampu berjaya
- UMT kekal johan Cabaran Usaha Sosial (SVC)-BSN 2011
- Hari ungu untuk kanak-kanak autisme
- KRISAKTI curi tumpuan
- Belum yakin berlakon filem
- Tiada kesudahan
Semua kontroversi kerana salah faham Posted: 07 Dec 2011 09:37 PM PST PESONA...biar Shahir dilanda seribu satu kontroversi, peminat sentiasa setia menyokongnya. MISTERI kehilangannya dan soal cinta sangat sinonim dengan jejaka kacak berwajah manis ini. Melihat kepada perwatakan dan tutur bicaranya yang sopan, membuatkan ramai berasa hairan bagaimana juara program realiti Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Ahmad Shahir Zawani boleh dikaitkan dengan pelbagai cerita panas dan spekulasi. Sebagai selebriti dikenali, mahu atau tidak itulah hakikat yang harus ditelan. Begitupun, jauh di sudut hati anak kelahiran Ipoh, Perak ini tersembunyi rasa kecewa dan kesal ekoran dikaitkan dengan pelbagai cerita yang kurang enak didengar. Walaupun dibebani pelbagai gosip panas sehingga menimbulkan spekulasi, Shahir yang ditemui ketika rakaman Muzik-Muzik 26 di Shah Alam, baru-baru ini tidak langsung menunjukkan sebarang perubahan.
|
Sara Ali Tidak Kisah Tumpang Populariti Shaheizy Sam, Syafie Naswip Posted: 07 Dec 2011 09:35 PM PST PETALING JAYA: Pelakon Sara Ali, 21, mengakui tidak ambil peduli dengan pandangan segelintir pihak yang melabelnya sebagai menumpang populariti dua pelakon filem Songlap iaitu Shaheizy Sam dan Syafie Naswip untuk lebih dikenali selepas ini. Sara sebaliknya menyifatkan dirinya cukup bertuah kerana mendapat peluang tersebut yang boleh menjadi platform terbaik bagi pelakon baru sepertinya. "Sejujurnya, saya tidak kisah atau peduli pun jika ada yang menganggap saya menumpang populariti Shaheizy Sam dan Syafie Naswip apabila terlibat dalam filem Songlap. "Peluang ini adalah pintu atau platform yang baik. Saya begitu bertuah kerana mendapat kepercayaan ini," katanya yang ditemui selepas pra-tonton filem berkenaan, GSC One Utama, di sini, Rabu. Tambah Sara, peluang beraksi di samping dua aktor itu adalah satu tarikan yang baik kepada peminat filem Melayu memandangkan kedua-duanya sudah membuktikan kredibiliti masing-masing menerusi kerja mereka. Justeru itu, Sara berkata, dia tidak melihat isu menumpang populariti itu sebagai satu masalah atau perkara yang menjejaskan reputasi. "Jelas sekali, mereka berdua lebih berpengalaman dan pelakon yang berkarisma. Mereka punya peminat dan tarikan yang kuat terhadap filem ini. "Apabila penonton menyaksikan filem ini, orang yang belum mengenali saya pasti akan tertanya-tanya siapakah gadis yang melakonkan watak Hawa ini. "Jadi apa salahnya saya menumpang populariti itu jika ia membolehkan penonton melihat bakat saya juga," katanya. Filem bergenre aksi drama itu diarahkan oleh pasangan suami isteri Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Ishak yang pernah menghasilkan filem Kami The Movie sebelum ini. Songlap memaparkan kisah kehidupan dua beradik iaitu Am lakonan Shaheizy Sam dan Ad (Syafie Naswip) yang terlibat dalam sindiket penjualan bayi. Kehadiran salah seorang mangsa pemerdagangan haram, Hawa (Sara Ali) telah mengubah segalanya. Ad nekad untuk meninggalkan aktiviti yang menjadi punca rezekinya selama ini dan cuba meyakinkan Am untuk keluar daripada kehidupan hitam itu. Selain Sara, Shaheizy dan Syafie, filem itu turut membariskan Omar Abdullah, Rozie Rashid, Normah Damanhuri, Fauzi Nawawi dan Lisdawati. Ia bakal ditayangkan di 77 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei bermula 15 Disember ini. |
Misha Omar, Norish Karman, Jasmin Hamid Jayakan Monodrama Posted: 07 Dec 2011 09:34 PM PST PETALING JAYA: Dewan Bahasa dan Pustaka (DPB) akan menganjurkan Festival Monodrama pada 12 dan 13 Disember ini bertempat di Panggung Lambang Sari, Istana Budaya. Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera DBP, Sallehuddin Abang Shokeran berkata festival tersebut bertujuan mengalakkan penghasilan monodrama yang tidak dikembangkan kepada khalayak masyarakat. "Kita mahu masyarakat tahu tentang kewujudan monodrama dan mencetuskan minat mereka untuk datang dan memahami monodrama ini sebagai satu bentuk teater. "Selain itu kita dapat menyemarakkan lagi kegiatan teater tanah air melalui bentuk persembahan yang ringkas dan berkos rendah tetapi memberi impak besar dari segi apresiasi penonton terhadap kekuatan naskah dan lakonan," ujarnya pada sidang media Festival Monodrama, di sini, Rabu. Selain itu, kerjasama antara DBP, Istana Budaya dan CTRA Production turut membariskan pelakon terkenal seperti Norish Kraman, Misha Omar dan Jasmin Hamid sebagai artis undangan. "Tiga orang artis akan membuat persembahan monolog selama 15 minit sepanjang dua hari festival berlangsung yang akan diarahkan oleh pengarah teater terkenal Rosminah Tahir. "Pemilihan ketiga-tiga artis ini adalah berdasarkan bakat, pengalaman dalam lakonan teater dan jadual terhadap persembahan ini." katanya. Dalam pada itu, pengisian lain turut disajikan ialah persembahan monodrama daripada lapan pelakon teater amatur. Tiket persembahan berharga RM10 dan RM20 boleh didapati di kaunter tiket Istana Budaya mulai hari ini. |
Alleycats Kembali Ke Singapura Selepas 35 Tahun Posted: 07 Dec 2011 09:33 PM PST PETALING JAYA: Kumpulan lagenda, Alleycats bakal beraksi di sebuah konsert istimewa buat peminat di Singapura selepas kali terakhir mengadakan konsert secara besar-besaran 35 tahun lalu. Penyanyi utama kumpulan itu, Datuk David Arumugam berkata, konsert yang bakal diadakan di Dewan Konsert, Esplanade Singapura pada 14 April tahun hadapan adalah peluang dinanti-nantikan olehnya kerana sudah lama tidak beraksi di negara itu. "Bayangkan kali terakhir saya mengadakan konsert besar-besaran adalah pada tahun 1976 iaitu kira-kira 35 tahun lalu di National Theater malah bangunan itu juga sudah tiada kini. "Walaupun sering berkunjung ke Singapura untuk mengadakan persembahan di kelab dan tempat terbuka tetapi konsert kedua ini sungguh istimewa," ujarnya. David ditemui pada sidang media Alleycats Istimewa Buat Singapura di pejabat Universal Music di sini, Rabu. Dalam pada itu, David berkata dia bakal mengadakan persembahan selama dua jam dan akan menyampaikan lebih 20 buah lagu pada persembahan itu nanti seperti Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi, Hingga Akhir Nanti, Nota Terakhir dan sebagainya. Ujarnya, dia juga tidak menolak jika peminat akan memintanya menyanyikan lagu yang tiada di dalam senarai pada konsert itu nanti. "Tiada masalah saya boleh menyanyikan beberapa lagu yang diminta pada konsert itu nanti," katanya. Sementara itu, Pengarah Konsultan RAISTAR Entertainment, Fahmi Rais berkata, pihaknya berbesar hati dapat membawa Alleycats ke Singapura kerana kumpulan itu mempunyai ramai peminat. Fahmi berkata, melalui satu tinjauan yang dilakukan, rata-rata ingin melihat Alleycats beraksi di Singapura dan hasrat tersebut tercapai. "Alleycats adalah sebuah kumpulan lagenda dan sudah tentu ramai yang menantikan persembahan mereka di sana nanti. "Persembahan yang akan diadakan di Esplanade itu juga adalah satu pengiktirafan buat kumpulan tersebut kerana pihak pengurusan itu tidak sewenang-wenangnya membenarkan mana-mana artis membuat persembahan di situ melainkan mereka benar-benar mempunyai pengaruh kuat," ujarnya. |
Afif AF9 Aktif Gubah Lagu Sendiri, Ditawar Berlakon Posted: 07 Dec 2011 09:32 PM PST PETALING JAYA: Penyanyi Afif yang dilahirkan dari program Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) kembali aktif menggubah lagu selepas mula berjinak-jinak dalam bidang itu kira-kira dua hingga tiga tahun lalu. Katanya, setakat ini dia sudah mencipta empat hingga lima lagu untuk diri-sendiri. "Jika diikutkan, saya sudah mula mencipta lagu sejak dua atau tiga tahun lepas tetapi selepas AF9, saya aktif semula… "Selain itu, saya sedang mempromosikan lagu Beri Aku Waktu nyanyian secara duet dengan Aida AF9 yang baru diterbitkan dan ditawarkan untuk berlakon tetapi terpaksa menolak kerana belum bersedia," katanya kepada mStar Online. Afif turut memberi komen tentang kejutan ditemukan dengan Salima di atas pentas sewaktu Konsert Akhir Reunion AF di AEON AU2, Setiawangsa pada Sabtu lalu. "Saya bersikap profesional dengan Salima dan bertegur sapa seperti biasa apabila bertemu. "Sebelum konsert ini, kami pernah bertemu di sebuah acara," ujarnya. Pasangan ini pernah bercinta namun kini tidak lagi apabila kedua-duanya membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing. Konsert Akhir Reunion AF akan disiarkan di Astro Ria (saluran 104) pada Sabtu, 31 Disember ini, pukul 10 malam. |
Saiful Apek Ilhamkan ‘Aletotoit’ Sebagai Lagu Posted: 07 Dec 2011 09:31 PM PST SHAH ALAM: Pelawak Saiful Apek mengilhamkan slanga 'aletotoit' dalam lagu terbarunya yang turut menggunakan judul yang sama dengan slanga itu. Menurut pelawak yang dikenali dengan gelaran Apek ini, lagu yang telah dirakam itu turut dinyanyikan secara duet dengan Bob Kuman dan akan disiarkan pada bulan Januari depan. "Saya menggunakan slanga 'aletotoit' kerana mengingatkan kepada slanga yang popular sewaktu saya kecil dahulu. "Lirik lagu ini dihasilkan oleh saya dan Bob Kuman manakala lagunya digubah oleh Salam dalam rentak raggae," katanya ketika ditemui di sidang media promosi tayangan filem Bujang Telajak Belum Terlanjur di Dewan Sri Budiman, Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini, Selasa. Katanya lagi, 'teaser' lagu tersebut boleh didengar di YouTube yang menggunakan judul Fullamak. Menyentuh tentang filem Bujang Telajak Belum Terlanjur yang menggandingkan Apek dengan Nabil, Johan dan Fazura, dia akui kelainan cabaran dalam filem ini apabila dia perlu melakonkan watak orang buta. "Saya rasa watak orang buta sangat berat kerana walaupun saya menyamar sebagai orang buta, saya tetap pejamkan mata untuk benar-benar menghayati watak itu. "Disebabkan itu, saya melibas tongkat banyak kali tanpa mengikut koordinasi yang betul. Tetapi pada saya, watak orang buta yang dilakonkan oleh Mustapha Kamal dalam filem ini seharusnya dipuji kerana dia lebih memaparkan perwatakan itu dengan lebih mendalam," katanya lagi. Tambahnya: "Saya juga memuji Fazura yang agak profesional apabila mampu menahan gelak sehingga penggambaran selesai. Selepas itu, baru dia akan lepaskan ketawanya. "Apa pun, saya memandang cerita ini kepada mesejnya iaitu jika ingin melakukan sesuatu, jangan menipu dan lebih baik berterus-terang." Selain Bujang Telajak Belum Terlanjur yang akan ditayangkan di pawagam bermula 11 Disember ini, dia juga bakal muncul dalam filem Rock 2, Sofazr The Movie…Jiwa Kacau dan Hantu Air. Pada tahun depan, dia akan terlibat dengan sekuel akhir Cicakman 3D. Selain itu, wajah Apek juga boleh ditonton menerusi sitkom Senario: Misteri BamBoo di TV3 pada setiap Selasa, pukul 10 malam. |
Pasangan Twilight Dihalau Dari Apartmen Mereka? Posted: 07 Dec 2011 09:29 PM PST BINTANG sensasi filem Twilight, Robert Pattinson dan Kristen Stewart dilaporkan dihalau daripada kediaman mereka di Bel Air. Menurut laporan daripada Bang Showbiz, pasangan kekasih itu dihalau keluar kerana pemilik apartmen berkenaan ingin menjual rumahnya itu. Rumah seluas 240 meter itu ingin dijual dengan nilai USD5.9 juta dan pasangan itu telah menyewa apartmen tersebut sebanyak USD22,500 sebulan. Bagaimanapun dikhabarkan pemegang watak Edward Cullen dan Bella Swan itu telah menemui tempat tinggal baru di Notting Hill, London. Kristen yang berasal daripada Amerika Syarikat nyata gembira dengan tempat tinggal barunya itu. |
Victoria Beckham Usaha Keras Kekal Bentuk Badan Posted: 07 Dec 2011 09:27 PM PST BEKAS anggota kumpulan Spice Girls, Victoria Beckham berusaha keras untuk mengembalikan bentuk tubuhnya selepas melahirkan anak ke empatnya, Harper Seven pada Julai lalu. Victoria yang juga isteri kepada pemain bola sepak terkenal, David Beckham dilaporkan mempunyai masalah perut mengeleber walaupun tidak mengalami masalah kegemukan. Selain diet ketat dan aktif melakukan senaman, Victoria dikhbarkan akan melakukan pembedahan bagi membuang lebih perut yang mengeleber. "Baru-baru ini rakan baiknya, Eva Longoria memberitahunya mengenai rawatan menggunakan kaedah laser bagi menegangkan kembali kulit perut selepas bersalin. "Victoria sedang mempertimbangkan pilihan itu," ujar sumber terdekat ibu kepada empat cahaya mata itu kepada majalah Now. |
Posted: 07 Dec 2011 09:26 PM PST JADI SENJATA...pekerja stesen minyak menunjukkan kepala hos yang digunakan suspek membelasah mangsa. KUALA LUMPUR: Hanya kerana RM20, seorang warga emas kini kritikal dan tidak sedarkan diri selepas dibelasah dengan kepala hos pam minyak dalam kejadian samun di sebuah stesen minyak di Taman Maluri, Cheras, dekat sini, Ahad lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, Law Chin Hang, 70, yang berkerja sebagai penjual surat khabar sedang menunggu lori bagi mengambil surat khabar di stesen minyak berkenaan. Bagaimanapun, selang beberapa minit kemudian sebuah motosikal dinaiki seorang lelaki berusia 30-an muncul dan berpura-pura mahu mengisi minyak sebelum merampas beg pinggang berisi wang tunai RM20 dan telefon bimbit milik mangsa sebelum melarikan diri.
|
Posted: 07 Dec 2011 08:57 PM PST HULU SELANGOR: Hanya kerana enggan memberi cuti sakit selama dua hari kepada seorang wanita, seorang doktor berusia 30-an cedera di hidung dan kepala selepas ditumbuk teman lelaki wanita berkenaan, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, wanita terbabit yang berusia 25 tahun datang ke klinik mangsa di Gohtong Jaya, dekat sini, dengan ditemani teman lelakinya itu dengan alasan demam.
"Wanita itu tidak puas hati dengan penerangan doktor berkenaan dan segera keluar dari bilik rawatan untuk memaklumkan perkara itu kepada teman lelakinya," katanya.
"Doktor itu cuba menghalang daripada terus dikasari sambil menerangkan situasi sebenar, namun namun penjelasannya tidak diendahkan," katanya.
Namun, sebelum sempat pengawal keselamatan mengheretnya keluar lelaki itu bertindak lebih ganas dengan menumbuk muka doktor berkenaan sehingga mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan di hidung dan kepalanya.
|
Posted: 07 Dec 2011 08:55 PM PST SESAK...kontena dibawa treler terbalik di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah, semalam. BANTING: Tindakan mengundur kereta akibat terlepas susur keluar membawa padah apabila seorang warga emas maut manakala dua lagi parah selepas dilanggar treler membawa muatan getah di Kilometer 21 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) berhampiran persimpangan Plaza Tol Putrajaya/Cyberjaya, tengah hari semalam. Arthur Lawrence Pharamond, 86, yang memandu kereta Perodua Kancil disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Putrajaya akibat kecederaan parah di kepalanya selepas dirempuh treler dengan muatan dua buah kontena, dalam kejadian kira-kira jam 1.20 tengah hari.
Ekoran kejadian itu, treler berkenaan terbalik dan dua buah kontena dibawanya melintang di tengah lebuh raya sehingga menyebabkan kesesakan teruk di laluan menghala ke Shah Alam selama beberapa jam.
"Ketika mengundurkan keretanya sebuah kereta berjaya mengelak kereta yang dipandu mangsa, tetapi pemandu treler dari arah sama gagal mengelak dan merempuh belakang kereta mangsa sehingga menyebabkan kereta itu terseret 50 meter dari tempat kejadian, menyebabkan ia remuk.
|
Posted: 07 Dec 2011 08:52 PM PST GAYA MASA KINI...solekan bervoltan tinggi yang dipersembahkan barisan model ketika Minggu Fesyen New York. WARNA dalam solekan adalah rantaian daripada cetusan fesyen. Kedua-duanya nyata seiring dalam melengkapi antara satu sama lain. Di pentas peragaan pereka dan mekap artis bersatu mengadunkan warna bukan saja pada padanan busana, tetapi solekan wajah. Solekan mata dan rona bibir dua perkara yang menjadi penentu kepada kecantikan wanita. Mata dimainkan oleh rona pembayang yang ceria, maskara yang mampu mencetuskan kesan berbeza serta celak menambah keanggunan wanita. Segala-galanya bermain dengan kuasa warna sama seperti calitan gincu yang pastinya merubah penampilan wanita supaya kekal ayu, bertambah anggun dan berani.
|
Posted: 07 Dec 2011 08:50 PM PST PERBEZAAN usia tidak menjadi penghalang bagi dua pelakon Korea ini membina keserasian dalam menjayakan watak pasangan bercinta, malah keberkesanan lakonan mereka membuatkan drama romantis lakonan kedua-duanya mendapat sambutan amat menggalakkan di negara kita. Memang tidak dinafikan dua pelakon berbakat ini mempunyai bilangan peminat yang tidak kurang hebatnya, masakan tidak mereka sanggup terbang jauh ke sini khas untuk memberikan tanda penghargaan. Barangkali bahasa adalah cabaran utama bagi mengenali dua pelakon ini dengan lebih rapat, tetapi ia tidak menghalang pelakon wanita yang terkenal menerusi drama My Lovely Sam Soon ini untuk berkomunikasi dengan setiap media yang hadir. Ternyata Sun-A seorang yang ramah dan ceria apabila dia pandai bermain dengan mimik muka dan gerak tubuh tatkala bercerita, lantas membuatkan wakil media mengukir senyuman, malah ada yang tertawa melihat keletah dirinya menyampaikan mesej. Di sebalik itu siapa yang menyangka, agak sukar untuk wanita ini memadamkan karakter Lee Yeon Jae dalam dirinya. Watak berkenaan dilakonkan dalam drama Scent Of A Woman, di mana dia memainkan watak wanita yang terpaksa bertarung dengan nyawa apabila disahkan menghidap kanser. Secara ringkasnya, drama 16 episod ini menceritakan mengenai perjalanan hidup Yeon Jae, seorang wanita yang hanya tinggal enam bulan lagi untuk mengecapi kehidupan selepas mengetahui nyawanya diancam penyakit barah. Dikurniakan kebahagiaan walaupun dalam tempoh yang singkat, pertemuannya dengan Kang Ji Wook, lakonan Dong Wook, anak kepada bekas majikan Yeon Jae yang kaya tetapi sinis ini membuahkan bibit-bibit cinta yang mana penonton dapat menyaksikan pelbagai adegan pahit manis serta menyentuh hati di sebalik perjalanan cinta mereka berdua. "Watak Yeon Jae banyak bermain dengan emosi dan memerlukan saya untuk fokus mengawal emosi yang dibina, serta saya banyak menggunakan imaginasi dalam menghayati karakter itu. Dalam drama ini juga saya benar-benar menghayati kehidupan Yeon Jae dan tidak senang untuk saya menyingkirkan karakter itu dari diri saya dalam masa yang singkat. "Tambah lagi, untuk menjayakan promosi drama terbabit, saya perlu kekal dalam karakter sehingga hujung tahun ini. Oleh sebab itu saya mengambil masa untuk berehat seketika daripada berlakon dan kini sedang mempertimbangkan beberapa tawaran lakonan yang lain. "Boleh dikatakan 16 episod adalah masa yang agak singkat untuk penonton mendalami cerita ini. Scent of a Woman menekankan bahawa pentingnya cinta dalam kehidupan seseorang dan ia lahir dari hati, bukannya luaran. Bahkan jika kisah percintaan ini terjadi pada kehidupan realiti, saya tidak rasa umur menjadi masalah dalam sesuatu perhubungan," ujarnya yang menyifatkan adegan menari tango antara yang paling mencabar dalam drama berkenaan. Ingin bergelar sutradara BAGI Dong Wook pula, agak sukar untuknya memilih adegan yang mencabar, kerana rata-rata perjalanan cerita ini memerlukan penghayatan yang kuat, tambah lagi babak romantis yang menyentuh perasaan. Akui aktor yang terkenal menerusi drama My Girl, drama yang hingga ke hari ini menjadi bualan peminat, dia pada mulanya agak takut untuk membawakan watak Kang Ji Wook, memandangkan dirinya sudah dua tahun tidak berlakon kerana baru saja tamat kursus ketenteraan. Namun di atas kepercayaan dan sokongan yang diterima berserta bimbingan dari Sun-A sendiri, dirinya perlahan-lahan membina kembali keyakinan, lantas menggunakan masa dengan sebaiknya mengasah bakat lakonannya bersama barisan pelakon, kru dan pengarah. "Walaupun Sun-A ialah pelakon senior dan lebih berpengalaman daripada saya, dia tidak lokek berkongsi ilmu. Mana mungkin saya menolak peluang untuk berlakon di samping pelakon popular sepertinya? Disebabkan itu saya menerima tawaran berlakon drama ini. "Saya akui saya agak kekok untuk berlakon selepas keluar dari kem tentera, namun di atas sokongan dan dorongan orang di sekeliling, saya dapat menghayati watak dengan baik. Jika dulu saya dikenali dengan karakter di dalam My Girl, kini saya mahu dikenali dengan drama ini yang memperlihatkan sisi matang saya dalam lakonan, memandangkan usia saya yang semakin bertambah," ujarnya yang menyimpan impian untuk bergelar pengarah. Pelakon dan juga model ini mempunyai hasrat untuk menghasilkan sebuah drama atau filem yang berunsurkan misteri serta melodrama pada masa depan. Siapa tahu dirinya akan duduk di kerusi sutradara menghasilkan barisan cereka buat tontonan ramai, dan pastinya peminat setia tidak akan melepaskan peluang untuk menontonnya. Berkongsi serba sedikit mengenai peribadinya, aktor ini berkata, dirinya tidak seperti karakter Ji Wook. Dia seorang yang berterus terang dan tidak begitu ramah dan mesra, namun Dong Wook gemar meluangkan masa bersama kawannya. Scent of a Woman ialah drama pertamanya selepas sekian lama tidak beraksi, dan ini akan disusuli dengan drama berjudul Wild Romance, yang akan ke udara pada Januari depan. Amat berlainan dengan watak Ji Wook, aktor kacak ini membawakan watak seorang pemain bola keranjang di dalam drama bersiri terbabit. Drama bersiri lakonan kedua-dua bintang ini boleh diikuti di saluran One HD (Astro B.yond saluran 393), pada setiap Rabu dan Khamis, jam 9.05 malam. |
Posted: 07 Dec 2011 08:43 PM PST YUNA pada sidang media konsert mayanya. KEHADIRAN wanita muda bertudung ini dalam arena seni muzik tanah air sememangnya kian dirasa. Bukan sekadar memiliki vokal yang begitu unik, bahkan dia juga mempunyai bakat hebat dalam ciptaan lagu. Baru-baru ini pula, Yuan melakar kejayaan dengan menyaksikan dua lagunya, Gadis Semasa dan Penakut, mara ke Anugerah Juara Lagu 26 yang akan berlangsung pada penghujung Januari depan. Tuah Yuna berterusan apabila dia juga turut disenaraikan pada peringkat awal Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 dalam kategori Penyanyi Wanita Popular. Harus diingat, Yuna ialah pemenang kategori berkenaan bagi edisi ke-24 anugerah yang cukup berprestij itu. Gadis ini membuktikan, dengan imej bertudung sekali pun, jika disertakan bakat dan kesungguhan, sesiapa saja boleh menerima. Dia sendiri bukan hanya diterima baik di negara kelahiran sendiri, malah sedikit demi sedikit mencipta nama di negara orang. Terbaru, Yuna disunting syarikat telekomunikasi terkenal, Maxis Berhad, untuk menjayakan konsert secara alam maya. Penyanyi dan pencipta lagu kelahiran Alor Star, Kedah ini muncul artis pertama Malaysia yang terpilih mengadakan konsert secara virtual, yang bakal disaksikan 10,000 pelanggan bertuah. Hanya dengan mendaftar di laman sosial seperti Facebook dan Twitter, 10,000 pelanggan Maxis yang menggunakan nombor rangkaian syarikat itu secara automatik berhak menyaksikan konsert julung kali seumpamanya itu. Malah, cuma dengan mengisi nama, alamat e-mel dan nombor telefon, pelanggan perkhidmatan terbabit dapat menyaksikan konsert Yuna yang akan diadakan pada 14 Disember ini, pada jam lapan malam. Bertemu gadis yang terkenal dengan lagu Dan Sebenarnya ini pada majlis pelancaran Konsert Alam Maya Yuna bersama Hotlink baru-baru ini, dia yang menganggap peluang itu cukup unik nyata sungguh teruja untuk menikmati sendiri pengalaman bertemu peminat di alam maya. "Saya bertuah kerana dipilih untuk mengadakan konsert maya ini. Pastinya saya gembira dan saya tetap memastikan persediaan adalah sama seperti mengadakan persembahan secara langsung dengan peminat. Dari segi pakaian, persediaan dan juga persembahan serta alatan muzik, ia sama saja seperti mengadakan konsert biasa. "Begitupun, jumlah dan lagu apa yang akan dipersembahkan nanti masih dalam peringkat perbincangan. Istimewanya juga apabila saya akan menyanyikan single terbaru saya dalam konsert itu nanti. Durasi masa persembahan juga belum ditentukan. "Kiranya juga, album saya turut dirasmikan dalam laman web berkenaan," katanya sambil memberitahu, dia langsung tidak rasa berdebar atau gemuruh untuk mengadakan konsert seperti itu. Kata wanita tinggi lampai ini, konsert yang membolehkan peminat melihat realiti di belakang tabir persembahan itu juga dilihat sebagai medan untuk melahirkan pembaharuan dalam kerjaya seninya. Tak pernah berubah SEMENTARA itu, ketika diajukan pertanyaan apakah dia dapat berasakan perubahan pada dirinya selepas memenangi pelbagai anugerah sejak akhir-akhir ini, Yuna tenang memberitahu, dia tetap Yuna yang sama dan sesekali tidak berasakan dirinya seperti kacang lupakan kulit. "Tidak. Saya tetap menjadi diri saya. Saya juga tidak akan lupa diri kerana kejayaan hari ini adalah daripada sokongan peminat. Terpulanglah kepada peminat untuk menilai perubahan diri saya selepas ini. Saya tetap merasakan saya adalah Yuna yang dulu. Cuma saya lebih matang dan membesar dalam persekitaran yang berbeza. "Maksudnya saya tidak bolehlah terus bersikap kebudak-budakan dengan peningkatan usia saya, tetapi tidaklah ke arah yang negatif. Saya pun sudah menginjak usia 25 tahun. Harap peminat dapat terima diri saya dan saya sentiasa berdoa untuk menjadi lebih baik. Dengan kurniaan rezeki Allah, saya pasti akan berjaya. "Lagipun, saya rasa peminat kenal benar dengan saya kerana kejayaan yang saya tempa hari ini bukan diperoleh daripada perjalanan yang mudah," katanya sambil mengimbau kembali episod lalu, tatkala pernah menjadi mangsa penipuan pihak tidak bertanggungjawab. Mengulas pencalonannya buat kesekian dalam dalam kategori Penyanyi Wanita Popular ABPBH 2011, Yuna menganggap ia satu kejayaan buatnya. "Saya pernah menang Artis Baru Wanita Popular ABPBH2009 dan menang trofi Penyanyi Wanita Popular pada edisi yang lalu. Semestinya ada pengharapan untuk menang lagi, tetapi semua itu saya anggap sebagai rezeki Tuhan. Anugerah itu juga sudah membuatkan nama saya diingati dan penghargaan kepada kerjaya seni saya. "Ia satu anugerah yang membantu melebarkan sayap saya dan diharapkan terus mendapat sokongan peminat. Terima kasih peminat dan ABPBH yang terus menyokong kerjaya seni saya. Alhamdulillah, saya cukup bersyukur atas pencalonan awal itu. Saya terima apa saja kejayaan yang mengiringi pencapaian saya selepas ini, malah mahu terus maju," katanya yang sekali lagi menguji pasaran AS menerusi album baru. Menurut Yuna, album baru itu akan muncul pada Mac tahun depan dan akan menemui peminat dalam dua versi. Versi luar negara memuatkan lagu berbahasa Inggeris dan di Malaysia pula ia menemui peminat dalam versi bahasa Melayu. Sebelum temubual bersamanya tamat, Yuna sempat berpesan, kepada pelanggan Maxis dan peminatnya yang mahu menyaksikan konsertnya itu, mereka boleh mendapat keterangan lanjut di https://www.facebook.com/Hotlink atau www.nowyoucan.my/Yuna. |
Posted: 07 Dec 2011 08:41 PM PST BUKAN mudah untuk kita merasakan bebanan yang ditanggung orang kurang bernasib baik jika tidak berusaha menyelaminya sendiri. Setakat membaca keperitan hidup yang dilaporkan di media lalu menitip sejumlah derma yang disalurkan menerusi akaun bank tidak cukup untuk membuatkan kita merasai sendiri kesusahan dialami golongan ini. Benar itu satu perkara yang cukup murni namun lebih murni lagi apabila kudrat yang kita ada digunakan untuk membantu sekali gus menyaksikan sendiri kesengsaraan yang dilalui oleh mereka yang kurang bernasib baik. Pengalaman menyediakan makanan, memasak dan menghidangkan makanan yang istimewa kepada insan gelandangan di Anjung Singgah, yang terletak di Wisma Ehsan, Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur, baru-baru ini memang memberikan satu pengalaman berbeza buat beberapa insan yang boleh dikategorikan bertuah ini. Antara yang turut hadir pada petang itu ialah Engku Emran Engku Zainal Abidin, Datin Natasha Haniff, Nadiah dan kakaknya Najmin Tajudin, Datin Wira Emilia Hanafi dan Rozanna Mohd Ariff. Mereka merupakan sahabat serta rakan seperjuangan pengerusi projek khas Anjung Singgah, Toh Puan Seri Wan Hidayah Wan Ismail. Menurut Toh Puan Wan Hidayah, rakan-rakannya dijemput untuk menyediakan masakan, sekali gus menjamu golongan gelandangan di sekitar wisma ini bagi melihat sendiri bagaimana keadaan di pusat Anjung Singgah ini. "Sebenarnya tujuan saya melakukan program hari ini adalah untuk rakan-rakan saya memperkenalkan kepada suami mereka yang merupakan ahli korporat tentang pusat singgah gelandangan ini dan melihat sendiri apa yang mereka boleh lakukan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik ini," jelas beliau ketika ditemui pada program tersebut. Toh Puan Wan Hidayah berkata, setakat ini yayasan nya telah membelanjakan hampir setengah juta dan tiba masanya untuk semua pihak sama-sama membantu golongan yang memerlukan ini. "Kadang ada golongan yang mahu buat kebajikan tapi tidak tahu bagaimana salurannya. Sesiapapun boleh menderma menerusi projek terbaru ini dan kita akan sama-sama berkongsi kesusahan yang dialami oleh golongan yang kurang bernasib baik ini," jelas beliau lagi. Dalam pada itu Engku Emran yang ditemui selepas majlis berkata, ini merupakan kali pertama dia sampai ke wisma tersebut. "Saya sangat gembira dapat membantu menghidangkan makanan kepada golongan gelandangan ini. Saya berhasrat satu hari nanti saya akan datang semula bersama rakan-rakan untuk membuat satu lagi program seperti ini. "Saya melihat ini sebagai satu usaha yang sangat murni dan mampu mencelikkan mata masyarakat. Setelah melihat kemudahan yang disediakan di sini saya rasa terharu kerana ada tempat yang selesa untuk golongan ini menumpang sementara mendapatkan pekerjaan yang sesuai," katanya yang merancang untuk mengadakan sesi motivasi di Anjung Singgah ini pada masa akan datang. |
Untuk perjalanan tanpa was-was Posted: 07 Dec 2011 08:40 PM PST PERASAAN seronok Nina apabila diarahkan bertugas selama beberapa hari ke luar negara kini bertukar dengan rasa berbelah bahagi. Mana tidaknya, dia dikehendaki berada di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) yang juga baru pertama kali akan dijejaki, sekurang-kurangnya pada pukul 5 pagi. Suka atau tidak, Nina memang tidak boleh mengelak daripada menempah teksi untuk ngambilnya dari rumah seawal pukul 3 pagi. Nombor telefon teksi ke LCCT telah diperoleh dari laman web. Tetapi dia masih belum dapat membuat keputusan kerana sudah tentu pemandunya adalah lelaki. Sekalipun Nina tidak mahu berprasangka buruk, dia tetap berhati-hati kerana perjalanan ke LCCT dari rumahnya akan memakan masa sejam dan melalui lebuh raya yang tentunya lengang di awal pagi. Sebenarnya apa yang dialami oleh Nina adalah perkara sama yang dihadapi oleh wanita-wanita lain tiap kali memerlukan perkhidmatan teksi di waktu malam atau di awal pagi. Walaupun setakat ini perbuatan jenayah dan gangguan seksual oleh pemandu teksi lelaki terhadap penumpang wanita di negara ini masih kecil, ia masih belum cukup untuk melenyapkan kerisauan kaum Hawa ketika menggunakan khidmat kenderaan awam tersebut terutama ketika berseorangan. Justeru pelancaran projek Teksi Wanita baru-baru ini sememangnya berita yang ditunggu-tunggu oleh semua kaum Hawa. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Heng Seai Kei telah melancarkan Teksi Wanita sempena Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita di Terminal Bersepadu Selatan, Kuala Lumpur pada 26 November lalu. Projek itu mendapat kerjasama Abex Manufacturing Sdn. Bhd. dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Setakat ini empat syarikat bekerjasama menyediakan perkhidmatan Teksi Wanita iaitu Destination Transport, Zalnas Sdn. Bhd., Koperasi Pengangkutan Putrajaya dan Cyberjaya serta Sunlight Radio Taxi Sdn. Bhd. Projek Dari Wanita Untuk Wanita itu bukan sahaja memberikan lebih keselesaan untuk menyewa perkhidmatan teksi pada bila-bila waktu, malah memberi peluang pekerjaan bagi meningkatkan pendapatan isi rumah. Untuk permulaan, 50 pemandu teksi wanita dipilih menyertai projek perintis itu. Mereka terdiri daripada suri rumah, ibu tunggal dan pesara. Projek Teksi Wanita itu secara tidak langsung akan memberi peluang kepada kebanyakan wanita di Malaysia yang semakin sukar mendapatkan pekerjaan disebabkan persaingan dan juga kelayakan akademik. Dengan menceburkan diri sebagai pemandu teksi akan membolehkan mereka menyusun jadual harian termasuk memperuntukkan masa yang berkualiti dengan anak-anak. Selain itu dengan juga dapat meningkatkan pendapatan keluarga, pendapatan sampingan untuk menyara hidup sekeluarga. Usaha KPWKM menerusi projek Teksi Wanita adalah untuk meningkatkan potensi kaum wanita supaya seiringan dengan pembangunan negara termasuk memperkasakan wanita di dalam sektor ekonomi. Bagaimanapun perkhidmatan Teksi Wanita disediakan secara on call sahaja setelah pemandu menerima panggilan dari penumpang atau syarikat. Perkhidmatan on call itu bermula pukul 6 pagi hingga 12 tengah malam. KPWKM juga telah mempromosi perkhidmatan itu dengan meletakkan pelekat Teksi Wanita kepada yang teksi kumpulan perintis pemandu wanita ini supaya mudah dilihat oleh penumpang. Penumpang yang mahukan perkhidmatan ini boleh menelefon ke syarikat yang menyediakan perkhidmatan 'Teksi Wanita' ini menerusi talian 03-80240507, 03-26926000 dan 03-88884020. Selain itu KPWKM juga mempelawa mana-mana wanita yang berminat bekerja sebagai pemandu teksi wanita boleh menghubungi Talian NUR di 15999 atau melayari laman web www.jpw.gov.my atau Abex di talian 03-89261412 (Syamimi). |
Pemandu teksi wanita berkebolehan Posted: 07 Dec 2011 08:31 PM PST WANITA berusia 38 tahun ini telah melakukan pelbagai kerja demi untuk memperbaik taraf hidupnya di kota besar seperti Kuala Lumpur. Walaupun tidak pernah merancang untuk menceburkan diri dalam kerjaya itu, namun sejak 10 tahun lalu itulah pekerjaan yang melekat di hatinya. Tidak sukar untuk Faridah Idris anak kelahiran Melaka itu melayakkan dirinya sebagai pemandu teksi memandangkan dia memang berkebolehan memandu kereta. Lebih menyeronokkan apabila niatnya untuk menjadi pemandu teksi di kota Kuala Lumpur yang sentiasa sibuk tidak pernah dilarang oleh ahli keluarga. Sebaliknya mereka memberikan galakan. ''Keluarga saya semuanya menjalankan perniagaan sendiri. Saya juga ibaratkan memandu teksi sebagai satu bidang perniagaan,'' katanya. Semenjak itu, Faridah nekad untuk memilih bekerja sebagai pemandu teksi di Destination Transport (M) Sdn. Bhd. Dirinya lebih berbangga kerana menjadi antara 50 pemandu teksi yang terlibat dalam projek rintis Teksi Wanita yang dilancarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pada 26 November lalu. ''Saya tidak pernah merancang kerjaya ini. Saya akui dengan bidang yang jarang diceburi oleh wanita ini memberikan pendapatan yang baik untuk diri saya,'' katanya. Selain bekerja keras selepas waktu Subuh sehingga menjelangnya tengah malam, akuinya dia lebih suka bekerja daripada bercuti. Malah wanita itu juga tidak pernah rasa tertekan jika saban hari terpaksa berhadapan dengan laluan baru kerana menganggap ia sebagai cabaran. ''Pengalaman melalui laluan baru saya suka kerana secara tidak langsung ini akan menambahkan pengalaman saya untuk mahir dengan jalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur,'' katanya. Cerita Faridah, sepanjang 10 tahun menjadi pemandu teksi dia tidak pernah berdepan dengan cabaran yang menakutkan. Bagaimanapun jelas wanita itu, dia mempunyai ilmu mempertahankan diri kerana baginya itu penting kerana malang itu tidak berbau. ''Apa yang penting adalah niat kita untuk mencari rezeki. Alhamdulillah setakat ini saya bukan sahaja tidak bertemu dengan penumpang yang berniat jahat, malah tidak pernah kemalangan,'' katanya. Jelas Faridah, sebagai pemandu teksi diaperlu mengetahui selok-belok dalam menjaga kenderaan. Katanya, pengalaman menukar sendiri tayar merupakan cabaran yang pernah ditempuh ketika di awal pembabitan sebagai pemandu teksi. Faridah memberitahu, seorang pemandu teksi bukan sahaja perlu pandai berkomunikasi, malah perlu rajin menimba pengetahuan untuk dikongsi dengan penumpang. Bagi Faridah, dia bukan sahaja seorang pemandu teksi malah juga perlu bertanggungjawab untuk mempromosi tempat-tempat menarik di negara ini. Sehubungan itu, katanya, dia bukan sahaja fasih berbahasa Inggeris malah turut menguasai beberapa perkataan mudah dalam bahasa Jepun, Arab dan Mandarin. Bagi seorang lagi pemandu teksi wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Yati, 53, menjadi pemandu teksi menyeronokkan berbanding kerjayanya sebagai pembantu di sebuah tadika sebelum itu. Dia telah menjadi pemandu teksi dengan Destination Transport (M) Sdn. Bhd. sejak dua tahun lalu. ''Saya juga antara pemandu wanita yang terlibat dalam projek rintis kerajaan iaitu Teksi Wanita,'' katanya. Bagi Yati, sepatutnya kaum wanita yang selama ini risau untuk menyewa teksi yang dipandu lelaki di waktu malam dan sebagainya boleh menggunakan perkhidmatan ini. Katanya, Teksi Wanita menjadikan penumpang wanita lebih selesa untuk ke destinasi dituju. Beliau berharap, projek yang dilaksanakan baru-baru ini itu akan mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan kaum wanita. |
Posted: 07 Dec 2011 08:29 PM PST MELIHAT cara mereka bekerja dengan persekitaran yang panas, bingit dengan enjin pesawat dan sentiasa terkejar-kejar, cukup untuk membuktikan tugas yang dilakukan bukanlah mudah apatah lagi bagi kudrat wanita. Apa yang tidak mereka lakukan? Dari memunggah naik dan menurunkan bagasi, menarik tangga ke pesawat dan sebagainya semuanya mereka lakukan. Kerja-kerja tersebut kalau dilihat di mana-mana lapangan terbang di dunia pun, hanya dikuasai oleh lelaki. Tetapi bagi wanita muda yang berseragam merah terang ini, ia merupakan rutin harian mereka. Mereka merupakan antara tenaga kerja penting di bahagian ramp di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) , Sepang. Tugas mereka bermula sebaik pesawat mencecah landasan. Masing-masing akan segera mengambil kedudukan dan bersedia melaksanakan peranan yang telah ditetapkan, termasuk membantu juruterbang meletakkan pesawat bukan sahaja di tempat yang telah dikhaskan tetapi dalam keadaan betul. Sekumpulan lagi pula bersedia dengan tangga yang akan ditolak ke arah pintu pesawat. Manakala yang lain sarat dengan peralatan bagi membersihkan bahagian dalam pesawat termasuk menukar dan mengisi bekalan air. Lebih mencabar semua kerja-kerja itu perlu diselesaikan dalam tempoh 25 minit sebelum pesawat yang sama bersedia untuk berlepas semula. Dalam tempoh yang singkat itu juga mereka dengan pantas akan memunggah turun bagasi ke troli dan memuat naik bagasi untuk ke destinasi seterusnya. Semua beg penumpang perlu dipastikan dimuat ke dalam pesawat yang betul. Dilihat daripada gaya mereka bekerja, mungkin ada yang terfikir tugas tersebut terlalu berat untuk kudrat seorang wanita. Bagaimanapun mereka menyangkal tanggapan tersebut. Bahkan bagi mereka tiada istilah sesuai atau tidak. Yang penting tugasan yang diberi dilaksana dengan baik tidak kira oleh lelaki mahupun wanita. Menurut Nurul Maizura Maizun, 21, tugas-tugas di bahagian ramp LCCT dibahagi kepada dua giliran. Setiap giliran mengambil masa 12 jam. Mungkin atas sebab itu, katanya, rata-rata petugas wanita yang berkerja di bahagian tersebut memiliki bentuk fizikal yang tegap dan sihat. "Di bahagian ramp ini kami ada 32 petugas wanita. Biasanya bagi giliran siang, kerja kami bermula seawal pukul 9 pagi. "Begitupun, kami dikehendaki berada di lokasi 30 minit awal untuk taklimat sebelum meneruskan kerja-kerja harian. "Kerja kami akan menjadi sibuk apabila ada kapal terbang mendarat," katanya. Ini kerana menurut Nurul Maizura, petugas-petugas di bahagian ramp bertanggungjawab memunggah bagasi baik dari kapal terbang ke terminal ataupun dari terminal ke kapal terbang. Bukan itu sahaja, mereka juga perlu memastikan segala-galanya dalam keadaan terkawal termasuk tangga untuk penumpang naik ataupun turun dari pesawat. "Jika hendak bercakap mengenai bidang pekerjaan kami, ia sememangnya satu skop kerja yang begitu luas. "Kamilah orang yang bertanggungjawab atas segala-galanya termasuk 'mengemudi' kapal terbang sebaik sahaja mendarat dan setelah ia diletakkan di tempat yang betul. "Kerjaya ini mencabar. Tetapi ia menyeronokkan. Tidak semua orang boleh melakukan apa yang kami buat ini," ujarnya. Memiliki diploma dalam bidang pengurusan marin, bagi Nurul Maizura, kerjayanya hari ini satu kerjaya yang penuh dengan pengalaman yang menyeronokkan. Disebabkan itu, dia tidak kisah apabila terpaksa berpanas mahupun berhujan di landasan yang sentiasa bingit dengan bunyi enjin pesawat. Mendapat sokongan padu daripada keluarga serta rakan-rakan, ia sekali gus menjadikan Nurul Maizura seorang pekerja yang begitu komited dengan tanggungjawab yang diberikan. Bercerita lanjut mengenai kerjayanya, dia mengakui setakat ini belum lagi pernah melakukan kesilapan seperti tersalah menempatkan beg-beg penumpang atau cuai dalam melaksanakan tugas-tugas yang lain. Menurut anak kedua daripada tiga beradik ini lagi, walaupun kerjaya tersebut mengkehendaki mereka bergerak pantas, ia tetap dilakukan dalam keadaan yang penuh berhati-hati agar tiada kesilapan. Katanyai, waktu puncak bagi pekerja yang bekerja pada giliran pagi ialah pada pukul 3 hingga 5 petang manakala untuk giliran malam pula bermula seawal 5 hingga 8 pagi. Ini kerana pada waktu-waktu tersebut kapal terbang banyak mendarat atau berlepas dan untuk waktu begini, maksimum kapal terbang yang 'singgah' di lapangan terbang adalah sebanyak 23 buah. Jelas Nurul Maizura lagi, seorang pekerja biasanya akan mengendalikan sekurang-kurangnya 10 buah pesawat dalam sehari. "Sebelum tiba waktu puncak, kami mungkin boleh lagi bergelak ketawa dan bergurau senda. Tetapi apabila tiba waktu puncak, kami tiada masa untuk semua itu malah kalau dilihat wajah masing-masing begitu serius dan fokus. "Ketika ini biasanya kami akan berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat berikutan bunyi bising enjin pesawat. "Bagaimana sibuk sekalipun, kami tetap gembira bekerja di bahagian ramp malah kami semua seperti sebuah keluarga yang besar," tambahnya. Yang pasti, petugas yang bekerja di bahagian ramp merupakan orang penting dalam mengendalikan setiap urusan yang berkaitan dengan kapal terbang mahupun bagasi setiap penumpang. Tanpa mereka pastinya kerja-kerja pemunggahan bagasi, pembersihan kapal terbang, muat turun bagasi ke dalam pesawat dan lain-lain lagi tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. |
Pameran busana mutiara di muzium Posted: 07 Dec 2011 08:25 PM PST SELALUNYA muzium dikaitkan dengan pameran artifak-artifak yang hanya menarik minat golongan pencinta sejarah. Namun kini tidak lagi kerana muzium turut mempamerkan barangan kontemporari. Malah melangkah ke Muzium Negara sekarang boleh menjadi inspirasi kepada bakal pengantin kerana sedang berlangsung Pameran Busana Perkahwinan Mutiara. Bermula 26 November lalu dan dijangka berakhir pada 31 Disember ini, pihak Muzium Negara telah bekerjasama dengan jenama perhiasan mutiara terkenal, Rafflesia untuk mengadakan pameran tersebut. Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, (JMM) Datuk Ibrahim Ismail berkata, pameran khas itu adalah acara sampingan yang diadakan pada musim tertentu. "Ini adalah gandingan kali kedua antara pihak JMM dengan Rafflesia. Kami amat berharap dengan pameran khas ini dapat menarik pengunjung pelbagai lapisan masyrakat dari dalam dan luar negara," ujarnya pada majlis perasmian pameran tersebut di Muzium Negara, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Majlis turut dihadiri pereka kasut terkenal, Prof. Datuk Jimmy Choo dan pengasas jenama Rafflesia, Winnie Sin dan suaminya. Yang menarik tentang pameran itu ialah koleksi gaun pengantin, kasut, aksesori yang pernah ditaja oleh Rafflesia pada majlis perkahwinan artis dan selebriti tempatan. Turut dipamerkan busana indah rekaan kebanyakan pereka fesyen tempatan dan antarabangsa seperti Khoon Hooi, Keith Kee, Vera Wang dan ramai lagi yang disulami dengan biji mutiara indah dari jenama Rafflesia. Kreativiti pereka itu begitu terserlah apabila menggabungkan keindahan mutiara pada busana indah yang dipakai oleh bukan sahaja pengantin perempuan malah lelaki juga. Ia ibarat satu nilai tambah yang bukan sahaja memberikan kelainan malah menyuntik nilai eksklusif yang mungkin tidak boleh dimiliki dari mana-mana butik pengantin biasa. Bukan itu sahaja, pameran tersebut juga bertujuan untuk mendidik masyarakat dalam mengenali secara lebih mendalam kepelbagaian mutiara dan fungsinya. Menurut Ibrahim, pameran berkenaan mendapat sambutan pelbagai golongan sejak ia mula dibuka kepada umum seminggu lalu. "Kerjasama pintar seperti ini akan diteruskan lagi di masa akan datang demi memastikan pengunjung muzium bertambah hari demi hari," jelas beliau. Antara selebriti yang hadir pada majlis tersebut ialah Tasya Sheila, Izara Aisyah, Fara Liyana Idris, Bkay Nair, Amber Chia dan Memey. Antara yang dipamerkan ialah baju perkahwinan Ning Baizura rekaan Rizman Ruzaini bernilai RM150,000, gaun perkahwinan Datuk Siti Nurhaliza rekaan Khoon Hooi bernilai RM300,000, gaun perkahwinan Amber Chia rekaan Keith Kee bernilai RM380,000 dan gaun perkahwinan Memey rekaan Vera Wang bersama layah berhiaskan mutiara Rafflesia bernilai RM500,000. Selain gaun pengantin terdapat juga kasut rekaan Profesor Datuk Jimmy Choo yang disulami mutiara. |
Bukti anak Orang Asli mampu berjaya Posted: 07 Dec 2011 08:21 PM PST SETINGGI mana pun Orang Asli belajar akhirnya ke hutan juga mereka kembali. Itulah antara kata-kata yang kerap dimomokkan ke telinga Adenor Awang, 12, oleh masyarakat di sekelilingnya. Namun kata-kata itu langsung tidak menjadi kudis malah menjadi penguat semangat kepada remaja berusia 12 tahun itu untuk terus berjuang demi mencapai impiannya dalam pelajaran. Nyata usaha dan penat-lelahnya berbayar apabila Adenor muncul sebagai anak daripada kaum Orang Asli pertama di Sekolah Kebangsaan Batu 14, Tapah, Perak, yang mencapai keputusan cemerlang 5A dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini. Keputusan cemerlang itu bukan saja membolehkan Adenor mencatat rekod sekolah malah memecahkan rekod sebelumnya dicapai oleh abangnya sendiri yang memperoleh 4A 1B. Sejarah kejayaan abang dan kakak dijadikan pembakar semangat oleh remaja ini untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik daripada mereka. Adenor juga sanggup menyahut cabaran bapanya sendiri supaya mendapat keputusan yang lebih baik dari abang dan kakaknya. Ketika ditemui gadis pemalu ini kelihatan agak kekok sebaliknya dia lebih senang membiarkan bapanya, Awang, menjadi 'jurucakap' tidak rasmi untuk berkongsi rahsia kejayaan mendapat 5A dalam UPSR. Awang yang begitu peramah dan sudi untuk berkongsi kejayaan anaknya, memberitahu antara rahsia kejayaan tersebut adalah suasana pembelajaran yang selesa di samping kerja keras dan dorongan kuat daripada ahli keluarga yang lain. Awang mengakui cukup berbangga dengan kejayaan Adenor biarpun masih terpalit rasa terkilan kerana tidak berpeluang untuk menghantar dua anaknya sebelum ini ke kelas tuisyen sebagaimana diberi pada Adenor. Dia yang mengusahakan sebuah kebun bunga orkid, mengakui keluarganya bukanlah orang senang namun aspek pelajaran anak-anak tidak diabaikan. "Kalau nak anak berjaya, jangan kedekut untuk labur pada anak-anak, saya rasa terkilan kerana saya tak hantar abang dan kakak Adenor ke tuisyen walaupun saya tahu mereka ada potensi untuk cemerlang "Kini saya sedar dan terus menghantar Adenor ke tuisyen yang terletak di pekan Tapah kerana saya tengok keputusan peperiksaan ujian sekolahnya menampakkan potensi untuk berjaya dan cemerlang,"katanya. Selain itu, Adenor juga mengikuti kaedah pembelajaran melalui rancangan Astro Tutor yang banyak membantu dalam meningkatkan tahap kecekapan dan prestasinya. Pada masa sama, Adenor juga banyak mengikuti kursus dan bengkel pelajaran sama ada di sekolah mahupun anjuran agensi luar semata-mata mahu memantapkan ilmu akademiknya. Sebagai masyarakat Orang Asli, Awang sedar akan kekurangan yang membelanggu kehidupan masyarakatnya namun itu tidak bermakna dia tidak mahukan perubahan. Malahan sikap inginkan kemajuan menjadi salah satu faktor kejayaan dia dan anak-anaknya untuk meneruskan hidup pada hari mendatang. Bapa kepada lapan orang anak ini juga banyak mendedahkan anak-anaknya kepada dunia luar agar lebih bersikap positif dan berfikiran terbuka dalam menjalani kehidupan sebagai manusia dan seorang pelajar. Awang juga mempunyai prinsip dan matlamat hidup sendiri. "Saya ada moto hidup saya sendiri iaitu SBBB - Saya Bersyukur, Saya Berusaha dan Saya Berjaya," katanya. Paling utama, kata Awang, dia tidak mahu melihat anak-anak muda Orang Asli mengabaikan pelajaran. "Kadang-kadang saya sedih melihat keadaan anak-anak muda Orang Asli sekarang yang lupakan sekolah, yang lelaki hisap dadah, perempuannya pula kaki joget di majlis keraian. "Sebab itu saya tidak pernah beri kebenaran pada anak saya untuk ke majlis keraian, risau dia akan terdedah kepada aktiviti yang tidak sihat. "Kita akan dianggap hebat jika berjaya dalam pelajaran, tetapi jangan gunakan jalan singkat untuk berjaya," pesan Awang. |
UMT kekal johan Cabaran Usaha Sosial (SVC)-BSN 2011 Posted: 07 Dec 2011 08:17 PM PST KUALA LUMPUR 6 Dis. - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengulangi kejayaan apabila muncul johan pada Cabaran Usaha Sosial (SVC)-Bank Simpanan Nasional (BSN) 2011 menerusi produk pengesan dadah melalui analisis folikel rambut Cut n Drop. Timbalan Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Yahaya Ibrahim berkata, kemenangan kali kedua itu tidak di sangka kerana peserta lain yang mengambil bahagian turut memperkenalkan produk terbaik mereka. "Alhamdulillah, kemenangan berpihak kepada kami tahun ini sekali gus memberi inspirasi untuk mencipta produk yang lebih baik pada masa hadapan. "Selain itu, ia menjadi landasan kepada kami untuk menaikkan nama UMT di peringkat antarabangsa kelak," katanya selepas acara penyampaian hadiah pertandingan itu di sini, semalam. Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Rohani Abdullah dan Timbalan Ketua Eksekutif BSN, Winston Emannuel. Program yang dianjurkan BSN sebagai memenuhi tanggungjawab sosial korporat syarikat itu terbuka kepada semua penuntut institusi pengajian tinggi (IPT). Sementara itu Winston ketika ditemui berkata, SVC turut dianjurkan bagi mengasah kreativiti serta minda penutnut sekali gus memberi mereka peluang untuk membantu komuniti terlibat. "Melalui aktiviti seperti ini, penuntut juga berpeluang untuk mengetengahkan kreativiti, inovasi dan nilai keusahawanan mereka yang bakal memberi manfaat kepada masyarakat," katanya. Pada pertandingan kali ini, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dinobatkan sebagai naib johan manakala Universiti Utara Malaysia (UUM) di tempat ketiga. Para pemenang membawa pulang hadiah wang tunai, trofi serta sijil simpanan premium BSN. |
Hari ungu untuk kanak-kanak autisme Posted: 07 Dec 2011 08:11 PM PST MENERIMA kehadiran anak-anak istimewa dalam keluarga merupakan satu cabaran besar bagi setiap pasangan yang bergelar ibu bapa. Biar apapun, kehadiran anak-anak istimewa ini tetap ibarat permata tiada tandingan yang menyerikan rumah tangga. Walaupun tidak sempurna, mereka mempunyai keistimewaan tersendiri dan kasih sayang yang diberi tiada beza seperti anak normal lain. Berdepan dengan anak-anak istimewa seperti autisme pastinya memerlukan kesabaran dan ketabahan. Apatah lagi dunia kanak-kanak autisme masih misteri kerana tiada siapa tahu apa yang bermain dalam fikiran mereka. Di Malaysia dianggarkan satu daripada 600 kanak-kanak mengalami masalah berkenaan. Statistik juga menunjukkan kini ada kira-kira 47,000 penduduk negara ini menghidap autisme. Daripada jumlah itu, empat atau lima orang bagi 10,000 pesakit mengalami autisme tulen yang mengakibatkan mereka kehilangan keupayaan memahami keadaan sekeliling, kecuali diri sendiri. Sebagai langkah meningkat kesedaran dan pendidikan mengenai autisme di kalangan orang ramai pihak pengurusan pusat beli-belah terkenal, Suria KLCC baru-baru ini menganjur kempen dikenali sebagai Purple Day. Kempen tersebut bukan sekadar memberi panduan tetapi juga pendidikan berguna kepada orang ramai mengenai autisme. Ketua Pegawai Eksekutif KLCC, Andrew Brian berkata, kempen itu bertujuan memberi kesedaran terutama kepada ibu bapa dalam mendidik anak-anak yang mengalami autisme. Malah, ia juga memberikan pengetahuan kepada orang ramai mengenai cara yang mereka boleh lakukan bagi membantu pesakit-pesakit autisme. "Kempen ini juga merupakan tanda tanggungjawab sosial kami dalam membantu memberikan kesedaran dan pengetahuan kepada orang ramai," katanya pada majlis pelancaran kempen tersebut di ruang legar KLCC, di Kuala Lumpur baru-baru ini. Hadir merasmikan kempen ialah Timbalan Pengarah Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Zainal Arifin Omar. Turut hadir Presiden Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (Nasom), Teh Beng Choon. Menurut Brian lagi, melalui kempen itu beberapa kiosk telah dibuka di tengah-tengah pusat membeli belah itu yang menempatkan barang-barang seperti baju-T berwarna ungu dan pelbagai cenderamata. Jelas beliau, orang ramai boleh mendapatkan pelbagai cenderamata tersebut dan sebahagian hasil jualan akan di dermakan kepada Nasom. Katanya lagi, pada tahun lepas pihaknya berjaya mengumpul RM42,228 hasil daripada kempen yang sama. Katanya lagi, tahun ini melalui kempen yang sama pihaknya menyasarkan untuk mengumpul RM100,000 untuk diserahkan kepada Nasom. Katanya, melihat kepada sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung pusat beli-belah tersebut, kempen tersebut akan dijadikan acara tahunan dalam memberikan pengetahuan kepada orang ramai di samping membantu menambah dana Nasom. |
Posted: 07 Dec 2011 08:06 PM PST KETIKA ini, deruman bunyi pesawat canggih di ruang udara Langkawi pasti mengujakan pengunjung yang berada di pulau tersebut. Pelbagai formasi aerobatik pula pasti sedang dipamerkan oleh juruterbang-juruterbang profesional untuk santapan mata mereka yang mengunjungi Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMA'11). Jika sebelum ini pengunjung sering ternanti-nanti kehebatan pasukan terkenal Red Arrow yang masyur dengan kehebatan aerobatik pesawat mereka, LIMA'11 kali ini membawa kelainan tersendiri. Pasukan aerobatik kebangsaan, KRISAKTI akan menggantikan peranan pasukan dari United Kingdom itu dengan kemunculan sulung mereka pada pameran udara dan maritim terbesar dunia itu dijangka meningkatkan keghairahan ribuan pengunjung pameran tersebut kali ini. Apa yang pasti, nama pasukan aerobatik kebangsaan pertama negara itu akan menjadi sebutan ramai selepas ini. Harapan tinggi yang diletakkan pada bahu KRISAKTI pastinya menjanjikan yang terbaik dalam mengangkatkan prestij pameran dwitahunan itu kali ini meskipun tanpa kehadiran Red Arrow. KRISAKTI yang diilhamkan kerajaan bagi memenuhi hasrat menubuhkan sebuah pasukan aerobatik kebangsaan. Pasukan tersebut merupakan usaha sama antara Kementerian Pertahanan dan juga sebuah syarikat swasta tempatan, Aerotree Defence & Services Sdn. Bhd. (Aerotree). KRISAKTI terdiri daripada empat buah pesawat Extra 300L yang dipandu oleh dua juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan dua juruterbang daripada Aerotree. Panglima Operasi Udara, Leftenan Jeneral Datuk Seri Ackbal Abdul Samad berkata, penubuhan pasukan aerobatik tersebut bukan hanya untuk LIMA tetapi ia juga akan digunakan ketika majlis sambutan utama negara seperti kemerdekaan dan sebagainya. "Kami tidak bekerjasama dengan Aerotree menubuhkan KRISAKTI semata-mata untuk LIMA. LIMA hanya diadakan dua tahun sekali sahaja. "KRISAKTI ditubuhkan adalah untuk memenuhi hasrat kerajaan yang mahukan sebuah pasukan aerobatik negara. Jadi, KRISAKTI akan terlibat dengan persembahan pada sambutan-sambutan utama negara. "Selain itu, mana-mana syarikat yang berminat untuk mendapatkan khidmat KRISAKTI dan mahukan pasukan tersebut membuat persembahan aerobatik boleh memohon daripada syarikat Aerotree dengan kadar bayaran tertentu," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini. Secara keseluruhannya, terdapat 11 buah pasukan yang membuat persembahan pada LIMA kali ini terdiri daripada tiga pasukan tempatan termasuk KRISAKTI dan lapan buah pasukan dari luar negara. Selain KRISAKTI, dua lagi pasukan negara adalah daripada TUDM yang menggunakan pesawat Sukhoi SU-30 dan juga MiG-29N. Lapan lagi pesawat luar negara yang membuat persembahan terdiri daripada F16C milik Tentera Udara Diraja Singapura (RSAF), Eurofighter Typhoon (RAF), Mirage Rafale (Tentera Udara Perancis), F/A-18E Super Hornet (Boeing), AH6i (Boeing), Tiger Attack Helicopter (Eurocopter), Dornier 228-212 (Aeroangkasa Ruag) dan C-17 Globemaster III (USAF). Selain persembahan aerobatik, LIMA turut menyajikan pameran pesawat statik. Kebanyakan pesawat yang dipamerkan merupakan pesawat generasi keempat yang tercanggih di dunia ketika ini. Terdapat 45 pesawat dari dalam dan luar negara digunakan untuk pameran statik berkenaan. Antaranya ialah F/A-18D, Hawk 108/208, MB-339CM, CN-235 dan SK-61. Pesawat dari luar negara yang terlibat pula adalah seperti KC-30A (RAAF), S-70B Sea Hawk (RSAF), EC145 dan Tiger HAD (Eurocopter), ATAK Team T129 dan Agusta AW149 (Agusta Westland). |
Posted: 07 Dec 2011 07:53 PM PST MEMANG tidak dinafikan, air mukanya yang mempunyai riak sombong dengan renungan mata yang tajam membuatkan ramai menyangka gadis genit ini sukar didekati. Malah, tuan punya badan sendiri mengakui akan hakikat itu. Tetapi, bagi Izara Aishah, dia sedikit pun tidak melenting mahupun berkecil hati jika ada yang menyangka dirinya begitu. "Sudah menjadi adat. Tak kenal, maka tak cinta. Saya bukan seperti itu. Sejak saya menjadi pelakon, sudah banyak saya digelar dengan pelbagai konotasi sehingga ada yang takut untuk dekat dengan saya (ketawa). "Barangkali dengan wajah sombong saya ini juga, ia sebenarnya membawa tuah kerana rezeki yang saya terima tidak pernah putus," ujar aktres yang mesra disapa Izara ini dalam derai tawa sewaktu ditemui pada majlis perasmian Pameran Busana Perkahwinan Mutiara di Muzium Negara, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Menyambung bicara, anak kelahiran Johor Bahru, Johor ini memberitahu, tuah sering memihak kepadanya untuk membawakan watak antagonis yang seakan-akan sudah menjadi identitinya selama hampir setahun bergelar seorang aktres. Drama bersiri Keranamu Laila dan Soffiya yang masing-masing ditayangkan di TV3 sepanjang tahun ini telah membuat masyarakat sedar akan kehadiran pelakon kecil molek ini. Dua drama rantaian itu sudah cukup membuatkan penonton dan peminat drama tempatan yang bagaikan selesa dengan kehadiran Izara memeran watak hitam dalam mana-mana drama. Tetapi bagi diri gadis berusia 19 tahun ini sendiri, dia seboleh-bolehnya mahu lari daripada watak sedemikian kerana bimbang dilabelkan sebagai stereotaip dan tidak berupaya membawakan watak lain. "Saya pernah membawakan watak baik dalam drama Kasih Najihah dan watak komedi menerusi drama Jejaka J misalnya. Tetapi mungkin penonton tidak sedar akan kehadiran saya. "Alhamdulillah, apabila saya muncul dalam Keranamu Laila dan Soffiya, masyarakat mula sedar akan kehadiran saya lalu membuatkan saya berazam untuk terus bekerja keras dalam bidang ini," kata naib juara Dewi Remaja 2010 ini penuh optimis. Cukup sedar akan kehadirannya sebagai salah seorang bakat baru yang semakin menyinar kerdipan bintangnya, Izara tidak mahu mengejar populariti semata-mata. Serius dalam kerjaya Sebaliknya, dia benar-benar serius dengan kerjayanya sebagai seorang aktres dan akan terus gigih berusaha memperbaiki segala kelemahannya. Kata Izara lagi, sebagai orang baru dalam bidang lakonan, perjalanannya masih terlalu jauh dan hanya satu pinta Izara agar dia terus diberi ruang untuk menonjolkan bakatnya sebagai seorang pelakon. "Saya menerima segala kritikan kerana saya tahu, semua itu amat penting bagi diri saya dalam menjadi seorang aktres yang baik. "Sewaktu saya mula-mula keluar dulu pun, saya teruk dikritik apabila ramai yang mengatakan lakonan saya kayu dan nampak sungguh kaku di skrin. "Tetapi, saya melihatnya dari sudut positif dan sebagai seorang anak seni, saya percaya usaha dan kerja keras akan membuahkan hasil di masa hadapan," ujar Izara yang mengakui hatinya sudah dimiliki oleh seorang jejaka namun, enggan mendedahkan identiti sebenar sang arjuna itu. Dalam konteks ini kata Izara, dia yang kini sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri Vanila Coklat mahu peminat dan penonton dapat menilai sebaik mungkin lakonannya nanti. Bukan lagi watak antagonis, sebaliknya Vanila Coklat memperlihatkan sisi putih Izara dalam drama rantaian 13 episod yang turut menampilkan Iqram Dinzly sebagai teraju utama. Biarpun ketika ini cukup lebat dengan tawaran drama, tetapi bagi Izara dia tidak mahu terburu-buru dan tamak menerima semua tawaran yang datang kepadanya. Seboleh-bolehnya dia mahu melakukannya secara perlahan-lahan dan tidak terlalu drastik kerana tidak mahu menyusahkan sesiapa di kemudian hari. "Saya sedar akan kemampuan saya sebagai pelakon baru. Kalau saya menerima semua tawaran tetapi hasilnya nanti mengecewakan, saya yang akan menanggungnya. "Untuk itu, adalah lebih baik saya menerima tawaran satu demi satu demi kebaikan saya juga. Atas alasan itu jugalah, saya belum yakin untuk berlakon filem. "Bukannya tidak ada tawaran, tetapi ada ketikanya tawaran itu datang di kala saya sibuk dengan penggambaran drama. Jadi, apabila masa yang sesuai tiba nanti, insya-Allah, saya akan berlakon filem pula," katanya yang mengharap watak-watak yang dapat mencabar kredibilitinya sebagai seorang aktres. |
Posted: 07 Dec 2011 07:52 PM PST Anugerah Industri Muzik (AIM), merupakan pentas utama bagi memberi pengiktirafan terhadap bakat seni muzik tanah air, sejak tahun 1994. Dianjurkan, Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (AIMM) dengan sokongan Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), AIM, dilihat sebagai acara berprestij negara. Bagaimanapun, isu penarikan trofi kemenangan lagu Penakut nyanyian Yuna sebagai Lagu Terbaik menerusi AIM18, baru-baru ini, menjejaskan kredibiliti AIM. Kesilapan teknikal yang berpunca daripada syarikat audit bertaraf antarabangsa yang dilantik Ernst & Young itu, boleh dikatakan agak memalukan kerana tidak ada lagi sejarah pemulangan trofi berlaku dalam negara. Pun begitu, ia tidak melemahkan semangat pihak penganjur untuk memperbaiki kesilapan dan meningkatkan mutu penganjuran AIM, pada masa akan datang. Menerusi satu forum yang berlangsung di Hotel Rolaye Chulan, kelmarin, Jawatankuasa Pengelola AIM18, Rosmin Hashim dan Adrian Lim serta beberapa penggiat seni tanah air, berbincang untuk memantapkan lagi AIM bagi memartabatkan industri muzik negara. Selain memastikan penjurian lebih telus, perbincangan itu turut menyentuh isu kriteria dan syarat pencalonan terhadap karya yang melibatkan bukan warganegara. Seperti kita sedia maklum, sebelum ini, baik AIM, mahupun, Festival Filem Malaysia (FFM), meletakkan kewarganegaraan sebagai syarat utama terhadap karya yang bertanding. Dengan erti kata lain, mereka yang bukan warganegara tidak layak bertanding. Dalam perihal AIM, sekiranya album itu dinyanyikan artis tempatan, namun dicipta komposer luar (bukan warganegara), ia tidak layak bertanding. Hal yang sama berlaku ke atas penyanyi tempatan seperti Zee Avi dan kumpulan Hujan yang tidak tercalon dalam mana-mana kategori AIM18. Saban tahun, AIM akan berdepan dengan isu sama sekiranya kriteria dan syarat pencalonan tidak berubah. Maka tidak hairan, kredibiliti pihak penganjur dalam memberi pengiktirafan kepada industri muzik tanah air, semakin dipertikai. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan