Jumaat, 12 Julai 2013

Zon Artis

Zon Artis


Ramli MS Enggan Komen Gosip Sudah Berkahwin Dengan Alyah

Posted: 12 Jul 2013 09:28 AM PDT

GAMBAR KAHWIN RAMLI MS DAN ALYAH

Konduktor muzik terkenal, Datuk Ramli Mohamed Salleh atau lebih dikenali dengan nama Ramli MS mengambil pendekatan untuk tidak memberi sebarang ulasan berhubung gosip kononnya dia sudah bernikah dengan penyanyi Alyah.

Seperti kata Ramli MS ringkas:-

"I am not interested (saya tidak berminat) untuk di temu bual,"

Kontroversi pasangan itu mula timbul apabila akhbar Utusan Malaysia melaporkan kononnya Alyah sedang menanti pinangan daripada Ramli MS. Kemudian disusuli pula dengan laporan mengatakan pihak pengurusan Alyah mahu gam akhbar yang menyiarkan artikel berkenaan dengan alasan laporan itu menyinggung perasaan Ramli MS.

GAMBAR KAHWIN ALYAH DAN RAMLI MS

Bagaimanapun terbaharu, timbul pula isu kononnya Ramli MS dan Alyah sudah berkahwin secara rahsia, selepas Alyah pulang dari menunaikan umrah selain dikatakan sudah tinggal sebumbung dan menetap di Bandar Kinrara, Puchong.

Dalam pada itu Alyah dalam satu laporan menerusi gua.com.my pula berkata, dia sudah penat untuk menjawab isu-isu status hubungannya dengan Ramli MS dan meminta pihak media bertanyakan sendiri kepada konduktor muzik itu.

Psstt: Perubatan tradisional yang pelik lagi mengerikan di India~

Related Posts with Thumbnails

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu