Isnin, 29 Julai 2013

OHBULAN!

OHBULAN!


Foto : Jehan Miskin & Isteri Pertama Kali Sambut Ramadhan Bersama

Posted: 29 Jul 2013 10:52 PM PDT

Jehan Miskin & Isteri 5

Setelah mendirikan rumahtangga bersama wanita pilihannya pada 4 Mei lalu, Jehan Miskin dilihat jarang memuat naik foto-foto isterinya yang berasal dari Korea itu untuk dikongsikan bersama peminat di laman sosial. Mungkin ini adalah salah satu cara bagaimana aktor tampan tersebut ingin menjaga privasi isteri kesayangannya.

Namun begitu, baru-baru ini Jehan dilihat telah memuat naik beberapa foto romantisnya bersama isteri tercinta, Julie Camelia Rhee, di mana melalui foto tersebut pasangan ini dilihat sedang sibuk menjalani sesi fotografi sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Menerusi salah satu foto yang dikongsikan, nampaknya pasangan ini telah menggayakan busana sedondon bewarna ungu dan bertambah manis lagi apabila isteri pelakon tersebut turut menggayakan Baju Kurung tradisional.

Jehan juga tidak kurang kacaknya, apabila pelakon tersebut turut menggayakan sepasang persalinan lengkap Baju Melayu berserta sampin.

Jehan Miskin & Isteri 2

Kedua-duanya kelihatan sangat tampan & ayu

Nampaknya ini adalah kali pertama Jehan menyambut Ramadhan dan Hari Raya bersama isteri tercinta. Pastinya tahun ini merupakan pengalaman yang cukup indah buat pasangan yang baru dua bulan lebih mendirikan rumahtangga ini.

Selain itu, jika diteliti daripada status-status yang terdapat di laman Twitter milik pelakon ini, nampaknya Jehan terlalu komited dengan kerjaya seninya sehingga tiada masa untuk berbuka puasa bersama isteri tersayang.

Perkara ini dilihat apabila Jehan mula memaklumkan bahawa kali pertama dia berkesempatan untuk berbuka puasa dengan isteri adalah pada Ramadhan ke 12.

Status Jehan Miskin

Amboi, bulan puasa pun Jehan gigih bekerja kan. Baguslah, itu pun untuk rezeki keluarga.

Apa pun, untuk semua peminat yang sudah lama tidak menatap wajah tampan Jehan Miskin, di sini OHBULAN! ingin kongsikan beberapa foto menarik pelakon tersebut bersama isteri tercinta.

Artikel Berkaitan :

Untuk makluman, pasangan ini telah diijab kabulkan pada 4 Mei lalu di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur.

Kredit Foto : Instagram Jehan Miskin

Saya Ada Hak Untuk Bersuara – Aznil Nawawi

Posted: 29 Jul 2013 10:30 PM PDT

Aznil Nawawi

Selepas menutup tirai ujibakatnya pada 30 Jun lepas, Akademi Fantasia 10 (AF10) kini bakal menemui para peminat tidak lama lagi. OHBULAN! pasti anda semua sudah tidak sabar untuk mengetahui siapakah peserta yang layak bertanding di pentas popular ini.

Jika diingat semula, industri hiburan pernah kecoh pada tahun 2011 apabila Akademi Fantasia musim 9 (AF9) dikatakan adalah penamat kepada rancangan realiti itu, namun berita tentang kemunculan AF10 pula telah mengundang pelbagai reaksi dari para peminat.

Artikel Berkaitan :

Dikatakan bakal muncul dengan gaya dan format yang baru, AF 10 juga telah menukar logo dan memperbaharui lagu tema asal Akademi Fantasia.

Berkesempatan menemui bekas hos Akademi Fantasia sebanyak 6 kali (musim 1-5 & 9), Datuk Aznil Nawawi yang mesra dipanggil Pak Nil mengakui rasa cintanya terhadap Akademi Fantasia masih ada. Namun, beliau telah menafikan penglibatannya secara terus dalam rancangan musim baru Akademi Fantasia 10.

"Secara langsung terlibat tu tak ada, tetapi saya adalah pekerja Astro, dan sebagai naib presiden dekat Astro, saya ada hak untuk bersuara dan pastikan program Akademi Fantasia ada kelainan."

"Ye lah sebab saya pun dah buat lama, rasa cinta pada AF tu ada, masih tebal. Cuma kita kena lihat bahawa AF ni adalah AF generasi baru, dan kita kena tengok kesesuaian dia dengan anak kepada penonton AF dulu, 10 tahun dulu. Kalau dulu mereka 17, sekarang mereka dah 27, so anak mereka pula yang akan menonton," tambah Pak Nil lagi.

Menurut pengacara popular ini, beliau akan tetap memantau perkembangan mengenai Akademi Fantasia agar ia berjalan lancar dan mampu memberikan kelainan kepada para penonton selepas ini.

"Kita kena tengok formula yang digunakan oleh AF ada evolusi la. Takdelah masih ditahap 10 tahun yang dulu, ketika saya baru galas tugas.

"Jadi, saya di Astro, apa yang boleh saya bagi idea, saya dah buat. Mereka kena fikir sesuatu yang lain, kalau tak boleh, saya akan pantau samada ia sesuai dengan formula AF."

Merujuk pada perkembangan terbaru, filem animasi The Smurfs 2 (versi Bahasa Malaysia) telah menggunakan suara Pak Nil bagi watak jahat, Gargamel dan filem ini bakal ke pawagam pada 8 Ogos. Turut sama terlibat untuk alih suara The Smurfs 2 versi Bahasa Malaysia ialah Lisa Surihani, Zizan Razak dan juga Elfira Loy.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu