Isnin, 29 Julai 2013

Zon Artis

Zon Artis


Farid Kamil Halang Ibu Mertua Jumpa Cucu

Posted: 29 Jul 2013 07:43 PM PDT

GAMBAR FARID KAMIL BERSAMA DIANA DANIELLE DAN IBU MERTUA

"Kalau ingin jumpa cucu, dia perlu jumpa saya terlebih dahulu.

Itulah syarat yang dikenakan oleh Farid Kamil terhadap ibu mertuanya, Norsiah Ramli jika beliau ingin berjumpa dengan cucunya. Syarat tersebut secara jelas lagi terang menghalang Norsiah daripada berjumpa cucunya sebelum beberapa isu antara beliau dan Farid diselesaikan terlebih dahulu.

GAMBAR FARID KAMIL BERSAMA ANAK DAN DIANA DANIELLE
Farid Kamil dan Diana Danielle bersama anak sulung mereka

Farid turut berkata:-

"Saya risau perkara tidak diingini berlaku, saya tidak berdendam tetapi sekadar melindungi isteri dan anak saya. Saya dapat merasakan ibu mertua saya akan melakukan sesuatu yang tidak diingini kepada mereka.

"Sebelum ini juga banyak cerita negatif tentang kami yang keluar daripada mulut ibu mertua yang menyebabkan saya lebih berhati-hati,"

GAMBAR FARID KAMIL BERSAMA DIANA DANIELLE DAN IBU MERTUA

Bukan itu sahaja, Farid turut memberitahu bahawa isterinya, Diana Danielle berasa kecewa dengan ibunya yang tidak merestui perkahwinan mereka. Seperti kata Farid:-

"Sepanjang Diana berada di Australia saya tidak pernah dengar tentang ibunya telefon atau menghubungi untuk bertanya khabar. Apa yang saya lihat Diana sendiri berasa sangat kecewa dengan sikap ibunya yang tidak suka kami berkahwin."

Related Posts with Thumbnails

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu