OHBULAN! |
Rahsia Kecantikan Ibu, Kini ‘Menurun’ Pada Erra Fazira Posted: 07 Dec 2011 11:32 PM PST Alahai bertuah betul nasib badan, aktres cantik jelita yang satu ini merangkap bekas Ratu cantik Malaysia Dunia 1992, Erra Fazira kerana telah terpilih sebagai duta baru jenama produk kosmetik antarabangsa, Estee Lauder bagi menghangatkan lagi kempen jenama tersebut bagi penggal 2011/2012. Mengikuti jejak langkah seorang lagi jelitawan tanahair, personaliti TV, Marion Caunter, yang turut menjadi jurucakap produk berkenaan, pengumuman perlantikan Erra, dibuat dalam majlis makan malam eksklusif sempena meraikan pihak media dan peruncit Estee Lauder dari seluruh negara bertempat di Mandarin Oriental malam tadi. Erra melalui ucapannya, berasa terharu dan menghargai perlantikan tersebut. Tambahnya lagi dia tidak menyangka minat ibunya yang merupakan pengguna setia produk tersebut 'menurun' ke tangannya apabila dilantik menjadi duta produk antarabangsa tersebut. "Saya harap, kesinambungan ini akan jatuh pula ke anak saya pada masa akan datang," "Sejak dilantik sebagai duta produk tersebut, saya sudah mula menajdikan Estee Lauder sebagai regim kecantikan setiap hari untuk tampak menawan dan lebih berseri-seri tak kira siang mahupun malam. Bahkan, walau sesibuk manapun saya akan memastikan menggunakan Estee Lauder sebagai pelengkap kecantikannya," "Apa yang pasti, wajah saya kini nampak lebih muda. Bersesuaian pula dengan kempen kecantikan Estee lauder, 'Every Women Can Be Beautiful'," ujar Erra lagi mengakhiri perbualan. Apapun, sekalung tahniah buat Erra dari kami di OHBULAN! Baguslah apabila ramai kecantikan jelitawan tanahair kita diiktiraf, sama taraf dengan jelitawan antarabangsa yang lain. Full content generated by Get Full RSS. |
Video Part II : Mampu Memalukan Seluruh Industri Program Realiti TV? Setuju! Posted: 07 Dec 2011 10:14 PM PST Masih ingat lagi sebelum ini artikel OHBULAN! bertajuk Video : Mampu Memalukan Seluruh Industri Program Realiti TV? Setuju!? Kali ini, adik kecil ini kembali sekali lagi dengan lagu berjudul "Takkan Berpaling Darimu" nyanyian asal, Rossa. Menurut sumber, adik kecil ini berasal dari Brunei tetapi masih tidak dapat dipastikan lagi umurnya. OHBULAN! pasti jika adik kecil ini menjadi salah seorang peserta mana-mana rancangan realiti TV di tanah air yang setaraf dengannya, pasti peserta lain akan di-tapau habis. Tidak mahu bercakap panjang, mari kita saksikan videonya selepas ini. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan