Rabu, 24 Julai 2013

OHBULAN!

OHBULAN!


Johan As’ari Cadang Bertunang Disember Ini

Posted: 24 Jul 2013 09:51 PM PDT

Anugerah Syawal-24

Sejak penghujung Mei yang lalu, Johan As'ari mengakui telah bertemu seseorang yang istimewa sebagai pengganti Nabila Huda.

Menurut Johan, dia tertarik dengan keperibadian gadis itu kerana sering mengingatkannya untuk menunaikan solat di samping sangat mengambil berat tentang dirinya.

Bagaimanapun, hubungan ini agak berbeza dengan pasangan bercinta yang lain kerana Johan mengakui tidak pernah melabelkan diri mereka sebagai kekasih namun keduanya tahu perasaan masing-masing.

Sebenarnya saya masih lagi 'single' kerana kami tak pernah 'declare' hubungan kami tetapi jodoh itu rahsia Allah. Ini tak bermakna saya seorang kaki perempuan. Dia tak sama dengan kawan-kawan perempuan saya yang lain. Jika dia adalah pilihan yang tepat, maka saya akan membuktikan rasa cinta saya mengikut adat.

Namun dalam masa yang sama, Johan menyimpan hasrat untuk mengikat tali pertunangan pada bulan Disember tahun ini sebelum berangkat ke Dubai untuk menjalani penggambaran drama RTM.

Kalau boleh saya ingin mengikat tali pertunangan sebelum ke Dubai pada Disember ini, namun kami masih mengenali hati budi masing-masing. Seandainya ada jodoh saya dengan dia, maka kami akan bertunang.

Meskipun kerap ditanya mengenai identiti gadis istimewa itu, Johan masih tetap dengan pendirian untuk merahsiakannya buat masa ini. Johan menganggap kisah cinta lalu banyak mengajarnya untuk lebih berhati-hati dalam berbicara soal cinta.

Buat peminat Johan, di sini OHBULAN! sertakan beberapa keping foto terbarunya yang sempat dirakam sewaktu hadir ke majlis Anugerah Syawal TV3 yang berlangsung semalam.

Saya Tak Pasti Mereka Bertunang – Nelydia

Posted: 24 Jul 2013 08:43 PM PDT

Anugerah Syawal-128

Kisah mengenai Pekin Ibrahim dan kakak kepada Nelydia, Uqasha Senrose mula mendapat perhatian ramai apabila Uqasha secara tiba-tiba memuat naik foto di Instagram seolah-olah dia sudah putus cinta.

Pekin kemudiannya menjawab persoalan itu mengatakan mereka bukan berpisah seperti yang didakwa sebaliknya sudah bertunang.

Artikel berkaitan:

Bagaimanapun, melalui laporan terbaru dari portal Kosmo! Online, Uqasha menjelaskan bahawa rombongan yang tiba ke rumahnya pada 6 Julai lalu hanyalah sekadar merisik dan bukan rombongan pertunangan.

Pekin-Uqasha

Uqasha dan pekin sewaktu hari merisik

Dia cakap sambutan hari jadi saya tahun ini ada kejutan tetapi saya tidak jangka kejutan yang dimaksudkannya adalah rombongan merisik, bukan rombongan pertunangan seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Menurut Uqasha, rombongan keluarga Pekin datang ke rumahnya sambil membawa empat dulang hantaran yang berisi sebentuk cincin, kain, pulut kuning, dan kek sempena hari lahirnya.

Dalam pada itu, Nelydia yang ditemui sewaktu majlis Anugerah Syawal TV3 di Hotel Istana, Kuala Lumpur malam semalam mengakui tidak pasti mengenai pertunangan kakaknya itu.

Tentang bertunang tu saya tak pasti sebenarnya. Apa yang saya tahu keluarga Pekin ada datang merisik kakak saya. Itu pun setelah diberitahu ibu kerana saya tiada di rumah sebab menjalani penggambaran.

Ditanya sama ada benar Pekin seorang kaki perempuan seperti yang dilabel setengah pihak, Nelydia hanya menyifatkan kekasih kakaknya itu jauh berbeza dengan apa yang dikatakan.

Saya kenal Pekin melalui kakak saya. Sebenarnya saya tak berani memuji lebih-lebih atau berkata buruk tentang dia sebab saya baru mengenali dia. Tapi sepanjang saya kenal Pekin setakat ini, dia seorang yang baik dan berbeza dengan apa yang orang kata tentang dia.

Agak bercanggah juga kenyataan yang diberikan Pekin tapi apa yang pasti Uqasha menyatakan berkemungkinan besar mereka tidak bertunang sebaliknya akan terus melangsungkan perkahwinan namun setakat ini belum ada perbincangan atau persiapan ke arah itu.

Sementara itu, jom lihat beberapa keping foto Nelydia Senrose yang sempat dirakam sewaktu majlis Anugerah Syawal TV3 semalam. Semoga terhibur!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu