Sabtu, 20 Julai 2013

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Akhirnya Filem Tanda Putera Ditayangkan Pada 29 Ogos 2013

Posted: 20 Jul 2013 09:13 AM PDT

Selepas menempuh pelbagai dugaan dan polemik, akhirnya filem Tanda Putera yang ditangguhkan penayangannya akan ditayangkan pada 29 Ogos. Sebelum ini, banyak pihak khususnya pembangkang tidak bersetuju dengan penerbitannya. Yelah, mula-mula 13 September, kemudian ditangguhkan lagi ke 15 November dan sekarang tarikh finalnya ialah 29 Ogos. Budiey tak sabar nak tengok respon dari pemonton.

Sekarang, nampaknya semua kontroversi yang dibangkitkan mengenai filem kenegaraan ini sudah pun berlalu dan keputusan menayangkan filem arahan Datuk Suhaimi Baba itu dipercayai tidak akan memberi kesan seperti mana yang disuarakan oleh pihak tertentu sebelum pilihan raya umum lalu.

Finas telah mengadakan mesyuarat jawatankuasa (Wajib Tayang) yang dipengerusikan Datuk Mustapha Maarof (pengerusi jawatankuasa itu), dan keputusan yang dibuat jawatankuasa itu ialah filem 'Tanda Putera' akan ditayangkan 29 Ogos ini. Yeay!

Ingat senang ke nak buat Tanda Putera ni? Susah tau! Kalau takde pengalaman yang luas, memang filem ini sukar untuk direalisasikan. Tahniah kepada pengarahnya, Datin Paduka Shuhaimi Baba serta barisan pelakon utamanya, Rusdi Ramli dan Zizan Nin. Satu karya mereka yang terbaik setakat ini.

Antara sebab utama mencabarnya Tanda Putera adalah kerana jalan ceritanya sendiri yang dianggap paling berani serta paparan kisah benar yang penuh tragik membabitkan dua bekas pemimpin tertinggi negara, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein serta timbalannya, Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman.

Selain itu, Shuhaimi juga berdepan cabaran memanfaat teknologi pembikinan filem yang canggih dengan bersandarkan bajet mencecah sehingga RM4.5 juta.

Paling berani dalam konteks filem ini tentunya paparan mengenai tragedi 13 Mei 1969 yang selama ini dianggap isu sensitif dan bagaimana huru-hara itu berjaya dipulihkan dengan bijak oleh Tun Abdul Razak, Tun Dr Ismail serta Bapa Kemerdekaan, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.

POSTER TANDA PUTERA

Sinopsis Filem Tanda Putera

Tanda Putera mengisahkan persahabatan akrab antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan Timbalannya Tun Dr Ismail, yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan mereka bagi memulihkan keadaan Negara ekoran peristiwa hitam 13 Mei 1969.

Tun Razak terpaksa menyimpan rahsia tentang penyakit leukemia yang dihidapinya kerana tidak mahu keluarga tertekan dan bimbangkan keselamatan Negara. Mereka berdua berkongsi doktor. Bilik bacaan di rumah Tun Dr Ismail menjadi klinik rahsia bagi rawatan mereka oleh Dr Macpherson, tanpa pengetahuan sesiapa termasuk kaum keluarga.

Mereka memiliki aura yang kuat. Ketegasan dan keazaman mereka memenangi hati dan menangkap imaginasi pelajar seperti Zarah, tenaga pengajar, Kara, anak muda Zaman serta rakan-rakan mereka.

Apabila mengetahui penyakitnya sudah bertambah teruk dan diberitahu doktor dia hanya ada 2 tahun lagi, Tun Razak bersyukur bahawa Tun Dr Ismail, orang yang dipercayainya yang terkenal jujur dan berintegriti, akan dapat meneruskan rancangan mereka bagi pembangunan negara.

Razak juga yakin Ismail akan mengotakan janji untuk menjaga keluarganya nanti. Tetapi pemergian Ismail yang tidak disangka-sangka kerana serangan sakit jantung merupakan satu kejutan besar buat Razak dan hampir memudaratkan lagi kesihatannya.

Dia mula mengejar masa untuk melaksanakan berbagai-bagai perancangan bagi menjamin kestabilan serta masa depan Negara walau pun sentiasa diancam aktiviti Komunis dan Radikal yang mensasarkan Pegawai Polis tertinggi Negara.

Razak mengambil langkah berani – membina hubungan diplomatik dengan Republik China bagi melemahkan pengaruh komunis tempatan walau dia dikecam kuasa barat dan negara sekutu tertentu. Lawatannya ke China yang sangat berjaya dan menerima sambutan yang begitu meriah dan bermakna daripada Ketua Pemimpin China itu membuatkan anasir subversif dan Komunis membalas dendam.

Mereka membunuh Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Perak dengan kejam. Cubaan membunuh DSP Kulasingam gagal. Beliau terselamat walau pun ditembak 18 das. IGP baru, Hanif, berjanji tidak akan berhenti mencari mereka yang bertanggung jawab sehingga tertangkap.

Polisi Razak mula berkesan dan membawa rakyat miskin seperti keluarga Zarah dan Zaman, keluar daripada perangkap kemiskinan tegar. Razak menjadi simbol harapan dan menanam semangat baru dalam diri Zaman, Zarah dan rakan-rakan mereka.

Razak cuba melawan penyakitnya, didorong keinginan untuk pulang ke Tanah Air, walau pun doktor tidak membenarkannya. Namun perjuangan Razak berakhir di sebuah klinik di London apabila menghembuskan nafasnya yang terakhir, tanpa disedari rakyat Malaysia yang dikasihinya.

PRESSKIT TANDA PUTERA PRESS PREVIEW-07

PRESSKIT TANDA PUTERA PRESS PREVIEW-08

PRESSKIT TANDA PUTERA PRESS PREVIEW-09

PRESSKIT TANDA PUTERA PRESS PREVIEW-10

Komen via Facebook

Komen

Sinopsis Drama Air Yassin Lakonan Azam Pitt

Posted: 20 Jul 2013 07:54 AM PDT

Ramai yang sudah mengetahui kelebihan Surah Yassin yang terkandung di dalam al-Quran merupakan sebuah surah yang selalu dibaca oleh umat Islam terutama pada malam Jumaat. Tetapi tahukah kita bahawa dengan mengamalkan membaca Surah Yassin tidak kira masa, kita akan memperolehi pelbagai khasiat dan kebaikan?

Lalu kelebihan Surah Yassin ini diangkat dalam sebuah drama khas menghayati keberkatan bulan Ramadan ini bertajuk "Air Yassin" pada 28 Julai 2013, jam 12.05 tengah hari menerusi saluran TVi yang menampilkan lakonan berkesan Azam Pitt, Maslina Nasir, Reen Rahim, Hamdan Senario, Sheila Mambo, Reza Hasbi dan Zul Handy Black.

Azam Pitt pegang watak Cikgu Nasir

Drama "Air Yassin" Papar Kelebihan Surah Yassin Ramadan Ini pada 28 Julai 2013, jam 12.05 tengah hari menerusi saluran TVi

Kisahnya berlegar sekitar watak dalam diri Nasir, guru yang mengajar di sekolah, di kampungnya sendiri dan selaku anak jati kampung tersebut, Nasir amat berharap anak-anak kampungnya menguasai ilmu pengetahuan dengan memberi lebih perhatian setiap kali mengajar mereka. Dan dalam ramai anak-anak kampung itu, Rahimi nyata yang paling kurang memberi tumpuan dan paling nakal. Dia juga kurang bijak dan sering mengganggu kawan-kawan.

Pada satu hari berlaku satu peristiwa yang begitu memalukan Nasir di mana Rahimi memberitahu kepada Ustazah Munirah bahawa dia menyintai ustazah itu. Nasir begitu marah dengan tindakan Rahimi dan apabila Nasir menegurnya, dia mencabar Nasir untuk menjadikannya pelajar yang paling pandai tanpa perlu teruk belajar seperti orang lain.

Nasir merasa tercabar mendengar kata-kata Rahimi lalu dia mula memikirkan cara untuk menyahut cabaran itu. Pada satu hari, Nasir memanggil Rahimi datang ke rumahnya. Di rumah, Nasir menyediakan sebotol air. Air itu dinamakan 'Air Yassin'. Nasir meminta Rahimi meminum air itu sebelum dia ke sekolah kerana kononnya air itu mampu membantunya menjawab soalan dengan pantas. Rahimi percaya dengan kata-kata Nasir. Dia memastikan sebelum ke sekolah, dia minum Air Yassin.

Di sekolah, Nasir sering bertanyakan soalan mengejut kepada Rahimi. Apabila Rahimi tidak dapat menjawab soalan itu, Nasir sering mendesaknya dan mengingatkan akan kehebatan Air Yassin yang diminum Rahimi. Dengan desakan Nasir itu, Rahimi terpaksa memerah otak mencari jawapan bagi membuktikan kepada kawan-kawannya bahawa dia lebih hebat daripada mereka.

Kawan-kawan Rahimi terkejut dengan perubahan Rahimi. Dari seorang yang sering gagal menjawab soalan guru, kini dia mampu menjawab dengan segera. Kemudian mereka mencuba mencungkil-cungkil rahsia dan ketawa gelihati apabila Rahimi memberitahu dia menjadi begitu sesudah meminum Air Yassin. Rahimi bengang diketawakan begitu. Dalam diam, dia berazam untuk membuktikan bahawa Air Yassin benar-benar berkuasa. Azam Rahimi terlaksana apabila dia berjaya memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR. Kawan-kawan terlopong, kemudian heboh satu kampung tentang kehebatan Air Yassin Nasir dan ibu bapa berbondong-bondong datang meminta Air Yassin di rumahnya untuk anak mereka.

Nasir bersetuju untuk memberi Air Yassin kepada anak-anak kampung, dengan syarat mereka mesti menghadiri kelas tambahannya. Ibu bapa begitu gembira mendengar cadangan Nasir lalu dewan orang ramai dijadikan kelas tambahan. Populariti Air Yassin Nasir sampai ke telinga Zubir. Dia yang terkenal dengan sikap suka membuat kerja mudah, berjumpa dengan Nasir dan mencadangkan kepadanya supaya mereka menjadi rakan kongsi bagi memasarkan air hikmat tersebut keseluruh negara.

Nasir tidak bersetuju dengan cadangan Zubir kerana dia tidak pernah bercita-cita untuk menjadi perniaga Air Yassin itu. Geram Nasir tak mahu mengikut cadangannya, Zubir memburuk-burukkan Nasir dengan menghebahkan ke serata kampung bahawa Nasir telah mengguna khidmat bomoh untuk menjampi air tersebut dan dengan jampi-jampi tersebutlah dia mempengaruhi murid-murid dan tidak lama lagi pastinya dia mengguna air itu untuk memastikan semua orang mengikut telunjuknya.

Lama-kelamaan ibu bapa di kampung tersebut termakan dengan kata-kata Zubir. Mereka mula menyiasat tentang Air Yassin Nasir dan alangkah terkejutnya apabila mendapati air tersebut hanyalah air mineral biasa tanpa bacaan ayat-ayat dari surah Yassin.

Ibu bapa membuat laporan polis tentang penipuan Nasir kepada murid-murid sekolah. Polis datang ke kampung dan menyiasat Air Yassin Nasir. Nasir mengaku bahawa air yang diberi minum kepada murid-muridnya adalah air mineral biasa dan dalam masa yang sama dia tidak mengaku bahawa dia menipu kerana dia tidak pernah memberitahu sesiapa bahawa air tersebut adalah air yang telah didoa dengan ayat-ayat dari surah Yassin, sebaliknya air tersebut dipanggil Air Yassin, mengambil sempena namanya Nassir Yassin.

Tujuan dia mengatakan air itu mempunyai hikmat semata-mata bagi memastikan murid-muridnya yakin dengan diri sendiri. Harapannya, sesudah yakin dengan diri sendiri, lama-kelamaan mereka pasti lupa dengan kehebatan air itu. Pihak polis berpuas hati dengan jawapan yang diberi Nasir, begitu juga dengan ibu bapa yang telah termakan hasutan Zubir.

Maslina Nasir pegang watak ustazah

pelakon kanak-kanak dalam drama ini

Reen Rahim dan Azam Pitt

antara babak menarik dalam Air Yassin

babak dalam Air Yassin

babak ketika dalam kelas

Komen via Facebook

Komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu