OHBULAN! |
ABPBH 25: Debaran Semakin Terasa, Siapa Yang Layak Menang? Posted: 05 Apr 2012 10:57 PM PDT Ahad ini bakal menyaksikan sekali lagi sebuah anugerah berprestij yang akan diadakan di Genting, sebuah acara yang penuh gilang-gemilang dan tahun ini adalah tahun yang ke-25 ianya diadakan. Mula dikenali sebagai Anugerah Pelakon/Penyanyi Popular (APPP) pada tahun 1984, anugerah ini telah dijadikan anugerah rasmi pada tahun 1987. Pada tahun 1992 hingga 1993 pula, nama APPP ditukar kepada Anugerah Bintang-Bintang Popular (ABP) dan bermula pada 1994 namanya dipendekkan menjadi Anugerah Bintang Popular (ABPBH) dan kekal sehingga hari ini. Kita pernah melihat nama-nama besar seperti Datuk Siti Nurhaliza mengungguli Anugerah Bintang Popular sebanyak 8 kali dan Mawi pula sebanyak 3 kali. Namun, tanpa undian dari peminat, tidak mungkin kedua selebriti ini dapat merangkul anugerah tersebut. Tahun ini bakal menyaksikan persaingan sengit dari ramai selebriti searas dengan meningkatnya sambutan terhadap filem-filem dan drama. Dari sinilah peminat melihat dan menilai selebriti pilihan mereka samada selebriti itu layak untuk menang atau tidak. Dari pihak OHBULAN! sendiri, kami rasakan antara selebriti yang bakal bersaing untuk memenangi Anugerah Bintang Paling Popular ialah Shaheizy Sam, Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani, Najwa Latiff, dan juga Zizan. Kalau dikatakan mungkin salah seorang dari nama ini mempunyai aura yang tersendiri untuk menang, OHBULAN! rasa Najwa Latiff turut mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Jangan disangka artis yang baru setahun jagung ini tidak mampu bersaing dengan nama-nama besar yang lain. Walaupun masih baru lagi dalam bidang hiburan, namun fenomena Cinta Muka Buku telah melonjakkan namanya seiring dengan nama selebriti lain. Perkara ini boleh dibuktikan melalui laman Twitter-nya sendiri, walaupun masih baru, dia mempunyai lebih 230,000 orang pengikut berbanding Maya Karin yang hanya mempunyai 229,409 orang pengikut. Anda nampak bukan perbezaannya, walaupun sedikit, namun untuk seorang artis yang baru didalam industri hiburan, itu adalah satu pencapaian yang memuaskan. Namun begitu, setelah diselidik dan dikaji melalui blog-blog hiburan tempatan dan juga media cetak yang lain, nama Aaron Aziz dan Shaheizy Sam adalah antara selebriti yang paling banyak disebut. Mana tidaknya, impak lakonan Ombak Rindu oleh Aaron Aziz benar-benar membuatkan ramai makcik, wanita, dan yang sewaktu dengannya "jatuh cinta" dan sanggup menghabiskan masa menonton filem itu berulang-ulang kali. Shaheizy Sam pula semestinya sudah dijangkakan akan merangkul Anugerah Bintang Paling Popular pada tahun ini, apa tidaknya, hampir kesemua filem yang dilakonkannya mengaut keuntungan yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa Shaheizy Sam benar-benar diminati dan mampu merampas kebahagiaan selebriti-selebriti yang lain. Masing-masing ada pendapat sendiri, anda setujukah dengan pendapat kami? |
Stesen TV & Radio Diarah Hentikan Watak Pondan Posted: 05 Apr 2012 10:03 PM PDT Jabatan Penerangan Malaysia melalui ruangan Facebook memaklumkan arahan terkini mengenai penguatkuasaan penayangan watak pondan yang akan dikuatkuasakan serta-merta sekitar 20 jam yang lepas. Arahan pembatalan tersebut mendapat respon yang positif daripada responden yang terlibat memberikan komen dalam laman tersebut. Namun, ada juga segelintir pihak yang membantah kerana mereka mendapati tiada garis-garis panduan yang tepat bagi mengkelaskan kelompok masyarakat yang sebegini. Bagaimana pun, arahan tersebut telah dibatalkan kerana ia bukanlah 'arahan rasmi' yang dikeluarkan oleh pihak yang berkaitan. Moderator laman tersebut mengeluarkan status terbaru seperti berikut : |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan