Jumaat, 13 April 2012

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Rita Rudaini akan berjuang habis-habisan untuk hak penjagaan anak

Posted: 12 Apr 2012 12:24 AM PDT

rita rudaini dan anak
Rita Rudaini yang bakal bercerai dengan suaminya, Aidil Zafuan akan memastikan yang Rita mendapat hak penjagaan untuk dua orang anaknya jika Aidil atau pihak keluarga mertuanya mahu menuntut hak penjagaan anak jika kes itu dibawa ke mahkamah nanti. Tambah Rita Rudaini lagi dia akan berjuang habis-habisan untuk mendapatkan hak penjagaan anak itu..

Menurut Rita Rudaini, sejak berkahwin dengan Aidil dia sukar mendapatkan kebahagiaan dan segala susah senang dikongsi bersama anak-anaknya..

"Saya menanggung susah dan senang bersama anak-anak saya. Mereka lebih memahami penderitaan yang saya tanggung. Saya akan pastikan mereka akan berada di bawah penjagaan saya sekiranya jodoh saya dengan Aidil tak panjang,"

"Saya sudah bertahan terlalu lama dan berita Aidil mahu menceraikan saya sedikit pun tidak mengejutkan. Lagipun dia sudah tidak pulang ke rumah hampir empat bulan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Aidil kerana berkongsi hidup dengan saya selama ini sehingga kami mendapat dua orang anak,"

"Aidil ada bertemu dengan anak-anak baru-baru ini. Kami tidak lari daripadanya tetapi dia yang meninggalkan kami," (mstar)

Tambah Rita lagi, dia tidak akan menghalang Aidil untuk berjumpa dengan dua orang anaknya jika diberikan hak penjagaan, kerana menganggap anak dan bapa tidak boleh dipisahkan.

Santhawan, anak didik Cikgu Shafi bakal lancarkan album

Posted: 11 Apr 2012 11:16 PM PDT

Santhawan
Tak Ramai yang tahu Cikgu Shafi Shariff yang juga guru vokal di Akademi Fantasia sebelum ini telah melahirkan seorang penyanyi pop berdarah Thailand, Santhawan, melalui New Edge Entertainment yang dimilikinya… Santhawan yang keluar dengan single pertamanya 'Sejak Kau Ada' telah mendapat sambutan yang mengalakan dari peminat musik pop, malah lagu 'Sejak Kau Ada' sering berkumandang di Hot FM & Era FM…

Santhawan anak kelahiran penang yang berdarah Thai hasil campuran Thai dan punjabi thai ni begitu meminati bidang nyanyian dan modeling sejak berumur 6 tahun lagi, Namun bakatnya hanya dijumpai Cikgu Shafi setelah umurnya mencecah 21 tahun.. Enggan mensia-siakan peluang yang ada, Santhawan tidak mendiamkan diri walaupun lagunya sering berkumandang di radio, beliau turut mempromosikan singlenya di facebook dan twitter..

"Thailand was never my home although my mum is now living there. I'm 90 % Thai, but born & bred in Malaysia therefore my hearts belong here."

Tambah Santhawan lagi, Jarak dengan ibunya tidak menjadi halangan utama untuk dia mengembangkan bakat nyanyianya di Malaysia.. Santhawan yang sudah pun merakamkan 4 buah lagu kini sedang sibuk untuk merakamkan lagu terakhir sebelum menyusun ke dalam album yang bakal dilancarkan tidak lama lagi…

MyGosip harap kemunculan Santhawan dapat memeriahkan lagi industri musik kita.. Bagi sesiapa yang ingin mendekati Santhawan, boleh la follow dia di www.twitter.com/santhawan … Apa-apa pun kita layan dulu musik video 'Sejak Kau Ada' dari Santhawan kat bawah ni..

Santhawan single sejak kau ada

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu