Jumaat, 26 Julai 2013

OHBULAN!

OHBULAN!


Pihak Pengurusan Tak Bertanggungjawab Isu Penipuan CD Hafiz Hamidun

Posted: 26 Jul 2013 12:34 AM PDT

Hafiz Hamidun

Meskipun umat Islam sedang menjalani ibadah puasa, akan tetapi masih ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah mencemari bulan mulia ini dengan menjalankan aktiviti penipuan sehingga melibatkan penjualan CD artis tempatan.

Terbaru, menerusi akaun Facebook Hafiz Hamidun, penyanyi ini telah memaklumkan bahawa pihaknya tidak akan bertanggungjawab atas sebarang penipuan yang melibatkan penjualan CD dan menasihati agar para peminat merujuk dahulu perkara tersebut dengan pihak pengurusannya sebelum melakukan sebarang aktiviti pembelian.

Nampaknya sudah mula ada yang mula menipu dengan memperkenalkan diri sebagai 'penjual' CD2 saya, kemudian minta orang lain bank in kan duit kedalam akaun mereka.

Pihak saya tidak akan bertanggung jawab sekiranya anda ditipu oleh orang2 sebegini. Rujuk dahulu sebelum anda bank in duit kepada orang lain.

Hafiz Hamidun

Hafiz Hamidun sewaktu pelancaran Album Zikir Terapi Diri 2

Dalam pada itu, Hafiz Hamidun turut melahirkan rasa kesal dengan isu penipuan ini dan memaklumkan bahawa pihaknya telah mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat.

Yang menipu pun, anda tak boleh lari ke mana. Maklumat bank semua dah dapat. Tunggu masa untuk ambil tindakan lanjut sahaja.

Bulan-bulan puasa pun ada yang nak buat kerja mudah mcm ni.

Artikel Berkaitan :

Untuk makluman, Hafiz Hamidun baru sahaja melancarkan album Zikir Terapi Diri 2. Secara umumnya, album tersebut merupakan terbitan Arteffectes Sdn. Bhd dengan kerjasama Neo Record dan Warner Music Malaysia.

Nora Danish Tidak Tolak Jodoh Dengan Anak Menteri

Posted: 26 Jul 2013 12:07 AM PDT

Anugerah Syawal-79 copy

Sejak kebelakangan ini nama Nora Danish hangat dibualkan gara-gara gosip cinta antara pelakon cantik ini dengan Nadeem yang juga anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Y.B. Dato' Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz.

Walaupun berkali-kali Nora menyatakan hubungan yang terjalin sejak tujuh tahun lalu itu hanyalah sekadar teman rapat, namun peminat masih lagi ragu-ragu dengan keakraban mereka.

Terbaru, Nora yang ditemui sewaktu majlis Anugerah Syawal TV3 dua hari lepas masih menafikan gosip itu namun tidak menolak jika ditemukan jodoh dengan Nadeem.

Saya dengan Nadeem dah berkawan rapat sejak 7 tahun lepas. Kami tidak bercinta, tapi kalau betul jodoh saya dengan dia, saya tidak menolak. Rayqal pun ada 'chemistry' dengan dia.

Tapi sejujurnya saya belum terbuka hati untuk menerima seseorang kerana bagi saya nak jadi isteri bukan senang, perlukan komitmen yang tinggi. Kalau boleh saya tak nak kegagalan lama berulang lagi.

Anugerah Syawal-80

Menurut Nora, bukan kerana tidak percaya pada cinta yang menghalangnya untuk berkahwin lagi tetapi pelakon ini lebih selesa menumpukan perhatian kepada anaknya, Rayqal terlebih dahulu.

Saya bukan tak percaya pada cinta. Cuma apa yang penting bagi saya sekarang ini adalah Rayqal sihat dan rezeki kami bertambah murah.

Dalam perkembangan lain, Nora Danish baru sahaja dilantik sebagai duta Anugerah Syawal TV3 bersempena Hari Lebaran yang bakal tiba nanti di samping Adi Putra, Amar Asyraf, Tasha Shila, Nelydia Senrose, Aiman Hakim, dan Fiza Sabjahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu