Isnin, 22 Julai 2013

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Semangat Ramadan Bersama COCA-COLA & HOT FM

Posted: 22 Jul 2013 07:00 PM PDT

Syukur, dah seminggu kita berpuasa. Budiey rasa sangat tenang berada di bulan Ramadan ni. Dalam banyak-banyak bulan, bulan Ramadan yang paling Budiey tunggu. Walaupun agak sibuk dengan event dan majlis Iftar, namun Budiey cukup rasa happy dan bersemangat. Bukan apa, bulan ni je kita dapat berkumpul beramai-ramai mengeratkan hubungan sesama keluarga, kawan-kawan dan jiran, betul tak?

Boleh dikatakan setiap hari, Budiey beriftar di event bersama kawan-kawan. Bila selalu berkumpul macam ni, masing-masing terasa seperti adik beradik dan terpancar jelas sinar persaudaraan sesama kami. Setiap kali berkumpul mesti meriah dan banyaklah cerita lucu yang kami kongsi bersama. Selain itu, bulan puasa ni juga kami berkongsi rezeki dan kita digalakkan juga bersedekah dan bertukar-tukar lauk pauk dengan jiran, betul tak?

Anda pula bagaimana? Apa juadah beriftar kegemaran anda?

Cakap pasal berpuasa ni, Budiey ada mendengar radio paling hangat kat Malaysia ni, HotFM dan Coca-Cola kini sedang mengadakan kempen Sebarkan Semangat Ramadan. Budiey rasa nak join kempen ni atas dua sebab. Pertama sebab kita boleh berkongsi kegembiraan kita dengan semua orang di Malaysia ni. Apa yang penting kat sini, Budiey boleh menggembirakan saudara mara yang jauh dan buat kejutan untuk mereka masa iftar nanti.

Semangat Ramadan Bersama COCA-COLA & HOT FM

Kedua, kempen Sebarkan Semangat Ramadan yang dijayakan oleh penyampai-penyampai yang paling hot di Hot FM memang unik di mana anda boleh mencadangkan nama kawan-kawan, cikgu, atau saudara mara yang anda ingin sebarkan semangat ramadan di laman sesawang yang disediakan. Kemudian, jika anda bertuah dan cadangan anda itu dipilih oleh penganjur iaitu Coca-Cola, DJ Hot FM akan menziarahi kawan atau saudara mara anda.

Tidak dengan tangan kosong tapi mereka dan team Coca-Cola akan datang dan menyediakan juadah iftar dengan mangkuk tingkat yang sangat eksklusif bersama minuman Coca-Cola 1.5L yang sejuk dan menyegarkan kepada pemenang bersama jiran tetangga mereka. Wah, menarik tu.

Hah! Bukan itu sahaja, setiap pemenang juga akan menerima duit raya sebanyak RM500. Pergh! Best kot! Budiey difahamkan, bukan itu je, sebanyak 50 penyertaan bertuah akan menerima barangan eksklusif Coca-Cola dan 15 penyertaan menarik akan berkongsi penyertaan mereka di udara bersama penyampai di Hot FM Jam!

Suraya Hot FM

Suraya dah tak sabar-sabar untuk mengunjungi, kasi surprise untuk pemenang.

Faizal Ismail

Antara penyampai Era FM yang turut sebarkan semangat Ramadan, Faizal Ismail cukup bersemangat untuk menyediakan juadah bagi pemenang bertuah. Tak sabar dah katanya.

Budiey sekarang tengah bayangkan suasana yang sangat meriah di mana kita dapat berkumpul bersama semua jiran dan sanak saudara beriftar bersama-sama dengan juadah percuma dari Coke. Pergh! Happening giler kot., lagi ramai, lagi meriah. Bukan apa, itulah semangat Ramadan yang kita mahukan.

Apatah lagi sekarang ni, kita seperti takde masa yang cukup untuk hang out dan menjalinkan silaturrahim dan semangat kejiranan bersama tetangga dan sedara mara. Maklumlah masing-masing sibuk dengan kerja dan tugasan. Susah nak jumpa. Kadang-kadang Budiey rasa, kita patut berkumpul beramai-ramai sekali sekala, barulah hubungan kita jadi akrab. Semangat itu yang kita nak.

Budiey dikhabarkan Hot FM dan Coca-Cola akan memilih 8 orang pemenang sepanjang Ramadan ini dan dijangka akan menyediakan juadah iftar kepada lebih 20,000 orang! Wow, ramainya! Happening sungguh ni!

Kepada anda yang mahu menyebarkan semangat Ramadan, nah, cubalah hantar penyertaan anda, klik: SINI

Budiey dah pun cuba tadi untuk cadangkan nama kakak Budiey yang sekarang ni berada di Kelantan. Kalau nak tahu, kakak Budiey memang sibuk memanjang orangnya. Biasanya, dalam bulan puasa ni, sibuknya menjadi-jadi sampai tak dapat sediakan juadah beriftar. Sibuk dengan kerja sehariannya di pejabat.

Hanya isi biodata peribadi bersama alamat orang yang kita mahu sebarkan semangat Ramadan berserta slogan: Saya ingin Coca-Cola menyebarkan semangat Ramadan kepada keluarga atau rakan saya kerana….

Kalau boleh, slogan kita tadi tu biarlah kreatif sikit, barulah ada peluang nak menang.

Harap-harap, Coca-Cola bermurah hati dan memilih Budiey… bukan apa la, sekarang ni susah sangat kami adik beradik nak berkumpul. Lagi pun, dah lama tak rasa kenikmatan Coke bersama-sama seperti zaman kanak-kanak dulu.

Kepada pembaca Budiey.com, anda juga berpeluang untuk menyertai kempen Sebarkan Semangat Ramadan ni. Sangat mudah, di mana anda hanya mencadangkan nama saudara mara atau kawan-kawan anda dan nyatakan lokasi mereka berada dan serahkan pada semua penyampai Era FM untuk menyampaikan juadah 'mangkuk tingkat' paling happening, yang lebih bersemangat muhibbah dan kejiranan. Yang penting semua puas dengan menikmati juadah lazat dan minuman yang menyegarkan.

Omg, beruntunglah kepada 8 orang pemenang yang akan dipilih nanti. Kalau bernasib baik, memang Budiey takkan lepaskan peluang untuk bertemu dan berkumpul semula bersama keluarga dan jiran. Tambah lagi bila ada Faizal Ismail, penyampai kegemaran Budiey dari dulu lagi dan juga Suraya, memang Budiey kenal lama mereka ni.

Sebenarnya, bukan Faizal Ismail dan Suraya je yang terlibat, Budiey diberitahu, semua penyampai Hot FM pun terlibat sama. Pergh! Ini dah bagus nih. Maknanya, Fara Fauzana dan Ikhwan pun ada sekali la ya?

Kepada anda, jom kita sama-sama sebarkan semangat Ramadan ini dengan penuh semangat muhibbah dan ukhuwwah yang berpanjangan.

Nak tengok Faizal Ismail dan Suraya Hot FM begitu ceria dan teruja sekali sedang sebarkan semangat Ramadan kepada peminat di booth tol. Nah, Budiey tampilkan kepada anda video ini. Tonton jangan tak tonton ya! Memang FBI & Suraya sangat baik hati! Korang pun baik hati gak, apa kata meh sama-sama kita sebarkan semangat muhibbah ini! Semangat Ramadan!

Saksikan juga video Youtube: Sebarkan Semangat Ramadan Anda – Balai Polis Damansara Utama

Komen via Facebook

Komen

Video & Gambar Siti Nurhaliza di Majlis Berbuka Puasa Universal Music

Posted: 22 Jul 2013 03:15 PM PDT

Setiap kali tiba Majlis Berbuka Puasa yang melibatkan kehadiran penyanyi Dato' Siti Nurhaliza pasti tak lekang dengan kemeriahannya. Tak kiralah dari segi kunjungan tetamunya, peminatnya, malah media pun turut ramai datang untuk bertemu dan menemubual penyanyi popular ini. Seperti juga dengan Majlis Berbuka Puasa anjuran Universal Music Malaysia yang berlangsung pada jam 6 petang semalam. Hampir penuh Restoran Warisan yang terletak di Dataran Merdeka yang dimiliki oleh Pak Engku. Sedap betul lauk pauk kat sini. Sangat klasik okay. Makan dalam pinggan lama dihiasi dengan frame gambar seniman legenda tanahair, haaa… mana nak cari tu kan?

Dalam kesibukan dan kesuntukan masa itu, Budiey bernasib baik sebab dapat menemubual Dato' Siti Nurhaliza di luar restoran, dekat dengan Dataran Merdeka yang kini dipenuhi asap jerebu, dramatik gituh… walaupun hanya 5 minit tapi rasanya cukuplah untuk bekalan video Youtube. Jangan takde langsung pulak kan? Pada yang tak dapat temubual eksklusif tu jangan risau sebab, Budiey dikhabarkan SimplySiti bakal menganjurkan Majlis Berbuka Puasa serentak dengan Pelancaran Produk Terbaru Argan yang bakal dilangsungkan dalam minggu ini.

Pastinya, soalan tentang album pop terbaru Siti Nurhaliza dan juga persiapan beliau untuk hari raya Aidilfitri tahun ini tak lepas dari mulut para media. Yang bezanya puasa tahun ini, Siti dan suami tak dapat mengerjakan umrah atas kesihatan suami dan juga menurut Kak Zie, pengurus Siti, masjid Mekah sekarang ni kan dalam pengubahsuaian dan terpaksa menghadkan kunjungan tetamu Allah. Oh ye ke… pandai Kak Zie buat survey ek. Pengurus yang bagus. Haha, ayat bodek tak kat situ?

Menurut Siti yang katanya akan beraya di rumah suami pada 1 Syawal, album pop dijangka akan dikeluarkan tak berapa lama lagi selepas proses rakaman yang akan dijalankan selepas sambutan hari raya nanti. Budiey tak sabar nak dengar buah tangan terbaru Siti. Dengarnya, pembikinan album kali ini sangat details dengan melibatkan ramai komposer terkenal.

Jom klik dan tonton video rakaman Budiey di majlis ni. Jom ler, klik:

  1. Pesanan Siti Nurhaliza Sempena Sambutan Aidilfitri 2013
  2. Busana Pilihan Siti Nurhaliza Sempena Aidilfitri 2013
  3. Ketika Cinta – Dato' Siti Nurhaliza di Majlis Berbuka Puasa Universal Music  

Komen via Facebook

Komen

', enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: 'Budiey'}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('twitter'); } }); jQuery('#facebook').sharrre({ share: { facebook: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('facebook'); } }); jQuery('#googleplus').sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: 'http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php', click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('googlePlus'); } }); });

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu