Rabu, 24 Julai 2013

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Uqasha terkejut dirisik keluarga Pekin

Posted: 24 Jul 2013 06:23 PM PDT


PEKIN turut hadir pada majlis merisik Uqasha yang berlangsung pada 6 Julai lalu.


PELAKON Uqasha Senrose, 21, mendedahkan dia sangat terkejut dengan kehadiran rombongan merisik daripada keluarga teman lelakinya, Pekin Ibrahim, pada sambutan hari jadinya, 6 Julai lalu.
"Dia (Pekin) cakap sambutan hari jadi saya tahun ini ada kejutan tetapi saya tidak jangka kejutan yang dimaksudkannya adalah rombongan merisik, bukan rombongan pertunangan seperti yang didakwa sesetengah pihak," ungkap Uqasha yang terharu dengan tindakan kekasihnya itu.
Jelas Uqasha yang merupakan kakak kepada pelakon Nelydia Senrose, dalam rombongan merisik tersebut dia menerima empat dulang 'barangan hantaran' yang berisi sebentuk cincin, kain, pulut kuning dan kek sempena hari jadinya.
Sekadar merisik, menurut bekas pramugari itu, kemungkinan besar dia dan Pekin tidak akan bertunang sebaliknya terus melangsungkan perkahwinan. Walau bagaimanapun, mereka tidak menetapkan tarikh dan belum merancang apa-apa berhubung perkahwinan mereka.
Ditebak adakah dia berasa lega dengan ikatan yang terjalin antara dia dan Pekin sekali gus melenyapkan gusar di hatinya berhubung gosip yang bertebaran mengatakan Pekin tidak serius dalam hubungan cintanya dan mempunyai ramai kawan wanita, Uqasha menafikan perkara itu.
"Walaupun sudah dirisik, saya tidak mahu berasa yakin 100 peratus yang kami akan berkahwin. Sebabnya, jodoh pertemuan ketentuan Tuhan. Begitupun, saya yakin Pekin bukan seperti yang didakwa (ramai kawan wanita).
"Bukan mahu menyebelahi dia, cuma dia sentiasa ada bersama saya. Kalau sikapnya macam itu, saya sudah pasti mengambil langkah seterusnya," ungkapnya yang berasa yakin dengan kejujuran Pekin.
PEKIN berpakat dengan keluarga Uqasha untuk membuat kejutan terhadap Uqasha.


Disoal pula bagaimana penerimaan keluarganya mengenai rombongan merisik itu memandang usianya baru 21 tahun, ujar Uqasha, ibunya tidak menghalang tetapi meminta dia lebih mengenali hati budi kekasihnya itu.
Pekin panggil ibu Uqasha mama
Sementara itu, menurut Pekin pula, salah faham timbul mengatakan dia dan Uqasha sudah bertunang kerana majlis yang dibuat begitu teratur dan formal. Malah mereka juga mengenakan warna baju sedondon iaitu kuning cair.
"Saya dengan keluarga dia (Uqasha) sudah rapat. Mengenai perancangan merisik ini, keluarganya sudah tahu tetapi saya minta agar Uqasha tidak diberitahu mengenainya," dedahnya yang buat pertama kali membawa keluarganya bertemu keluarga Uqasha pada 6 Julai lalu.
Mengulas mengenai perancangan perkahwinan pula, ujar pelakon filem Bunohan itu, majlis itu tidak akan berlangsung tahun ini.
Merancang untuk terus berkahwin tanpa ikatan pertunangan, Pekin mengakui risau untuk menempuh dugaan bertunang dan mengatakan ia sekadar membuang masa dan duit.
Mengulas mengenai gosip yang bertebaran mengatakan dia bukan seorang yang serius dalam perhubungan, ungkap Pekin, dia bercinta dengan Uqasha bukan untuk main-main tetapi mahu menjadikannya kekasih dan isteri suatu hari nanti.

Sazzy Falak Nafi Sokong ‘Blogger’ Seks Di Facebook

Posted: 24 Jul 2013 06:22 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pelakon Sazzy Falak menafikan menyokong perbuatan penulis blog Alvin dan Vivian yang mempersendakan umat Islam dengan berkongsi gambar pasangan tersebut di laman sosial Facebook miliknya.
Sazzy atau Sazlini Shamsul Falak, 32, berkata, akaun Facebook peminat (fan page) miliknya itu berkemungkinan telah disalahgunakan oleh pihak pengurus akaun yang ditugaskan untuk menjaganya.
"Saya jarang mengemas kini akaun Facebook saya, selalunya tugas itu ada pihak pengurusan yang menjaganya.
"Saya sendiri terkejut dan tidak tahu tentang perkara itu, sumpah saya tidak melakukan perkara itu," katanya ketika ditemui pada program rakaman Melodi Raya, di sini, Selasa.
Sazzy berkata demikian ketika diminta mengulas tentang tindakannya berkongsi gambar dengan status menyokong pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee yang mempersendakan umat Islam apabila memuat naik gambar mereka dengan kapsyen berbuka puasa bersama Bak Kut Teh (makanan berasaskan sup herba dan khinzir).
Akaun Facebook milik Sazzy yang mencetuskan kontroversi apabila menyokong tindakan pasangan kekasih Alvin Tan dan Vivian Lee dimuat naik pada Selasa.
Tambah Sazzy, dia masih sedar dalam menjaga sensitiviti masyarakat, budaya dan agama bangsa lain.
"Jika benar perkara itu berlaku dan ada yang berkongsi gambar tersebut di Facebook saya, saya minta maaf kalau saya telah menimbulkan kemarahan orang ramai.
"Walaupun saya tidak beberapa jelas dengan perkara itu, namun pendirian saya ialah tidak berpihak kepada pasangan itu," katanya.
Dalam pada itu, Sazzy berkata dia enggan memperbesarkan hal tersebut dan menganggap sebagai salah faham.
"Saya tak mahu terlalu memikirkan perkara ini. Sebab, saya ada banyak hal lagi untuk diuruskan. "Tapi apa-apa pun saya akan rujuk pihak yang menguruskan Facebook saya bagi mendapatkan penjelasan sebenar", katanya.

Asmidar makin 'hot'

Posted: 24 Jul 2013 06:19 PM PDT


Asmidar
Asmidar
MESKIPUN masih hijau dalam industri seni, namun anak jati Kuala Lumpur ini semakin dikenali.
Menariknya, dia dikenali bukan kerana paras rupa, sebaliknya vokal yang mantap dan berkualiti.
Lahir dari rancangan realiti Vokal Bukan Sekadar Rupa, juara musim pertama rancangan ini mengakui pernah dikritik gara-gara kerana imejnya.
Bagaimanapun, dia tidak mahu melatah dan menerima semua itu sebagai pelajaran untuk berjaya dalam bidang yang dipilih.

"Pada awalnya, memang saya tidak pandai bergaya, tetapi setelah diberi nasihat dan tunjuk ajar, saya semakin pandai membawa diri," kata penyanyi berusia 27 tahun ini.

Dalam pada itu, selain berhadapan masalah imej, dia mengakui turut mengalami masalah berat bedan.

Meskipun tidak memberikan kesan kepada kariernya, namun demi kecantikan dan kesihatan diri, dia nekad mengubah penampilannya kini.

Jelas empunya nama Asmidar ini, ia penting supaya lebih berkeyakinan dalam meniti hari sebagai anak seni.

Pengertian cantik bagi anda?

Cantik itu bukan dari segi luaran sahaja. Yang penting jiwa kita bersih, ikhlas dan jadi diri sendiri.
Adakah anda pernah mengalami masalah berat badan?

Rasanya sedang kot... Sekarang berat badan saya hampir 60 kilogram, saya perlu turunkannya sedikit. Ketika di zaman sekolah, saya pernah mendapat berat badan 45 kilogram dan saya nak jadi macam tu semula. Buat masa sekarang memang saya sedang mencapai target tersebut.
Boleh kongsi rutin pemakanan anda kini?
Saya tiada sebarang rutin diet yang tetap, lagipun sekarang bulan puasa, jadi saya ambil kesempatan ini untuk kawal pemakanan.

Jika begitu, bagaimana cara anda mengawal pemakanan jika di hari biasa?
Sebenarnya saya sedang mengelak mengambil nasi sebagai menu harian. Saya cuma akan makan, ikan, sup dan sayur. Waktu pagi, saya akan ambil bijirin dan jika tengah hari saya sudah makan agak berat, makan malam saya akan kurangkan, atau hanya makan buah-buahan sahaja.
Ada sebarang tip kesihatan untuk dikongsi?

Selain mengawal pemakanan, setiap pagi saya akan minum air masak sebelum mencuci muka. Amalan ini saya lakukan kerana bakteria yang ada di dalam mulut dapat membersihkan kuman di dalam badan.
Adakah anda seorang yang gemar bersenam?
Memang saya kurang melakukan senaman berat atau pun joging, tetapi saya tetap buat 'work out' di rumah. Bukan apa, yang penting badan mesti berpeluh untuk sentiasa aktif.

Bagaimana pula dari segi penjagaan wajah?
Saya mempunyai kulit yang sangat sensitif, oleh kerana terpaksa memakai solekan tebal, jadi kini saya elak menggunakan sebarang produk yang ada bahan kimia. Buat masa sekarang saya lebih selesa menggunakan pencuci atau sebarang produk penjagaan wajah dari bahan organik. Saya juga ada membuat bedak sejuk sendiri selain sedang mencari tanah liat untuk dibuat masker.

Ramai wanita gemar melakukan 'facial' untuk kecantikan wajah, anda bagaimana?
Dulu memang ada, tetapi sekarang saya tidak buat lagi, bagi saya, facial boleh merosakkan wajah kerana jika ada jerawat, ia akan dipicit, selain itu alatan yang digunakan juga boleh menyebabkan kulit bertambah teruk jika tidak kena dengan kulit kita.
Untuk rambut pula?
Sama seperti saya menjaga wajah, rambut saya jenis yang berminyak dan mudah mendapat kelemumur, jadi cara terbaik adalah dengan mencuci rambut selalu dan kurangkan penggunaan syampu biasa. Selain itu, saya turut menggunakan limau nipis untuk mencuci rambut.

Apakah anda selalu ke spa?
Memang saya teringin hendak ke spa dan melakukan massage, tetapi kerana tiada waktu dan masa sesuai sekarang, saya terpaksa memendamkan hasrat tersebut.

Aktiviti anda di waktu lapang?
Biasanya saya hanya akan habiskan masa di rumah sahaja.

Sedikit perkembangan terbaru anda...
Selepas raya saya akan lancar single ketiga saya berjudul Bila Cinta ada. Tetapi sekarang, selain menghadiri majlis berbuka puasa, saya akan menolong bapa berniaga murtabak di Bazar Ramadan Wangsa Maju.

Kesungguhan Hattan Selama 9 Tahun Buka Hati Arianie

Posted: 24 Jul 2013 06:17 PM PDT

Datuk Hattan sah bergelar suami kepada bekas isterinya, Arianie Abidin dengan dua kali lafaz dalam majlis pernikahan serba sederhana yang diadakan di Hotel Marriot Putrajaya di Putrajaya, Rabu.
PUTRAJAYA: Isteri kepada penyanyi Datuk Hattan iaitu Datin Arianie Abidin terbuka hati untuk menerima kembali suaminya itu selepas bercerai pada 2005 kerana tersentuh dengan kesungguhan lelaki itu menambat kembali hatinya sejak sembilan tahun lalu.
Arianie, 42, berkata, walaupun mengambil masa yang lama untuk kembali sebagai suami isteri namun dia menganggap ia sebagai ketentuan Allah selain perpisahan itu banyak mengajar mereka tentang erti kehidupan.
"Kesungguhannya untuk memikat hati saya sejak sembilan tahun lalu akhirnya menyentuh hati saya walaupun saya mengambil masa yang lama untuk menerimanya semula.
"Bak kata pepatah kalau sudah jodoh tidak akan ke mana-mana dan saya berharap ia akan berkekalan sehingga akhir hayat kami," katanya ketika ditemui selepas majlis akad nikah yang berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya di sini, Rabu.
Hattan dan Arianie sah bergelar suami isteri dengan dua kali lafaz dalam majlis pernikahan serba sederhana yang dihadiri kira-kira 200 tetamu.
Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Sahabuddin, 49, dan Arianie dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Abdul Halim Mat Isa pada pukul 6 petang.
Ia adalah perkahwinan ketiga buat Hattan dan kali kedua dengan Arianie.
Pasangan itu pernah berkahwin pada 17 Disember 1996 sebelum bercerai talak satu secara rasmi pada 10 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Selangor.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki Adam Eiman yang sekarang berusia 15 tahun.
Penyanyi dari Seri Menanti, Negeri Sembilan itu juga pernah berkahwin untuk kali kedua dengan Noorfarashikin Othman pada 11 November 2011 tetapi berpisah dua bulan kemudian.
Dalam perkembangan sama, Hattan berkata, beliau bersyukur kerana doanya untuk bersatu dengan Arianie akhirnya termakbul.
Jelas Hattan, mereka memilih untuk disatukan pada bulan Ramadan kerana mahu mengambil keberkatan bulan mulia umat Islam itu.
"Sukar saya nak gambarkan dengan kata-kata kegembiraan saya kerana doa saya selama bertahun-tahun akhirnya termakbul.
"Sampai saya tersasul semasa akad nikah kerana berasa sebak dan gembira pada masa sama," katanya.
Dalam perkembangan sama, anak tunggal pasangan itu melahirkan rasa gembira dengan penyatuan kedua ibu bapanya.
Adam berkata, walaupun sudah terbiasa tinggal berasingan dengan mereka dia bagaimanapun tidak sabar untuk memulakan kehidupan baru dalam sebuah keluarga.
"Saya sebenarnya tidak tahu ibu dan ayah akan berkahwin semula. Dapat tahu pun menerusi laporan akhbar dan apabila mereka bawa saya untuk membeli cincin kahwin.
"Saya bersyukur dengan penyatuan mereka dan berharap akan mendapat seorang adik selepas ini," katanya.
Sementara itu, Hattan dan Arianie tidak merancang untuk mendapatkan cahaya mata buat masa ini namun tidak menolak sekiranya dikurniakan Allah.
Pasangan itu juga memberitahu akan membawa anak mereka bercuti ke London hujung tahun ini selain tidak sabar untuk berhari raya sebagai keluarga.

Raja Farah tunggu zuriat sendiri

Posted: 24 Jul 2013 06:14 PM PDT


Raja Farah
Raja Farah
Raja Farah
Raja Farah dan suaminya
LUMRAH bagi pasangan berkahwin pastinya mengimpikan cahaya mata yang akan menjadi penyeri dalam kehidupan mereka.

Begitu juga dengan pelakon Aku Masih Dara, Raja Farah, 25, setelah mendirikan rumah tangga bersama Megat Bashirun Qayyum, sejak tiga tahun lalu.

Menurut Farah, sebagai wanita, dia sememangnya teringin untuk bergelar ibu, namun buat masa ini dia hanya mampu berserah pada Ilahi.

"Siapa tidak mahu anak, baik saya atau suami, masing-masing hanya mampu berdoa dan terus berusaha.

"Pelbagai jenis rawatan tradisional dan juga moden sudah kami lakukan, tapi sehingga kini masih belum ada rezeki.

"Bagaimanapun, hasil rawatan menunjukkan kami berdua tidak mempunyai masalah tentang tahap kesuburan. Mungkin ini dugaan untuk kami," ujar Farah.

Tambah Farah, sebelum ini, dia pernah merasa tertekan apabila sering ditanya tentang zuriat. Sementelah ia menjadi persoalan utama bagi sesiapa saja yang mendekatinya.

"Dulu memang saya tertekan, tetapi sekarang saya dah jadi 'lali' dengan semua itu.

"Alhamdulillah, keluarga kami sangat memahami. Mereka tidak pernah mendesak mahupun bertanya.

"Sebaliknya, mereka sentiasa memberikan kami semangat untuk terus berusaha," katanya yang pernah merancang untuk mengambil anak angkat.

Sibuk mengacara

Sempat berkongsi karier terbarunya, Raja Farah memberitahu, dia baru sahaja selesai mengacarakan program Siri Jelajah Rasa Halal Antarabangsa musim terbaru untuk saluran Astro Oasis.

Menurut Farah, dia begitu gembira ketika diberi tawaran bagi menjayakan program tersebut.

"Saya sangat teruja ketika diberi tawaran tersebut. Mengendalikan rancangan ini sedikit dapat mengenali budaya pelbagai negara yang dilawati.

"Melalui rancangan ini sedikit sebanyak saya dapat menimba pengalaman di negara orang dan memperluaskan lagi bidang pengacara dengan lebih mendalam.

"Walaupun sebelum ini saya pernah menjadi pengacara pelbagai jenis seperti Soal Wanita Bual Bicara yang ditayangkan di TV Al-Hijrah, tawaran yang diterima sebegini ia dapat meningkatkan lagi minat yang sedia ada" katanya.
Kata Farah lagi, gandingan bersama Akhtar Sahari mampu memberi kelainan tersendiri buat penonton.
"Rancangan yang dilakukan secara spontan tanpa menggunakan sebarang skrip, sekali gus dapat menarik minat penonton," kata Farah.

Dalam pada itu, Farah memberitahu, dia masih rancak menerima tawaran lakonan meskipun sudah berhijab.

"Alhamdulillah, keputusan saya untuk berhijab tidak pernah menyekat tawaran seni yang datang.

"Sekarang saya ada menerima lima tawaran lakonan antaranya sebuah telefilem yang bertajuk Siratul Mustaqim.

"Walaupun waktu agak terhad dan jadual saya semakin padat, namun ia tidak menghalang saya untuk menerima sebarang tawaran lakonan," katanya.

Raya di Kelantan

Ditanya mengenai persiapan menjelangnya Syawal, Farah berkata, segala persiapan belum dilakukan lagi kerana sibuk dengan kariernya dalam bidang lakonan dan juga pengacara.

Menurutnya, segala persiapan Aidilfitri akan dilakukan selepas semua kerjanya selesai nanti.
"Ini merupakan tahun ketiga saya beraya bersama suami. Keseronokannya sememangnya tidak dapat digambarkan.

"Tahun ini, saya akan menyambut raya pertama di kampung suami di Kelantan. Selepas itu kami berdua akan beraya di kampung saya di Negeri Sembilan," katanya.

Selangor umum bonus raya sebulan gaji

Posted: 24 Jul 2013 06:09 PM PDT


Abdul Khalid Ibrahim
Abdul Khalid Ibrahim
SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan bonus sebulan gaji kepada 21,776 penjawat awam negeri sempena Aidilfitri tahun ini.
  
Beliau berkata kerajaan negeri memperuntukkan RM30 juta bagi tujuan itu dan bonus akan diberi selewat-lewatnya hujung bulan ini.
  
"Pemberian bonus ini akan diberikan kepada kakitangan tetap, kontrak dan sambilan...namun sekiranya kerajaan pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada penjawat awam, maka kerajaan Selangor akan menambah lagi (bonus) setengah bulan gaji kepada penjawat awam di negeri ini," katanya pada sidang media di sini.
  
Ditanya mengenai tindakan kerajaan negeri untuk mengekang ajaran syiah di Selangor, Abdul Khalid berkata pihaknya menyerahkan perkara itu kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
  
"Jais akan mengambil tindakan terhadap perkara ini. Sekiranya perlu diambil tindakan ke atas pihak yang mengamalkan ajaran itu, mereka (Jais) akan buat apa yang perlu," tambahnya.

PM umum bantuan RM500 kepada penjawat awam

Posted: 24 Jul 2013 06:08 PM PDT


Najib Tun Razak
Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR - [Dikemaskini] Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan hari raya kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.

Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka.

Katanya pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 31 Julai ini.

Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan itu masing-masing membabitkan peruntukan kewangan RM670 juta dan RM165 juta, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Di samping bayaran bantuan khas itu, penjawat awam menikmati dua Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) pada tahun ini, katanya.

"Pertama, kenaikan gaji tahunan biasa dan kedua adalah pemberian faedah pemindahan gaji yang diawalkan bersamaan dengan amaun 1KGT mengikut gred gaji masing-masing yang akan diterima esok, sebagaimana yang diumumkan oleh saya dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-13," katanya.

Najib berkata langkah itu berikutan kajian penambahbaikan skim perkhidmatan dan pembetulan struktur gaji yang akan diselesaikan pada Disember ini dalam Sistem Saraan Transformatif.

Katanya, pembayaran KGT ini melibatkan peruntukan kewangan RM1.3 bilion bagi 1.4 juta penjawat awam bagi tempoh enam bulan atau RM3.9 bilion untuk setahun.

"Faedah ini akan diperoleh sepanjang tempoh perkhidmatan. Mereka juga akan menerima faedah pencen yang lebih tinggi berikutan kenaikan dua KGT pada tahun ini," katanya.

Najib berkata kerajaan memperuntukkan RM4.7 bilion bagi pembayaran KGT dan Bayaran Bantuan Khas Kerajaan bagi penjawat awam dan pesara bagi membantu meringankan beban kewangan bagi persiapan hari raya.

Nyanyian bukan main-main

Posted: 24 Jul 2013 06:04 PM PDT




KETIKA ini penyanyi Ainan Tasneem Ridzuan boleh berbangga apabila single pertamanya, Aku Suka Dia sudah ditonton lebih sejuta kali sejak dimuat naik ke laman YouTube tahun lalu.
Tidak lekang dengan sebuah gitar yang sentiasa di sisinya, Ainan juga merupakan antara penyanyi yang cukup berbakat besar kerana mampu menghasilkan lagu sendiri.
Ketika ditemui semasa majlis pelancaran album sulungnya, Ainan Tasneem - Aku Suka Dia baru-baru ini, dia sendiri tidak menyangka mampu menempa nama sebagai penyanyi dalam sekelip mata.
"Kalau melihat kepada karier dalam bidang seni ini, saya anggap bidang nyanyian ini tidak lebih daripada sekadar mahu mengisi masa lapang selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dahulu.
"Ketika itu saya sekadar suka-suka merakamkan lagu yang dinyanyikan sendiri dan saya muat naik ke laman Facebook. Tujuan saya berbuat demikian cuma mahu mendapat komen daripada rakan-rakan," ujar penyanyi berusia 21 tahun itu.
Menurut Ainan, dia langsung tidak menyangka apabila seorang rakannya telah memuat naik lagu nyanyiannya, Aku Suka Dia ke laman YouTube sehingga mendapat sambutan yang baik.
Ujarnya, selepas lagu berkenaan diterima baik oleh pendengar, terdapat beberapa buah syarikat yang berjumpa dengan keluarganya dan menawarkannya sebagai artis rakaman.
"Secara jujurnya, saya tidak pernah mengimpikan untuk menjadi seorang penyanyi, malah saya telah menolak banyak tawaran kerana menganggap nyanyian sebagai hobi sahaja.
"Namun begitu, setelah dipujuk oleh ahli keluarga dan rakan-rakan, barulah saya bersetuju menjadi artis rakaman dengan syarikat MVM Production," dedahnya.
Mengakui nyanyian bukanlah keutamaan dirinya sekarang, Ainan sebaliknya mendedahkan dia sebenarnya ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara dan bergelar pensyarah suatu hari nanti.
Jelasnya, sejak dibangku sekolah lagi dia sudah bercita-cita untuk menjadi pensyarah. Pada masa ini, dia mahu memberi sepenuh tumpuan kepada pengajiannya di Universiti Malaysia Perlis (UniMap).
CUTI semester dari bulan Jun hingga September ini dimanfaatkan oleh Ainan untuk memberi fokus kepada kegiatan nyanyiannya.


Lali kontroversi
"Ketika ini saya memang memberi tumpuan yang lebih kepada pelajaran sahaja kerana mahu mendapatkan keputusan yang baik dalam peperiksaan.
"Saya diberitahu sekiranya keputusan saya cemerlang, pihak UniMap akan menghantar saya menyambung pengajian di luar negara.
"Sudah tentu ia merupakan satu peluang keemasan yang tidak harus dilepaskan. Buat masa ini pelajaran lebih diutamakan berbanding nyanyian," ujar penuntut tahun tiga Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Bioproses itu.
Pembabitannya dalam industri hiburan tempatan dianggap baru berusia setahun jagung, namun Ainan tidak dapat lari daripada dilanda gosip hangat.
Menurut Ainan, pada mulanya dia berasa rimas apabila ramai orang yang terlalu mengambil tahu dan memperkatakan kisah peribadinya.
"Sebenarnya saya kurang selesa kalau ada yang bercerita tentang peribadi saya, apatah lagi kalau cerita berkenaan tidak benar dan sekadar khabar angin.
"Misalnya, cerita yang mengatakan saya selalu berkepit dengan teman lelaki di universiti. Sebenarnya, saya tidak tahu apa tujuan orang yang menyebarkan cerita itu," luahnya.
Tambahnya, dia sekali lagi berdepan dengan kontroversi apabila dikatakan enggan menyanyikan lagu 150 Juta dalam acara persembahan yang dijayakannya kerana kesal dituduh mencuri lagu tersebut daripada Fynn Jamal.
Bagaimanapun, Ainan menjelaskan perkara tersebut tidak sepatutnya menjadi isu kerana ia merupakan salah faham dan dia tetap akan menyanyikan lagu berkenaan sekiranya mendapat permintaan daripada pihak penganjur.
"Sebagai seorang penyanyi baharu sudah tentu saya akan rasa terbeban dengan kontroversi yang melanda, tetapi lama-kelamaan saya semakin lali dengan segala kontroversi dan tidak kisah lagi apa yang orang hendak kata.
"Mungkin inilah harga yang terpaksa saya bayar apabila memilih untuk menjadi penyanyi.
"Namun begitu, saya sangat beruntung kerana mendapat sokongan yang kuat daripada ahli keluarga dan teman rapat yang lebih mengenali diri saya," jelasnya.
BAPA Ainan yakin anak gadisnya ini mampu menghadapi segala dugaan yang mendatang.


Cuti semester
Biarpun Ainan menyatakan mahu memberi fokus terhadap pengajiannya di UniMap, tetapi penyanyi itu menjelaskan dia masih lagi aktif dan bersedia menerima tawaran membuat persembahan.
Menurutnya, sepanjang tiga bulan cuti semester ini jadual nyanyiannya cukup padat, termasuk memenuhi undangan nyanyian sepanjang bulan puasa.
"Ketika ini, saya sedang bercuti dari bulan Jun hingga September. Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai tawaran diterima. Saya juga menjayakan sesi promosi yang diaturkan untuk album saya.
"Selain itu, saya telah memberitahu kepada syarikat rakaman yang saya cuma boleh menerima tawaran menyanyi ketika cuti semester dan mereka bersetuju memberi kelonggaran kepada saya," ujarnya.
Bercerita mengenai album Ainan Tasneem - Aku Suka Dia pula, Ainan menjelaskan, terdapat lima buah lagu yang terkandung dalam album tersebut iaitu Aku Suka Dia, 150 Juta, Kamu Saja, Tak Mungkin Aku dan Aku Keliru.

Disaman Rebecca, Erma serah pada peguam

Posted: 24 Jul 2013 06:03 PM PDT

ERMA FATIMA tidak boleh memberi kenyataan kerana menghormati proses kes yang sedang berlangsung di mahkamah.


SEMALAM telah berlangsung perbicaraan kes tuntutan saman pelakon Rebecca Nur Al-Islam Ahmad, 27, yang memfailkan saman terhadap Rumah Karya Citra (M) Sdn. Bhd. milik penerbit dan pengarah Erma Fatima di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.
Tuntutan saman itu dibuat oleh Rebecca kerana pelakon itu mendakwa syarikat produksi Erma gagal melunaskan baki bayaran lakonannya sebanyak 40 peratus untuk drama Dejavu Di Kinabalu arahan Erma tahun lalu.
Drama Dejavu Di Kinabalu itu diterbitkan sebanyak 28 episod dan disiarkan menerusi slot Akasia di TV3, setiap hari Isnin hingga Khamis, mulai 18 Jun dan berakhir pada 31 Julai 2012. Selain Rebecca, drama tersebut turut dibintangi oleh Tiz Zaqyah, Aqasha dan Nazim Othman.
Kosmo! segera menghubungi Erma Fatima bagi mengetahui lebih lanjut berhubung tuntutan saman tersebut.
KOSMO!: Boleh anda ulas mengenai tuntutan saman Rebecca terhadap Rumah Karya Citra milik anda?
ERMA FATIMA: Maaf. Saya tidak boleh beri apa-apa penjelasan disebabkan kes ini masih berjalan. Takut penjelasan saya nanti jadi isu pula.
Mungkin anda boleh berkongsi sedikit maklumat mengenai perkara ini?
Tidak boleh. Saya betul-betul minta maaf, malah ada juga beberapa akhbar utama tempatan turut menghubungi saya tetapi mereka juga tidak dapat apa-apa penjelasan daripada saya.
REBECCA Nur Islam tidak berpuas hati kerana produksi Rumah Karya Citra milik Erma masih berhutang sebanyak 40 peratus baki khidmatnya bersama produksi tersebut.


Adakah anda menyediakan peguam bagi membela diri berhubung tuntutan Rebecca?
Ada iaitu peguam David malah semalam saya dan dia (Rebecca) juga sudah masuk Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.
Apakah perkembangan kes tersebut?
Ia masih berjalan dan akan ada perbicaraan selanjutnya.
Adakah benar semua tuntutan daripada Rebecca itu? Kita semua sedia maklum, selama ini yang syarikat anda tidak pernah berdepan dengan isu seperti ini?
Saya juga seorang artis, jadi saya tidak akan buat seperti yang didakwa dia (Rebecca). Selama saya menerbit drama atau filem perkara seperti ini (tidak bayar pelakon) juga tidak pernah berlaku.
Beralih pada soalan lain, bagaimanakah sambutan Ramadan dan Syawal anda tahun ini?
Bulan Ramadan ini saya berehat daripada segala penggambaran drama atau filem. Saya banyak habiskan masa untuk keluarga, memasak makanan untuk bersahur dan berbuka. Tahun ini sama seperti tahun-tahun lalu apabila saya akan beraya di Kuala Lumpur sahaja.
Apakah drama atau filem anda yang bakal keluar?
Ada beberapa naskhah seperti Aku Tahu dan Sangkar.

Tolak gerabak kereta api selamatkan wanita

Posted: 24 Jul 2013 03:55 PM PDT


SERAMAI 40 penumpang dan kru menolak sebuah gerabak kereta api di Stesen Kereta Api Minami Urawa, Saitama pada Isnin lalu.


SAITAMA, Jepun - Sejumlah penumpang dan kru bertindak menolak gerabak sebuah tren sehingga senget untuk mengeluarkan seorang wanita yang tersepit di celah platform di Stesen Kereta Api Minami Urawa di sini.
Mereka menolak gerabak seberat 32,000 kilogram itu bagi menyelamatkan wanita berkenaan yang terjatuh dan tersepit di celah platform sedalam 20 sentimeter ketika waktu puncak pada Isnin lalu.
Kejadian itu dirakam oleh seorang jurugambar akhbar Yomiuri Shimbun yang berada di lokasi kejadian.
Menurut akhbar berkenaan, pengumuman mengenai insiden seorang penumpang terjatuh dan tersepit di celah platform dan gerabak kereta api mendorong sekitar 40 penumpang untuk memberi bantuan.
Mangsa yang berusia 30 tahun ditarik keluar tanpa mengalami sebarang kecederaan.
Orang ramai yang berada di tempat kejadian bertepuk tangan melihat mangsa berjaya diselamatkan.

Mahasiswa cipta pakaian dalam antirogol

Posted: 24 Jul 2013 03:53 PM PDT



IMEJ menunjukkan pakaian dalam antirogol yang dicipta tiga pelajar Universiti Memorial Sri Ramaswamy, Chennai, India.



CHENNAI - Sekumpulan mahasiswa di Universiti Memorial Sri Ramaswamy telah mencipta sehelai pakaian dalam antirogol berteknologi tinggi di India kelmarin.
Walaupun undang-undang telah digubal bagi melindungi wanita daripada kejadian rogol, namun ia ternyata tidak mencukupi.
Justeru, tiga pelajar jurutera yang terdiri daripada Manisha Mohan, Rimpi Tripathi dan Neeladri Basu Pal telah mencipta sehelai pakaian antirogol atau Society Harnessing Equipment (SHE).
"Pakaian dalam ini dilengkapi modul sistem kedudukan global (GPS), sistem global bagi komunikasi mudah alih (GSM) dan pengesan tekanan.
"Pengesan tekanan itu mampu menghantar gelombang kejutan elektrik 3,800 kilowatt, selain isyarat amaran kepada ibu bapa wanita serta pihak polis," kata Mohan dalam satu temu ramah.
Jika ada penjenayah yang cuba mencabul seorang gadis, penjenayah tersebut akan terkena kejutan elektrik sebaik sahaja pengesan tekanan diaktifkan.
Sementara itu, sistem GPS dan GSM pula akan menghantar satu sistem pesanan ringkas (SMS) ke nombor kecemasan dan ibu bapa wanita berkenaan.
Pakaian dalam antirogol ini telah dicalonkan untuk Anugerah Inovasi Teknologi Muda Gandhian 2013. Ia akan dipasarkan tidak lama lagi.

Beli barangan dapur dalam talian

Posted: 24 Jul 2013 03:50 PM PDT



LAZIMNYA Fatihah Mohamed, 29, terpaksa bersesak-sesak baik di parkir atau ketika membeli-belah barangan keperluan rumah di pasar raya Tesco.
Menurut anak jati Kuala Lumpur itu, kadangkala dia terpaksa menunggu lama apatah lagi sewaktu musim perayaan dan jualan murah.
Mahu ataupun tidak, itulah situasi yang terpaksa ditempuh kerana dia lebih gemar membeli barangan keperluan dapur di Tesco memandangkan harganya yang berpatutan.
Namun, baru-baru ini, dia berjinak-jinak menggunakan perkhidmatan pembelian barangan dapur secara dalam talian selepas melihat papan tanda di Tesco Extra Cheras yang tertera tulisan Too heavy? Shop online. We deliver (Terlalu berat? Beli secara online. Kami hantar).
"Pada mulanya saya tidak menyedari perkhidmatan itu tetapi selepas melihat papan tanda tersebut, saya pulang ke rumah dan terus melayari laman web Tesco.
"Saya terkejut kerana kesemua barangan yang saya beli selama ini ada ditawarkan melalui perkhidmatan itu. Ia bukan sahaja mudah, malah menjimatkan masa," katanya yang merupakan seorang peniaga makanan.
Mengulas lanjut, bagaimanapun ibu kepada seorang cahaya mata itu mengakui, pada mulanya dia berasa ragu-ragu untuk membeli secara dalam talian kerana khuatir barangan yang dipilih itu tidak memuaskan hati.
Namun, atas dasar ingin mencuba, beliau memberanikan diri dengan mendaftar masuk ke laman web eshop.tesco.com.my menggunakan komputer peribadi serta mengisi alamat e-mel dan kata laluan.
Sebaik selesai mengisi kesemua butiran diri, dia membeli dua jenis sayur, cili, tomato, seekor ayam dan udang.
"Langkah-langkah penempahan mudah digunakan kerana setiap kategori makanan telah diasingkan seperti makanan segar, minuman, barangan dapur, kesihatan, kecantikan dan barangan pejabat.
"Malah terdapat gambar barangan, harga dan kuantiti yang diperlukan membuatkan saya lebih berani membuat pembelian," katanya.
Menariknya, Fatihah memberitahu, tidak sampai dua jam kemudian barangan yang ditempah itu sampai di hadapan pintu rumahnya.
Akui Fatihah lagi, kesemua barangan itu berada dalam keadaan baik termasuk sayur-sayuran.
"Sebelum membuat pembayaran dengan kad kredit, saya meneliti kualiti barangan itu terlebih dahulu kerana takut rosak. Namun ia sememangnya memuaskan hati," tuturnya.

PEKERJA Tesco hanya perlu mencari barangan yang ditempah pengguna dengan menggunakan alat pengimbas khas ini.


Menurut laman web bisnes Market Watch, pembelian dalam talian barangan runcit tidaklah sepopular pakaian dan barangan elektronik. Namun, penyelidik pelaburan City di Amerika Syarikat (AS), Deborah Weinswig menyatakan, bidang itu masih baharu dan terdapat peningkatan pembelian dalam talian sejak beberapa tahun lalu.
Dalam pada itu, berdasarkan satu kajian di AS, hampir 73 peratus pengguna berpuas hati membeli-belah di pasar raya.
Pasar raya pertama
Peningkatan kesedaran tersebut dibuktikan Tesco (Malaysia) Sdn. Bhd. (Tesco) yang merupakan pasar raya pertama di Malaysia menawarkan perkhidmatan membeli-belah barangan runcit dari rumah.
Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Malaysia, Georg Fischer berkata, pada mulanya perkhidmatan itu ditawarkan di Tesco Extra Mutiara Damansara, Selangor pada bulan April lalu.
Perkhidmatan tersebut ditawarkan kepada penduduk yang tinggal di kawasan sekitar 20 kilometer dari cawangan berkenaan.
Namun, melihat kepada sambutan yang menggalakkan daripada pengguna, pihak Tesco kini menawarkan perkhidmatan yang sama di pasar raya besar Tesco Extra Cheras, Puchong dan Klang.
Perkhidmatan baharu itu menawarkan kira-kira 15,000 jenis makanan segar dan beku, barangan runcit dan barangan bukan makanan seperti kesihatan, kecantikan, keperluan bayi dan barangan asas rumah.
"Pembeli boleh menikmati kemudahan tersebut tanpa perlu datang ke Tesco, terutamanya bagi pelanggan yang sibuk dengan urusan seharian.
"Menerusi perkhidmatan ini, pengguna boleh meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga memandangkan barangan yang dibeli akan dihantar terus ke kediaman mereka," katanya.
Pekerja terlatih
Sementara itu, Pengurus Beli-Belah Barangan Runcit Rumah, Tesco Extra Cheras, Hazizal Ab. Hamid berkata, pihaknya melatih pekerja-pekerja yang mengendalikan perkhidmatan itu seolah-olah mereka berada di tempat pengguna.
"Pekerja yang dilatih akan memastikan barangan yang dipilih itu dalam keadaan baik. Misalnya, sayur dan barangan tin, pekerja akan melihat kesegaran sayur-sayuran dan tarikh luput produk dalam tin berkenaan.
"Apa yang pasti, barangan yang ditempah pengguna dipilih dengan baik oleh pekerja kami bagi memastikan produk berkualiti sampai kepada mereka," jelasnya.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, beliau memberitahu, setakat ini di Tesco berkenaan terdapat lima orang pekerja yang menjalankan kerja-kerja pemilihan barangan.

PENGGUNA hanya perlu mengisi keterangan mengenai barangan yang diperlukan menerusi laman web Tesco.


Pada kebiasaannya, sebaik sahaja menerima tempahan, pekerja akan menerima kesemua butiran pengguna dan tempahan melalui alat pengimbas yang dikenali sebagai new packing device.
Alat tersebut bukan sahaja memaparkan maklumat tempahan, malah turut menyediakan maklumat terperinci seperti lokasi rak barangan dan kuantiti yang dikehendaki pelanggan.
"Kesemua butiran itu ada pada alat pengimbas ini. Jadi, pekerja berkenaan hanya perlu merujuk sistem itu untuk mencari lokasi barangan.
"Ia mudah kerana pekerja tidak membuang masa memandangkan semua maklumat tertera dalam alat ini.
"Malah, jika pekerja itu tersilap mengambil produk, alat itu akan mengeluarkan bunyi selain skrin alat tersebut bertukar menjadi merah dan tertera tulisan incorrect product scanned (Produk yang salah dikesan).
Selain alat pengimbas itu, setiap pekerja akan membawa sebuah troli yang mengandungi enam buah bakul. Setiap bakul itu tertera kod pengguna yang berbeza.
"Malah, jika barangan yang dikehendaki itu tiada di sini, kami akan menukarkan barangan yang sama cuma jenama yang berlainan dan ia dimasukkan ke dalam plastik biru.
"Kemudian, pemandu akan memaklumkan kepada pelanggan dan mengesyorkan barangan jenama lain. Jadi, pembeli boleh membuat pilihan sama ada mahu membeli atau sebaliknya," katanya lagi.
Sementara itu, pengguna juga berhak memulangkan produk yang dibeli itu jika tidak berpuas hati.
"Kami akan menolak barangan itu daripada senarai dan pembeli hanya perlu membayar barangan yang dibeli," katanya sambil memberitahu, sebarang penukaran barangan boleh dilakukan dalam tempoh 24 jam.
Di samping itu, tiada pembelian minimum dan maksimum yang ditetapkan selain harga barangan yang ditawarkan sama seperti di pasar raya.

Album ketuhanan penyanyi pop rock

Posted: 24 Jul 2013 03:48 PM PDT

KUMPULAN 6ixth Sense berkolaborasi dengan grup nasyid Saujana menerusi lagu Penerang Hati.


TIDAK hanya pada bulan Ramadan dan bukan penyanyi nasyid sahaja yang menghasilkan album berunsur kerohanian dan ketuhanan.
Penerimaan masyarakat terhadap album berbentuk sebegitu telah membuka peluang buat penyanyi genre lain untuk turut serta menghasilkan produk sedemikian.
Senario itu dapat dilihat di Malaysia bahkan Indonesia yang mempunyai album ketuhanan daripada penyanyi pelbagai genre muzik.
Datuk Siti Nurhaliza
ALBUM Tahajjud Cinta yang muncul pada bulan Ramadan tahun 2009 merupakan album genre ketuhanan pertama daripada Datuk Siti Nurhaliza. Mengandungi lapan buah lagu termasuk sebuah lagu ciptaan penyanyi Indonesia, Opick berjudul Ketika Cinta yang merupakan lagu tema filem Indonesia, Perempuan Berkalung Sorban.
6ixth Sense
KUMPULAN yang dianggotai oleh lima anak muda ini cukup popular dengan lagu bergenre pop rock di Malaysia. Mereka juga pernah tampil dengan album ketuhanan berjudul Tentang Kita pada tahun 2012 dan bergabung dengan kumpulan nasyid Saujana menerusi lagu Penerang Hati.
Datuk Sharifah Aini
PENYANYI bersuara lunak, Datuk Sharifah Aini tidak ketinggalan menghasilkan sebuah album kerohanian berjudul Yayadan pada tahun 1998. Album bergenre pop etnik itu mengandungi 11 buah lagu dan turut memuatkan lagu Sketsa Kehidupan nukilan Nazri Johani iaitu vokalis kumpulan nasyid Raihan.

SITI NURHALIZA muncul dengan album ketuhanan, Tahajjud Cinta pada tahun 2009.


Band Ungu
BAND Indonesia, Ungu yang terkenal dengan lagu-lagu cinta telah menghasilkan empat buah album ketuhanan bermula dari tahun 2006 sehingga tahun 2009.
Ia masing-masing berjudul Syurgamu, Para Pencarimu, Aku dan Tuhankan serta Maha Besar. Selain merancang untuk menghasilkan sebuah album pop, Disember ini mereka dijangka muncul dengan album ketuhanan terbaharu.
Band Gigi
SEBUAH lagi band Indonesia terkenal, Gigi yang memperjuangkan genre pop dan rock telah menghasilkan enam buah album berkonsep ketuhanan sejak tahun 2004 bermula dengan Raihlah Kemenangan. Sejak itu sehingga tahun 2012, band Gigi terus menghasilkan album ketuhanan seperti Raihlah Kemenangan Repackage (2005), Pintu Sorga (2006), Jalan Kebenaran (2008), Amnesia (2010) dan Aku dan Aku (2012).
Wali Band
WALI BAND yang popular dengan lagu Cari Jodoh turut mengeluarkan sebuah album ketuhanan yang berjudul Ingat Sholawat pada tahun 2009. Lagu popular dalam album ini ialah Mari Sholawat dan Tomat (Taubat Maksiat).

Farah AF nafi mencuri

Posted: 24 Jul 2013 02:54 AM PDT

BAKAL muncul dengan lagu Sehati Sejiwa yang dijadikan runut bunyi drama Cinderella, Farah menegaskan ia merupakan permulaan yang baik buat dirinya untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian.


SEBUT sahaja Farah Breep Breep atau Farah AF pastinya semua orang mengenali dirinya. Bintang kelahiran Akademi Fantasia musim kedua itu kini kembali aktif dalam bidang nyanyian setelah sekian lama menyepi.
Dia bakal muncul dengan lagu Sehati Sejiwa yang diberi nafas baharu. Lagu itu dijadikan lagu runut bunyi untuk drama Cinderella lakonan Fizo Omar dan Nelydia Senrose.
Farah, 28, yang sebelum ini cukup sinonim sebagai hos terutama menerusi program Nasi Lemak Kopi O dan Rasa Halal Orient berkata: "Pembabitan saya dengan lagu runut untuk drama Cinderella yang berjudul Sehati Sejiwa ini merupakan suatu permulaan yang baik buat saya untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian."
Baru sahaja muncul kembali, Farah tidak semena-mena dikaitkan dengan gosip 'panas' apabila dia ditohmah sebagai individu yang terlibat dengan kes mencuri di set penggambaran sebuah program.
Kes tersebut melibatkan banyak barang yang hilang seperti baju dan duit.
Farah didakwa tidak memulangkan semula baju yang dipakainya untuk mengacara dan dikatakan ada satu pihak yang cuba untuk menguji kejujuran Farah dengan meletakkan kertas-kertas yang dicetak saling tak ubah seperti wang kertas ke dalam poket baju yang dipinjamkan kepadanya.
Apabila baju itu dipulangkan, kertas yang konon-kononnya duit itu hilang begitu sahaja.
Kosmo! berkesempatan menemui Farah pada sesi rakaman suara di Studio Camwood, Damansara Perdana, Kuala Lumpur baru-baru ini bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut mengenai gosip tersebut.
Namun, penjelasan yang diberikan oleh pemilik nama sebenar Farah Diana Anuar itu ternyata berbeza dengan gosip yang diuar-uarkan selama ini.
Siapa yang betul dan siapa yang salah sebenarnya?
Kosmo!: Ada gosip baru muncul tentang hos tangan panjang. Desas-desus mendakwa hos itu ialah Farah. Boleh Farah jelaskan tentang dakwaan tersebut?
FARAH: Sebenarnya, kejadian tersebut berlaku pada hari ketiga Ramadan. Tuduhan itu tidak berasas sama sekali. Saya ingin jelaskan bahawa saya tidak pernah lakukan perbuatan terkutuk sebegitu pada bulan Ramadan ini. Ceritanya macam ini, setelah selesai mengacara, saya ke bilik persalinan untuk menukar baju dan di situ terdapat banyak baju. Ketika saya nak pakai tudung, saya ternampak duit yang sudah terkeluar dari satu poket baju. Saya tak tahu mengapa saya terlalu baik hati untuk mengambil dan berniat untuk memulangkan semula duit tersebut kepada pihak yang sepatutnya.
FARAH mengakui dirinya hampir pengsan apabila dituduh mencuri.


Pihak manakah yang Farah maksudkan?
Kebetulan, ayah saya merupakan bekas pengawal keselamatan di TV3. Jadi, saya fikir untuk menyerahkan duit tersebut kepada ayah saya. Ini kerana ayah saya kenal dengan ramai pengawal di situ dan tahu ke mana duit itu sepatutnya dibawa.
Apakah tindakan Farah untuk memperbetulkan keadaan pada ketika itu?
Sejujurnya, saya langsung tidak diberi langsung peluang untuk memperbetulkan keadaan tetapi saya dicerca dengan pelbagai tohmahan sehingga saya digelar pencuri, penjenayah dan pendatang. Tiada seorang pun yang bersama dengan (menyokong) saya. Saya cuba untuk hubungi ayah dan suami saya, namun telefon saya habis bateri ketika itu. Jika saya berkata yang benar pun, tidak akan ada yang percaya. Saya hampir pengsan apabila semua orang menyalahkan saya.
Namun, isu ini bukan kali pertama yang mengatakan Farah sebagai seorang yang panjang tangan, tetapi sudah ada kes yang mengatakan Farah juga sebenarnya mencuri iaitu tidak memulangkan semula busana yang dipakai semasa mengacara. Boleh Farah jelaskan?
Sepanjang karier saya, tidak pernah terjadi perkara sebegitu. Semua baju yang saya pakai, saya pulangkan semula. Jadi mana isu yang mengatakan saya tidak pulangkan semula baju tersebut. Selama saya bekerja sebagai duta Power Root dan pengacara, tidak pernah sesekali timbul isu ini, dan jika benar saya lakukannya, sudah lama saya diberhentikan atas tindakan tersebut.
Bagaimanakah akhirnya penyelesaian isu duit tersebut?
Sebenarnya, isu duit tersebut sudah selesai. Tuan empunya duit tersebut sangat bersahaja. Hanya orang di sekeliling yang melebih-lebih.
Tidakkah rasa keterlaluan apabila orang mempunyai prasangka buruk tentang diri Farah?
Sebenarnya, kita tidak boleh lari daripada ketidakpuasan hati orang lain. Saya amat terkilan apabila saya dituduh atas perkara yang saya tidak lakukan itu. Ini merupakan sesuatu yang dirancang untuk menjatuhkan saya!
Apakah ini merupakan satu dugaan buat Farah?
Sememangnya ini merupakan satu dugaan pada bulan puasa, dan saya reda dengan segala yang terjadi. Saya serik untuk lakukan kebaikan, apabila apa yang kita buat telah disalahertikan. Sepatutnya, pada bulan baik ini, buatlah benda yang baik dan jangan hanya menuduh benda yang tidak berasas kerana saya mahu berada lama dalam dunia seni ini.

Red Box Agih Duit Raya Kepada Ibu Tunggal

Posted: 24 Jul 2013 02:53 AM PDT

Ibu-ibu tunggal dan anak-anak mereka bergambar kenangan bersama penderma.
KUALA LUMPUR: Kira-kira 10 orang ibu tunggal termasuk anak-anak mereka menerima duit raya sebanyak RM500 setiap seorang menerusi sumbangan daripada hasil penjualan beg 'We Care' berharga RM10 anjuran pusat hiburan Red Box dengan kerjasama pihak swasta lain.
Pengarah Urusan Red Box Karaoke, Valeria Choo berkata, sumbangan itu disalurkan menerusi hasil kutipan penjualan beg berkenaan bermula pada 27 Februari lalu yang disalurkan kepada tabung kebajikan Utusan Karya Sdn Bhd (UKSB).
"Program ini adalah sebagai tanda penghargaan dan sumbangan daripada pelanggan Red Box kepada golongan yang memerlukan dengan kerjasama UKSB dan pihak Adabi," katanya pada majlis penyerahan sumbangan berkenaan di Red Box Pavillion di sini pada Isnin lalu..
Ia turut diserikan dengan kehadiran artis popular seperti Awi Rafael, Asmidar dan Hijjaz.
Para selebriti turut menghiburkan hadirin dengan demo memasak sebelum waktu berbuka puasa.
Hadir sama Pengurus Besar Pemasaran Adabi, Edrian Roslan dan Ketua Pegawai Operasi UKSB, Zurzaliza Bajuri.
Sementara itu Zurzaliza berkata, selain untuk ibu tunggal berkenaan, wang sebanyak RM20,000 yang diterima menerusi kempen berkenan turut diserahkan kepada lima rumah kebajikan dan anak-anak yatim lain.
Katanya ia sebagai sebahagian tanggungjawab syarikat penerbitan majalah itu untuk membantu golongan memerlukan melalui perolehan wang daripada kempen-kempen serta kerja amal yang dilaksanakan.
"Kami memberi wang ini kepada beberapa individu dan rumah kebajikan lain seperti di Jengka, Pahang dan Klang, Selangor," katanya.

Tabiat Isteri Suka Memasak Buat Beego Bimbang

Posted: 24 Jul 2013 02:52 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelakon Beego mengakui selepas mendirikan rumah tangga dengan aktres Linda Hashim Jun lalu, diet makanannya agak sukar dikawal.
Beego atau nama sebenar Mohd Aszerul Nizam Abdullah, 33, berkata tabiat isterinya yang gemar memasak membuatkan dia terpaksa bekerja keras untuk lebih banyak melakukan senaman.
"Sejak berkahwin berat badan saya agak naik kerana Linda suka memasak, jika dia di rumah ada sahaja yang dia masak.
"Dia pula suka masak makanan berat dengan pelbagai jenis lauk, walhal kami hanya tinggal berdua sahaja.
"Ketika bulan Ramadan ini bukan sahaja pada waktu berbuka, malah waktu sahur pun kami makan makanan berat," katanya kepada mStar Online.
Bagaimanapun, Beego berkata, bagi menjaga hati isterinya, dia akan tetap makan masakan yang telah disediakan walaupun selepas pulang daripada melakukan penggambaran.
"Kebiasaannya saya balik kerja sudah ada makanan disediakan, jadi terpaksa jugalah habiskan kerana tidak mahu membazir,
"Sebab itu saya sekarang lebih banyak bersukan untuk bakar semula lemak kalau tidak memang gemuklah saya," katanya.
Jelas Beego, Linda juga sering mencuba pelbagai masakan baru terutama yang menjadi makanan kegemarannya.
"Dia belajar masak makanan yang saya suka macam susyi, 'shabu-shabu' dan macam-macam lagi. Baru-baru ini dia minta saya untuk belikan peralatan untuk masak 'tako'.
"Saya ikutkan sahaja sebab itu adalah minat dia tapi masalah kepada saya apabila saya jadi tukang makannya," ujar Beego berseloroh.
Bercerita tentang pengalaman kali pertama menjalani bulan Ramadan sebagai pasangan suami isteri, Beego berkata, hidupnya lebih lengkap dan teratur dalam melalui ibadah pada bulan mulia ini.
"Alhamdulillah rasanya sangat berbeza ketika hidup bujang dulu, setiap kali berbuka dan sahur ala kadar sahaja.
"Sekarang lebih sempurna, selalunya kalau bangun sahur saya yang akan kejutkan Linda sebab dia susah untuk bangun," katanya.
Tambah Beego, jika Linda sibuk di lokasi penggambaran, dia akan berbuka bersama keluarga mertuanya.

Pelakon Umi Kalthum Meninggal Dunia Dalam Tidur

Posted: 24 Jul 2013 02:52 AM PDT

Umi Kalthum meninggal dunia ketika sedang tidur di rumah salah seorang anaknya di Taman Melawati dekat sini pagi Rabu.
PETALING JAYA: Seniwati veteran iaitu Datin Umi Kalthum, 81, meninggal dunia ketika sedang tidur di rumah salah seorang anaknya di Ukay Prima, Taman Melawati dekat sini pagi Rabu.
Anak Allahyarham, pelakon Noorkumalasari berkata, ketika cucu Allahyarham hendak mengejutkannya untuk bersahur kira-kira pukul 4 pagi, Umi Kalthum sudah tidak bergerak.
"Ketika cucunya yang juga anak saudara saya bersiap untuk bersahur, dia pergi kejutkan neneknya di dalam bilik dan mendapati dia sudah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pagi Rabu.
Noorkumalasari berkata, Allahyarham tidak menghidap apa-apa penyakit kritikal dan beliau masih cergas walaupun sudah mencecah usia 81 tahun.
Malah ketika bertemu dengannya kira-kira dua hari lalu, Allahyarham tidak menunjukkan perubahan sebaliknya aktif berbual seperti biasa.
Orang ramai dan rakan seangkatan menyaksikan pengebumian jenazah Umi Kalthum di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate, Kuala Lumpur.
"Semasa saya berjumpa dengannya, saya bawakan dia sambal bilis dan kami sempat berborak sambil gelak ketawa.
"Tiada apa-apa perubahan terhadap dia sehinggalah dia meninggal dunia pada hari ini (Rabu)," katanya.
Menurut Noorkumalasari, Allahyarham juga tidak meninggalkan apa-apa pesan tetapi selepas kematian suami iaitu pelakon Datuk S Roomai Noor kira-kira 17 tahun lalu di Mekah, Allahyarham kerap berkunjung ke Tanah Suci itu seolah-olah mahu melepaskan rindu kepada suami.
Kali terakhir Allahyarham ke sana adalah pada April lalu. Beliau dan S Roomai Noor juga telah mengerjakan ibadah Haji pada tahun 1976 dan 1982.
Semasa hayatnya Umi Kalthum atau nama sebenarnya Patimah Bahudin telah berlakon lebih 20 buah filem antaranya Bawang Putih Bawang Merah, Raden Mas, Laila Majnun, Menanti Hari Esok dan Syukur 21.
Noorkumalasari
Watak jahatnya sebagai Putih dalam filem Bawang Putih Bawang Merah yang digandingkan dengan Latifah Omar benar-benar meninggalkan kesan kepada penonton.
Beliau juga pernah dipilih sebagai Wanita Melayu Paling Jelita di Asia pada zaman kegemilangannya oleh sebuah majalah di Australia.
Hasil dua perkahwinan iaitu bersama Jaafar untuk perkahwinan pertama dan S Roomai Noor bagi perkahwinan kedua, beliau meninggalkan lapan orang anak, 22 orang cucu dan seorang cicit.
Seorang lagi anak Allahyarham ialah penyanyi Anita Sarawak hasil perkahwinan pertama S Roomai Noor dengan seniwati Siput Sarawak.
Jenazah dimandikan dan dikapankan di masjid Al-Mardhiyah, Taman Melawati, Hulu Klang dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Klang Gate, dekat sini selepas solat Zuhur.
Antara rakan artis yang melawat Allahyarham ialah Datuk Maria Menando, Datin Rosnani Jamil, Salmah Ahmad, Datuk Sarimah Ahmad, Datuk Aziz Sattar, Zalifah Ibrahim dan Aspalela Abdullah.

Ibu Hidap Kanser, Iqbal Mazlan Tolak Tawaran Berlakon

Posted: 24 Jul 2013 02:50 AM PDT

Iqbal Mazlan
PETALING JAYA: Pelakon Iqbal Mazlan terpaksa menolak banyak tawaran berlakon pada Ramadan ini bagi menjaga ibunya Norhaslinda Beracian Abdullah, 53, yang menghidap penyakit kanser payudara.
Iqbal,25, yang juga juara Pilih Kasih musim pertama berkata, ibunya yang baru sahaja menjalani pembedahan bagi membuang payudara sebelah kiri memerlukan perhatian yang cukup daripada ahli keluarga.
"Bulan puasa ini saya tidak ambil apa-apa tawaran berlakon semata-mata untuk fokus menjaga ibu dan anak angkat saya iaitu Adam yang kini berusia dua tahun.
"Ibu baru sahaja melakukan pembedahan pada 18 Julai lepas dan sekarang terpaksa berulang alik dari rumah ke Hospital Klang untuk dapatkan rawatan lanjut dan sesi kemoterapi," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.
Tambah Iqbal, di saat-saat sebegini ibunya memerlukan lebih banyak sokongan daripada keluarga.
"Kita faham perasaan dia, kadang-kadang dia hendak makan macam-macam terpaksa juga kami sekeluarga usaha untuk carikan.
"Kadang-kadang emosi pun berubah-rubah tapi Alhamdulillah ibu seorang yang sangat tabah dan tidak pernah menunjukkan rasa kecewa atau lemah dalam melawan penyakit," katanya.
Jelas Iqbal, dia sekeluarga menjalankan kehidupan seharian seperti sebelum ini tanpa terlalu memikirkan keadaan kesihatan ibunya.
"Kami buat macam biasa seperti sewaktu ibu sihat kerana kami tidak mahu dia rasa berbeza, kami tidak terlalu memikirkan soal penyakit itu," katanya.
Dalam pada itu, Iqbal berkata, dia turut mempunyai rutin harian dengan membawa ibu bersenam bagi mengembalikan semangatnya.
"Setiap petang saya akan bersenam bersama ibu bagi mengeluarkan peluh, lagi pula doktor menasihatkan agar selalu buat pergerakan pada tangan sebelah kiri," kata Iqbal.

Durian Runtuh Bagi Penjual Air Tebu

Posted: 24 Jul 2013 02:49 AM PDT


Seorang peniaga air tebu meneliti batang tebu yang hendak dibeli dari pembekal.
KUALA LUMPUR: Kini, sudah menjadi satu tradisi apabila tiba sahaja bulan Ramadan, ratusan bazar akan muncul di seluruh negara.
Bazar-bazar Ramadan ini menawarkan pelbagai juadah untuk berbuka puasatermasuk berjenis-jenis kueh dan makanan tradisional termasuk pelbagai nasi danlauk-pauk.
Tidak ketinggalan juga terdapat gerai yang menjual pelbagai minuman seperticendol, cincau dan bandung.
Air Tebu
Antara gerai air minuman yang laris di bazar Ramadan di Bandar TasikPuteri, Rawang dekat sini adalah gerai air tebu yang diurus Amran Hamid.
Menurut Amran, 32, pendapatan hariannya hasil jualan air tebu meningkatempat kali ganda di bulan puasa berbanding di bulan-bulan yang lain.
Amran hanya menjual air tebu di bazar Ramadan itu.
"Pada hari-hari di bulan lain, saya cuma dapat dalam RM100 sehari darigerai saya yang terletak berhampiran sebuah sekolah di Batu Arang dengan sayaberniaga dari waktu tengahari hingga petang.
Batang tebu diteliti terlebih dahulu bagi memastikan air tebu yang dipernah berkualiti.
"Kebanyakan pelanggan saya terdiri daripada pelajar sekolah.
"Tetapi pada bulan puasa, saya boleh terima pendapatan sehingga RM400 seharimenjual air tebu dari pukul 5.00 petang hingga 7.00 petang, hanya dua jamsehari.
"Ramai daripada pelanggan saya merupakan pekerja pejabat yang mahu pulangberbuka puasa di rumah," beliau memberitahu penulis.
Amran mendapat bekalan batang tebunya dari Kuala Selangor. Bagaimanapun pendapatannya menurun jika hari hujan.
"Walaupun hari hujan (pada bulan puasa) saya boleh dapat lebih kurang RM300sehari," tambah beliau.
Kelebihan Air Tebu
Kenapa ramai yang meminati jus tebu?
Guru Samsul Aziz Baharuddin menerangkan air tebu selain menghilangkandahaga, juga menyejukkan badan mereka yang berpuasa sehari suntuk.
"Saya juga diberitahu jus itu bagus untuk mereka yang mempunyaikandungan kolesterol tinggi dalam badan," terang guru itu lagi.
Menurut Samsul, beliau ada terbaca tentang satu kajian saintifik yangdilakukan Pusat Nasional di Havana, Cuba yang mendapati jus tebu mengandungi'Octacosanol' yang merencat pembentukan kolesterol darah dalam jangka panjang.
"Ada juga yang memberitahu saya air tebu elok untuk penghidap kencing manis,tetapi saya tidak pasti tentang ini," tambah beliau.
Alternatif Sihat
Menurut "Organic Lifestyle Magazine" jus tebu merupakan satu alternatifsihat berbanding gula pasir.
Majalah itu menjelaskan bahawa air tebu mengandungi fruktos dan glukos, yangtidak memerlukan tindakbalas insulin untuk metabolisme jika dibandingkan dengangula yang berasaskan sukros.
"Sebabnya badan manusia menjalankan proses metabolisma berasaskan gula tumbuhan ini dalam hati dan bukan dalam usus kecil. Fruktos dan glukos darijus tebu akan diserap dengan lebih perlahan dibandingkan sukros dan tidakmenyebabkan perubahan mendadak dalam paras gula darah," menurut majalahitu.
Pakar kesihatan percaya walaupun jus tebu tidak mengandungi kumpulan vitaminseperti A, C atau E, ianya masih mengandungi anti-oksidan daripada bahanflavonoid dan fenol.
Menurut mereka flavonoid adalah penentang virus, alergi, keradangan, tumorserta membawa kesan anti-oksidan dalam manusia.
Jus Diperah Dari Batang Tebu
Seorang peniaga air, memesin tebu untuk mendapatkan airnya.
Jus tebu diperolehi dengan memerah batang tebu yang telah dikupas kulitnyamenggunakan mesin pemerah atau 'crush roller' yang diputar dengan tangan.
Jus itu lebih enak jika diminum sejuk.
Ianya sememangnya popular di kalangan masyarakat Malaysia kerana jus itu mudah didapati di banyak lokasi.
Di Malaysia, air tebu boleh didapati di seluruh negara terutama di kalanganpeniaga di gerai tepi jalan dan juga di medan selera.
Ianya juga dibotolkan bagi pasaran tempatan dan antarabangsa.
Kerana kandungan gulanya, jus tebu juga mempunyai kalori tinggi untukmembekalkan tenaga.

Adat Naik Buai Semakin Luput Ditelan Zaman

Posted: 24 Jul 2013 02:48 AM PDT


Adat naik buai dilaksanakan sebagai tanda meraikan kelahiran anak di dalam sesebuah keluarga.
ALOR GAJAH: Adat 'naik buai' suatu ketika dahulu pernah menjadi amalan lazim pasangan Melayu yang baru mendapat cahaya mata, namun adat itu semakin dilupai generasi muda kini.
Pada kebiasaanya adat ini yang juga dipanggil 'berendoi' dilakukan selepasupacara mencukur rambut bayi iaitu pada hari ketujuh selepas bayi dilahirkan dankadangkala ia dibuat semasa hari terakhir berpantang ibu iaitu pada hari ke-44selepas bersalin.
Ia dilaksanakan sebagai tanda meraikan kelahiran anak di dalam sesebuahkeluarga serta satu cara untuk memaklumkan mengenai kelahiran kepada masyarakat.
Bagaimanapun, mentaliti masyarakat yang berubah seiring dengan perubahanzaman menjadikan adat-adat terdahulu termasuk naik buai dianggap sebagai kolotdan tidak perlu dilaksanakan lagi.
Majlis Naik Buai
Adat naik buai lazimnya dilakukan oleh masyarakat Melayu yang mengamalkanadat perpatih, namun amalannya pada masa kini mempunyai banyak perbezaanberbanding yang dilakukan nenek moyang terdahulu.
Di Melaka, antara kawasan yang masih mengamalkan adat itu ialah TabohNaning, Melaka Pindah dan Lubok Cina.
Seorang pengamal adat itu, Maharam Tambi, 71, dari Ramuan China Besar disini berkata pada masa dahulu, naik buai hanya dilakukan pada hari ke-44 selepasibu bersalin dan disertai oleh anggota keluarga terdekat sahaja.
Beliau yang lebih dikenali sebagai 'wan (nenek) Meram' berkata sebatang kayuapi yang belum dibakar dimasukkan terlebih dahulu ke dalam buaian menggunakantali yang dibuat daripada bahagian pokok enau dan diayun oleh nenek atauindividu paling tua dalam keluarga.
"Tujuan kayu dimasukkan terlebih dahulu adalah untuk menghalau semangatjahat, kononnya kayu ini akan menyerap semangat jahat tersebut," katanya kepadaBernama di sini.
Wan Meram berkata kayu itu kemudian dikeluarkan sebelum bayi diletakkan kedalam buaian.
Alatan logam seperti parang kemudian diletakkan di bawah buaianketika majlis itu yang dipercayai untuk menghalau syaitan.
"Bayi akan dibuai oleh nenek sehingga tidur sebelum diserahkan kepadaibunya," katanya.
Bayi didodoi di dalam buaian ketika adat naik buai (berendoi) yang semakin dilupakan oleh generasi masa kini.
Beliau bagaimanapun berkata majlis naik buai pada masa sekarang banyakberubah dengan meninggalkan amalan-amalan khurafat seperti menghalau semangatjahat serta dibuat secara besar-besaran dengan mengundang penduduk setempat.
Katanya pasangan suami isteri yang mengadakan majlis naik buai kebiasaannyamenyediakan buaian bayi menggunakan kain sarung dan dihias dengan bunga-bungaanyang diperbuat daripada bunga kertas.
Majlis itu, katanya, kini dimulai dengan bacaan doa selamat dan marhabanmelibatkan kaum wanita.
Bayi kemudian dimasukkan ke dalam buaian oleh datuk atau neneknya dan buaiandiayun perlahan-lahan sambil marhaban diteruskan, katanya.
Wan Meram berkata sebelum majlis berakhir, tetamu dihidangkan dengan pulutkuning atau bubur kacang dan bunga telur dihadiah kepada semua yang mengambilbahagian pada majlis itu.
Bercanggah Agama?
Adat naik buai yang diamalkan masyarakat Melayu sebenarnya tidak terdapat didalam ajaran Islam, mungkin menjadi antara punca ia tidak diamalkan pada masakini.
Malah dikatakan amalan itu turut disertai dengan jampi serapah dan manteraberikutan masyarakat Melayu dahulu lebih terpengaruh dengan budaya dan ajaranagama lain.
Pegawai Hal Ehwal Islam Bahagian Sumber Maklumat Jabatan Mufti negeri MelakaNor Aminuddin Azis berkata adat berkenaan bagaimanapun kini diolahtermasuk dengan pengisian doa dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW agar tidakmenjadi suatu amalan yang khurafat selain memberi peringatan kepada tetamu yanghadir untuk mengingati kebesaran Allah.
"Pelaksanaan adat yang melibatkan unsur-unsur khurafat dan jampi serapahakan menjejaskan akidah umat Islam, malah lebih merisaukan lagi apabilaadat-adat ini membawa kita keluar daripada Islam tanpa kita sedari." katanya.
Beliau berkata iringan nazam, berzanji atau qasidah ketika majlisberlangsung juga sebenarnya tidak perlu dilakukan kerana tidak diamalkan olehRasulullah.
"Tetapi jika terdapat iringan nazam, berzanji berkenaan, ia hendaklahditeliti akan susunan dan maksudnya kerana dikhuatiri terdapat unsur-unsurpemujaan sesuatu selain daripada Allah," jelasnya.
Katanya, umat Islam sebaik-baiknya menyempurnakan ibadat akikah iaitumenyembelih binatang ternakan yang dilakukan ketika mencukur rambut bayi yanglahir sebagai tanda kesyukuran kepada Allah.
"Tahnik, akikah, mencukur rambut dan memberi nama pada hari ketujuh kepadabayi yang dilahirkan adalah amalan sunnah, sepertimana yang pernah dilakukanoleh Nabi Muhammad SAW kepada cucu-cucu baginda iaitu Hassan dan Husein,"katanya.
Seorang bayi sedang ditepung tawar dan dicukur jambulnya semasa adat naik buai.
Namun, katanya, sunnah mencukur rambut itu juga seringkali disalah ertimasyarakat dengan menggunapakai istilah 'cukur jambul' hingga mengundangkekeliruan dalam perlaksanaannya apabila hanya sebahagian rambut bayi sahajadigunting.
Hakikatnya, amalan bercukur rambut bayi perlu dilakukan dengan mencukurkeseluruhan rambut dan kemudiannya ditimbang dan dinilaikan dengan harga emassemasa sebelum wang itu disedekahkan kepada orang yang memerlukan atau fakirmiskin, katanya.
Katanya penyediaan beberapa kelengkapan seperti kelapa muda, air tepungtawar, beras kunyit, bertih jagung dan bunga rampai juga terpesong daripadaajaran Islam.
Promosi Adat
Adat naik buai adalahan antara 154 butiran terdiri daripada tapak, objekketara, objek tidak ketara dan tokoh orang hidup yang diisytiharkan KementerianPenerangan Komunikasi dan Kebudayaan (sekarang Kementerian Komunikasi danMultidmedia) sebagai Warisan Kebangsaan Negara pada 10 Mei 2012.
Ia dikategorikan sebagai warisan adat dan budaya selain berlenggang perut,adat perpatih Negeri Sembilan dan Naning serta adat Temenggung bertujuanmengekalkan warisan dan budaya masyarakat negara ini.
Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka Rodzuan Ismailmengakui adat naik buai semakin dilupai sedangkan ia dilakukan pasangan suamiisteri bagi membolehkan si anak didendangkan dengan nazam dan lagu berunsurkan nasihat supaya membesar sebagai insan berguna kepada masyarakat.
Justeru, bagi memastikan kelangsungan adat naik buai, JKKN pada 14 Jun lepasmeraikan seramai 30 bayi pada satu majlis naik buai dengan kerjasama pendudukKampung Melaka Pindah di sini.
"Ini adalah program bagi mendekatkan masyarakat umum khususnya luar bandardengan kegiatan seni budaya dan secara tidak langsung mempromosi kampung MelakaPindah ini sebagai kampung warisan yang telah mendapat pengiktirafan dariPerbadanan Muzium negeri Melaka (PERZIM)," katanya.
Beliau berkata program itu juga mampu memberi pendedahan kepada golonganmuda untuk meneruskan warisan nenek moyang daripada pupus ditelan zaman.
Selain itu, majlis yang akan diadakan secara tahunan di kampung berkenaanjuga mampu menarik minat pelancong ke negeri Melaka untuk mengenali danmenyaksikan sendiri pelaksanaan adat naik buai.
Rai Anak Pertama
Bagi Mohd Attas Abdullah, 48, kelahiran putera sulungnya, Harith Hamzah,lima bulan sememangnya adalah saat paling bahagia dalam kehidupannya dan isteri.
Pasangan itu yang berkahwin tiga tahun lepas berasa teruja apabila dijemputmenyertai majlis naik buai anjuran JKKN bagi meraikan anak sulung merekabersama-sama pasangan lain.
"Adat naik buai ini menunjukkan kita bersyukur akan kurniaan dan kebesaranAllah yang mengurniakan cahaya mata kepada kita," katanya.
Satu lagi pasangan Azman Abd Ghani, 30an dan Zurina Osman, 30-an berkatamenyertai majlis naik buai adalah peluang yang jarang diperoleh pada masakini berikutan tidak ramai yang mengetahui mengenai adat berkenaan.
"Peluang seperti ini bukan semua orang dapat, majlis sebegini jarangdianjurkan lagi, apatah lagi diraikan bersama bayi lain," katanya.
Pasangan yang dikurniakan anak kembar lelaki, Azril dan Azrizil yang berusiadua bulan itu turut berharap majlis seumpama itu dapat diteruskan bagi memberipeluang kepada pasangan yang baru menimang cahaya mata untuk berkongsikegembiraan mereka bersama masyarakat.
Azman berkata program berkenaan juga dapat mengekalkan adat dan tradisimasyarakat Melayu terdahulu supaya terus dipelihara bagi tatapan generasi akandatang.
"Kepentingan mengekalkan tradisi ini perlu diteruskan daripada semuaperingkat untuk membawa maruah dan tatacara adat Melayu untuk dipersembahkankepada masyarakat," katanya.

Pengguna Perlu Belanja Secara Berhemah Sambut Aidilfitri

Posted: 24 Jul 2013 02:47 AM PDT


Pengunjung, Hadijah Rikan bersama anak-anaknya memilih kuih raya untuk dibeli sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba.
KUALA LUMPUR: Bulan Ramadan baru menjengah masuk minggu kedua tetapi sudah banyak kompleks membeli-belah terutama di ibukota memulakan karnival 'Jualan Ramadan'.
Bazar-bazar sementara, yang menjual pelbagai barangan termasuk pakaian dan hiasan dalaman rumah, juga sudah muncul dan menambahkan lagi kemeriahan suasana bulan Ramadan.
Pakaian yang ditawarkan pula beraneka fesyen serta gaya bagi memenuhi citarasa pelanggan dari pelbagai peringkat umur.
Ada peniaga di bazar, yang diwujudkan hanya pada bulan Ramadan, menawarkan pelbagai barangan dengan tawaran 'harga yang menarik' seperti potongan harga hebat dan pelbagai kaedah lagi bagi menarik pelanggan.
Namun bagi warga pengguna Islam yang akan menyambut Aidilfitri adalah dinasihat agar berbelanja secara berhemah bagi mengelak daripada menanggung beban kewangan pada kemudian hari.
Realistik
Apa kata aktivis pengguna?
"Berbelanjalah dengan realistik," nasihat pensyarah universiti Amin Iskandar, yang juga seorang aktivis pengguna dan sosial. Bagi Amin, warga pengguna perlu berbelanja mengikut kemampuan masing-masing dan tidak hanya mengikut 'selera'.
Kebiasaannya, bagi menyambut Aidilfitri sudah tentu warga pengguna tidak memerlukan semua barang yang ditawarkan oleh penjual.
"Sebelum membeli barangan untuk persiapan Hari Raya, sediakan satu senarai bagi barang mana yang perlu dan mana yang tidak diperlukan.
"Sesuaikan pembelian barangan dengan bajet anda," kata Amin.
Dengan pelbagai promosi dan tawaran jualan yang diadakan sekarang, ia amat mudah untuk menarik pengguna berbelanja besar tetapi mereka disarankan hanya beli produk diperlukan dan bukan terbawa-bawa dengan tawaran menarik, jelas beliau.
Tanya Diri Sendiri
Seorang pembantu kedai menunjukkan pelbagai jenis kain dan sampin dari jenis biasa hingga yang bermutu tinggi untuk dibuat baju melayu kepada pelanggan.
Amin menjelaskan bahawa pengguna perlu bertanya kepada diri sendiri sebelum membeli barang dan jangan mudah terpedaya dengan tawaran menarik peniaga.
"Adakah saya perlu (barang ini)? Cukupkah bajet (wang) saya? " Itulah antara soalan yang perlu ditanya.
Beliau menasihati pengguna kalau mahu berbelanja, jadilah pengguna yang bijak.
"Pengguna bijak akan meneliti tawaran diskaun. Tidak bermakna kalau barang itu murah anda perlu membelinya.
"Bandingkan dulu harga barangan yang sama (antara peniaga) dan beli yang termurah ditawarkan.
"Tunggu sehingga ada hari bila peniaga mengadakan hari jualan di mana potongan harganya betul-betul hebat kerana ada peniaga yang sudah tentu mahu menghabiskan stok mereka sebelum Aidilfitri," jelas beliau.
Bukan Semua Perlu Ditukar
"Walaupun menyambut perayaan besar seperti Aidilfitri, bukannya semua barang dalam rumah perlu ditukar. Ada hiasan dari tahun lepas yang masih menarik dan boleh dipakai.
"Ini termasuklah perabot dan pinggan mangkuk," kata Amin.
Sementara itu, ramai majikan akan memberi gaji lebih awal bagi membantu pekerja Islam membuat persediaan menyambut 1 Syawal, jadi dalam aspek inilah pengguna perlu berhemah.
"Kalau berbelanja lebih dengan gaji yang diberi awal itu, pengguna akan menghadapi sindrom poket kosong bila menunggu kedatangan gaji pada bulan yang akan datang.
"Dan ini kemungkinan akan berjangkit kepada keinginan untuk berhutang yang akan menjadi satu penyakit," nasihat Amin lagi. Menurut Amin, pengguna perlu menggunakan wang tunai dan elak guna kad kredit ketika berbelanja.
"Dengan hanya menggunakan tunai, anda tahu had bajet anda. Kalau guna kad kredit, anda sudah tentu akan berbelanja lebih," jelas beliau.
Elak Ambil Tunai Daripada Kad Kredit
"Ada pengguna guna kad kredit untuk ambil tunai, ini adalah satu tindakan yang amat bahaya dan tidak digalakkan sama sekali.
"Bila ambil tunai (melalui kad kredit), anda sebenarnya akan dikenakan faedah yang tinggi oleh bank," tambah Amin.
Amin menyarankan agar warga pengguna merancang dan berbelanja secara berhemah supaya mereka tidak dibebani masalah kewangan selepas Aidilfitri.
Oleh itu pastikan kewangan anda tidak terjejas semasa musim perayaan ini; banyakkan beribadah dan sambutlah Aidilfitri tanpa merasa kebimbangan terhadap status kewangan masing-masing.

Mawi, Ekin jaga 'periuk nasi'

Posted: 24 Jul 2013 02:44 AM PDT


Mawi, Ekin
Mawi dan Ekin 
Mawi, Ekin
Mawi dan Ekin bersama anak mereka Cahaya Malaika.
SETELAH lapan bulan memperkenalkan produk kesihatan dan kecantikan Unequein, pasangan selebriti popular, Mawi dan Ekin kini melangkah setapak lagi.

Mencuba pasaran produk minuman, Mawi dan Ekin tampil memperkenalkan air minuman berkarbonat di bawah label Uniquein.

Menurut Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani, dia turut menyasarkan 1,500 karton air dijual sehingga musim perayaan ini.

"Alhamdulillah, akhirnya produk terkini kami telah dipasarkan dan mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan walaupun hanya menggunakan laman sosial sahaja untuk mempromosikan produk ini.

"Kami memiliki tujuh jenis air termasuk perisa anggur, buah-buahan, cola, soda, oren, strawberi dan sarsi. Memandangkan produk kami sememangnya mementingkan kesihatan, air berkarbonat ini juga kurang gula dan gas.

"Malah, dari segi harga juga, air berkarbonat kami di antara produk yang paling murah iaitu RM2.60 sebotol dan RM30 untuk satu karbon yang berisi 12 botol air," katanya ketika ditemui di pejabat urusannya di Bangi.

Fokus perniagaan

Walaupun Ekin pernah dikenali sebagai pelakon satu ketika dahulu, namun akui Ekin, jiwanya lebih menjurus kepada bidang perniagaan. Malah, dia sanggup kerja keras demi keluarga tercinta.

Tambah Ekin lagi, walaupun kurang setahun menguruskan perniagaan, namun penerimaan daripada masyarakat sangat memberangsangkan.

"Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan sambutan daripada pelanggan. Sejak menguruskan perniagaan, saya memang fokus kepada bidang ini sahaja.

"Memang saya dah niat memang nak berhenti daripada berlakon dan sejak awal lagi minat saya berniaga.

"Jiwa saya lebih kepada perniagaan dan Uniquein adalah jiwa sebenar saya. Saya seronok dengan bidang ini dan kami akan memperkenalkan produk terbaru tidak lama lagi," kata ibu kepada seorang cahaya mata, Cahaya Malaika, 17 bulan.

Selesa dengan kanak-kanak

Bertanya mengenai perkembangan seni, Mawi memberitahu, dia akan terlibat dalam beberapa program di Astro Ceria.

Akui Mawi, sejak dipilih sebagai juri tetap program realiti kanak-kanak, Ceria Popstar, dia sedar bahawa jiwanya lebih selesa berada di kalangan si kecil.

"Sepanjang Ramadan ini, saya akan mengendalikan rancangan Cerianya Ramadan, setiap hari jam 11.55 pagi, di mana saya akan ditugaskan untuk menjawab 30 soalan daripada kanak-kanak mengenai soalan remeh
berkenaan puasa.
"Mungkin ianya nampak mudah, namun saya akui kesukaran menerangkan perkara itu untuk pemahaman kanak-kanak bukanlah semudah disangka.

"Pun begitu, saya lebih selesa dengan kanak-kanak dan melayan karenah mereka," katanya yang bakal tampil dengan dua single hasil kolaborasi bersama Jeff A To Z dan Datuk AC Mizal.

Fear Factor bersama artis!

Posted: 24 Jul 2013 02:43 AM PDT



Fear Factor bersama artis!
ASTRO Ria buka peluang orang ramai untuk berganding bahu dengan 16 selebriti tempatan dalam program

Berikutan kejayaan dan penerimaan positif program realiti, Fear Factor Selebriti Malaysia, yang ternyata berjaya mencetuskan fenomena baru dalam industri seni hiburan tanah air, pihak Astro Ria meneruskan usaha dan komitmen dalam membekalkan kandungan program hiburan yang berkualiti dengan membawakan sebuah lagi program hebat di bawah payung penjenamaan yang sama iaitu, Fear Factor Malaysia, yang akan memulakan saringan pertama sesi uji bakat secara online bermula pada 22 Julai hingga 18 Ogos 2013.

Fear Factor Malaysia ialah sebuah program realiti yang diadaptasi daripada format program popular antarabangsa yang bakal menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta. Format antarabangsa ini telah diubahsuai dan diberi nafas baru mengikut kesesuaian budaya dan kehidupan masyarakat di Malaysia.

Buat julung kalinya untuk musim ini, kesemua peserta yang terpilih akan bergandingan dengan 16 selebriti tanah air yang mana setiap kumpulan pasangan bakal berdepan dengan pelbagai ujian yang pastinya menguji tahap ketahanan serta keberanian masing-masing. Bukan itu sahaja, mereka juga harus bersedia untuk melakukan pelbagai aksi-aksi lasak dan mencabar untuk memastikan mereka terus kekal dalam program ini.

16 selebriti yang bakal beraksi dalam Fear Factor Malaysia adalah Yana Shamsudin, Shuib Sepah, Dira Abu Zahar, Izzue Islam, Erin Malek, Norman Hakim, Thanuja, Zain Saidin, Sari Yanti, Azura Zainal, Bambang Soteto, Nas T, Ungku Ismail, Shah Iskandar, Syed Ali, dan Rizal Jaafar.

Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad, berkata, Astro Ria tidak pernah jemu untuk terus memperkukuhkan strategi dan formula yang ada bagi menawan hati pelanggan menerusi penawaran program-program hebat daripada genre yang berbeza.

"Melihat kepada kejayaan dan sambutan menggalakkan ke atas program Fear Factor Selebriti Malaysia yang telah pun disiarkan tidak lama dahulu, kami bawakan pula sebuah lagi program baru di bawah payung penjenamaan yang sama iaitu Fear Factor Malaysia untuk memenuhi permintaan penonton.

"Melihat kepada kekuatan dan tarikan yang ditawarkan, kami yakin Fear Factor Malaysia mampu memikat hati sekali gus mencipta fenomena tersendiri dalam industri seni tanah air," katanya.
Seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin membangun, sesi uji bakat akan dilakukan secara online, di mana orang ramai boleh menghantarkan video penyertaan ke laman sesawang rasmi untuk penilaian.

"Berdasarkan video yang dihantar, kami akan menyenaraikan pendek calon peserta yang layak untuk memasuki peringkat saringan yang seterusnya," ujar Raqim.

Penyertaan adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia ataupun mereka yang mempunyai status penduduk tetap yang berumur 18 tahun ke atas dan boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dengan fasih. Selain harus mempunyai perwatakan yang menarik, calon peserta juga mestilah berada dalam keadaan kesihatan fizikal dan mental yang baik.

Bermula pada 22 Julai hingga 18 Ogos 2013, calon dikehendaki menghantarkan rakaman video penyertaan yang tidak melebihi tempoh masa dua minit atau melebihi saiz 30MB ke laman sesawang rasmi di www.fearfactor.com.my. Juga untuk sebarang maklumat lanjut.

Pengunjung cemas ribut landa bazar Ramadan

Posted: 24 Jul 2013 02:39 AM PDT


Pengunjung cemas ribut landa bazar Ramadan
Keadaan khemah yang menghempap gerai-gerai peniaga dalam kejadian ribut di Bazar Ramadan Chemor, kelmarin.
Pengunjung cemas ribut landa bazar Ramadan
Mohd Arimin menunjukkan balang air untuk berniaga pecah.
Pengunjung cemas ribut landa bazar Ramadan
Keadaan khemah yang menghempap gerai-gerai peniaga dalam kejadian ribut di Bazar Ramadan Chemor, kelmarin
CHEMOR – Tiada awan mendung dan hujan! Namun, peniaga bazar Ramadan di sini melalui detik mencemaskan apabila khemah milik 15 peniaga roboh dilanda angin kencang petang, kelmarin.
Kejadian berlaku kira-kira jam 6.50 petang itu ketika bazar tersebut dipenuhi pengunjung yang sedang membeli juada berbuka puasa.

Kelajuan angin begitu luar biasa sehinggakan pasak yang mengukuhkan beberapa khemah di bazar tersebut tercabut.

Walaupun berlaku kurang daripada empat minit, kejadian itu mengakibatkan beberapa peniaga mengalami kerugian disebabkan pelbagai makanan jualan seperti lauk-pauk, kuih-muih serta minuman musnah.

Dalam kejadian itu, seorang peniaga air, Mohd Arimin Awang Ghani, 34, mengalami kecederaan ringan di kepala akibat ditimpa besi khemah.

Katanya, dia melihat sendiri khemah peniaga terangkat setinggi dua meter sebelum menghempap peralatan perniagaan dan kenderaan berhampiran.

"Saya sempat tunduk bersama isteri ketika khemah terangkat dan dalam sekelip mata dia terus menghempap balang air dan terseret mengenai deretan kereta di belakang.

"Empat balang air saya musnah selain bahagian bonet kereta kemek ditimpa besi khemah. Kami tergamam dengan kejadian ini kerana sepanjang 12 tahun berniaga, ia pertama kali berlaku," katanya yang kerugian lebih RM500.

Seorang peniaga, Mohd Sani Khiri, 29, berkata, dia bersama rakannya sedang melayan pelanggan yang datang ke gerai untuk membeli roti john.

"Memang tiada tanda-tanda hendak hujan, tapi angin kuat itu datang sekali lalu dalam sekelip mata menyebabkan lima kenderaan milik peniaga dan pengunjung terjejas," katanya.

Lupa tutup mesin ATM lepas selenggara

Posted: 24 Jul 2013 02:34 AM PDT


Lupa tutup mesin ATM lepas selenggara
Keadaan mesin ATM yang terbuka yang terlupa ditutup oleh petugas syarikat keselamatan di bank berkenaan. 
GEORGETOWN - Petugas sebuah syarikat keselamatan terlupa mengunci semula penutup sebuah mesin deposit tunai (ATM) menggemparkan orang ramai yang ingin mengeluarkan wang di situ, malam semalam.

Difahamkan, petugas itu dalam keadaan tergesa-gesa meninggalkan bank berkenaan yang terletak di Jalan Datuk Keramat kerana mahu ke cawangan lain untuk memproses penyelenggaraan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Asisten Komisioner Nasir Salleh berkata, siasatan polis di lokasi mendapati, tiada sebarang unsur jenayah dan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan ia berpunca dari kesilapan petugas syarikat keselamatan terbabit.

Beliau berkata, kejadian disedari anggota polis yang kebetulan membuat pemeriksaan dan rondaan di kawasan bank ternampak penutup mesin terbabit dalam keadaan terbuka kira-kira jam 10.30 malam.

"Anggota berkenaan membuat laporan awal kerana bimbang ia angkara penjenayah.

"Sepasukan polis kemudian bergegas ke tempat kejadian dan terpaksa meminta bantuan pengurus bank untuk melihat rakaman CCTV yang dipasang di premis itu," katanya kepada media di lokasi, hari ini.

Bagaimanapun, beliau menambah: "ia bergantung kepada pemeriksaan lanjut yang akan dibuat untuk melihat baki wang dalam mesin berkenaan.

"Jika didapati ada kehilangan wang, kes itu akan disiasat sebagai satu perbuatan jenayah.

Nasir menambah, kejadian itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia membabitkan mesin yang mempunyai wang dan membuka ruang kepada penjenayah untuk memecahkannya sekaligus mengambil wang di dalamnya.

Setakat ini, polis sudah mengambil keterangan daripada dua petugas syarikat keselamatan berkenaan dan jika disebabkan kecuaian, mereka mungkin dikenakan tindakan oleh majikan.

Sementara itu, tinjauan di tempat kejadian mendapati, orang ramai memberhentikan kenderaan untuk menyaksikan kejadian itu kerana menyangkanya perbuatan penjenayah.

Pengurus bank terbabit ketika ditemui Sinar Harian bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu