Khamis, 18 Julai 2013

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Peraduan Safi Aidilfitri Sensasi Selebriti

Posted: 18 Jul 2013 07:04 PM PDT

Shila Amzah kini sedang mengukir nama beliau sebagai seorang figura seni yang dikagumi di rantau Asia ini. Bagaimana beliau tampil yakin membuat persembahan dihadapan ribuan peminat, tokoh dan personaliti antarabangsa.

Mereka sentiasa bersama saya – Shila Amzah!

Meletakkan keluarga sebagai nadi kejayaan dan keyakinan diri beliau. Shila percaya dan diserikan dengan kehadiran tiga Trio Safi Balqis Perfect 10.

Kemana sahaja shila pergi, mereka adalah rejim kecantikan dan keyakinan diri saya. Losen pelembap kawalan minyak safi balqis perfect 10 dengan SPF 15 membuatkan kulit sentiasa lembap dan tidak berminyak sesuai untuk saya yang menggemari aktiviti lasak dan sesi latihan persembahan.

Biarpun kulit cerah sempurna kalau ada bintik hitam hilang serinya. Gel pengelupasan Safi Balqis Perfect 10 menanggalkan bintik hitam, mengecilkan pori dan merawat kulit. Apabila tiada persembahan atau majlis yang memerlukan saya bersolek tebal. Saya tampil bersahaja dengan krim bb Safi Balqis Perfect 10 dengan perlindungan SPF 30 PA++. Krim bebas bernafas ini bertindak sebagai krim pencerah wajah dan sebagai asas solekan. Tidak berbelak dan manfaat vitamin E merawat kulit.

Tidak perlu rejim yang rumit! Ini cukup untuk buat saya yakin dan cerah sempurna. Cubalah! Satu dunia terpesona dengan anda.

Budiey.com dengan kerjasama Safi ingin memberi peluang kepada anda memenangi 5 hamper produk Safi bernilai RM200 setiap satu dengan hanya menjawab soalan di bawah ini.

Soalan, namakan tiga trio Safi Balqis Perfect 10 pilihan Shila Amzah:
a) Skrub aprikot Safi Balqis Perfect 10
b) Krim kecantikan Safi Balqis Perfect 10
c) Gel pengelupasan Safi Balqis Perfect 10
d) Krim pembersih wajah Safi Balqis Perfect 10
e) Losen pelembap kawalan Minyak SPF 15 Safi Balqis Perfect 10
f) Krim BB SPF 30 PA ++ Safi Balqis Perfect 10

Slogan: Saya mahu tampil anggun jelita di Aidilfitri ini kerana… (tidak lebih 15 patah kata)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

Tarikh tutup peraduan:
21 Julai 2013

Tajuk Email: Peraduan Safi Aidilfitri Sensasi Selebriti

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Semua nama pemenang akan diberitahu melalui email.
  3. Hadiah akan dihantar melalui pos.
  4. Keputusan juri adalah muktamad.
  5. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.

Terima kasih kepada Safi dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Komen via Facebook

Komen

Apa Komen Sakinah Bila Jadi Isteri Kedua Ashraf Muslim

Posted: 18 Jul 2013 06:35 PM PDT

Masih kecoh dengan pelakon Ashraf Muslim yang telah mengejutkan ramai pihak apabila mengaku di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuala bahawa dia telah pun mengahwini kekasihnya, Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, di Thailand pada 7 Julai lalu.

Budiey perhatikan senario isu ini bertambah teruk bila ada peminat yang memberi komen dan timbul pula sebuah puisi yang dikatakan ditulis oleh Dayana. Walhal, puisi tu, bukannya Dayana yang tulis pun. Aduyai. Apa nak jadilah dengan blog-blog sekarang. Pakai hentam je. Asal boleh!

Okaylah, kita tinggalkan dulu puisi sajak gurindan jiwa yang kononnya ditulis oleh Dayana, sekarang, pasti ramai yang nak tahu komen dari isteri kedua Ashraf Muslim Haha, sah-sahlah Sakinah tak nak bagi apa-apa komen. Ko giler nak suruh dia bagi komen. Mahu meletop dunia ni karang!

sakinah isteri ashraf muslim

Cantik betul isteri kedua Ashraf Muslim ni. Dari jauh nampak macam Tiz Zaqyah pun ada, kan?

Yang pasti, Sakinah tak nak komen, haaaa ni haa, bapa mertua Ashraf dah komen dan komennya tu dah cukup membuatkan peminat kecoh. Kecewa dan kesal dengan tindakan Ashraf Muslim. Budiey hanya bersimpati dengan Dayana je. Kesian gak budak tu.

Berita Harian cuba menghubungi Sakinah yang juga merupakan bekas kru produksi sebuah stesen televisyen swasta untuk mendapatkan ulasan lanjut mengenai perkara ini. Namun, isteri kedua Ashraf itu hanya mampu memohon maaf serta tidak dapat mengulas lanjut mengenai kontroversi perkahwinannya secara senyap-senyap dengan Ashraf di Bangkok.

Sakinah ketika itu memaklumkan yang dia kini sedang bermesyuarat di sebuah lokasi dan berulang kali memohon maaf kerana tidak dapat memberi sebarang komen walaupun diajukan dengan pelbagai soalan dari pihak Berita Harian.

Jawapan yang sama diberikan oleh Sakinah tentang persoalan mengapa dia tidak menemani suaminya ke mahkamah sedangkan mereka telah pun mempunyai ikatan yang sah.

Ashraf Muslim ketika ini dikatakan telah membuka gerai di sebuah bazaar Ramadan di ibu kota dan laporan memetik khabarnya Ashraf ada membawa isteri pertama Noor Dayana dan Sakinah ke tapak perniagaan beliau yang dibuka di bazaar Ramadan namun secara berasingan dan pada waktu berlainan. Wah, baguslah tu, korang berdamai-damai la ya. Takde apa lah sangat bermadu ini. Orang zaman sekarang takde macam orang zaman dulu. Jangan jadi macam dalam drama Ramadan Yang Hilang pulak ya?

Ketika ini, Sakinah dilihat lebih banyak berada di bazaar tersebut menguruskan perniagaan minyak yang telah beroperasi sejak Awal Ramadan lalu.

Okaylah, Budiey rasa segala apa yang berlaku dalam dunia ini bersebab. Ada hikmah di sebalik kejadian Allah ini. Maka, cermin-cerminkanlah diri kita semua.

Komen via Facebook

Komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu